First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Wednesday 16 January 2013

Cerita Pendek : Kisah Cinta Till Jannah

"Zahra sayang, kata nak bangun sahur. Cepatlah...." Filza mengejut sahabatnya perlahan.

"Alaa, Zahra mengantuklah. Takpe, Filza pergi jer sahur. Esok Zahra still puasa. Memang dah niat nak puasa esok." Zahra membalas ringkas. Filza tersenyum.

"Zahra kata nak bersahabat 'till jannah' kan? Kita kena sama-sama dari dunia. Ke Zahra dah bosan nak bersahabat dengan Filza?" 

Bagai terkena renjatan elektrik, Zahra terus tersedar dari tidurnya. Filza menguntum senyum.

"Filza ni, janganlah cakap macam tu. Zahra sayang Filza. Nak bersahabat dengan Filza 'till jannah'." Zahra memeluk erat Filza. Jujur, demi Allah, dia mahu bersahabat dengan Filza sampai bila-bila dan jika diizinkan Allah, dia mahu persahabatan mereka bersambung di syurga. 

"Filza pun sayang Zahra kerana Allah. Jomlah sahur. Nanti azan pulak." Mereka berdua beriringan menuju ke ruang dapur.

*********************************************************************************

Persahabatan di antara Filza dan Zahra terlalu akrab. Jika Filza sedih, Zahra turut menangis. Bila Zahra menangis, Filza juga turut sama mengalirkan air mata. Begitulah sebaliknya. Persahabatan yang dihiasi dengan kebersamaan, disemai dengan keikhlasan dan dibaja dengan kejujuran, akan sentiasa mewangi. Juga persahabatan yang asasnya Allah dan Rasulullah. Kalimah Allah sentiasa menjadi penghibur dalam persahabatan mereka. Ungkapan SAYANG KERANA ALLAH sentiasa menjadi hiasan bibir saat mereka berbicara. Inilah rencah persahabatan atas nama Allah.

"Zahra, nanti birthday kita, kita sambut dengan solat hajat nak? Kita puasa. Filza nak buat doa selamat waktu maghrib tu. Kita jemput ukhti-ukhti blok kita jer. Ok tak?" Filza mengusul cadangan. Tarikh kelahiran  Filza dan Zahra hanya beza satu hari.

"Aik, tak pernah-pernah nak sambut hari jadi, tiba-tiba pulak tahun ni nak sambut. Dah 2 tahun Zahra ajak   sambut, Filza taknak pun. Tukar angin nampak." Zahra sempat bergurau. Filza memuncungkan bibirnya. Zahra memecahkan tawanya.

"Waduh waduh..jelik bangat tau nggak kamu bikin kaia gitu. Kaia mondok-mondok." Zahra terus mengusik.

Filza mencubit lengan Zahra perlahan. Dan dia turut tertawa.

"Zahra.... nak tak? Dua minggu lagi ni." Filza mengulangi cadangannya.

"Ok jugak. Filza setuju jer. Tapi kita buat waku birthday Zahra tau. Birthday Zahra kan jatuh hari Jumaat. Ambil berkat. Setuju tak? Giliran Filza mengusul cadangan.

"Setuju madam!!!!" Zahra terus memeluk erat Filza. Mereka sama-sama ketawa.

"Sayang Filza kerana Allah."

"Sayang Zahra kerana Allah."

"Tapi, Filza rasa nak ajak mama dan abah Filza. Kita ajak ummi dan ayah Zahra jugak nak?"

"Lahhh, kata nak buat simple jer. Kenapa nak jemput parents pulak?" 

"Kan kita nak buat solat hajat dan doa selamat. Sebaik-baik doa adalah doa ibubapa. Boleh tak?"

Zahra mengangguk setuju.

"Boleh bah kalau kau....." Filza tersenyumk bahagia.

*********************************************************************************

Tepat jam 12 tengah malam 12 November, Filza mengucapkan selamat hari lahir dan menghulurkan sebuah bungkusan berwarna pink. Zahra menyambut huluran tersebut dengan linangan air mata. Filza menghapuskan air mata sahabatnya tumpah.

"Mana boleh birthday girl menangis. Tapi, Zahra jangan buka dulu hadiah ni tau. Esok buka time majlis."

