First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Wednesday 26 September 2012

Tentang Penasyid Itu Suami Aku...

Assalamu'alaikum WBT...

Alhamdulillah Wa Syukurillah. Terima kasih Ya Allah atas ilham yang diberikan. Saya baru saja memuat turun novel bersiri pertama saya yang juga merupakan novel kedua dari saya. Novel pertama, Mujahadah Cinta, InsyaAllah akan bertemu anda selewat-lewatnya pada tahun ini. Doakan :)..

Tentang Penasyid Itu Suami Aku pula, sebenarnya saya mahu merahsiakan jalan cerita novel ini sehinggalah siap untuk sebuah novel. Tetapi atas nasihat dan dorongan dari adik-beradik dan sahabat-sahabat, saya jadikan novel ini sebagai novel bersiri dan memuat turunnya di dalam blog saya. Sebenarnya sudah agak lama juga saya mendapat ilham untuk tajuk ini kira-kira dua tahun lalu tetapi waktu itu, saya agak sibuk dengan kerjaya dan rutin harian. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk saya meneruskan usaha saya sebagai penulis. Syukur..Syukur..Syukur...

Agak sukar sebenarnya untuk saya menghayati dan menghidupkan watak dan perwatakan dalam Penasyid Itu Suami Aku. Berbeza dengan novel Mujahadah Cinta, saya jadikan perwatakan sahabat-sahabat saya dan insan sekeliling sebagai watak dan saya olah mengikut citarasa saya tetapi dalam Penasyid Itu Suami Aku, terus terang saya tiada pengalaman mencintai dan bercinta dengan lelaki bergelar penasyid. makanya, saya cuba mereka cipta sendiri perwatakan dalam novel ini.

Saya akan mengupdate novel ini dari masa ke semasa. InsyaAllah. Segala kekurangan tatabahasa, gaya bahasa atau terkurangnya jalan cerita, harap dimaafkan. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Sekian. Assalamu'alaikum.


Tinta Pena : Aimuni Marjono

Penasyid Itu Suami Aku (Novel Bersiri-Bab 1-Tajuk Keempat-TRAINING SESSION)


Training Session



Azriq, Syuaib, lagu dah siap. Tinggal nak praktis je. Ade rapp sikit untuk lagu pertama,” Hadi Hakim menerangkan. Mereka sedang menunggu kehadiran Amjad.



Rapp? Betul ke? Alhamdulillah. Sukanya ana.” Benar telahan mereka. Syuaib pasti teruja. Azriq senyum melihat gelagat Syuaib. Ikatan mereka sudah seperti adik-beradik. Apa yang berlaku, dikongsi bersama. Walaupun jarang bersua muka, melainkan mereka perlu mengadakan sesi latihan untuk setiap lagu-lagu baru dan aktiviti FikrahIman namun mereka selalu bertanya khabar.



Amjad tak balik kerja lagi?” Azriq bertanya.



Belum. Tadi dia BBM ana. Ada emergency case waktu dia nak balik tadi. Terpaksa ambil case tu. Patient ramai. Firdaus tak boleh nak handle.” Hadi Hakim menerangkan. Dalam empat mereka, Amjad yang paling bijak dan paling sibuk. Kerjayanya sebagai seorang doktor menjadikan dia milik masyarakat sepenuhnya. Namun begitu, dia tidak pernah mengabaikan mukallafnya pada FikrahIman.



Kesian ana tengok Amjad tu. Setiap kali sesi latihan je mesti dia macam tak bermaya. Tapi ana memang tabiklah pada dia. Bersungguh-sungguh bagi komitmen pada FikrahIman. Kalau ana, pengsan dah tu. Alhamdulillah, kerjaya ana hanya memerlukan khidmat ana sehingga jam 5 petang je,” Syuaib meluahkan simpatinya. Kadang-kadang dia rasa kasihan pada Amjad tapi, itulah mukallaf yang harus dipikulnya. Demi satu nyawa.



Betul. Ana pun memang respect pada Amjad tu. Bukan sikit komitmen yang dia beri pada FikrahIman. Ana pun belum tentu dapat buat macam yang Amjad buat,” Azriq pula meluahkan rasa kagumnya. Hadi Hakim membenarkan kata-kata sahabatnya.



Antara hobi dan kerjaya. Keduanya penting pada Amjad.” Hadi Hakim menoktahkan. Sedang mereka asyik melihat note lagu, Amjad tiba. Salam Amjad bersambut. Kelihatan wajah lesu sahabat mereka. Hadi Hakim menuju ke ruang dapur dan mengambilkan segelas air untuk Amjad. Amjad menyambut huluran itu dan mengucapkan terima kasih.



