First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Wednesday 11 July 2012

Perkahwinan apakah kita?

Pernikahan bukan setakat janji bersama, rasa suka sebab dah halal bersentuhan..TIDAK! Ada mukallaf yg perlu digalas, ada amanah yg perlu di jaga..

Halal itu indah..Halal itu nikmat..tapi nikmatilah kehalalan hubungan dgn keindahan mahabbah lillah..Follow Allah flow..baru nikmat lagi berkat..Cinta Allah rindu Rasulullah kasih suami sayang isteri..hidup lebih bererti..



Assalamualaikum. Salam Uhkuwah Fillah. Tiba2 hari ni sy rasa macam nak post something tentang PERKAHWINAN. Maybe sebab sekarang ni musim kahwin kot. Rasanya semua dah tahu apa dia perkahwinan kan kan kan? Ala kacang jerk perkahwinan tu macam makan ABC. Ada duit ba...nyak-ba...nyak dah boleh kahwin dah. Nak buat grand-grandlah. Apa barang buat biasa-biasa. Kahwin bukan selalu-selalu pun. Sekali seumur hidup. Harapnyalah sekali. Bagi wanita mungkin sekali tapi bagi lelaki? opsss... empat kali maksimum. Naudzubillah, semoga sy tidak tergolong dalam wanita yang dipoligami. Bukan benci atau menolak poligami tapi cuba tanya wanita mana yang mahukan poligami? Kalau ada tu memang sy salute sesangat-sangatnya. Tapi kalau dah Takdir Allah SWT, kena terima jugak. Mungkin ada hikmah. Ecececeh.. sanggup ke?

Apa pulakss story mory pasal poligami nih? ok...ok... kita berbalik pada main topic..sorry tersasar sikit. Perkahwinan.. Pernikahan.. dengar macam best je kan.. Dah kahwin, dah ada orang sayang. Dah halal. Bestnyaaaaaa... indahnya alam perkahwinan... tak ada siapa nak usha dah kalau jalan pegang tangan pun. Dah sah. Dah halal. Dah dapat lesen. Dah itu, dah ini. Bahagia!

Tapi, adakah kita betul-betul faham ERTI PERNIKAHAN & PERKAHWINAN? Untuk apa kita kahwin? Adakah hanya untuk memuaskan nafsu semata? Ataupun sebab nak tutup mulut orang dari bercakap tentang kita sebabnya sebelum kahwin kita dah dok keluar berdua, berpegang erat, berpeluk mesra? Ataupun kita berkahwin kerana tujuan kita nak meramaikan umat Muhammad dengan lahirnya mujahid mujahidah islam? Jom renung sejenak ayat Allah SWT yang bermaksud :


"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

Perkahwinan adalah janji kita di hadapan Allah SWT untuk membentuk BAITUL MUSLIM yang barakah. Saat terlafaznya ijab dan qabul, saat itulah kita sudah berjanji untuk bersama zauj/zaujah bagi mengukuhkan ikatan suci. Mengukuhkan bagaimana? Ya mengukuhkan dengan tali Iman dan diikat dengan ikatan Islam. Tali Iman? Ikatan Islam? Macam mana tu? Tali iman adalah di mana kita bersama dengan pasangan menyuburkan ketaqwaan kepada Pemilik Cinta. Sentiasa menjaga Iman agar Iman tak berkurang walaupun seinci. YA Rabb! bahayanya andai terkurang Iman. Semoga Allah pelihara Iman kita semua sebagai orang yang beraqidah dengan yang enam (RUKUN IMAN). Tak sanggup rasanya andai Iman yang kita pelihara berkurangan hanya kerana perkahwinan. Maka itu, kita kena pupuk KEIMANAN dalam rumahtangga. Bukan mudah tapi tak payah kan? Mungkin perlu mujahadah tapi percayalah, Allah SWT sentiasa membantu kita untuk tingkatkan Iman dengan UJIAN.


Ikatan Islam pula bagaimana? Ikatan Islam adalah rumahtangga yang dibina berlandaskan syariat Islam. Yang digariskan dalam Al-Quran. Dipandu dengan SUNNAH. Diajarkan dengan Hadis Rasulullah SAW.

 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

Dasar perkahwinan bukan setakat untuk seronok-seronok sebab dah dapat lampu hijau untuk bersentuhan. TIDAK! Ada MUKALLAF yang perlu digalas. Ada AMANAH yang perlu dijaga. Bukan sekadar mahu berseronok. SUAMI ada mukallafnya. Isteri ada mukallafnya juga. Suami hendaklah memberi nafakah zahir batin. Mencari rezeki HALALAN TOYYIBA untuk keluarga. Mendidik anak isteri menjadi anak yang soleh dan isteri yang berbudi. Bukan mudah untuk mendidik andainya hati telah keras untuk didik tetapi teladenilah dakwah cara Nabi. Jangan dibiarkan andai kata anak isteri rosak akhlaknya. Kelak rugi dan sesalan menerpa hati. Sebab itu Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud :

 "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".


Andai isteri seorang yang beragama, InsyaAllah suami akan terasa selamat. Anak-anak juga akan terdidik sejak masih dalam kandungan lagi. Terdidik yang bagaimana? Terdidik dengan alunan Zikrullah, dengan Ayat-ayat Allah, Surah Yusuf, Surah Maryam dan berbagai cara islam yang diturutkan. Bayangkan jika seorang suami memilih wanita yang tidak beragama. Apakah akan jadi dengan anak-anak mereka? Terbinakah PERIBADI MUSLIM yang mulia? Tepuk dada tanya Iman.

Si isteri pula WAJIB mentaati suami. Kerana 'mahar' cinta yang diberi adalah untuk kamu nikmati hidup bersuami. Menjadikan suami sahabat dan kekasih yang paling disayangi. Sentiasa menyenangkan hati suami dan tidak meninggikan suara apabila bercakap dengan suami. Suami itu sandaran hati. Redha isteri atas redha suami. Ya Allah, tingginya darjat suami buat seorang isteri.

Kerana itu, suka sy katakan perkahwinan adalah rencah keimanan. Penambah ketqwaan. Apabila sesuatu ibadat itu kita lakukan bersama pasangan, pasti akan lebih menguatkan hubungan. Bangun tahajjud dengan pasangan, solat waktu bersama pasangan, puasa sunat, bersahur dan berbuka bersama. Kumpullah pahala dengan pasangan beriman. InsyaAllah, hidup aman. Semoga rumahtangga sakinah mawaddah dan warahmah.


Coretan : Aimuni Marjono










No comments:

Post a Comment