"Baik sayang. Esok kita buka sama-sama."

"Filza, sayang Filza kerana Allah. Sahabat 'till jannah'."

"Zahra, sayang Zahra pun kerana Allah. Sahabat 'till jannah'."

Malam itu, mereka berbual dan mengimbau kenangan bersama. Tidur sekejap dan bangun kembali untuk tahajjud juga bersama.

"Zahra, kalau ditakdirkan Allah Filza pergi dulu, Filza nak Zahra janji something pada Filza." Zahra terkejut. Serta merta air mata Zahra merembes\keluar. Filza meggenggam jemari Zahra. Cuba untuk bertahan dari diburu kesedihan.

"Please Filza. Jangan cakap macam ni. Zahra sayang Filza. Kan kita dah promise, nanti kita buka klinik sama-sama." Tersedu-sedu Zahra berkata-kata.

"Zahra, please say promise. Please......" Filza merayu. 

"Zahra promise. Tapi Filza pun kena promise yang Filza takkan tinggalkan Zahra. Zahra sayang Filza kerana Allah. Sayang sangat." Zahra mendakap Filza. Pada bahu itu dia hamburkan tangis

"Zahra mesti janji yang Zahra tkkan menangis macam ni kalau Filza pergi nanti."

"Tak boleh. Filza takkan ke mana-mana." Zahra enggan.

"Zahra, please. Filza merayu ni."

"Ok Zahra janji. Filza janji jangan tinggalkan Zahra."


*********************************************************************************

Pagi Jumaat itu, seperti biasa mereka melangkah berpisah untuk ke bilik kuliah masing-masing. Filza memeluk erat tubuh Zahra seperti tidak mahu dilepaskan.

"Zahra, ingat janji Zahra pada Filza tau. Terima kasih untuk persahabatan kita. Terima kasih untuk segala nasihat yang Zahra beri pada Filza. Terima kasih sebab sudi jadi telinga, mata, tangan dan kaki untuk Filza saat Filza jatuh. Dan terima kasih untuk hadiah ni. Jangan lupa buka hadiah yang Filza bagi masa majlis nanti tau. Sayang kerana Allah. Sahabat 'till jannah'."

"Filza, masa majlis nanti kita akan sama-sama buka hadiah kita. Sayang kerana Allah. Sahabat 'till jannah'."

Mereka meleraikan pelukan. Ketika Filza mahu melintas, sebuah kereta telah menghentam tubuhnya. Zahra berpaling ketika terdengar bunyi hentakan. Dan............

"Filza...................................." Zahra berlari mendapatkan tubuh Filza yang terbaring di atas jalan. Darah merah terlalu banyak mengalir. Air  mata Zahra tumpah. Hancur hatinya melihat keadaan sahabatnya di kala ini.

Filza sudah tidak bernyawa. Hadiah yang dia berikan kepada Filza pagi tadi masih erat dalam pelukan Filza. Luluh hati Zahra. Apabila dia teringat janjinya pada Filza, dia menyeka air matanya.

*********************************************************************************

Majlis hari lahir mereka, bertukar menjadi keduri tahlil. Solat hajat bertukar menjadi solat jenazah. Saat ini hanya Allah yang tahu bagaimana hatinya. Dia lantas mengambil hadiah terakhir dari Filza. Dibuka balutan dengan linangan air mata. Quran Terjemaha Wanita yang dia terlalu mahuka. Juga sebuah igkai gambar dia dan Filza. 

Assalamu'alaikum Zahra sayang...

Saat Zahra baca warkah ni, mungkin Filza sudah kembali ke pangkuan Yang Esa. Maafkan Filza kerana tinggalkan Zahra. Tapi Filza percaya yang Filza tetap akan hidup dalam hati Zahra kan? Zahra jangan sesekali menangis dengan permergian Filza. Janji Allah itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan pergi. Terima kasih untuk segalanya. Ingat tau SAHABAT TILL JANNAH. Filza tunggu Zahra untuk menyambung kisah persahabatan kita. Sayang Kerana Allah.

Salam cinta,

-Filza-

Zahra melipat kembali surat itu. Terasa Filza masih  bersamanya. Filza, sampai bila-bila Zahra takkan lupakan Filza dan persahabatan kita. Zahra rindu Filza. Semoga Filza bersama bidadari syurga. Zahra akan sentiasa berdoa, kisah cinta kita ini akan bersambung till jannah.

Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi 
ku hargai..

Kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah berduka 
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

Air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati 
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali..

Walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata 
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..


Karya : Aimuni Marjono













Friday 11 January 2013

PURDAH..Trend Atau Sunnah?

'Aku tengok, dia berniqab cantikla..' 

'Sekang ni trend org berpurdah..mcm2 bentuk purdah org jual..kalau aku pakai,orite jugak.' 

'Aku nak pakai purdah sebab aku x cantik..malu kalau org tgk muka aku dalam gambar.' 

Macam-macam alasan yg sering sy dengar bila seseorang tu nak berniqab..ada tu sebab nak ikut orang..ada tu pulak sebab nak ikut trend..yang malu nak tunjuk muka pun ada..apa pun alasan korang, kalau nak berniqab, biarlah kerana Allah..

Niqab tu bukan mainan..walau hanya secebis kainan, tapi impaknya pada si pemakai sgt besar..bila korang yang si niqabis palsu ni mempermainkan niqab, bila korang tak jaga ikhtilat, tak jaga akhlak, kesannya pada siapa?tempiasnya, pada semua niqabis..SEMUA!

Saya bukan seorang niqabis..pernah ada niat untuk memakainya, tapi apabila sy bertanya pada ibu sy yang juga dulunya seorang niqabis, ibu sy memberi nasihat untuk tidak memakainya sekarang..mungkin apabila sy berumahtangga nanti, bila diberi keizinan pada suami, baru sy akan memakainya..mungkin krn beliau risau kiranya sy tidak betul2 istiqomah..

Juga pernah meminta pendapat seorang sahabat, dan dia turut menasihati agar tidak memakainya sekarang kerana dia juga risau andainya sy tidak istiqomah dan tak tahan ujian dan dugaan apabila berniqab..alhamdulillah, sy terima semua nasihat mereka dan at least sy tak memalukan golongan2 berniqab..

Tetapkan nawaitu..bila berniat untuk berniqab dan sudah punya kekuatan untuk meneruskan sunnah tersebut, cekalkan pulak hati dengan istiqomah..bukan berniqab hanya ketika mahu bergambar dan sebagainya..pulak tu, mata kemain bercelak, berlens warna warninya..tu belum lagi dengan eyeshadow pelbagai kaler..maskara melentikkan bulu mata..Allahurabbi..

Sometimes, sy tertanya2, apa niat seseorang tu berniqab kalau ikhtilat dan akhlak stil ditahap yang lama?bertepuk tampar dgn yang bukan muhrim..bergambar menggoda..bila bercakap dgn lelaki, masyaAllah, punyalah lembut tak terkata..

Jangan jadikan niqab sebagai batu loncatan utk menyembunyikan wajah dari dikenali..niatkan dalam hati, aku berniqab kerana Allah..walau apa pun makian, hinaan dan cacian orang terhadap aku selepas aku berniqab, aku mohon ya Allah, diberi aku kesabaran, ketabahan dan kecekalan hati untuk aku terus istiqomah dalam berniqab..insyaAllah, bila selalu doa macam tu, Allah akan pinjamkan kekuatan, ketabahan dan kecekalan dalam menempuh hidup sebagai niqabis..

Sy ambil dari kata-kata seorang rakan fb, 'Mungkin dengan berniqab, Malu mereka akan terbentuk'..mudah-mudahan niqab tersebut akan membentuk malu sahabat2..

*Berniqablah kerana Allah*


Di atas adalah sedikit perkongsian saya berkenaan wanita berniqab. Saya tidak hairan dan tidak kisah langsung kalaupun mereka berniqab. Saya tiada hak untuk judge mereka. Apa yang saya mampu adalah menasihati. Bukan menitip nasihat buat mereka yag benar-benar beniqab kerana Allah tetpi titipan nasihat ini saya khaskan untuk golongan-golongan niqabis celop.


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri


PENGERTIAN PURDAH

Di dalam kamus Arab, purdah disebut sebagai niqab ataupun secebis kain yang menutup sebahagian muka wanita melainkan matanya sahaja. 

