First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Tuesday 31 July 2012

Devotees-Kekasih



~Jom layansss! Best sangat lagu ni..syahdu~

Aku Mahu Menjadi Hamba..

Bila aku letih,
Hadapi tohmahan dunia,
Bila aku penat,
Lalui cacian nikmat,
Bila aku lelah,
Harungi sang musibah,
Keluhan yang meniti di bibir.

Aku lupa padaNya,
Lupa Dia Maha Tahu,
Lupa Dia yang memberi waktu,
Lupa Dia yang menghidupkanku,
Lupa juga Dia yang menurunkan segala ujian dan dugaan...

Lalu tanganku tadahkan,
Wajah ku tundukkan,
Bersujud syahadah padaNya,
Pencipta Yang Esa,
Mengalir mutiara menyesali kealpaan,
Lantas aku bertaubat penuh keampunan...

Ya Allah,
Pelihara jiwaku dari leka,
Pelihara hatiku dari lena,
Pelihara imanku dari syaitan durjana,
Aku mahu menjadi hamba,
Aku mahu menjadi hamba,
Aku mahu menjadi hamba,
Yang sentiasa mengabdikan diri padaMU,
Walau aku punya daya dan tenaga..

Tuhan,
Leraikan aku dari resah,
Yang sentiasa membelenggu nurani,
Moga kan ku temu pengharapan,
Dalam dakapan cintaMU yang tiada pengakhiran.

Aku Mahu Menjadi Hamba : Aimuni Marjono

Bingkisan Hati : Selagi Hayatmu Di sini (Devotees)



Selagi hayatmu di sini
Akan kau meniti hari demi hari
Suratan takdir yang menerka
Bukan alasan untuk kau memendam duka

Dirimu umpama purnama
Yang hilang cahaya dimamah gerhana
Terbenam di lubuk gelita
Terbiar dirimu dicengkam derita


Namun kupercaya suatu masa akan tiba
Deritamu akan pergi jua
Biarpun dunia memandangmu hina
Tapi tak mengapa
Ku kan bersamamu mengharungi hidup ini


Biarkan mereka kata apa saja
Biarkan mereka mencemuh menghina
Pedulikan saja halangan yang tiba
Semua itu adalah dugaan darinya


Tabahkan hatimu
Cekalkan jiwamu
Pasrahkan dirimu
PadaNya Yang Satu

Akan tiba waktu
Mereka kan tahu
Siapakah sebenarnya dirimu


Assalamualaikum WBT..

Kenapa ek saya post lagu 'Selagi Hayatmu Di Sini' hari ni? Sebab lagu ni yang memotivasikan saya. Biarlah apa orang nak cakap, nak anggap, nak kata. Mereka ada mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan mulut untuk berkata-kata..Biarlah..... Memang kekadang rasa penat, letih nak fikir apa pandangan orang pada kita tapi mereka berhak kata apa saja tentang kita. Baik ke buruk ke, mereka sememangnya berhak untuk menilai kita. Yang penting pandangan & nilaian Allah SWT..

Sedih?? of course sedih. Saya juga manusia yang punya hati dan dianugerahkan perasaan olehNya. Tapi kalau nak fikirkan tentang orang lain, memang takde kesudahan. Kadang-kadang rasa fedup tapi saya gagahkan juga untuk lalui. Terkadang rasa goyah namun saya kuatkan kaki melangkah. Bukan minta dihargai tetapi minta secebis ingatan mereka atas apa yang telah saya beri. Secebis je saya minta. Tak banyak. Makin saya diam, makin banyak, makin enak mereka bercerita. Membuat penilaian tentang saya seolah-olah saya tiada Tuhan untuk menilai diri saya. Saya punya Allah untuk menilai siapa saya! Saya tak perlukan penilai-penilai yang juga memerlukan Allah untuk menilai siapakah mereka. Tak perlu!!!

Saya dah cuba dan cuba dan cuba untuk husnu'zhon pada mereka tapi, saya di suu'zhon. Saya boleh bersabar selagi Allah pinjamkan saya kesabaran. Tetapi sampai bila? Saya bukan semaksum Nabi Muhammad. Saya manusia biasa. Hanya manusia biasa. Saya tak boleh menadah dan telan bulat-bulat apa yang mereka katakan. Biarlah mereka. Biarkan... Dah penat pasti mereka hentikan segala tohmahan. BErsabar dan bertabah kunci kejayaan diri. Saya ada AllahuRabbi. Sekali lagi saya tegaskan saya tak perlu penilaian mereka yang juga mengharap penilaian Allah. Sekian.

Bingkisan Hati : Aimuni Marjono

Monday 30 July 2012

Halim - Maha Mendengar



~Lagu yang memberi inspirasi time terkuciwa..huhu..sebuah lagu dari Halim Ahmad (Devotees). Bait2 lirik yg sangat2 memberi maksud kalau dihayati betul2~

Sakit Itu Nikmat...

Sakit itu Nikmat,
Kerana dalamnya ada berkat,
Kerana bersamanya kita ingat,
Bahawa Allah yang memberi kita sihat...

Assalamu'alaikum..

Agak lama juga tak update apa2 dalam blog ni. Asiffah. Kerana kesihatan tidak mengizinkan untuk saya menarikan jari jemari pada papan kekunci. Kenapa erk tajuk entri saya agak berlainan hari ni? Sebenarnya saya sedang diuji dengan kesakitan oleh Allah pada bulan Ramadhan yang mulia ni. Mungkin Allah ada rencanaNya sendiri kenapa Dia menurunkan rasa sakit pada setiap hambaNya. Saya juga manusia yang tak lepas dari ujian sakit.

Sakit itu kafarah dosa. Cara untuk Allah tingkatklan darjat kita di sisiNya. Bersabarkah kita atau ada keluhan dalam kesakitan. Itu juga tahap keimanan kita. Meningkatkah atau merudumkah? Ya Allah, jauhkan aku dari kekurangan iman. Amin..

