First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Wednesday 14 September 2011

PERGINYA SEORANG WALI

Kenangan yang paling pahit dalam hidup aku bila ayah pergi menghadap Illahi. Tinggalkan aku, adik beradik dan ibu bersendiri. Pergi yang takkan kembali. Saat kitowang masih perlukan kasih seorang ayah, Allah ambil dia kembali. Mana mungkin aku boleh lupakan satu-satunya lelaki yang aku cintai. Patutlah ayah nak macam-macam. Pelik bila ayah minta ibu sediakan berbagai juadah raya pada bulan puasa. Masih aku ingat lagi ayah minta aku belikan kuih akok sedangkan ayah paling x suka makanan tersebut. Aku ingat lagi ayah minta adik aku yang bongsu belikan mercun cz dia nak main sedangkan dia sangat marah kalau kami adik beradik main bende alah tu. Mungkin juga itu tanda-tanda yang dia akan 'pergi'..

Saat semua orang bergembira menyambut hari raya, ayah aku terlantar di wad pada raya ketiga. Masih ku ingat lagi betapa kedegilan ayah tidak mahu ke hospital. 'Ayah, kitowang hantar ayah ke hospital sebab kitowang sayang ayh dan mahukan ayah sihat dan kuat macam dulu.' Luluh hati aku melihat keadaan ayah. Mujur ada ibu yang sentiasa bersama ayah. Terima kasih ibu kerana banyak berkorban untuk suami dan ayah kepada anak-anakmu. Pada hari Jumaat, aku dan kakak ku menjaga ayah di hospital. Berborak dan bergelak dengan ayah. Menyuapkan ayah makan. Memandikan ayah. yaAllah, aku rindu saat bersama ayah.

Pada raya kelima, sekali lagi ayah terlantar. Tetapi kali ini ayah sudah tidak sedarkan diri. Mujur dia sempat berjumap kakak sulung dan abang iparku yang mengikut perancangan beraya di Kluang selama seminggu. Aku tahu ayah bahagia apabila semua ahli keluarganya ada bersama di saat-saat akhir hidupnya. Saat ayah terlantar di wad CCU, kami sekeluarga tak putus-putus mengajar ayah mengucap dan turut membacakan yasin untuk ayah. Saat kitowang meminta kemaafan darinya, aku lihat ada air yang mengalir di sebalik mata ayah yang tertutup. Ya, ayah dengar apa yang kami perkatakan.

Pada raya keenam, sekali lagi doktor menelefon agar kami segera ke hospital kerana ada perkara yang hendak dibincangkan. Hancur luluh hati apabila doktor mengatakan ayah sudah tiada harapan untuk hidup. Kami sekeluarga memutuskan agar ayah dibawa pulang ke rumah. Pada pukul 10.40 PM, ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kehilangan ayah berat untuk aku terima. Namun aku redha kerana aku tahu ayah pergi menemui Penciptanya. Masih terngiang-ngiang di telingaku saat ayah mengatakan tidak sempat untuk menjadi wali untuk aku dan kakak keduaku apabila kami hendak mendirikan rumah tangga nanti. Ayah. ayah tetap wali kitowang walaupun kini ayah sudah tidak bersama lagi. Segala kenangna dengan ayah akan sentiasa terpahat kukuh. SAYANG AYAH. Al-Fatihah untuk MARJONO BIN TASMIN (1956-2011)... 



my luvly ayah...

Monday 22 August 2011

POWER OF FRENSHIP...

why why why POWER OF FRENSHIP??cz semalam geng2 skolah rendah buat iftar...memang bestt gile...even masing2 dah besar tapi kitowang still rapat...ni laaa mbr2 sesame membesar...mmg x ramai yg join tapi kitowang still hepy...kegembiraan n keceriaan terpancar kat wajah masing2...tipu laaa kalau kitowang x pnh misunderstandingkan..penah jew tp beselaa kengkawan..mst ade yg tacing2..sedangkan lidah lagi tergigit ni kan pulak manusia...

memang aku sayang gile kat dowang laaa...xdek sape dpt replace tmpat dowang dalam hati aku...macam2 ragam n pangai dowang...dari kcik sampai ke besar...dowang always menghiburkan...time skola rendah dulu kitowang bukan ramai sgt pon...bape kerat jew...n myb cz 2 gak kitowang jadi rapat even mase kcik mmg slalu gado...yang aku stil ingat dulu, ni la list name2 dowang...hehehe..

boYs..
-AMMAR
-NAZMI HUSAINI
-ANAS FIQRI
-MUHAMMAD
-KU MOHD AFIF
-MOHD NAZRIQ
-MOHD BAIHAQI
-MOHD FARIZ
-AHMAD HUSSAIN
-ZULKIFLI
-AFRIJAL
-MUHAMMAD ABDUL QUDUS HADI
-MOHD AFIQ
-UBAIDAH
-JULIANDRI
-MOHD HARIZ

guRLz
-AMIRAH
-ALDILA DESI
-NURUL HAQANI
-SITI AIMUNI
-NOR ATIQAH
-MUNIRAH
-NOOR AZNAIM
-ASRIDA
-NUR AIMI HANISAH
-NIK NORAINI
-NUR NABILAH
-MASYITAH

nama2 ni laa geng2 dari darjah 1 sampai la darjah 6...masing2 dah kenal pangai masing2..no tacing2 dah..mmg sampai bile2 persahabatan ni akan aku ingat even masing2 dah berkeluarga...sayang kowang...



aBanG mAcHoo..huhuh

guGuRLz yG tiut....

k.A.M.i


Friday 19 August 2011

DIARY SYAWAL

Creating by mOoN
1 Syawal 2002

Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Bait-bait lagu Dendang Perantau nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee benar-benar memilukan. Walaupun aku kaum Adam tapi aku juga bisa merasa sedih. Jauh daripada keluarga adalah perkara yang tak pernah aku jangkakan sejak dari dulu. Tapi apakan daya, kerana cita-cita aku sanggup berkorban. Masuk tahun ketiga beraya tanpa keluarga tercinta. Hanya yang ada teman-teman yang sentiasa menghiburkan juga seperti diriku.