HUKUM BERPURDAH

Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang saya kemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya bentangkan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna. Saya tidak bercadang untuk meletakkan dalil-dalil yang digunapakai oleh mazhab-mazhab melainkan jika difikirkan perlu sahaja serta tidak saya nyatakan juga munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan ini.

Jumhur Ulama:
Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi:
Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:
Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie:
Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali:
Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulan
Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.


Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut mengenai aurat perempuan Islam samada aurat ketika solat ataupun di luar solat silalah meneliti dan merujuk kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab karangan Imam Nawawi. Pada saya, kitab ini adalah kitab paling baik di dalam membincangkan masalah fiqh kerana di sana dibentangkan pelbagai pandangan dan dalil-dalil secara teperinci dan jelas. Sebagai penuntut ilmu agama, kita hendaklah sentiasa melazimi pembacaan kitab-kitab karangan para ulama muktabar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang sesuatu perkara itu.

Isu niqab ni sememamgnya nampak remeh tapi inilah yang akan terjadi sekiranya satu daripada syiar Islam dipegang secara tak konsisten. On off mengenakan niqab. Ataupun hanya berniqab apabila perlu. Ya, niqab bukanlah satu tuntutan kewajipan. Kalau tidak pakai pun tidak berdosa. Kita punya pilihan untuk memakai ataupun tidak. Di mana letaknya pemahaman tentang 'istiqamah' apabila satu syiar Islam tidak cuba disempurnakan dengan istiqamah?

Melainkan seseorang wanita itu sememangnya berniat untuk berniqab tetapi terpaksa tidak memakainya ketika mahu ke kelas kerana tidak dibenarkan berniqab oleh sesebuah institusi. 

Perlu diingat, purdah bukanlah trend masa kini tetapi niqab adalah salah satu sunnah (dianjurkan) dan menjadi WAJIB apabila raut wajah seseorang wanita boleh membawa kepada fitnah.


Saya sendiri pernah melihat sekumpulan remaja berjalan di Masjid India dengan berniqab tetapi hijab atau tudung yang dipakai langsung tidak menepati syariat dalam Islam. Bertudung sehingga apabila menoleh saja pasti menampakkan batang leher. Astaghfirullah, sampai begitu sekali mereka mempermainkan niqab yang sepatutnya dimuliakan. Apakah nilaian niqab pada golongan seperti itu. Inilah akibatnya apabila ibadat dianggap sebagai adat.

Secara tak langsung sikap sebegini akan menimbulkan sikap pesimis di kalangan masyarakat. Hilangnya sikap menghormati kepada niqabis yang berniqab lillahita'ala terutamanya bagi golongan kaum lelaki. 

Jika tidak mahu berniqab, usahlah berniqab kerana sifat kepura-puraan anda itu akan menyebabkan golongan yang berniqab terkena tempiasnya. Kasihanilah mereka si niqabis. Jangan mempersendakan cebisan kain kecil yang menutupi wajah mereka.


Tulus : Aimuni Marjono


Seorang AKU

Aku bukanlah yang terbaik antara semua,
Langkahku masih pincang,
Akhlakku juga masih kurang,
Tuturku masih tak menepati,
Hatiku juga masih gelap tak diterangi,
Apakah yang aku miliki untuk hiasi diri?

Mereka nampak aku kuat,
Sedangkan hakikatnya aku penat,
Mereka lihat aku gembira,
Sedangkan hakikatnya aku sedang berduka,
Mereka lihat aku bahagia,
Sedangkan hakikatnya aku derita..

Aku juga manusia,
Sifatku jelas tak sempurna..

Aku tak seperti yang mereka kata,
Aku tak seperti yang mereka sangka..

Kadangkala aku juga letih melayan karenah manusia,
Kadangkala aku juga letih melawan tiap kata nista,
Kadangkala aku juga letih untuk menjaga hati,
Kadangkala aku juga letih apabila dicaci maki..

Kerana aku hanya manusia biasa..
Kerana aku juga seperti mereka semua...

Yang langkahku kadang terhenti,
Yang bicaraku kadang mengguris hati,
Yang kadang sifatku tak disenangi,
Yang kadang sikapku obsesi,
Yang kadang janjiku tak ditepati..

Aku hanya aku..
Yang minta dimengerti saat dilukai,
Yang minta dinasihati saat dayaku tiada lagi..