Enta rehatlah dulu. Dua jam lagi kita start.” Azriq memutuskan. Tidak sanggup rasanya melihat keletihan yang terpancar pada wajah sahabatnya itu. Hadi Hakim dan Syuaib mengangguk setuju. Jasa Amjad pada mereka juga cukup banyak. Kalau tidak kerana kepakaran Amjad dalam bidang medic, sudah tentu Syuaib sudah tidak bersama mereka lantaran kemalangan ngeri yang menimpa Syuaib dua tahun lalu selain bantuan Allah.



Eh, tak apalah. Kesian antum dah tunggu ana. Nak delay lagi dua jam memang melampau ana ni.” Begitulah sikap Amjad. Terlalu memikirkan kawan-kawan sehingga penat sendiri diabaikan. Kami hanya mampu menggeleng. Bertegas dengan cadangan kami.



Mana boleh. Ana yang lambat. Ni pun dah lewat tiga jam. Ana cuti esok. Ana boleh je nak praktis,” Amjad masih berdegil. Dia tetap mahu memulakan sesi latihan.



No no no. Enta rest dulu. Kami pergi belikan makanan untuk enta. Titik.” Azriq bertegas. Mereka bertiga pantas keluar dari FikrahAkhi Studio bagi memberi ruang untuk Amjad berehat. Sudahnya Amjad hanya mengalah.



SELEPAS DUA JAM…



Boleh kita mulakan sekarang?” Amjad yang sudah siap mandi, mengemaskan diri, makan dan kelihatan segar tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi latihan. Mereka semua tersengih. Semangat seorang Amjad sememangnya luar biasa.



Semangat betul Dr. Amjad kita.” Hadi Hakim berseloroh. Mereka ketawa.



Mestilah semangat. Lagu baru ni. Hahaha. Kalau lagu lama, lemau sikit.” Amjad membalas. Tawa mereka memecah keheningan malam. Mereka memulakan sesi latihan dengan bersungguh-sungguh. Sesekali diselangi dengan gelak tawa.



Agung CintaMU



Jauhku melangkah pergi,

Saat terasa tak lagi bererti,

Kelamnya hati bersulam gelita,

Kerana ditinggal hina..



Aku terlena dalam duka,

Bertemankan titis mutiara,

Lupa aku mahu meminta,

Mengadu pada Yang Esa...



(Chorus)

Agung CintaMu Tuhan,

Menyuluh sinar kehidupan,

Kudus cintaMu Allah,

Memberiku satu pengharapan...



(Rapp)

Teruslah melangkah...

Menuju Ilahi..

Teruslah berjalan...

Mencari Agung CintaNya...

Agung CintaMu..

Allah Yang Satu..



Lirik/Lagu : Hadi Hakim Abd Aziz



Penuh penghayatan mereka bernasyid. Tiada masalah bagi mereka kerana Hadi Hakim sendiri merupakan composer untuk lagu itu. Hadi Hakim yang sememangnya dianugerahkan Allah bakat dalam muzik yang sememangnya menjadi minatnya sejak dulu walaupun dia merupakan graduate jurusan Bachelor of Mechanical Engineering.



Alhamdulillah, best muzik lagu ni. Ana suka.” Syuaib benar-banar teruja. Sentuhan Hadi Hakim untuk lagu kali ini memang berbeza. Mereka semua berpuas hati dan meneruskan sesi latihan sehingga masing-masing terasa kantuk.



Ana rasa, muzik lagu ni dah bagus. Tahniah Hadi. Enta memang selalu memuaskan hati kami dengan sentuhan muzik enta. Ana rasa muzik dalam lagu ni tak berat dan mudah untuk diterima.” Amjad juga bersetuju. Mereka sememangnya berpuas hati dengan alunan muzik lagu baru mereka.



Alhamdulillah. Terlalu awal untuk ana berpuas hati. Apa pun ana bersyukur kerana antum boleh terima lagu ni. Hmmm, ada apa-apa penambahan tak untuk mempersedapkan lagi lagu ni?” Hadi Hakim meminta pendapat ahli FikrahIman yang lain.



Apa kata kita slowkan sikit rapp. Pernah dengar lagu Ku Damba RedhaMu tak?” Syuaib mula memberi cadangan. Begitulah mereka. Sering berkongsi idea dan pendapat.