Keperitan sakit yang ditanggung hanya Tuhan yang tahu bagaimana. Memang luaran nampak seperti sihat tapi dalaman hanya saya yang boleh rasa. Sakit kepala yang teramat sangat. Bagaikan mahu saja dihentakkan ke dinding untuk mengurangkan kesakitan. Tapi bila difikirkan semula, mungkin sakit ini kafarah dosa saya. Makanya, saya redha. Allah SWT mahu menghapuskan dosa2 saya dan mengapa saya harus bersedih dengan kesakitan yang dikurniakanNya?

Allah SWT berfirman:

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” - Surah Asy-Syura, ayat 30.


Walaupun kerjaya saya agak terganggu kerana migrain yang saya tanggung tetapi, saya akur kerana ini kehendak Yang Esa. Saya tahu Dia mahu uji saya. Mahu duga saya. Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

Renteten sejarah Nabi Allah Ayub Alaihi Salam, Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb. Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya. Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?

Alhamdulillah, sepanjang saya sakit, sahabat saya Nurul Syafinaz tidak jemu2 membantu sehingga saat saya jatuh pengsan di sisinya. Syukur kerana Allah hadiahkan dia pada saya sebagai teman susah senang. Sehinggakan saya menabur janji pada diri sendiri, dia akan tetap dalam hati, jiwa dan ingatan saya walaupun saat kami tak lagi bersama.

Akhir kalam, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.

HambaNya : Aimuni Marjono

Thursday 26 July 2012

[PREVIEW] Halim Ahmad | Zikir Para Perindu Syurga



~seorang lagi artis nasyid yg akan mencorak nama dalam album zikir selepas Hafiz Hamidun, Fitri Haris, Imam Muda Najdi..Semoga terus berjaya..~

Sunday 22 July 2012

Devotees - Rindu Ramadhan




~Rindu Ramadhan by Devotees~

Tangisan 1 Ramadhan


“Abang bangun...” Aku membuka mata. Perlahan-lahan. Cahaya yang masuk dari celahan tabir menyakitkan bola mataku. Aku memandang sesusuk tubuh yang sedang merenungku. Dialah isteri yang ku nikahi setahun lalu. Isteri berbudi. Aku tersenyum memandangnya.

“Jam berapa dah sayang?” Aku bertanya. Dia melemparka senyuman manis. Lega aku melihat senyumannya.

“Jam 9 pagi bang,” Jawapannya ringkas namun aku terkejut. 9 pagi? Ya Allah....

“Maafkan sayang. Tadi sayang nak bangunkan abang tapi sayang tengok abang letih sangat. Sayang kasihankan abang. Maafkan sayang bang.” Dia mencapai tanganku dan mengucupnya. Serba salah mungkin. Aku mengusap rambutnya lembut.

“Its ok sayang. Abang tak marah pun. Abang faham.” Mendengar pengucapanku, dia menyimpulkan senyumannya. Sekali lagi dia mengucupiku tetapi kali ini di pipi.

“Terima kasih bang. So, tak apa le abang pergi office lambat?” Dia bertanya.

“Sebenarnya, abang memang apply cuti pun hari ni. Saja nak bawak sayang pergi jalan-jalan.” Aku berterus terang. Dia ketawa dan mencubit lembut pehaku. Aku bahagia bersamanya.

“Abang ni, saja tau. Abang nak bawa sayang jalan-jalan? Bestnya. Nak pergi mana bang?” Dia nyata gembira. Ya, itulah aku. Cuba untuk memabahagiakan isteri tercinta.

“Pergi Bukit tinggi nak?” Aku mengaju cadangan. Dia mengangguk setuju. Kami bersiap-siap untuk keluar. Baju dan segala untukku disediakan olehnya. Aku bersyukur kerana Allah kurniakan dia pada aku.




***************




Nurul Izzah, itulah namanya bidadari yang diberi Allah kepada seorang Ahmad Baihaqi. Isteri syurga dunia buat suami dan suami juga syurga dunia buat isteri. Sejauhmana didikan yang diterapkan oleh seorang suami kepada seorang isteri itulah yang menjadi ukurang kepada baitul islam yang telah didirikan.

“Apa yang abang menungkan?” Dia menghampiriku. Aku menepuk-nepuk katil dan meminta dia duduk di sampingku. Dia akur. Dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibir, dia mendampingiku.

“Sayang, andai kata abang pergi dulu, sayang akan cari pengganti abang tak?” Aku bertanya. Aku mahu lihat kejujuran dan kesetiannya padaku. Bukan meragui tetapi kerana mencintai.

“Kenapa abang tanya? Abang tak percayakan sayang?” Dia sayu. Aku memeluknya erat. Terasa sendu di kalbu. Aku menggeleng.

“Tak. Bukan macam tu. Abang hanya nak tahu. Abang cukup percayakan sayang.” Aku mengucup dahinya lama. Cinta aku padanya tidak pernah berkurang malah makin bertambah. Aku lihat dia senyum. Perlahan nafas di tarik.

“Demi Allah, sayang tidak akan berkahwin lain. Sayang mahu jumpa abang di syurga. Sayang mahu jadi ketua bidadari buat abang di sana. Sayang mahu bersuamikan abang di JannahNya.” Tulus dia berkata-kata. Aku mengeratkan pelukanku. Terasa mahu menitis air mata.

“Kalau sayang pergi dulu? Abang cari yang lain tak?” Giliran dia bertanya. Laju aku menggeleng. Tidak! Aku juga mahukan dia menjadi isteri aku di JannahNya.

“Betul ni?” Dia masih menyoal. Aku merenung tepat ke dalam matanya.