            Setitis demi setitis airmata lelakiku jatuh. Aku benar-benar rindu. Rindukan keluarga dan kampung halaman. Ku capai diari biru milikku. Terpampang nama ku AZRIN SHAH MOHAMAD-DIARI SYAWAL. Dalam diari inilah aku melakar cerita rindu musim syawal. Kata orang, hanya perempuan saja yang suka berdiari. Tapi tidak bagi aku. Pendapat itu terlalu kuno. Lelaki juga punya perasaan .

Mr.D…

Hari ni hari raya. Tahun ketiga raya tanpa keluarga. Juga diperantauan. Rindu pada mak, ayah dan adik beradik menggamit hati. Sedihnya bila dengar azan raya dan lagu-lagu raya. Raya bersama teman-teman sekampus tak sama dengan raya bersama keluarga tercinta. Kerinduan semakin menggebu. Apatah lagi kerinduan aku pada Farah Hanani. Gadis kampung yang telah berjaya menggugat hati lelakiku. YaAllah, panjangkan jodoh aku dan dia agar kami dapat bersama selamanya. Betapa aku berharap kasih suci ini akan berbalas dan diredhai Ilahi. Petang tadi sewaktu sedang menjamu selera anjuran kedutaan Malaysia di Jepun, aku terima panggilan dari mak. Rindunya pada mak. Dah lama tak dapat bermanja-manja dengan mak. Mak dan ayah tak izinkan aku pulang beraya kerana mereka tak mampu untuk membiayai tiket penerbangan aku. Aku faham keadaan mereka dan tak pernah berkecil hati. Cukuplah sekadar ingatan mereka pada aku di hari mulia ini.

            Bercakap tentang Farah Hanani, dah lama aku x dengar cerita pasal dia. Dulu Hannah rajin jadi tukang cerita pada aku sejak aku kat Jepun ni tapi bila Hannah pun dah belajar ke Sarawak tahun lepas, cerita tentang Farah Hanani pun lenyap. Nak tanya pada mak, aku malu la pulak. Nanti apa pula yang mak fikir. Sudahlah Farah Hanani tu anak kawan baik dia. Apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk mereka di sana. Rindu mak….

Aku menutup kembali diariku. Lega apabila dapat meluahkan apa yang terpendam di hati. Tak sabar rasanya untuk pulang ke pangkuan keluarga. Tahun depan aku akan beraya bersama mereka di kampung kerana tahun ini adalah tahun terakhir aku berada di bumi matahari terbit ini. Cukuplah untuk tiga tahun aku di sini. Dalam tempoh itu pun dah cukup mendera perasaan aku. Lebih-lebih lagi bila tibanya hari mulia macam ni.


1 Syawal 2003

           
“Along dah siap ke? Lambatlah along ni tau. Mak dan ayah dah panggil tu,” Adik  bongsuku Azfar Shah memanggil. Tak sabar nak dapat duit rayalah tu. Itu yang kalut semacam. Hahaha.. dah besar dah adik aku ni. Masa aku baru nak ke Jepun dulu, dia baru berumur tiga tahun. Cakap pun masih pelat. Sekarang ni mengalahkan mulut aku. Hahahah.. adik-adik…

“Yalah…yalah… along nak keluarlah ni. Adik ni kecoh laa..” Aku keluar dari bilik yang dah lama aku tinggalkan. Masih seperti dulu. Mesti mak tak izinkan siapapun masuk ke bilik ini. Aku dukung adik kecilku sehingga ke ruang tamu. Ku cium-cium pipi gebunya. Nasib baik dia masih kenal aku. Kalau tak, memang puas nak perkenalkan diri pada dia.

Upacara bersalam-salaman bermula. Bermula dengan aku kerana aku yang sulung. Aku bersalaman dengan ayah dan meminta kemaafan. Ku kucup tangan ayah dan kucium pipinya. Murahnya airmataku saat ini. Lalu aku beralih kepada ibuku.

“Mak, along minta maaf kalau along banyak buat salah pada mak. Along tak mampu jadi anak yang baik untuk mak dan ayah lagi. Maafkan along mak.” Semerta dengan itu, mak menarik aku ke dalam dakapannya. Hangatnya pelukan seorang ibu.

“Along tak ada salah pada mak dan ayah. Kejayaan along dah cukup membahagiakan kami.” Mak tersedu-sedu dan mencium dahiku bertalu-talu. Rasa bahagia menyelinap ke seluruh nadiku. Tiba giliran aku pula duduk.

“Along, angah minta maaf kalau angah ada salah tau. Tapi angah tau angah tak ada salah kat along. Hehehe… Cuma angah dah tak hantar berita pasal kak Fa….”

“Haishhh dia ni kan....” Aku menutup mulut Hannah. Dia ni kalau boleh semuanya nak terlepas cakap. Depan mak dan ayh pulak tu. Leceh la dia ni tau.

“Haaa along, angah. Berita pasal apa ni?” Mak cuba memancing. Aduhh… kantoi…

“Errr… tak ada apa-apa mak…” Tergagap-gagap aku nak jawab dengan mak. Kena la si Hannah ni nanti. Belum sempat mak membalas, kedengaran salam diberi. Mak bergegas ke muka pintu. Aku dan Hannah ke dapur. Siap kau dik.

“Angah ni memanglah tau. Tak boleh nak simpan rahsia,” Aku pura-pura marah. Biarkan dia rasa serba salah.

“Angah tak sengajalah along. Angah lupa yang mak dan ayah tak tahu lagi. Hehehe… Tapikan, kalau mak dan ayah tahu apa salahnya. Mak pun suka dengan kak Farah tu.” Angah ni saja tau nak duga perasaan aku.

“Malulah along kalau mak tahu. Dahlah Makcik Sharifah tu kawan baik dia.” Aku mencipta alasan.

“Along… angah… sekejap…” Mak memanggil aku dan Hannah. Malu pulak nak tunjuk muka. Maklumlah dah lama tak jumpa orang kampung… Hehehe.. Aku dan angah berjalan ke ruang tamu. Tiba-tiba aku terpandang seseorang….