Aku hanya aku..
Bila sedihku ingin dipujuk,
Bila sukarku ingin ditunjuk,
Bila tangisku ingin dipeluk...

Aku hanya aku..
Tetap hambaNYA,
Masih hambaNYA,
Tiada upayaku jika tiada DIA,
Kerana nafasku juga atas ihsanNYA..

Andai ada silapku, diteguri..
Jika ada kurangku, dilengkapi..
Andai ada lemahku, jangan dicaci..
Jika ada kurangku, jangan dibenci..
Kerana aku seorang aku..

SEORANG AIMUNI : AIMUNI MARJONO

Wednesday 2 January 2013

Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

Assalamu'alaikum WBT Wa Maghfirah

Alhamdulillah, sekali lagi telah dipilih Allah untuk bersama-sama mengikuti program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati pd 31 Disember 2012 - 1 Januari 2013 yg diadakan di Masjid Negeri, Shah Alam.. 

Sy sampai di KTM Shah Alam tepat pada pukul 3..setibanya di sana, sudah ada bas yang menunggu kehadiran peserta untuk dibawa ke Masjid Negeri..syukur..dalam pukul 4 pm baru rombongan kami sampai di Masjid.. 

Sesampainya di masjid, terus ke meja registration dan dibahagikan kumpulan..sy diletakkan di bawah group 74 yang dipimpin oleh seorang fasi iaitu Sis Atiqah Ma'min..group sy mempunyai 12 orang ahli Mona, Zira, Kak Anna, Ashalia, Shima, Huda, Fera, Hasanah, Azizah, Mimi & Azreen..semua2 mereka sgt sporting dan memang osem.. 

Setelah itu, kami dibawa oleh sis fasi untuk taaruf dan di briefing..selepas briefing, pada jam 6pm kami dipelawa untuk makan..pertama kalinya kami makan dengan sahabat2 baru dan ternyata ukhuwwah tetap ada diantara kami.. 

Selepas makan, kami bersiap-siap untuk solat maghrib, solat isya' dan program malam iaitu persembahan dan bual bicara remaja.. 

Seperti tahun lepas, saudara Fedtri Yahya yang menjadi MC pada program kami..kemudian majlis kami dimulakan dengan alunan Zikir Astaghfirullah oleh Hafiz Hamidun dan lagu Laukana Bainana menutup persembahannya..alunan zikir itu menjadi penenang jiwa seperti yamng disebutkan 'Ala Bizikrillahi Tatmainnal Quloob..

Kemudian, rohani kami dihiburkan pula dengan persembahan mantap dari kumpulan Inteam..mereka mengingatkan kami kpd rasul tercinta apabila mereka mendendangan lagu Dia Muhammad sebagai lagu pertama dan diiringi dengan lagu baru Jatuh Bangun yang sangat memberi kesan pada hati kami.. 

Slot seterusnya adalah slot Bicara Cinta Remaja yang menjemput panelis hebat seperti Wardina Safiyyah, Sham Kamikaze dan Ustaz Md Nor Mamat Fedtri Yahya sebagai pengantara.. 

Untuk topik yang pertama, tajuk CINTA dan MINAT berbeza yang disampaikan oleh Ustaz Md Nor Mamat..seperti yang diketahui, cinta adalah perasaan atau fitrah yang tak boleh untuk ditolak atau dipaksa..Ustaz Md Nor Mamat memberi kami satu perumpamaan yang berbunyi,'Cinta bila ada, orang gagap pun boleh bercakap.' Seperti isu zaman kini, perkataan couple sudah menjadi trend dalam kehidupan remaja..couple dan cinta adalah dua perkara yang tiada masalah..tetapi yang menjadi masalah apabila coupling bak kata Ustaz Md Nor bertukar menjadi 'baringing' dan 'rabing'..untuk berjumpa Cinta Yang Sebenar, penghijrahan adalah perlu pada diri.. 

'Cinta Itu Tak Dapat Dirasa, Tapi Bergetar Di Dalam Jiwa' - Fedtri Yahya.. 