“Betul. Abang mahu sayang jadi isteri abang di syurga. Cukuplah abang ada sayang. Kalau abang kahwin lain, belum tentu dia macam sayang.” Dia menggenggam erat tanganku. Ya Allah, kekalkan kebahagiaan ini selamanya sehingga KAU pertemukan aku dan dia di syurgaMU.

“Terima kasih abang. Kita sama-sama berusaha untuk bersama di syurgaNya.” Dia meniup semangat. Ya , dialah syurga dunia buatku. Isteri solehah. Aku redha dengannya. Dan sentiasa aku berdoa, Allah juga meredhainya.




***************


“Sayang, bangun sahur. Hari ni hari pertama puasa.” Aku mengejutkan isteriku. Tiada reaksi.

“Sayang...” Aku mengulangi. Juga tiada reaksi. Hati aku berdegup kencang. Aku meletakkan tanganku pada dahinya. Sejuk. Ya Allah, jangan KAU ambil isteriku. Air mataku mengalir. Aku merasa nadinya. Ternyata diatelah diambil Tuhan. Aku menangis semahunya.

“Sayang, jangan tinggalkan abang. Abang masih perlukan sayang.” Aku merintih. Terasa lemah longlai segala urat sarafku. Aku melangkah untuk menghubungi keluarga aku dan dia. Ya Allah, sungguh berat dugaan ini namun aku redha dengan ketentuanMU. Kau berhak mengambilnya kembali dariku.

Orang ramai termasuk ahli keluarga memenuhi rumahku untuk memberi penghormatan terakhir pada isteriku. Sayu yang aku rasakan tidak mampu dibendung. Sedih kerana kehilangan rusuk kiriku. Terngiang-ngiang gelak tawa dan ucapan manjanya di telingaku. 1 Ramadhan, isteriku pergi menemui Ilahi.

Selesai pengkebumian, aku melangkah longlai pulang ke mahligai yang dulunya ceria dengan kehadiran Izzah. Setiap penjuru rumah, aku terlihat dia. Air mata menitis lagi. Aku taj mampu untuk berdiri tapi aku gagahi. Mak dan mak mertuaku hanya menjadi pemerhati. Mereka memahami perasaanku kala ini. Biarkan aku bersendiri. Aku mengumpul kekuatan melangkah ke bilik peraduan kami. Aku duduk di meja soleknya. Ada surat, Dengan tangan yang menggigil, aku buka surat tersebut. Tulisan Izzah.





Assalamualaikum,

Kehadapan suami yang tercinta..

Abang, maafkan sayang kerana pergi tanpa pamitan. Sayang tidak mahu susahkan hati abang. Sebenarnya, sayang sedang menanggung kesakitan yang teramat. Sayang disahkan ada 'tumor otak'. Maafkan sayang kerana tidak berterus terang. Sayang mahu jadi isteri solehah dan wanita syurga buat abang. Sebab tu sayang tak mahu susahkan hati abang dengan memikirkan apa yang tak sepatutnya abang fikirkan. Sayang bahagia menjadi isteri abang. Terlalu bahagia. Sayang tunggu abang di syurga. Jangan lupa doakan untuk sayang dan doakan jodoh kita berpanjangan.

Salam kasih dari isterimu,
Nurul Izzah.


Menagalir lagi air mataku. Ya Allah, kenapa aku boleh tidak perasaan kesakitan yang ditanggungnya? Sayang, tunggu abang. Abang janji akan jadikan sayang ketua bidadari buat abang di sana. Aku melipat surat tersebut. Aku memeluk baju isteriku. Rindu menggamit sanubari. Ya Allah, jodohkan kami di syurgaMU.

Aku HambaNYA...

Aku hambaNya..
Kadang terleka dengan dunia,
Ya itu sifat manusia,
Terlalu mengejar duniawi,
Lalu lupa pada ukhrawi.

Aku hambaNya..
Yang terus meleka,
Bersama cinta palsu ciptaan manusia,
Meninggalkan DIA pencinta sejati,
Sibuk dengan sidia bergelar lelaki.

Aku hambaNya...
Sifatku sempurna,
Tapi hatiku penuh cacat cela,
Lupa pada DIA,
Tapi terus mengingati sidia.

Aku hambaNya..
Ya, aku hambaNya,
Yang dia suluh cahaya,
Pada sekeping hati,
Tertundukku pada keESAanNya,
Lalu menitis air mata sayu,
Kerana jiwaku terasa dipandu,
Dengan pelukan rahmatNya.

Terucap lafaz tahmid,
Terucap lafaz tasbih,
Terucap lafaz takbir,
Terima Kasih Allah,
Hanya KAU yang ku cinta,
Kerana AKU HAMBANYA...

Aku hambaNYA : Aimuni Marjono

Ramadhan Pertama Tanpa Dia..

Assalamualaikum WBT..

Agak lama juga tak update blog ni. Takut bersawang je nanti. Hehe. First time in my life berpuasa tanpa seorang AYAH. Terasa? of course terasa. Selalu berimamkan dia time tarawih tapi utk tahun ni tak lagi. Hanya doa penghubung kasih seorang anak kepada seorang ayah. Ya, susahnya hidup tanpa seorang ayah. Terlalu sukar. Tetapi kerana iman, redhakan juga pemergian dia. Sesekali rindu datang bertamu tapi sy kuatkan hati demi Ilahi. Inikan takdir dia. Sy selalu ingatkan diri sy, dia pergi berjumpa 'Allah' dan sepatutnya sy bersyukur sebab pemergian dia sangat tenang.

Alhamdulillah, semasa dia menghembuskan nafas yang terakhir, wajahnya senyum dan jenazahnya sangat wangi. Semoga dia mendapat tempat di sisi Allah SWT. Tulus sy katakan, sy merindui kehadiran dia. Tetapi sy tahu, dia juga merindui untuk berjumpa Tuhannya. Sebab tu dia pernah cakap dulu, kalau boleh, dia nak meninggal awal. Dan Allah perkenankan permintaan dia. Dia pergi pada usia 55 Tahun. Dialah ayah dan sahabat yang terbaik serta penasihat terbaik pada sy dan adik-beradik.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan yang beriman. Amin.