“Oo…ooo… si cinta hati dah datang….” Angah berbisik di telingaku. Panas muka aku menahan malu.

“Kak Farah. Lamanya Hannah tak jumpa akak. Rindu betul.” Hannah memeluk Farah Hanani. Aku masih terkaku. Malunya…
“Akak, ni along. Akak ingat tak? Yang study kat Jepun tu,” Hannah menarik Farah Hanani ke arahku. Mak dan Makcik Sharifah sudah ke dapur. Pakcik Farhan pulak tengah berbual-bual dengan ayah.

“Ohh.. Azrin Shah eh? Akak ingat. Apa khabar?” Lembutnya suara. Mengigau aku malm ni.

“Sihat. Awak?”

“Sihat juga. So, macam mana study kat sana? Kenapa tak bawa balik minah Jepun?” Hannah seperti faham, lalu dia pun masuk ke dapur semula. Bagi chance lah tu.

“Mana boleh bawa balik minah Jepun. Saya nak minah yang depan mata saya ni je.” Tiba-tiba pulak aku jadi berani. Sudah……… tapi aku lihat Farah Hanani tersimpul malu. Perbualan kami berakhir bila mak dan ayah Farah Hanani minta diri untuk pulang. Sempat kami bertukar-tukar nombor telefon.


Mr.D…

Bahagianya bila cinta yang terpendam sekian lama akhirnya berputik. Aku sendiri tak menyangka Farah Hanani juga telah lama menunggu aku. Dari sekolah katanya. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana memberi ruang untuk kami melabuhkan cinta.  Akan aku jaga cinta ini ke akhirnya. Syukur ya Tuhan.


1 Syawal 2004


            Pagi-pagi lagi aku dah sibuk dengan persiapan. Bukan saja persiapan untuk raya tapi untuk pertunangan aku dan Farah Hanani juga. Kami memilih tema silver untuk majlis pertunangan ini. Majlis ringkas yang hanya dihadiri saudara-mara dan teman rapat. Selepas mak menyarungkan cincin ke jari Farah Hanani, aku diminta masuk ketika sesi fotografi. Akan aku abadikan kenangan ini hingga akhir waktu.


Mr.D…

Hari ni aku dan Farah Hanani bertunang. Bahagianya. Walaupun majlis kami ringkas tapi sangat bermakna pada aku dan Farah Hanani. Aku sendiri tak pernah menduga Farah Hanani akan menjadi sebahagian daripada hidup aku. Aku lihat mak dan ayah sangat gembira. Mana taknya, anak sulung mereka dah dimiliki. Hahaha.. Apa pun thanks to Angah sebab bersusah payah nak satukan aku dan Farah Hanani. Sekarang dia dah pun jadi tunang aku dan bakal jadi kakak ipar dia jugak. Sukalah si Angah tu. Dia pun bukan main sayang lagi pada Farah Hanani tu.

                Ramai jugaklah saudara mara, sepupu sepapat aku dan Farah yang datang. Yelah, datang beraya sekaligus menghadirkan diri ke majlis pertunangan kami. 2 in 1 kata orang. Hahaha. Apa pun aku bahagia menjadi tunang Farah Hanani Ibrahim. Bahagia sangat.


Aku menutup kembali Mr.D aku ketika Angah masuk ke dalam bilikku. Dia duduk di birai katiku. Tersengih-sengih je budak ni. Mesti ada la tu benda yang dia nak sakat.

            “Yang Angah ni tersengih-sengih kenapa? Sawan ke?” Aku bertanya. Geram dengan tingkah satu-satunya adik perempuanku.

            “Ku bahagia….nananana…” Angah menyanyikan lagu ku bahagia nyanyian Melly Goslow. Sengaja nak menyakat aku laa tu.

            “Masuk bilik orang lepas tu menyanyi. Ada apa ni?”

            “Along syoklah tu. Dah dapat gadis idaman. Hahaha…” Hannah menyiku lenganku. Memanglah budak ni tau.

            “Syok laaa… angah apa tau?”

            “Hishhh berlagak gila!! Nak upah. Hari Jumaat angah dah nak balik Sarawak.” Angah menghulurkan tangan kanannya.

            “Tak ikhlas betul. Really? Cepatnya angah nak balik.” Terasa sayu pula bila Hannah beritahu akan ke Sarawak semula pada hari Jumaat. Belum puas rasanya bergurau dengan dia.

            “Nak buat macam mana long. Next week dah start class semula. Ala, angah kat Sarawak je. Tak adalah sampai ke Japang.” Laju saja tangan aku menarik tocang miliknya. Geram betul dengan minah ni tau. Makin besar makin suka menyakat. Patutlah adik asyik menangis je. Asyik kena sakat je dengan dia.

            “At least along dapatlah merasa belajar kat overseas. Angah jelouse ehhh?” Aku sengaja menebak perasaannya.

            “Angah pun dapat offer kat Mesir dulu. Tapi ayah tak bagi pergi. Jauh sangat. Ikutkan angah memang angah nak pergi sana.” Air muka Hannah sudah berubah. Aku tahu dia kepingin benar hendak belajar ke luar negara namun, dia harus akur kehendak ayah dan mak yang mahukan dia menyambung pelajaran hanya di dalam negara.

            “Mana-mana pun sama ngah. Belajar juga. Angah ingat best ke belajar jauh-jauh? Along merana duduk sana. Dahlah jauh. Tak sama dengan kat Malaysia ni. Nak cari kedai makan pun kena hati-hati. Takut dapat yang tak halal.” Aku mengelus lembut bahu Hannah. Hannah melentokkan kepalanya di bahu aku. Masih manja lagi adik aku ni. Akrabnya kasih aku dan Hannah memang tiada bandingan. Satu-satunya adik perempuan dunia akhiratku.


