First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Monday 9 July 2012

Duhai Pemberi Cinta

Bagaikan terasa sepinya hati,
Saat diriku tak mendekati,
Terasa hilang segala seri,
Kerana takku endah si Pemberi..

Tersungkur aku di pertengahan,
Mencari cahaya dalam kegelapan,
Namun takku temui walau sekelipan,
Baru ku sedar hati kegersangan..

Duhai Pemberi Cinta..
Aku meminta suburkan jiwa,
Dengan limpahan segala maghfirah,
Agar takku terasa lelah...

Ku damba kasihMu Tuhan,
Yang berkuasa menghidupkan,
Juga mematikan jika KAU berkehendakkan,
Kerana semua hanyalah pinjaman,
DariMu....

Tuhan Yang Satu,
Sinarilah hati dengan keindahan,
Agar bisa ku rasa kemanisan iman,
Terimalah taubatku pandulah daku,
Agar tidak seketika cuma...

Ilham Dariku : Aimuni Marjono


No comments:

Post a Comment