Topik seterusnya adalah 'Wujud Atau Tak Cinta Islamik?' Oleh Wardina Safiyyah..pada masa kini, fenomena Cinta Islamik sudah menjadi sebagai suatu isu besar apabila filem2 dan drama2 suka untuk memaparkan jalan cerita cinta islamik sebagai tatapan penonton..bercinta tetapi ayat-ayat islamik menjadi senjata..wajarkah? Apa yang kita cinta dan bagaimana kita melambangkan siapa kita yang sebenar.. 

'Sindrom Lemah Iman Adalah Lelaki' ~ Fedtri Yahya 

Topik yang seterusnya adalah dari Sham Kamikaze iaitu Mahu Menasihati Tetapi Ada Pendekatan Serang Balik..Menurut Sham, kesilapan yang berlaku adalah dari diri sendiri yang lemah dan berhentilah dari menyalahkan orang lain..If ada problem, let face the problem.. 

Apakah motif dan tujuan kita berkahwin awal seperti ketika masih bergelar pelajar? Surrounding.. Ya, surrounding merupakan faktor utama seperti Social Media Network..kalau kita mahu menasihati dan memberi nasihat, kita tak boleh attack dengan keras, tak boleh attack dengan lembut tapi cara terbaik adalah attack dengan al-Quran dan sunnah..Akhi Sham sempat bertanya kepada kami, tanya pada diri betulkah kita cinta Allah dan Rasul lebih dari kami mencintai Iphone, Blackberry, samsung dan sebagainya? Akhi Sham juga bijak untuk menguji kami apabila dia dengan slumbernya meminta telefon bimbit kami dikutip jika benar kami cintakan Allah dan Rasul melebihi segalanya..jelas, cinta kami belum lagi kami letakkan sepenuhnya pada Allah dan Rasul..Allahu.. 

Berbalik kepada Ustaz Md Nor Mamat dalam round ke2 Bicara Cinta Remaja, topik yang dibincangkan adalah Ragam Anak Muda Bercinta..Eksperesi cinta muda, cara bercinta akan berubah mengikut zaman..cara cinta zaman sekarang dah terlampau advance dan kerana itu kita harus pandai meletakkan cinta pada tempatnya..letakkan cinta Agung Pada Allah..ambil langkah2 yang Allah dan rasul tak larang dan jadikan ianya cinta positif.. 

'Cinta perasaan semulajadi..ditentang jangan, ditatang pun jangan' ~ Ustaz Ismail Kamus 

Topik seterusnya, Tiada Tempat Mahu Bercerita Kalau Putus Cinta oleh Wardina Safiyyah..putus cinta merupakan lumrah dalam kehidupan cinta yang sia-sia..Kak Dina ada kongsikan juga cerita yang mana seorang gadis yang terkenal dengan kesolehahannya bunuh diri hanya kerana putus cinta..kita tak dapat meneka takdir Allah..tak tahu bagaimana Iman diduga Allah..bunuh diri bukan penyumbang kepada penyelesaian masalah..manusia sememangnya ada perasaan cinta..akui perasaan cinta dengan bersifat realistik..drama2 atau movie2 yang ditayangkan di kaca TV bukanlah cinta tetapi hanya rekaan manusia.. 

'You Cannot Love, If You Don't Know The Source Of Love' 

Dalam teori Islam, penentu tingkah laku manusia adalah hati dan Iman..kita boleh rasa apabila Iman lemah..jika tiada tempat mengadu, adulah pada Allah..kalau rasa Iman mula low, topup semula.. 

'Syaitan boleh memanjangkan fantasi.' ~ Fedtri Yahya 

Bila Timbulkan Cinta Islamik, Remaja Ambil Mudah Kahwin Muda merupakan next topic dari Sham Kamikaze..remaja zaman sekarang sering memandang mudah perihal perkahwinan..nak kahwin sebab nak elak maksiat jer tapi tak tahu apa-apa..malah ramai remaja yang menyalahguna pakai hadith nabi yang berbunyi 'Carilah Rezeki Dengan Pernikahan'..sedangkah untuk bernikah, ilmu juga perlu bagi melahirkan keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah.. 

Zaman sekarang pula, trend meletakkan mahar tinggi2 mengikut tahap akademik..seperti hadith nabi 'Sebaik-baik wanita itu adalah yang rendah maharnya.' 

'Kalau tak mampu, hendaklah kamu berpuasa.' Tanya pada diri apakah kita benar-benar mampu untuk memikul tanggungjawab? 