1 Syawal 2005


Setelah setahun mengikat tali pertunangan, hari ini aku dan Farah Hanani bakal disatukan. Sengaja kami memilih tarikh keramat ini untuk majlis bahagia kami. Hari raya adalah hari kemenangan untuk seluruh umat islam juga hari kemenangan bagi cinta aku dan Farah Hanani. Mujur tidak mendapat tentangan dari pihak keluarga kerana hendak meraikan hari bahagia kami di saat semua orang sedang meraikan aidilfitri.

            “Along, didik Farah dengan sempurna. Along pun kena persiapkan diri untuk menjadi suami yang soleh. Adat rumah tangga, bergaduh tu tetap ada. Pandai-pandailah along uruskan. Jangan sakiti Farah. Tegur kalau dia ada salah atau tak menyenangkan hati along. Bukan dengan sepak terajang. Along mesti ingat pesan mak ni. Hidup berumah tangga dah berbeza dengan hidup along masa bujang. Sekarang ni tanggungjawab along berat. Mak tak mahu anak mak ni gagal dlam mengemudi rumah tangga.” Sebak mendengar nasihat emak lalu aku memeluk erat mak.

            “Mak, along janji akn ingat nasihat mak. Terima kasih mak sebab mak selalu jadi tulang belakang along.” Lantas mak kucup dahiku. Aku tahu mak gembira.



Mr.D…

Dengan sekali lafaz Farah Hanani telah menjadi isteri aku. Syukur Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan lancar. Aku lihat semua kaum keluarga gembira. Aku tak akan sekali-kali persiakan Farah Hanani. Dia isteri aku dunia akhirat. Sayang, abang akan jaga sayang sampai hembusan nafas abang yang terakhir. Aku memanjat doa kesyukuran. Sungguh aku bahagia.

                Saat aku mencoret ceritera bahagia ini Farah masih sedang melayan tetamu yang masih belum pulang. Aku sengaja mengambil kesempatan ini untuk aku abadikan dalm Mr.D..heheh.. Aku masih ingat pesanan mak petang tadi. Saat aku sudah sah menjadi suami Farah Hanani. MAna mungkin aku akan lupakan kata-kata mak. Mak, walaupun along dah jadi seorang suami, along tetap anak mak. Along takkan sia-siakan keluarga kita. Tanggungjawab along pada mak, ayah dan adik beradik takkan terputus.


Aku ke ruang tamu semula. Masih ada lagi saudara mara yang belum pulang. Rumah mertuaku juga masih meriah dengan suara sanak saudara. Farah tersenyum memandang aku. Aku membalas senyuman Farah. Masih teringat kata-kata Azhar petang tadi.

            “Jaga wife kau tu. Dahlah cantik. Jangan sia-siakan dia. Bimbing dia. Aku doakan kau bahagia.” Azhar berkata. Kembang hati aku dengar Azhar puji Farah Hanani. Aku mengambil tempat disebelah Farah. Aku genggam tangannya. Dia membalas genggaman tangan aku. Aku meliriknya dan dia faham apa yang aku maksudkan. Dia mengikuti aku berjalan ke kamar pengantin kami.

            “Thanks awak sebab sudi jadi suri hidup saya. Saya bahagia sangat. Apa yang saya ucapkan masa akad tadi saya akan kotakan. Itu janji saya.” Aku memeluk erat pinggang Farah Hanani.

            “Saya juga. Tegurlah saya jika saya silap. Saya memerlukan awak untuk membimbing saya.” Sejuk hati aku mendengar apa yang dituturkan oleh isteriku. Semoga dia menjadi isteri yang sempurna untukku.


1 Syawal 2006


Tahun pertama aku beraya bersama isteri tercinta. Berbeza suasana. Selalunya mak yang sibuk-sibuk buat persiapan untuk aku tapi kali ni, Farah Hanani orang yang paling sibuk sekali menguruskan walhal tentang pakaian raya aku. Dia isteri yang baik dan bertanggungjawab. Sepanjang setahun aku menjadi suaminya, sekalipun dia tidak pernah melukakan hati aku. Bila bercakap juga penuh kelembutan. Dia tahu tenangkan aku saat aku gundah. Setiap kali aku balik kerja, dia akan sambut aku dengan penuh kehormatan. YaAllah, redhailah isteriku dunia akhirat kerana aku meredhai hidupnya.

            “Awak dah siap?” Farah Hanani bertanya. Dia menghampiriku dan membetulkan butang baju melayuku. Lalu aku hadiahkan sebuah kucupan di dahinya.

            “Dah sayang. Cantik isteri saya.” Aku memuji. Aku bangga miliki dia.

            “Jom awak. Saya nak salam dengan awak. Nak duit raya juga tau.” Farah Hanani bersuara manja. Aku duduk di sofa           

            “Saya minta maaf pada awak kalau saya masih belum sempurna jadi isteri awak. Saya bahagia hidup dengan awak.” Lalu Farah Hanani mengucup tanganku. Sayu dirasakan. Aku mencium dahinya. Aku lihat ada air yang bergenang di tubir matanya.

            “Saya maafkan awak. Awak tak pernah lukakan hati saya. Saya juga belum mampu jadi sorang suami yang sempurna untuk awak. Tapi sya akan cuba. Dah sayang. Jangan menangis. Dah comot dah.” Aku menyapu airmata yang mengalir dipipinya.


Mr.D…

Raya this year, first time aku beraya with my beloved one, my wife.  Suasana memang berbeza. Dia siapkan everything untuk aku.  Baju dan semua kelengkapan aku. Dia memang isteri yang baik. Tak pernah terlintas di hati aku untuk mencintai selain dia. Aku betul-betul menyayangi dia dan perkahwinan ini. Saat lafaz akad setahun lepas aku dah berjanji dia isteri aku dunia akhirat. Aku berharap Allah kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah. Hanya anak-anak bukti cinta kami. At least kami ada penyambung zuriat.

                Selepas kami bermaaf maafan aku dan Farah ke rumah keluarga. Ramai jugak saudara mara yang datang. Tahun ni raya pertama di rumah keluarga aku. Nasib baik Farah tak kisah. Dia akur dengan apa jua keputusan aku tanpa ada langsung riak kecewa. YaAllah, telah Kau janjikan syurga pada isteri yang sentiasa menyenangkan hati suami. Aku mohon moga ada tempat untuk isteriku di syurgaMU.