Yang mana eh?” Azriq bertanya.



Lagu kumpulan Devotees tu ke?” Azriq bertanya kembali sebelum sempat Syuaib menjawab.



Bagus betul Azriq ni. Dia tanya, dia jawab. Haha.” Amjad bergurau. Azriq tersengih-sengih. Memang dia terkenal dengan sikap sendiri tanya, sendiri jawab.



Sebab tu kadang-kadang ana malas nak jawab soalan dia. Jawapan dia lebih pantas dari kita.” Hadi Hakim mencelah. Mereka semua menghamburkan tawa.


Penasyid Itu Suami Aku (Novel Bersiri-Bab 1-Tajuk Ketiga-NATIJAH MINAT)


Natijah minat



Sara….” Aku tergelak melihat reaksi Sara Nur. Terkejut benar gayanya. Baru aku buat macam tu. Dia ni darah gemuruh betul. Sara Nur menggosok dadanya. Dia memandangku. Aku tersengih-sengih dan mengambil tempat disebelahnya. Aku turut menggosok belakangnya bagi menghilangkan kejutan yang diciptaku tadi. Hehe.



“Sorry Sara,” Aku masih tersengih-sengih. Rasa terkejut Sara Nur sudah beransur sedikit. Aku tahu Sara Nur tak akan marah aku sebab dia memang dah terlebih kenal aku macam mana. Dah ‘goreng-goreng’ pun perangai aku ni. Aku sememangnya degil dan suka menyakat tapi aku tak suka marah-marah. Alhamdulillah, tahap kesabaran aku masih tinggi. Aku tak cepat melenting dengan apa yang jadi. Cuma, aku memang ‘mulut murai’ sikit. Kalau orang tak kenal aku, mesti penat nak layan karenah aku yang becok ni.



Opsss. Bukan sebarang becok ye. Aku tak suka nak cakap benda-benda tak berfaedah. Itulah aku. Kalau dengan muslimin, memang aku payah nak bercakap. Aku tak suka. Bukan terlalu syadid tapi biarlah. Aku lebih selesa bila tak berbicara dengan mereka kecualilah mereka tu family aku dan kawan-kawan rapat yang memerlukan kami menjalin ukhuwah. Contohnya kawan-kawan masa study dulu dan kawan-kawan di office.



“Seronok sangat tengok youtube tu. Huda masuk pun Sara tak sedar. Itu yang Huda sergah je. Tengok apa?” Aku mengusik Sara Nur. Sebenarnya aku dah tahu apa yang dicarinya di yourube. Apa lagi kalau bukan FikrahIman.



“Saje je tengok-tengok ni. FikrahIman punya lagu,” Sara Nur jujur. Memang peminat setia FikrahIman ni. Kalaulah FikrahIman tahu diaorang ada fans obsess macam kawan aku ni, agak-agak diaorang bangga tak? Hehe.



“Best sangat ke FikrahIman ni Sara?” Aku bertanya lagi. Saja mahu berbual-bual.


“Best. Alhamdulillah. Lirik lagu FikrahIman semua sampai di hati Sara. Huda nak dengar?” Sara Nur mengunjukkan earphone kepada aku tetapi aku menolak lembut. Bukan tak mahu dengar tapi aku tak suka muzik. Maaf Sara.



“Tak apalah Sara. Thank you. Hehe.”



“Ala cubalah Huda dengar sekali. Mesti Huda suka nanti. Jangan risau lagu-lagu FikrahIman tak merosakkan halwa telinga,” Sara Nur masih mencuba untuk memenangi hati aku. Kerana tak mahu mengecewakan, aku pun menyambut huluran earphone. Menjaga hati kononnya.



Setelah didengar dan dihayati, best jugak. Suara pun boleh tahan. Tak ada kepincangan dalam penyampaian nyanyian. Alhamdulillah, FikrahIman berjaya menarik hati pendengar dengan lirik yang menusuk ke hati. Hati aku ni pun dah boleh terima. Ecehhh…..



Macam mana? Best?” Sara Nur seperti meminta komen. Aku mengangguk. Tak boleh dinafikan, penyampaian dan lirik lagu tersebut memang ‘osem’. Sara Nur senyum. Sukalah tu aku puji suara ‘kekasih gelap’ dia. Haha. Kekasih gelap? Haha….