'Mujahadah Yang Tinggi Iaitu Puasa Bagi mengelak Zina' ~ Fedtri Yahya 

Kemudian kami disajikan dengan persembahan sekali lagi oleh kumpulan Inteam..kali ini, lagu Nur kasih menjadi pilihan..sesuai sangat dengan topik yang dibincangkan..dan lagu Ya Hanana (Beruntunglah kami) menceriakan suasana.. 

'Anta ma'aman, ahbabta yang bermaksud, kamu akan bersama orang yang kamu cintai (hadith).' 
Topik seterusnya dari Ustaz Md Nor Mamat, Ibu Bapa Bekerja Untuk Tampung Keluarga..jelas, parent yang bermasalah akan turun kepada anak2 dan kerana itu perkahwinan memerlukan ilmu yang tinggi agar tak mudharat di hari kemudian.. 

Bagaimana Cara Memahalkan Diri dari Wardina Safiyyah mengajar bagaimana caranya seorang wanita memahalkan diri..kalau suka jangan tunjuk sangat..kena jual mahal agar tak nampak murah.. 

Dan topik yang terakhir dari Sham Kamikaze adalah Sejauhmana Kita Nak Selesa Dengan Kejahilan?..kita tak punya banyak pilihan, maka pilihlah sesuatu yang bertepatan dengan Iman.. 

Setelah slot Bicara Cinta Remaja tamat, kami dihiburkan oleh band nasyid dari Indonesia iaitu Edcoustic dengan lagu Ketika Cinta Bertasbih dan Sebiru Hari Ini..dan lagu Keamanan dari Jes Ibrahim pula menyusul.. 

'Terasa begitu indah syiar menjulang ke angkasa.' ~ Fedtri Yahya.. 
Detik jam 12 Malam semakin menghampiri..kami bersama countdown masa..tepat saja pukul 12.00 kami diminta berdiri dan melaungkan Ikrar Anda Bijak Jauhi Zina yang diketuai oleh Akhi Aiman Hakimi dan disempurnakan dengan selawat dan asmaul husna yang diketuai oleh Imam Muda Najdi.. 

Untuk penutupan ambang 2013, sekali lagi edcoustic menghiburkan kami dengan lagu Pemuda Palestina dan Muhasabah Cinta..


Pada keesokan harinya, kami diminta bangun untuk Qiamulail bersama-sama. Solat subuh, tazkirah subuh dan sebagainya. Alhamdulillah.


Pada jam 8 pagi semua peserta diminta berada di dewan masjid untuk slot games and fun. Seperti tahun lepas, Bro Firdaus mengajar kami games brain gym. Gelak tawa peserta dan fasi benar-benar menghiburkan. Setahun hanya sekali saja kami dapat merasai aktiviti sebegini. 


Selepas itu, semua peserta diminta untuk solat dhuha berjemaah dan diikuti tazkirah dhuha oleh Imam Muda Hassan. Pelbagai perkongsian yang IM Hassan kongsikan berkenaan dengan kepentingan solat dhuha. Kami juga diminta menyanyikan secara beramai-ramai doa dhuha yang dipopularkan oleh Kumpulan UNIC. 


Kini tibalah majlis penutup Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati. Terlalu sedih rasanya untuk berpisah dengan sahabat- sahabat yang baru saja mahu bermesra. Tetapi nilah realitinya. Pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. MC pada pagi ini adalah saudara Ally Iskandar. Terhibur dengan kelatah beliau. Seterusnya kami dihiburkan oleh Kumpulan UNIC dengan lagu Doa Dhuha, selawat dan Doa Rabitah. Memang terbaiklah persembahan mereka kerana saya merupakan peminat UNIC. Dan sesi fotografi menjadi penutup untuk sebuah program yang sangat memberi impak positif pada hato-hati yang merindui Allah dan Rasulullah.

Sesungguhnya, pengalaman mengikuti program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati adalah pengalaman paling manis kerana saat sebahagian remaja lain memilih untuk berK-Pop di Dataran Merdeka, sy dan sahabat2 pula dipilih Allah untuk menajamkan minda dengan program ilmiah yang membina jiwa.



Puisi Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati


Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati..