Luv So Much.

Kasih Tiada Tara Selamanya.

Al-Fatihah buatmu Ayah Tercinta.

Anakmu : Aimuni Marjono


Monday 16 July 2012

Halim - Dalam Sujud Cintaku




~Lagu ni banyak bagi inspirasi saya untuk menggapai redhaNya~

Terasa

Terasa...
Jauhnya diri dari Tuhan,
Teralpa dengan keduniaan,
Lupa hakikat kehidupan,
Yang telah termaktub indah,
Dalam kalam Allah Al-Quran.

Terasa...
Sombongnya daku pada pencipta,
Sedangkan telah dia sediakan segala,
Nafas, penglihatan, pendengaran, percakapan,
Cukup lengkap tanpa terkurangnya,
Entah kenapa aku leka,
Lupa mahu tunduk patuh perintahNya.

Terasa,
Angkuhnya aku pada Ilahi,
Saat hati diuji masih mahu menyendiri,
Tidak menadah tangan memohon keampunan,
Terus saja melangkah tanpa segan,
Kerana masih diberi nikmat berjalan.

Terasa..
Egonya aku pada Dia,
Yang memberi aku rasa,
Cinta, sedih dan bahagia,
Walau terkadang berduka,
Namun aku masih enggan,
Mengenali Dia.

Ya Allah...
Terasa...
Berdosanya aku kerana,
Sifat mazmumah menebal dalam diri,
Walau kepadaMU,
Ampuni aku Ya Allah,
Kini aku berusaha mencari redhaMU,
Kerana aku mahu menikmati,
Indahnya mendekatiMU Ya Rabbi...

Hamba Leka : Aimuni Marjono

Sahabatku Sayang

Sahabatku sayang,
Jangan pernah rasa goyah,
Dengan nilaian mata manusia,
Tentang busana apatah lagi aurah,
Yang kau pelihara bersama cintaNYa.

Sahabatku sayang...
Jangan pernah rasa kalah,
Tika wanita lain mendahuluimu,
Dalam 'acara' merebut hati lelaki,
Tidak mengapa sahabat,
Kerna kau tak pernah kalah,
Dalam perjuangan merebut cinta Ilahi.

Sahabatku sayang...
Jangan pernah rasa lemah,
Dengan ujian cinta manusia,
Yang tak pernah sudah,
Ketahuilah sahabat,
Mereka tiada apa,
Kerana cinta mereka,
Tidak setanding cinta Allah.

Sahabatku sayang...
Indahnya Dia cipta dirimu,
Menjadi wanita pilihan,
Membawa agamaNya dalam dakwah,
Memperjuangkan  hak seorang wanita,
Dalam membentuk jati diri manusia.

Sahabatku sayang...
Biarlah apa kata mereka,
KAu kolot, kau syadid,
Biarlah...
Kerana kau ada tempat di sisiNya,
Allah tinggikan darjat kau,
Lebih dari mereka.

Sahabatku sayang...
Tegaskan dirimu membentuk sahsiah,
Cekalkan hatimu membentuk ummah,
Istiqamahkan kalbumu membentuk ukhwah,
Tabahkan jiwamu membentuk dakwah islamiyah,
Kerana di situ ada sinar menuju Jannah..

Dari Sahabat : Aimuni Marjono

Sunday 15 July 2012

SEBALIK SECEBIS KAIN

Secebis kain itu,
Mampu meningkatkan martabat,
Seorang hawa yang bertaqwa,
Atas keberanian menghadapi cacian,
Biarlah... biarlah apa yang mereka mahu katakan.

 Wanita berniqab itu,
Punya dua senyuman,
Senyuman di bibir juga mata,
Oh indahnya mereka,
Wanita solehah hiasan dunia.

Secebis kain itu,
Membuat lelaki hormat,
Membuat mereka tertunduk kalah,
Tanpa berani memandang dengan nafsu serakah,
Tiada gangguan lumrah,
Seperti gangguan pada wanita biasa.

Cantiknya mereka,
Menabiri wajah demi Allah,
Menghijabi kecantikan kerana tidak mahu jadi fitnah,
Kerana mereka takutkan Allah,
Dan berimpian untuk bertemuNya,
Dalam keadaan seri pada wajah mempesona.

Ilham : Aimuni Marjono


YA ALLAH

Pernah hati dicalari,
Dengan sikap manusia yang tak mengerti,
Dengan sifat manusia yang tak menghargai,
Dipaut duka dan dihambat kecewa.

Sudahnya aku tinggalkan mereka,
Dengan seribu keperitan dan sejuta kepayahan,
Melangkah sendiri berlari dan berlari,
Ku cuba untuk melupakan,
Walau payah harus ku gagah.

Tiba saatnya KAU beriku kekuatan,
Ketabahan dan kecekalan,
Serta kepasrahan dalam meneruskan kehidupan,
Tanpa mereka yang menyakitkan,
Tanpa mereka yang melukakan,
Dan tanpa mereka yang menghadiahkan kedukaan.

KAU ajarku tabah dalam solat,
KAU ilhamkanku sabar dalam doa,
KAU ilmukanku cekal dalam sujud,
KAU nikmatkanku pasrah dalam redha.

Ya Allah..
Kau Maha Mengetahui apa yang terbuku di sanubari,
Saat hidayahMU singgah di hati,
Aku cuba untuk memperbaiki diri,
Menjadi muslimah dan hamba yang KAU redhai.

Tidakku berpaling lagi,
Pada mereka yang tak sudi,
Tidakkan ku mendekati,
Mereka yang telah mencalari,
Kerana harga diriku kini aku letak tinggi,
Tanpa mampu walaupun sesiapa cuba untuk merobohi,
Tembok pengharapan yang ku paksikan pada Ilahi.