Patutlah Sara tangkap lentok pada FikrahIman ni. Suara mendayu-dayu.” Aku menebak. Sara Nur tersengih-sengih. Memang betullah tu. Dah tersengih-sengih macam kerang busuk. Fitrahlah tu gadis-gadis remaja lagi solehah meminati kumpulan-kumpulan nasyid remaja. Masa di UM dulu pun sama. Tiap-tiap hari lagu kumpulan Devotees. Sampai aku dah naik hafal. Lagu Berjalan Tanpa Henti lah, lagu Aku Merinduimu lah, lagu Kekasih lah, Sahabat lah. Memang jadi bualan betul kumpulan tu dulu. Now, time FikrahIman pulak. Tapi aku tengok si Sara Nur ni je yang bersugguh dengn FikrahIman tu. Hehe….



Suara Hadi ni best. Huda pun dah dengar kan?” Aku hanya ketawa. Apa-apalah Sara, janji kau bahagia.



Lepas tu kang berulang-ulanglah dengar lagu ni. Sampai hafalkan? Kuat betul penangan Hadi. Pernah jumpa tak?” Aku bertanya. Sara Nur malu-malu kerana aku berjaya menerka sikapnya.



Tak pernah. Tapi Sara nak sangat jumpa dia.” Sara Nur semangat. Ewah ewah.



Minat tapi tak pernah jumpa? Sadis.. Hehe.. FikrahIman tak ada fanclub ke?” Aku menyoal lagi. Mana mungkin kumpulan nasyid seperti FikrahIman tiada fanclub. Musykil aku.



Ada. Tapi Sara seganlah nak join program FikrahIman.” Sara Nur berterus terang. Aku menepuk dahi. Minat tapi segan? Biasalah peminat dengan artis. Nak segan apa?



Nak segan apa Sara? Normallah peminat dengan artis. Artis lelaki peminat dia mesti perempuan. Artis perempuan pula peminat confirm lelaki. Yang penting pandai jaga batas sudah. Janganlah bila jumpa artis yang diminati, jadi hysteria pulak. Itu yang tak boleh. Setakat bertaaruf tu Huda rasa ok je. Ramai lagi fans dia kan?” Aku mengeluarkan fatwa. Sara Nur teranggung-angguk. Faham mungkin.



Tapi Sara tetap segan nak join aktiviti FikrahIman. Pernah juga rasa nak join tapi tak jadi,” Aku mahu tergelak tapi cubaku tahan.



Sara segan sebab Sara dah terjatuh cinta pada vokalis tu eh? Siapa nama dia? Hadi kan?” Aku mengusik. Sara Nur tersipu-sipu. Alahai Sara Nur.



Mana ada. Sara minat suara dia je.” Sara Nur menyangkal. Hebat sangkalan dia ni. Boleh tahan.



Boleh percaya ke? Huda kenal sangat dengan Sara tu. Ok, kalau Sara tak ada hati dengan dia, kenapa Sara tolak lamaran Fakhry?” Aku menduga. Saja mencari reaksi sahabatku itu.



Er..errr… Sara belum bersedia lagi untuk ke arah tu. Huda pun tahu kan, Sara belum sesuai nak mendirikan rumah tangga. Permintaan Fakhry terlalu drastik untuk Sara. Sebab tu Sara tolak dia. Lagipun Sara belum terbuka hati lagi untuk mana-mana lelaki. Kalau memang dah jodoh Sara dengan Fakhry, insyaAllah, suatu hari nanti, Sara sendiri yang akan datang pada dia. Betul tak?” Bijak Sara Nur mencipta jawapan. Patutlah nama dia sentiasa meniti di bibir juri setiap kali pertandingan debate diadakan.



Tapi Fakhry ikhlas mahukan Sara kan? Kalau tak, dia tak akan berani jumpa family Sara. Itu tandanya dia benar-benar jujur. Sara terlalu istimewa di mata dia. Lagipun Sara dah kenal Fakhry tu macam mana. Sejak kita di university lagi kita dah kenal dia. Takkan tak ada sikit pun ruang untuk dia dalam hati Sara? Huda kesian pada Fakhry. Dia berusaha untuk memiliki Sara,” Dari perbualan biasa, perbualan kami menjadi serious. Aku sangat memahami perasaan Sara Nur tapi kurang apakah Fakhry pada mata seorang Sara Nur? Lelaki yang berpegang teguh kepada agama. Lembut dalam berbicara dan sentiasa menjaga hati orang sekeliling. Kalau Fakhry tu nak dekat aku, memang aku tak tolak. Hehe.