                Sayang..sungguh say meredhai awak dunia akhirat. Hanya Awak yang ada dalam hati saya. Kalaupun suatu hari nanti Allah pisahkan kita, biarlah Allah pisahkan dengan kematian kerana saya mahu menjadi teman awak di syurga kelak.


Mr.D..

Aku coretkan lagu ini khas untuk FARAH HANANI BINTI IBRAHIM

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan





1 Syawal 2007

Ya Allah.. selamatkanlah isteri dan zuriatku. Aku mohon yang Allah. Jangan Kau ambil salah satu daripada mereka. Tak putus-putus aku berdoa dalam hati. Farah Hanani sedang berperang dengan nyawa demi melahirkan zuriat pertama kami. Teringat-ingat apa yang Farah katakana padaku malam raya kelmarin.

            “Selamat hari raya awak. Maafkan semua kesalahan saya. Halalkan makan minum saya. Saya takut esok saya tak sempat nak sambut raya dengan awak.” Aku menutup mulut Farah Hanani. Pilu aku mendengar apa yang dia katakan. Dia tetap akan beraya dengan aku.

            “Apa yang awak cakap ni? Awak mesti beraya dengan saya, dengan keluarga kita.” Aku cuba tahan airmata dari mengalir.

            “Awak, nanti kalau kita dapat baby boy, namakan anak kita Ahmad Syawal Fitri tau. Saya suka nama tu.”

            “Ye sayang.” Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Aku mencium ubun-ubun Farah Hanani. Enggan melepaskan dia dari pelukanku. YaAllah, Engkau panjangkanlah umur isteriku.

            Aku gembira kerana tahun ini merupakan tahun kedua aku dan Farah Hanani beraya bersama sebagai suami isteri. Aku lihat dia sangat ceria. BAnyak dia makan kali ini. Moga kebahagiaan dan kegembiraanmu berkekalan sayang.

Semua kaum keluarga berkampung di hospital. Bermacam-macam soalan mereka tanyakan. Aku hanya mampu menggeleng dan mengangguk. Kerisauan pada kedua kecintaanku lebih utama. Hati berperang dengan perasaan. Aku kerling ke pergelangan tangan kiriku. Sudah dua hari Farah Hanani berada di hospital. Doktor mengatakan Farah Hanani tidak boleh untuk bersalin secara normal tapi Farah Hanani tidak mahu dibedah. Hari ini 3 Syawal, doktor telah buat keputusan untuk memberi induce Farah Hanani.Aku hanay mampu berdoa dan terus berdoa.

            Satu jam telah berlalu dan Doktor Hamidi keluar dari labour room. Sayu wajah doktor muda itu menambah gusar dalam hatiku. Dua orang jururawat di belakangnya mengendong seorang bayi. Pucat lesi warna kulit bayi itu. Aku yakin itu adalah anakku.

            “Doktor macam mana isteri dan anak saya?” Aku menyoal. Dalam hati terselit jua rasa gundah.

            “Encik Azrin, saya harap encik tabah. Kami dapat selamatkan anak encik tapi kami tidak dapat selamatkan isteri encik. Saya minta maaf.” Selepas mengatakan hakikat sebenar, doktor muda itu terus berlalu. Aku tidak percaya apa yang aku dengar dan aku harap aku bermimpi. Aku melangkah ke kerusi menunggu. Mak memelukku erat. Rapuhnya aku saat ini. Kehilangan insane tercinta saat aku masih belum puas mencurah kasih sayang padanya. Pergi yang tidak akan kembali. Airmata aku menitis. Aku tahu aku mesti terima ketentuan Tuhan tapi aku kuatkah aku?

            Mak mertuaku juga tidak henti-henti menangis. Pilu di tiga hari syawal ini akan aku kenang sampai bila-bila. Sayang, kenapa tinggalkan saya? Tinggalkan anak kita? Saya tak kuat tanpa awak. Merintih lagi aku walau hanya dalam hati. Dunia aku yang sebelum ini penuh dengan warna warni cinta, kini hanya suram seperti bunga kemboja.

            Selepas selesai pengkebumian Farah Hanani, aku duduk di sisi pusaranya bersama Ahmad Syawal Fitri. Ku tenung wajah tenang bayi itu. Kau masih tidak mengerti nak. Ibumu sudah tiada di muka bumi ini. Ibumu telah pergi meninggalkan kamu dan baba. Aku cium pipi Syawal. Mencari kekuatan pada wajah tenang anak itu. Ku peluk Syawal seerat-eratnya. Saya janji kan menjaga anak kita dengan sebaiknya. Saya akan didik dia dengan agama. Berbahagialah awak di sana.




Mr.D..

3 Syawal…Saat semua sedang bergembira menyambut hari raya, aku bersedih kerana kehilangan isteri tercinta. Aku merindui tiap detik bersama dia. Ya Allah, kau cucurilah rahmat ke atas roh isteri aku kerana selama dia menjadi isteri aku, aku meredhai setiap apa yang dia lakukan. Kau temukan kami di syurga. Kehadiran Syawal juga membahagiakan aku tapi apalah erti bahagia andai aku tidak dapat berkongsi bersama Farah Hanani. Kelahiran permata hati yang ditunggu-tunggu tidak dapat disambut dengan isteri di sisi. Farah Hanani, saya relai pemergian awak menghadap Illahi. Saya sentiasa doakan awak dari sini.

Aku menutup diari syawalku. Pasti tidak akan ada coretan syawal lagi selepas ini kerana semangatku untuk mencoret kenangan syawal telah terkubur bersama jasad Farah Hanani. Selamat hari raya awak!!

Monday 8 August 2011

WANITA SOLEHAH

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah


~DIPETIK DARI HALAQAH~

Wednesday 27 July 2011

BUATMU BAKAL SUAMIKU…

Bakal suamiku..
Hadirku disimu adalah ketentuan Dia..
Untuk mencorak akhlakku…
Untuk melakar peribadiku…
Jua untuk melengkapi hidupku..