Nurani Hati : Aimuni Marjono

Haramkah - Halim




By Halim Devotees. Memang OSEM.

BINGKISAN RINDU

Bingkisan rinduku
Diterjemah dalam solatku
Dierti dalam doaku
Dimaknakan dalam tahajjudku.

Bingkisan rinduku
Bukan pada sidia
Tapi satu untuk DIA
Kerana tanpanya
Aku tidak mampu melihat dunia.

Bingkisan rinduku
Dilafazkan dengan lisan
Diakui dengan hati
Dibuktikan dengan perbuatan
Kerana kuatnya rinduku
Maka kuat juga cintaku.

Ya Rabb...
Bingkisan rindu ini hanya untukMU
Tuhanku yang satu
Yang punya hak ke atas diriku
Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku 
Segalanya untukMU
Kerana tiada bingkisan rindu palsu
Di hati untuk makhlukMU
Hanya bingkisan kalbu
Satu untuk Penciptaku.

Bingkisan Rindu : Aimuni Marjono

Saturday 14 July 2012

Belajar Teknik Al-Baghdadi bersama DEVOTESS




~Album ni sangat bagus untuk ajar anak2 mengaji..syabas Devotess...untuk budak2 tadika memang sangat bagus..Alhamdulillah~

*maceh Devotess beri I ilham nak mengajar anak2 murid cara bernasyid macam ni (Adi, Halim, Muhammad & Syauqi serta Devo Junior :)*

MARTABAT WANITA

Wanita,
Martabat kau tinggi,
Di sisi Tuhan termaktub hakiki,
Pelihara maruahmu agar tak terkandas,
Hanya kerana kau terlebih batas.

Bukan ini cara ‘berani’mu,
Meluah perasaan hanya berbekalkan nafsu,
Bukan kerana DIA yang satu,
Hilangnya nilai harga diri,
Bila kau sewenangnya menyerahkan hati,
Untuk dicintai seorang lelaki.

Kau tahu wanita itu hiasan dunia,
Nabi Muhammad jua pernah berkata,
Kau juga fitnah paling utama,
Kerana aurat dan peribadi tak kau jaga,
Maka terlontarlah kau mendapat murkaNYA.

Sedarkah kau,
Akhlak yang indah terbias di wajah,
Bijak kau menjaga,
Kau akan mendapat pahala,
Pandai kau hias,
Kau akan terima ganjaran,
Hiasannya adalah solat dan kalimah Tuhan,
Tak perlu kau datang kepada ikhwan,
Kerana si soleh itu akan kau tawan,
Hanya dengan keimanan.

Hanya Wanita : Aimuni Marjono

INDAHNYA PERKAHWINAN

Indahnya perkahwinan..
Menyatu dua hati,
Berkongsi kasih,
Memahat janji,
Mengikat nurani.

Inilah sunnah Nabi,
Perkahwinan yang diredhai,
Tanpa noda yang mengotori,
Memupuk dua rasa insani,
Kerana mahabbahnya letak di hati.

Isteri mentaati suami,
Suami menghormati isteri,
Isteri sentiasa menyenangkan,
Suami pula membahagiakan,
Indahnya perkahwinan.

Bait al-muslim atas restunya,
Adalah nikmat kurniaan tak terhingga,
DIA mengikatkan kita,
Menjadi halal untuk bersama,
Melakar cinta hingga ke syurga.

Berkasih seiring doa,
Bercinta seiring tahajjudNYA,
Merindui sejajar tunduk akur syariatNYA,
Menyayangi seindah Nabi Muhammad dan Siti Khadijah,
Semoga perkahwinan ini sakinah, mawaddah wa rahmah,
Matlamat kita menuju cinta Yang Esa.

Tulusly : Aimuni Marjono

PERTUNANGAN IKATAN SUCI

Pertunangan bukan tiket untuk bermesra..
Ianya tiket untuk kenal hati budi bersama,
Tanpa bersentuhan dan berpegangan,
Hanya wali sebagai perantaraan..

Pertunangan…
Kesepakatan peribadi perjanjian rahsia,
Antara ukhti dan akhi yang ajnabi,
Sebelum melangkah ke satu fasa,
Ijab kabul yang dinanti…

Pertunangan…
Batasnya perlu dijaga,
Tidak boleh berduaan apalagi berpelukan,
Kerana syaitan itu tak pernah cuti untuk merosakkan,
Janjinya pada Tuhan hingga akhir zaman…

Ukhti dan Akhi…
Jagailah pertunangan suci ini,
Ikatan ini kerana Allah,
Perhubungan ini kerana Allah redha,
Bersama pelihara maruah kedua keluarga,
Jangan dikotori nafsu serakah semata…

Hanya Bicara : Aimuni Marjono

MAAFKAN BILA AKU SALAH

Maafkanlah bila aku salah,
Aku hanya manusia,
Kelemahanku berjuta,
Aku tersilap mentafsir kata-kata.

Maafkan bila aku salah,
Aku hanya hambaNYA,
Yang sering alpa dengan hati insan,
Kerana aku leka dengan perasaan.

Maafkan bila aku salah,
Aku hanya insan lemah,
Yang sering tersalah bicara,
Natijahnya ada hati berduka.

Maafkan bila aku salah,
Takkan ku ulangi, aku berjanji,
Hanya ku pinta kau maafi,
Diri ini yang kurang serba serbi.


Maafkanku : Aimuni Marjono




SUAMI

Kenangan masih menjelma,
Kerap dan tiap masa,
Pergimu secara tiba-tiba,
Meninggalkan daku dan zuriat tercinta.

Suami..
Masih segar diingatan,
Pertama kali disatukan,
Akad dilafaz tanpa berkenalan,
Dan akhirnya membuahkan bibit percintaan.