Melabuhkan beribu-ribu hati,
Terhimpun kerana rindukan jalan Rabbi,
Yang berjihad menghidupkan hati yang mati,
Yang berjuang merebut cinta Ilahi.

Ikhwah dan Akhowat,
Akhi dan Ukhti,
Sama tujuan, sama harapan,
Satu impian, satu genggaman,
Demi merebut cinta satu Tuhan,
Demi bergelar insan yang ihsan,
Untuk mendidik jiwa hamba,
Untuk bergelar si Perindu Syurga.

Himpunan ini bukan himpunan biasa,
Bukan himpunan 'kosong' tanpa jiwa,
Atas nama Tuhan beribu hati dihimpunkan,
Bermatlamat bergelar pemimpin ad-DeenNya,
Bersatu hala menuju Pencipta.

Kami bukan syadid,
Kami bukan kolot,
Kami hanya takut,
Takut siksaan Allah yang Maha Hebat,
Sekiranya kami turut terpaut,
Dengan konsert penuh maksiat,
Yang hadirnya sekadar untuk duniawi,
Lalu bagaimana dengan ukhrawi?
Sungguh...
Kami tak hairan dengan tanggapan mereka,
Kerana kami lebih berjiwa,
Jiwa kami jiwa yang dahagakan cinta,
Bukan cinta manusia leka,
Bahkan cinta Allah yang sentiasa Ada.

Kami juga ada hiburan rohani,
Walaupun bukan Oppa Gangnam Style yang digilai belia remaja masa kini,
Kami punya hiburan lebih berstyle dengan zikir terapi,
Disempurnakan dengan selawat ke atas nabi,
Ditambah rencah asmaul Husna Khaliq Hakiki,
Juga hiburan nasyid yang sentiasa menemani,
Forum bicara agama bersama selebriti,
Untuk mendidik jiwa yang kadang terlalu berani,
Dalam tipu daya kehidupan duniawi.

Merindui : Aimuni Marjono






Impian 2013

Assalamu'alaikum. Hari ini sudah 2 Januari 2013. Terasa masa berlalu dengan begitu cepat. Saya percaya, setiap individu pasti punya impian yang ,ahu dicapai pada 2013 Masihi ini. Musah-mudahan Allah memberi peluang dan ruang untuk kita gapai impian kita. Apa yang penting, berimpianlah untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya hamba.

Beberapa minggu lepas, saya mendapat tahu bahawa novel saya dalam pembikinan. Cover novel telah pun disiapkan. Syukur alhamdulillah. Titik permulaan sebuah kejayaan. Mungkin biasa pada insan lain tetapi terlalu istimewa pada saya. Inilah yang saya harapkan untuk beberapa tahun lepas. Semoga usaha saya untuk menjadi penulis novel islamik diredhai Allah.

Mujahadah Cinta. Itulah tajuk novel pertama saya yang insyaAllah akan keluar tak lama lagi. Saya sendiri tidak sabar untuk melihat sendiri hasil tangan dan fikiran saya menmbusi pasaran Malaysia. Semoga 2013 ini memberi suatu impak terbesar dalam hidup saya dan keluarga dalam merai pencapaian saya. InsyaAllah.

Tahun ini juga, umur saya meningkat ke satu angka lagi. 25 Tahun. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang dan ruang saya bernafas di ata bumiNYA. Kematian juga semkain menghampiri. Semoga tahun ini, saya benar-benar mampu mendidik diri saya ke arah solehah. Bila meningkat ke angka 25, pastinya persoalan tentang perkahwinan menjadi soalan wajib. Pada saya, perkahwinan dan pernikahan memerlukan persediaan dari segala aspek. Saya juga berimpian untuk membina rumah tangga tetapi saya perlu tanay pada diri, apakah saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ummi? Saya yakin, apabila saya sudah bersedia, Allah akan hantar seseorang yang telah DIA tetapkan untuk saya bagi membina sebuah keluarga. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA :)

InsyaAllah, tahun ini juga, anak buah pertama saya akan dilahirkan. Pelbagai perasaan yang terbit dalam hati saya saat menunggu kelahiran ahli baru dalam keluarga. Doakan semoga kakak sulung saya selamat melahirkan nanti sulungnya yang dijangka lahir pada Februari 2013. 




Impian Saya : Aimuni Marjono