Bakal suamiku…
Hadirnya diriku adalah ketetapan Dia…
Sayangilah aku dan cintailah aku sepenuh jiwamu…
Tetapi ingatlah kamu…
Cintailah Penciptamu melebihi kau mencintaiku…


Bakal suamiku…
Hadirnya diriku adalah takdir Dia…
Peganglah amanah itu agar aku tak tergelincir ke lembah hina…
Hulurkan tanganmu saat aku rapuh dengan ujianNya..
Pinjamkan bahumu agar aku bisa menangis diatasnya…
Dan Sapulah airmataku agar aku bisa merasa reda…


Bakal suamiku…
Aku dijadikan dari rusuk kirimu…
Untuk dicintai dan untuk disayangi…
Bukan untuk dipijak jua bukan untuk dihina…
Pimpinlah aku menuju jannahNya…
Agar kita masih bisa bersama di syurga…


Bakal suamiku….
Jika kau merinduiku…
Rindulah aku atas jalan TuhanMu…
Jika kau menyayangi aku…
Sayangilah aku kerana sayangmu padaNya…
Jika kau mencintai aku,
Cintalah aku dan lebihkan cintamu padaNya…
Dan jika kau mahu memilikiku…
Milikilah aku dengan cara yang diperintahNya...

~Aimuni Marjono~

LAUNGAN KEMERDEKAAN..

Dulu bumi dijajah si penjajah durjana,
Peluru dan bom bertubi-tubi membunuh,
Nyawa yang tidak berdosa,
Melayang menemui pencipta,
Terseksa dek peperangan ciptaan manusia,
Tangan rakus menembak sini sana,
Tanpa belas kasihan membunuh dan terus membunuh.

Wanita, kanak-kanak dan orang tua,
Mangsa utama si durjana,
Dirogol, ditembak, diseksa dan dipijak,
Si lelaki pula mempertahankan hak negara,
Walaupun tersungkur di kaki penzalim zionis negara…

Kini negara sudah dimerdekakan,
Tiada lagi jajahan,
Tiada lagi kekejaman,
Tiada lagi peperangan,
Yang meragut nyawa,
Betapa besarnya erti kemerdekaan,
Kerana negara bebas dalam keamanan..

Tuanku Abdul Rahman,
Gah namanya serta jasanya,
Memerdekakan negara tercinta,
Dari tangan komunis, Jepun dan Belanda,
Yang tak punya perasaan menentang manusia..

Laungan kemerdekaan itu besar maknanya,
Merdeka, meredeka, merdeka,
31 Ogos 1957 tarikh keramat pembebasan negara,
Dari terus dizalimi zionis durjana…

Tuesday 26 July 2011

RAMADHAN…

Hadirmu dinanti…
Pergimu ditangisi…

Bulan itu datang lagi..
Setelah setahun berlalu…
Kini muncul kembali…
Bersama doa kesyukuran muslimin…
Diiringi doa kaum muslimat…

Bulan itulah bulan nabi..
Bulan penuh cabaran…
Bulan mulia penuh sinaran…
Berpuasa kita menambah keimanan…

Ramadhan…
Kami rindu kehadiranmu…
Kami rindu kedatanganmu…
Kami rindu ibadah dalam bulanmu…
Kami rindu rahmat malam-malammu..

Sepertiga malam bulanmu…
Kami harapkan lailatulqadar…
Semoga iman kami dipertingkatkan…
Dengan tarawih khusyuk kami kerjakan…
Dengan penuh rasa insaf kami tunaikan puasa itu..

Ramadhan..
Roh-roh yang telah pergi dibebaskan…
Untuk menemui keluarga yang ditinggalkan…
Walau kami tidak nampak kehadirannya…
Tapi kami tahu dia ada bersama menyambut bulan mulia…

Ramadhan…
Kami bermohon…
Ramadhan kali ini penuh makna…
Kerana kami takut…
Ini Ramadhan terakhir kami…
 
~Aimuni Marjono~

SEMENTARA...

Kekalahan itu..
Bukan yang pertama…
Jua bukan untuk selamanya..
Aku harus bangkit untuk pertahankan..
Harga diri yang diinjak..
Maruah diri yang dipijak…
Oleh mereka yang tak punya otak…

Kesakitan itu…
Bukan seketika…
Dan bukan selamanya..
Rapuhnya perasaan bila budi diperkotak katikkan…
Pilunya jiwa bila sayang jadi bahan gurauan..
Hampanya hati bila cinta jadi bahan cacian…

Kelukaan itu…
Masih disini..
Di hati ini…
Terpahat kukuh agar aku terus mengingati…
Betapa harga sebuah pengorbanan tak pernah dihargai..
Betapa harga secebis ketelusan tak pernah diberi erti…

Kegembiraan itu…
Dulunya penuh hilai tawa…
Yang cuma seketika…
Yang kini dah tak ada ertinya…
Kerana aku masih terasa…
Dengan sikap angkuh pameran mereka..
Dengan sifat benci buatan duniawi..
Dengan sifat tamak mahukan perhatian setiap hari…
Tanpa sedar siapa dia di muka bumi…
Dan tanpa sedar menghancurkan sekeping hati…

Thursday 21 July 2011

BILA

Bila...
Timbulnya rasa cinta..
Berusahanya kita mendapatkannya..
Cintakan manusia..
Dia dia dan dia...

Bila...
Kita sedih..
Kita cerita dekat dia...
Lupa pada yang Maha Kuasa..
Mengadu terus pada dia dia dan dia...

Bila...
Duduk berdua bersama...
Terasa bahagia menjalar jiwa...
Tak mahu kehilangan itu janji bersama...
Dan lupa jodoh pertemuan di tangan DIA...

Bila..
Dia minta buktikan cinta...
Serahkan segalanya kata pembuktian cinta..
Tanpa berfikir siapa dia pada kita...
Tanpa segan silu tunjuk body pada yang tercinta...

Bila...
Dia dapat segalanya...
Janji dia nak bersama walau apapun terjadi,
Lalu si wanita mempercayai...
Bermulalah lagi adegan yang dikeji..