Suami..
Lahirnya permata pertama,
Kita sama-sama bahagia,
Semoga dia menjadi anak yang berguna,
Untuk negara dan agama tercinta.

Suami..
Kesabaranmu membuatku hormat,
Ketegasanmu membuatku rasa selamat,
Kau tidak pernah menggusarkan,
Apatah lagi menyebabkan kedukaan,
Malah kau beri kami sepenuh kebahagian,
Walau terkadang kau mengalami kesedihan.

Tika ini..
Hanya potret menjadi peneman,
Senyumanmu membuatku rindu,
Tibanya saat kau meninggalkan,
Hanya tentangmu tersemat di kalbu.

Hasil Tulisan : Aimuni Marjono

RESTUMU KU PERLU

Tuhan..
Aku mahu redhaMU,
Juga restuMU ku perlu,
Pandu aku menuju cintaMU,
Sebelum aku terjebak cinta dunia.

Tuhan..
Benar, cinta itu fitrah,
Namun aku tidak mahu ianya menjadi fitnah,
Aku mahu ianya menjadi barakah,
Yang terindah untukku,
Jua mendapat rahmatMU.

Tuhan..
Biarlah cinta ini menjadi rahsia,
Tanpa perlu dia tahu,
Hanya KAU dan aku,
Andai jawapan istikharah berpihak padaku,
Maka aku pohon,
Jodohkan aku dan dia dalam jalinan kasihMU.

RedhaMU buatku : Aimuni Marjono


Thursday 12 July 2012

Dakwah Itu Indah

Islam dipandu,
Iman diburu,
Taqwa dituju,
Istiqamah diperlu…


Jalan menuju Allah tidak sukar,
Kenal asma’Nya juga erti,
Jagalah hati,
Agar tak dikotori,
Kerana hati yang bersih dan suci,
Sentiasa ada Allah di sisi..


Dakwah perlukan keteguhan jiwa,
Perlukan kerukunan bersama,
Demi mencapai satu nawaitu,
Kerana Allah kami bersatu..


Dakwahku Untuk Kalian : Aimuni Marjono

Saat Cinta Menyapa

Ya Allah…
Saat aku diuji cinta,
Aku pohon dan aku pinta,
Jangan aku dibiar terleka,
Dengan silaunya kilauan mutiara,
Kerana aku tak betah,
Andainya hatiku terus melena,
Dengan cinta palsu ciptaan dunia.


Ya Rabb…
Kerana aku jatuh cinta,
Maka KAU peliharalah ia,
Dengan hanya mencintaiMU Yang Esa,
Kerana aku hanya manusia,
Bergelar muslimah pula,
Yang tidak mampu menolak hadirnya cinta manusia.


Ya Khaliq,
Pimpinlah aku menuju cintaMU Nan Satu,
Aku tak mahu cinta yang tak KAU redhai,
Peliharalah cinta ini hanya untuk suami,
Yang telah KAU cipta aku dari rusuk kiri,
Bersama mencapai mardatillah,
Bersama berpimpin menuju Jannah.


Kerana CintaNya : Aimuni Marjono

Subur Dengan Syukur

Syukur…syukur…syukur Ya Allah,
Syukur Alhamdulillah.


Panjatkan kesyukuran pada Yang Kuasa,
Letakkan rasa syukur di dalam dada,
Suburkan kesyukuran dengan taqwa,
Tempatkan kesyukuran satu di jiwa,
Semoga kau beroleh pahala berganda.


Rasailah kemanisan iman dariNya,
Semoga beroleh barakah bersama.


Hamba DIA : Aimuni Marjono

Muslimah..Kau Indah

Muslimah…
Darjatmu mulia di sisi Allah,
Mudahnya kau memasuki JannahNya,
Solat lima waktu kau jaga,
Puasa ramadhan kau pelihara,
Suami tercinta kau taat demi cinta.


Muslimah…
Busanamu cantik tertutup indah,
Auratmu kau jaga rapi,
Maruahmu kau letak tinggi,
Setinggi gunung samudera,
Kerana untuk lelaki yang halalan toyyiba.


Muslimah…
Kau hiasan dunia selagi kau bergelar solehah,
Keayuanmu bukan pada rupa,
Tapi pada tutur kata berhikmah,
Kecantikanmu bukan pada solidnya bodi,
Tapi pada letaknya akhlak terpuji,
Keanggunanmu bukan pada petahnya kau berbicara,
Tapi pada ketegasan kau mempertahankan hak DIA.


Muslimah,
Teruskan langkah sebagai muslimah,
Moga kau mampu menjadi mukminah,
Juga terpilih menjadi muallimah,
Yang sentiasa merendahkan hati di hadapan Pencipta.


Muslimah Jua : Aimuni Marjono

LA TAHZAN INNALLA MA’ANA

La Tahzan…
Jangan bersedih,
Innallaha ma’ana,
Kerana Allah ada bersama,
Ditimpa susah dan payah,
Dilanda derita dan kecewa,
Diasak sedih dan duka,
Jangan terduduk terpaku semata,
Kau masih punya mukallaf untuk agama.


Bangkitlah pemuda,
Teruskan langkah perjuanganmu,
Untuk menegak addinNya,
Kehilangan itu hanya satu dugaan hidup,
Agar kau lebih tabah dalam jemaah.


Tenangkan hatimu dengan zikrullah,
Pujuklah dirimu dengan lafaz syahadah,
Agar kau tak rasa gundah,
Di setiap kesempitan kesenangan bakal tercipta
.

Cinta Dia : Aimuni Marjono

KEMATIAN ITU PASTI

Allah SWT menciptakan semua berpasang pasangan
Pertemuan pasangannya perpisahan,
Di setiap terciptanya pertemuan,
Bakal juga tercipta perpisahan,
Sementara atau selamanya hanya Allah tahu jawapan,
Hanya perlu bersedia menghadapi detik itu,
Dimana ianya akan menjelma jua.