Huda, Sara hargai perasaan Fakhry pada Sara tapi soal hati tak boleh dipaksa. Sara tak mahu memberi harapan pada Fakhry yang akhirnya akan merosakkan hati Fakhry. Sara mahu Fakhry tetapkan iman dia. Fakhry lelaki yang baik. Tak mustahil dia akan dapat isteri yang jauh lebih baik dari Sara. Sara tak menolak jikalau memang sudah tertulis dia untuk Sara, tetapi buat masa ni, biarlah antara Sara dan Fakhry mengikut haluan Takdir. Hanya Allah yang tahu pengakhiran kami,” Tulus Sara Nur berbicara. Benar apa yang dikatakan. Sara Nur terlalu baik untuk bergelar ‘penghancur’ bagi sekeping hati lelaki.




















Penasyid Itu Suami Aku (Novel Bersiri-Bab 1-Tajuk Kedua-KEMENANGAN BUKAN PRIORITY)


Kemenangan bukan priority



“Hadi, enta dah siapkan lirik lagu untuk pertandingan cipta lirik di PWTC nanti?” Amjad bertanya. Hadi Hakim, seorang penasyid dan seorang penulis lirik lagu nasyid islam yang berbakat. Hampir kesemuanya lagu dalam album pertama dan kedua mereka, dicipta oleh Hadi Hakim sendiri.



“Alhamdulillah. Sudah. Ana dah compose semua sekali. Tinggal practice je,”



“Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Apa tajuknya?” Amjad excited. Dia yakin dengan kebolehan sahabatnya itu. Sememangnya, itu anugerah yang Allah kurniakan kepada dia.



“Tajuknya Duhai Pemberi Cinta dan Agung CintaMu. Bila kita nak mula latihan?” Hadi Hakim pula bertanya. Dia sudah bersedia untuk memulakan sesi latihan. Lagipun, mereka hanya ada dua bulan saja lagi untuk berlatih sebelum bermulanya pertandingan.



“Molek dah tajuk dia. Syuaib dan Azriq mana?” Sejak dari tadi dia tak nampak kelibat kedua-dua sahabatnya itu di studio milik Hadi Hakim. FikrahAkhi Studio.



“Entah. Tak ada pulak diaorang datang sini. Eh, bukan ke diaorang ada kursus hari ni?” Hadi Hakim teringat tiba-tiba.



Kursus? Kursus kahwin ke? Biar betul.” Amjad sempat berseloroh.



Kursus bekam anjuran HPA. Habis pukul 5 PM kalau tak silap ana. Semalam Azriq ada BBM ana,” Hadi Hakim menekan-nekan piano yang sememangnya dia sediakan di studio miliknya. Segala peralatan muzik, serba lengkap. Muzik sememangnya minat dia sejak dulu. Tetapi kerana kedua orang tuanya mahu melihat masa depannya cerah, dia mengambil engineering sewaktu belajar di UKM dulu. Alhamdulillah, dia berjaya dengan cemerlang menamatkan pengajian. Kini, tumpuannya sepenuhnya pada muzik nasyid.



Loh, nak jadi tukang bekam pulak ke?” Amjad hairan. Pelik-pelik je Syuaib dan Azriq ni.



Haha. Iyalah tu. Enta cuti ke ni?” Hadi Hakim mengaju pertanyaan.



Yup. Semalam ana on call. Ana cuti 3 hari ni. Bolehlah kita practice. Ana risau jugak dengan pertandingan nanti. Ramai kot kita nak bertanding nanti. Dengan bermacam-macam kumpulan nasyid di Malaysia ni. Inteam, Unic, FarEast, Devotees, Feelhoney, Dhearthy. Semua tu orang lama. Berpengalaman. Kita ni terlalu hijau lagi nak bertanding dengan mereka.” Amjad meluahkan kerisauan. Benar, kumpulan mereka masih baru bertapak di persada nasyid negara dan ini merupakan pertandingan ketiga buat mereka tetapi merupakan pertandingan pertama yang mengharuskan mereka bertanding dengan kumpulan nasyid yang sudah mencipta nama.



Kalah menang tu adat pertandingan. Biasalah tu. Yang penting priority kita bukan untuk menang tapi untuk menghiburkan. Itu lebih baik. Dari kita asyik terfikir nak menang, nanti bila kalah, kita frust menonggeng. Sebab tu ana letak keutamaan kita dalam pertandingan ni untuk menghiburkan dan menyampaikan intipati dalam lirik nasyid yang akan kita sampaikan,” Tenang Hadi Hakim berbicara. Siapa yang tidak mahu pada kemenangan? Mereka juga mahukan kemenangan tetapi andai kemenangan dijadikan keutamaan, apabila melalui detik kegagalan dan kekalahan, pasti mereka rasa kecundang. Sebaiknya jangan jadikan kemenangan sebagai keutamaan. Tidaklah mereka rasa kecewa.