Bila..
Perut memboyot dah berisi...
Dia tinggalkan tanpa simpati...
Nak balik rumah famili takut disyaki..
Menangis sendiri tangisi nasib diri...

Bila...
Apa yang tak diingini terjadi...
Baru teringat KHALIQ yang hakiki...
Berdoa dan merayu minta diampuni...
MasyaAllah teruknya kaum hawa zaman ini...

Duhai wanita...kalian adalah anugerah terindah...perhiasan dunia yang suci...jagalah maruah diri dan berilah pada sidia yang sejati dari Ilahi...

Monday 18 July 2011

PENDAKIAN MENUJU ALLAH…

Apa itu pendakian menuju Allah??

Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan . (QS. 90:10)
Tetapi dia tiada menempuh jalan yang mendaki lagi sukar. (QS. 90:11)
Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (QS. 90:12)

Setiap manusia inginkan perjalanan hidup yang sempurna tanpa perlu menempuh liku-liku yang menyukarkan. Tetapi tahukah kita, dalam setiap perjalanan pasti ada kesukaran? Perjalanan di dunia juga mempunyai liku-liku kepayahan apatah lagi perjalanan kita di barzakh sana. Tentunya perjalanan menuju Allah pasti lebih sukar.

Apakah kamu sudah cukup syarat untuk merasa firdusNya hanya dengan sedekahmu? Adakah juga kamu sudah berasa layak untuk ke jannahNya hanya dengan solahmu? Tepuk dada tanya iman. Apakah dengan solatmu. Itu sudah cukup untuk kamu menggelar dirimu alim? Tidak!! Islam bukan agama yang sukar tetapi islam itu syumul. Ya, benar!! Solat tiang agama. Kewajipan untuk semua umat islam. Tetapi jika kamu solat lima waktu tanpa menghayati setiap pembacaan yang kamu bacakan dalam solatmu apakah ertinya solat? Solatkah itu jika kamu solat hanya sekadar solat? Tanpa bersungguh-sungguh melakukan solat. Tanpa bersungguh-sungguh menyembahNya? Tanpa benar-benar tunduk kepadaNya?

Teringin benar aku merasa manisnya iman.

 “Tiga hal, bila ketiganya ada pada diri seseorang, nescaya ia merasakan betapa manisnya iman: Bila Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dibanding selain dari keduanya, ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintainya kecuali kerana Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya, bagaikan kebenciannya bila hendak dimasukkan ke dalam nyalaan api.” (Muttafaqun ‘alaih)

Apakah kita sudah boleh merasa manisnya iman? Tidak!!kita belum cukup layak untuk marasa kemanisan iman kerana kita sentiasa cinta manusia melebihi cinta padaNya dan rasulNya. SubhanAllah. Bilakah aku dapat merasa manisnya imanMU? Kau bukalah pintu hatiku untuk terus beriman kepadaMU dan mencintaiMU dan rasulMU.
Berbalik kepada pendakian menuju Allah, apakah kita sudah bersedia untuk menujuNya? Menuju Tuhan yang Maha Esa. Pasti ada kesenangan menuju Allah andai kita mengikut sebenar-benarnya ajaran islam. Dalam rukun islam juga sudah mengajar apa yang harus kita lakukan sebagai islam. Jangan islam hanya pada nama tapi bukan pada cara hidup. Aku juga telah banyak melakukan dosa. Pernah cara hidupku bukan seperti gadis islam. Tapi, syukur ku sedar. Aku ingin sekali mendapat kesenangan dalam menujuNya. Mengharapkan pendakian yang sempurna di akhirat kelak. Kesenangan meniti titian sirat. Kesenangan untuk menjawab persoalan malaikatMU di alam barzakh. Kesenangan sewaktu perhitunganMU di Mahsyar sana. Alangkah indahnya jika aku dapat merasa jannahMu. Alangkah bermaknanya kiranya aku dapat mencium firdausMU. YaAllah, kau murahkanlah rezekiku untuk ke rumahMU.

Semoga kita dapat menginsafi diri dan sama-sama dapat merasa kemanisan imanNya. Amin..

PEMILIK CINTAKU...

Baru lepas baca buku PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL (FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN)..masyaAllah...penceritaan yang benar2 menginsafkan...hati x sudah2 berkata, bagusnya dia menahan godaan insan bergelar lelaki..subhanAllah..mahalnya cinta dia kerana hanya ada cinta untuk lelaki bergelar suami saja selepas cintanya pada Pencipta dan pesuruhNya..

Dalam hati tak habis2 menyesali cinta duniawi...mencintai seorang lelaki hingga aku mengagungkan cintanya melebihi cintakan Ilahi...menangis apabila aku merinduinya tetapi tidak pernah menangis apabila merindui nabi Allah...teruknya aku...kejamnya aku apabila terlalu taksub mencinta lelaki yang belum tentu jadi milik aku...lelaki yang aku tergoda hanya kerana rupa parasnya...tak terhimpun dosaku ya Tuhan...mencinta lelaki bukan kerana sebenar-benar cinta keranaMU...tetapi mencintai lelaki yang pada pandanganku selalu menggembirakan aku...lelaki yang hanya dengan satu kelemahanku kemudian dia menjauhi aku dan aku masih mencintainya saat aku telah menjadi kebenciannya...

Agung sungguh kasihMU apabila Kau sedarkan aku kini...Maha suciMU ya Rabb kerana kini aku dapat menilai sebenarnya cinta tanpa perlu mengharap cinta dia...cukuplah aku mendapat cinta dan redhaMU jua cinta atas redhaMU...masih layakkah aku mendapat seorang suami yang bisa membawa aku ke jannahMU??

Semoga ku turut mendapat suami yang sebenar2nya suami...

Friday 15 July 2011

CORAT CORET!!!