Saat Allah mengarahkan Izrael datang,
Tiada siapa mampu menghalang,
Kerana tiba saatnya perjanjian mengundang,
Bertemu Khaliq Pencipta Mulia,
Solat dan amalan dibawa cuma,
Kerana itu bekalan bertemu DIA.


Bersedialah apabila tiba masanya,
Hanya ratapan insan ditinggalkan,
Hanya doa pengikat hubungan,
Terpautnya sebuah kenangan taulan,
Semoga sejahtera di sisi Al-Mukmin.

Isi Hati : Aimuni Marjono

TARBIYAH CINTA ALLAH

Ujian tarbiyah Allah,
Tiada peperiksaan pena,
Apatah lagi uji minda,
Kerana Allah ada caraNya,
Bagaimana DIA menduga hambaNya.


DIA tahu tahap kemampuan,
DIA mengerti batas kesanggupan,
Inilah kasih sayang yang tak ternilai,
Antara Pencipta dan makhluk dicipta,
Kerana cintaNya kita ada,
Kerana KasihNya kita diduga,
Kerana sayangNya kita menjadi hamba,
Bersyukurlah kerana dipilihNya,
Merasai kemanisan dan kepahitan hidup di bumiNya,
Tanpa bayaran kita diciptakan,
Hanya dengan satu perjanjian Tuhan,
Bersedia menjadi khalifatul rahman.


Sedarlah insan,
Kerana DIA merindui maka dia menguji,
Dia mahu mendengar rintihan pengharapan,
DIA mahu lihat titisan airmata iman,
Mengadu dengan penuh penyesalan,
Dalam solat sunat tahajjud dan taubat,
Ditambah rencah solat istikharah,
Menjadi tetamunya ketika yang lain diulik lena.


Hamba Hina : Aimuni Marjono

Dari Sahabat Untuk Sahabat

Sahabat…
Kasihku padamu seluas lautan biru,
Kerana kau yang selalu ada untukku,
Tak kira apa jua keadaan meredah waktu,
Kau dan aku tetap bersatu tuju
Kerana kau sahabat di akhir waktu.


Sahabat…
Gembiraku jua untuk menggembirakanmu,
Tetapi kesedihanku,
Bukan untuk kau turut menangis sendu,
Kerana aku tak tegar melihat air jernih itu,
Tumpah mencemar membasahi pipimu.


Sahabat…
Bukan mudah untukku melupakan,
Rencah persahabatan ukhuwah fillah,
Kerana Allah menyatukan dua hati,
Demi mencari jejak cinta hakiki,
Usrah, musyawarah, halaqah menjadi tradisi,
Mengeratkan lagi silaturrahim terbina,
Mengukuhkan cinta demi redhaNya.


Sahabat…
Tika subuh menjelang jelma,
Kita bersama berdiskusi tentang AgungNya,
Menggantung pengharapan hanya pada Yang Esa,
Kau dan aku sentiasa mencipta cerita,
Agar merasai dipeluk cintaNya.


Dari Sahabatmu : Aimuni Marjono

KERANA CINTA DUA JIWA TERCIPTA KITA


Ini ikatan mulia bersulam ceria,
Terbina atas rahmat kasih sepasang ayah bonda,
Diperdengarkan dengan lafzul jalalah,
Kemudian dididik dan dipelihara,

Menjadi insan peribadinya terpelihara.
Bingkisan ummi baba terkukuh nyata,
Dalam hati kami si anak tercinta,
Sampai saat kami bergelar remaja,
Dan merentasi dunia dewasa,
Kami tetap bersama melakar cinta manusia,
Yang sentiasa mencintai kasih Allah semata
.


Coretan : Aimuni Marjono

Hanya Alhamdulillah

Tiada kata dapatku madahkan,
Tiada lafaz mampu ku ucapkan,
Atas nikmatMu beri padaku Tuhan,
Atas rahmatMu menyuluh hidupku..

Hanya syukur Ya Allah,
Hanya Alhamdulillah...

Hatiku Kau pandu,
Jiwaku Kau suluh,
Agar aku tak mudah,
Duduk menyerah kalah,
Menyalahi takdirMu Ya Allah...

Sekian lama diriku,
Hanya dipandu hidup tanpa redhaMu,
Kini ku datang bersujud padaMu,
Menghamba diriku satu untukMu,
Terima kasih atas cintaMu,
Ya Rahman...

Luahan Insan : Aimuni Marjono

Agung CintaMU

Jauhku melangkah pergi,
Saat terasa tak lagi bererti,
Kelamnya hati bersulam gelita,
Kerana ditinggal hina..

Aku terlena dalam duka,
Bertemankan titis mutiara,
Lupa aku mahu meminta,
Mengadu pada Yang Esa...

Agung CintaMu Tuhan,
Menyuluh sinar kehidupan,
Kudus cintaMu Allah,
Memberiku satu pengharapan...

Teruslah melangkah...
Menuju Ilahi..
Teruslah berjalan...
Mencari Agung CintaNya...
Agung CintaMu..
Allah Yang Satu..

Nukilan Taubat : Aimuni Marjono (12 Julai 2012 @ 9.56 AM)

Wednesday 11 July 2012

Perkahwinan apakah kita?

Pernikahan bukan setakat janji bersama, rasa suka sebab dah halal bersentuhan..TIDAK! Ada mukallaf yg perlu digalas, ada amanah yg perlu di jaga..

Halal itu indah..Halal itu nikmat..tapi nikmatilah kehalalan hubungan dgn keindahan mahabbah lillah..Follow Allah flow..baru nikmat lagi berkat..Cinta Allah rindu Rasulullah kasih suami sayang isteri..hidup lebih bererti..



