First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Sunday 15 July 2012

YA ALLAH

Pernah hati dicalari,
Dengan sikap manusia yang tak mengerti,
Dengan sifat manusia yang tak menghargai,
Dipaut duka dan dihambat kecewa.

Sudahnya aku tinggalkan mereka,
Dengan seribu keperitan dan sejuta kepayahan,
Melangkah sendiri berlari dan berlari,
Ku cuba untuk melupakan,
Walau payah harus ku gagah.

Tiba saatnya KAU beriku kekuatan,
Ketabahan dan kecekalan,
Serta kepasrahan dalam meneruskan kehidupan,
Tanpa mereka yang menyakitkan,
Tanpa mereka yang melukakan,
Dan tanpa mereka yang menghadiahkan kedukaan.

KAU ajarku tabah dalam solat,
KAU ilhamkanku sabar dalam doa,
KAU ilmukanku cekal dalam sujud,
KAU nikmatkanku pasrah dalam redha.

Ya Allah..
Kau Maha Mengetahui apa yang terbuku di sanubari,
Saat hidayahMU singgah di hati,
Aku cuba untuk memperbaiki diri,
Menjadi muslimah dan hamba yang KAU redhai.

Tidakku berpaling lagi,
Pada mereka yang tak sudi,
Tidakkan ku mendekati,
Mereka yang telah mencalari,
Kerana harga diriku kini aku letak tinggi,
Tanpa mampu walaupun sesiapa cuba untuk merobohi,
Tembok pengharapan yang ku paksikan pada Ilahi.

Nurani Hati : Aimuni Marjono

No comments:

Post a Comment