Bowinknyee dok umah jew...on MC today cz kaki bengkak...xley nak jalan...Memang berbloger jew la...Isi masa dengan tulis cerpen ke, novel ke n 2 new post yang aku post today aku karang sejak sekolah dulu...time ada kesempatan dalam kelas...so copy paste jew...hehehe...seloka kelas aku tu aku buat masa form 5...masa tu sibuk nak buat karya untuk majalh sekolah..apalagi,,aku pun try laaa...tapi seloka tu memang kenangan laa ngn geng2 kelas...aku ni time sekolah dulu bukan baik sangat pun...sokmo gaduh ngn budak2 laki...tp bukan aku sorang jew, member2 gurl aku yang len pun same gak...tp dowg mmg sporting...yelah, majoriti kelas sama dari form 3...dah kenal isi perut masing2..sekarang ni member kelas aku pun ramai yang dh ade keluarga sendiri...dah beranak pinak pun..bercucu cicit coming soon kot..heheh...tp apa pun dowg memang the best...cam nak sekolah balek pon ade tp semua tu dah berlalu 7 tahun pun...cepatnye masa...apa2 pun hope dowg success...daaa dude!!

THEN, SUDDENLY, NOW AND SOMEDAY...

Then,
I was so naive
I was a lonely and dull girl
I always think that my life is boring...

Suddenly,
When I saw you
I felt so happy
I have finally found somebody
I thought my life
Is going chance
I showed you with love
But you showed me hate
I just dont have a clue
Why are you feeling that way...

Now
I dont care about the answer
I just want to THANK YOU
For letting me taste
The sweetness and bitterness of love
Even though u were never there
To share this perfect feeling with me...

Someday
Even if you learn
That hating me is a mistake
I will never accept you
My heart is too hurt
And never will mend
I know how a real man
Will react to this situation...

You are not one of them
But you will always
Remain to be
The love I'll never FORGET!!

SELOKA 5 EKONOMI 2 2005...

Assalamualaikum kalimah bermula
16 puteri 21 putera
Di blok C kami bertapa
Menuntut ilmu dan bergurau senda...

Tirai dibuka seloka pun bermula
5 EKONOMI 2 punya cerita
Kami semua hebat belaka
Berusaha bersama untuk berjaya....

Comel wajahnya itulah diri
Mengajar agama islam di kelas kami
USTAZAH SUHAILA guru dihormati
Mengajar dengan penuh dedikasi

Gelaran John diberi cikgu
HAFIZ FAIZAN monitor 5 EK 2
SAZREEN pula bagaikan ratu
Tak buat kerja slumber saja...

Jawatan PRS disandang mereka 
AIMUNI dan SHAZA selalu bersama
ADILAH pula member setia
Satu kepala otak gila-gila...

NORAZRIN nama diberi 
Umpama ceti di kelas kami
SYUKRI pula assistant tak bergaji 
Tak buat kerja ikut suka hati...

Bermata coklat cantik sekali
SARIP SHAMSUDIN nama diberi
Muka bulat sentiasa berseri
Pengawas disiplin sporting lagi...

Kecil molek itulah orangnya
MOHD ALIFF penyeri 5 EK 2
Kalau mengata slumber saja
Mengutuk orang number one punya...

SHARUL SHAFIQ baik orangnya
Dengan FAKHRULLAH MUIZZ satu kepala
Daalam kelas selalu tiada
Meeting pengawas alasan mereka...

SHAHRIL dan NASA duduk berdua
Kemana pergi selalu bersama
Dalam kelas diam saja
Konon nak berjaya di hari muka...

Dua nama sahabat sejati
Kemana pergi tetap berdua
Itulah orangnya NUR ALIF dan AZMI
Sekali berlawak berderai ketawa...

Orangnya chill handsome juga
Muka seposen trademark dia
MOHD RIDHUAN sedap namanya
Dengan HAREZ AFIQ macam kembar pun ada...

Digelar ustazah di kelas kami
NURUL UMMU HAMIM nama diberi
Dari Johor datang ke mari
Berkawan pula dengan IZUANI...

SAKILA nama diberi
IZZATI pula member sehati
Masa belajar sunyi dan sepi
Mereka berdua baik hati...

RAIMAH dan FAHERATY nama diberi
Dua sekawan kemana pergi
Gadis pendiam di kelas ini
Susah senang tanggung sendiri...

Pramugari dah jadi cita-citanya
ZURAIDAH MUSTAFFAR empunya nama
JULIA geng sekepala
Bab ketawa bagi je kat mereka...

Rajin belajar kelebihan semulajadi
Itulah dia WAHHIDAH dan ARYANI
Bab menyakat diaorang juga
Apa nak buat dah hobi mereka...

Orangnya sporting cun pula
Mungkin ramai yang tergoda
Suaranya lembut memikat jiwa
Itulah SAMSINAR namanya mulia...

Dalam kelas selalu tiada
Tak tahu kemana perginya mereka
SOFEQ dan SYUAIB itulah dia
Perangai sama otak pun serupa....

SHAHRUL HAFIZI nama diberi
Panggilan BOB sudah sebati
Paling besar di kelas kami
Tapi dia happy go lucky....

HAFIZ HATTA nama diberi
Budak baru di kelas kami
Orangnya poyo kerek lagi
Rasa-rasa macam nak bagi kaki....

Suaranya perlahan bak bidadari
MOHD HAZWAN nama diberi
Ada kembar di kelas 5 P
Kalau bersuara geli hati kami....

Orangnya tinggi besar pula
Tak banyak bercakap dengan kami semua
dalam kelas umpama tiada
Itulah SALLEHUDDIN empunya nama...

Hitam manis identiti diri
Ada lesung pipit manis dipipi
Kawan kami namanya BAIHAQI
Kalau nak kenal carilah sendiri...

Kalau ketawa menjadi-jadi
Suka termenung seorang diri
SYAHRUL OLUM nama diberi
Suka gelak menyindir kami...

Orangnya tinggi kurus juga
KHAIRUL AZHAR empunya nama
Hitam manis macho ke?
Gelaran Zed Zaidi panggilan untuknya....

5 EKONOMI 2 ceria sekali
Sentiasa bersepadu dan bersatu hati
Harap-harap dapat ke universiti 
Lepas habis SPM nanti...