Assalamualaikum. Salam Uhkuwah Fillah. Tiba2 hari ni sy rasa macam nak post something tentang PERKAHWINAN. Maybe sebab sekarang ni musim kahwin kot. Rasanya semua dah tahu apa dia perkahwinan kan kan kan? Ala kacang jerk perkahwinan tu macam makan ABC. Ada duit ba...nyak-ba...nyak dah boleh kahwin dah. Nak buat grand-grandlah. Apa barang buat biasa-biasa. Kahwin bukan selalu-selalu pun. Sekali seumur hidup. Harapnyalah sekali. Bagi wanita mungkin sekali tapi bagi lelaki? opsss... empat kali maksimum. Naudzubillah, semoga sy tidak tergolong dalam wanita yang dipoligami. Bukan benci atau menolak poligami tapi cuba tanya wanita mana yang mahukan poligami? Kalau ada tu memang sy salute sesangat-sangatnya. Tapi kalau dah Takdir Allah SWT, kena terima jugak. Mungkin ada hikmah. Ecececeh.. sanggup ke?

Apa pulakss story mory pasal poligami nih? ok...ok... kita berbalik pada main topic..sorry tersasar sikit. Perkahwinan.. Pernikahan.. dengar macam best je kan.. Dah kahwin, dah ada orang sayang. Dah halal. Bestnyaaaaaa... indahnya alam perkahwinan... tak ada siapa nak usha dah kalau jalan pegang tangan pun. Dah sah. Dah halal. Dah dapat lesen. Dah itu, dah ini. Bahagia!

Tapi, adakah kita betul-betul faham ERTI PERNIKAHAN & PERKAHWINAN? Untuk apa kita kahwin? Adakah hanya untuk memuaskan nafsu semata? Ataupun sebab nak tutup mulut orang dari bercakap tentang kita sebabnya sebelum kahwin kita dah dok keluar berdua, berpegang erat, berpeluk mesra? Ataupun kita berkahwin kerana tujuan kita nak meramaikan umat Muhammad dengan lahirnya mujahid mujahidah islam? Jom renung sejenak ayat Allah SWT yang bermaksud :


"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Perkahwinan adalah janji kita di hadapan Allah SWT untuk membentuk BAITUL MUSLIM yang barakah. Saat terlafaznya ijab dan qabul, saat itulah kita sudah berjanji untuk bersama zauj/zaujah bagi mengukuhkan ikatan suci. Mengukuhkan bagaimana? Ya mengukuhkan dengan tali Iman dan diikat dengan ikatan Islam. Tali Iman? Ikatan Islam? Macam mana tu? Tali iman adalah di mana kita bersama dengan pasangan menyuburkan ketaqwaan kepada Pemilik Cinta. Sentiasa menjaga Iman agar Iman tak berkurang walaupun seinci. YA Rabb! bahayanya andai terkurang Iman. Semoga Allah pelihara Iman kita semua sebagai orang yang beraqidah dengan yang enam (RUKUN IMAN). Tak sanggup rasanya andai Iman yang kita pelihara berkurangan hanya kerana perkahwinan. Maka itu, kita kena pupuk KEIMANAN dalam rumahtangga. Bukan mudah tapi tak payah kan? Mungkin perlu mujahadah tapi percayalah, Allah SWT sentiasa membantu kita untuk tingkatkan Iman dengan UJIAN.


Ikatan Islam pula bagaimana? Ikatan Islam adalah rumahtangga yang dibina berlandaskan syariat Islam. Yang digariskan dalam Al-Quran. Dipandu dengan SUNNAH. Diajarkan dengan Hadis Rasulullah SAW.

 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

Dasar perkahwinan bukan setakat untuk seronok-seronok sebab dah dapat lampu hijau untuk bersentuhan. TIDAK! Ada MUKALLAF yang perlu digalas. Ada AMANAH yang perlu dijaga. Bukan sekadar mahu berseronok. SUAMI ada mukallafnya. Isteri ada mukallafnya juga. Suami hendaklah memberi nafakah zahir batin. Mencari rezeki HALALAN TOYYIBA untuk keluarga. Mendidik anak isteri menjadi anak yang soleh dan isteri yang berbudi. Bukan mudah untuk mendidik andainya hati telah keras untuk didik tetapi teladenilah dakwah cara Nabi. Jangan dibiarkan andai kata anak isteri rosak akhlaknya. Kelak rugi dan sesalan menerpa hati. Sebab itu Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud :

 "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".


Andai isteri seorang yang beragama, InsyaAllah suami akan terasa selamat. Anak-anak juga akan terdidik sejak masih dalam kandungan lagi. Terdidik yang bagaimana? Terdidik dengan alunan Zikrullah, dengan Ayat-ayat Allah, Surah Yusuf, Surah Maryam dan berbagai cara islam yang diturutkan. Bayangkan jika seorang suami memilih wanita yang tidak beragama. Apakah akan jadi dengan anak-anak mereka? Terbinakah PERIBADI MUSLIM yang mulia? Tepuk dada tanya Iman.

Si isteri pula WAJIB mentaati suami. Kerana 'mahar' cinta yang diberi adalah untuk kamu nikmati hidup bersuami. Menjadikan suami sahabat dan kekasih yang paling disayangi. Sentiasa menyenangkan hati suami dan tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan suami. Suami itu sandaran hati. Redha isteri atas redha suami. Ya Allah, tingginya darjat suami buat seorang isteri.

Kerana itu, suka sy katakan perkahwinan adalah rencah keimanan. Penambah ketqwaan. Apabila sesuatu ibadat itu kita lakukan bersama pasangan, pasti akan lebih menguatkan hubungan. Bangun tahajjud dengan pasangan, solat waktu bersama pasangan, puasa sunat, bersahur dan berbuka bersama. Kumpullah pahala dengan pasangan beriman. InsyaAllah, hidup aman. Semoga rumahtangga sakinah mawaddah dan warahmah.


Coretan : Aimuni Marjono