Memang priority kita bukan pada kemenangan tapi at least kita buat yang terbaik. Ana pun tak mengharap menang sebab saingan kita pun memang hebat-hebat belaka. InsyaAllah, kita buat yang terbaik.” Amjad menyuntik semangat.



Betul tu Jad. Kita cuba yang terbaik. Lagipun saingan kita pun confirm tulis lirik sendiri. Sekarang ni kebanyakan artis nasyid semua tulis lirik sendiri. Macam Hafiz Hamidun. Lagu beliau memang meletup-letup di IKIM.FM. Lagu ciptaan sendiri. Inteam pun ana percaya memang hasil ciptaan mereka sendiri. Halim Devotees pun sekarang ni dah berjinak-jinak menulis lirik lagu. Lagu dia yang meletup tu, Dalam Sujud Cintaku. Memang the best lah.” Benar, zaman sekarang ni, artis nasyid dah semakin kreatif. Cipta lagu sendiri dan alunan muzik pun disusun oleh mereka sendiri.



Ana setuju. Nasyid sekarang ni dah tak macam dulu. Orang dah boleh bukak mata. Iyalah, rentak nasyid sekarang pun berbagai genre. Pop, balada, Jazz, akustik. Macam-macam ada,” Amjad menyokong. Sempat dia bergurau menggayakan tone suara arwah Pak Abbas dalam iklan astro.



Haha. Macam-macam enta ni. Ana pun tak sabar dah nak practice lagu ni. Harap antum sukalah,” Hadi Hakim berharap. Semua hasil karya liriknya ini nanti boleh diterima oleh semua golongan.



Kitaorang kalau enta yang cipta lirik lagu, tak ada bantahan. Semua tentang ketuhanan ke?” Amjad kembali menyoal. Hadi Hakim mengangguk.



Yup. Masih berkonsepkan ketuhanan. Dah selalu sangat cinta-cinta ni. So, kali ni cinta jugak tapi cinta Allah. Bukanlah tak ada lagu kita berkonsepkan ketuhanan sebelum ni tapi kali ni ana buat genre jazz. Lepas tu ada rapp sikit.” Hadi Hakim menerangkan. Amjad mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami.



Really? Wahh, bestnya. Mesti Syuaib suka. Dia kan memang rapp je memanjang. Kalau lagu yang tak ada rapp pun dia rappkan.”



Itu yang ana buat tu. Nak bagi dia tunjuk bakat rapping dia tu. Dia tak tahu lagi ni. Kang bila tahu confirm melompat.” Hadi Hakim memahami minat semua anggota FikrahIman. Mereka sudah boleh membaca minat masing-masing.



Tau tak apa. Beria sikit pakcik tu. Haha.” Tawa mereka meletus. Walaupun mereka artis nasyid dan membawa imej seorang penasyid tetapi mereka tetap berstyle. Tidak terlalu skema dalam meniti kehidupan harian. Sepertimana mereka sewaktu bersama keluarga, bersama teman-teman, begitu jugalah mereka bersama fans. Tiada perkataan ‘cover’ dalam kamus hidup mereka. Mereka tidak hipokrit dalam meniti arus kehidupan sebagai public figure. Walaupun setelah bergelar artis, mereka tetap mereka seperti sebelum bergelar artis. Itulah yang menyebabkan fans mereka meminati dan setia menyokong perkembangan karya nasyid mereka.



Enta tak busy ke kalau kita nak practice nanti? Tak ada on call?”



Ana boleh je practice tapi start pukul 8 PM ok? Ana on call Selasa dan Jumaat je. Hari lain ana balik office hour melainkan ada emergency case.” Amjad merupakan seorang Doktor pesakit luar di klinik perkongsian milik dia dan seorang lagi kawan baiknya. Dr. Firdaus.

Kalau macam tu, kita start practice lepas isya’ ok? Tak adalah enta rushing sangat nak ke sini. Lagipun Azriq dan Syuaib pun balik kerja pukul 5 PM. Sempatlah untuk antum buat preparation. Rest dulu ke.” Hadi Hakim memberi cadangan.



Boleh jugak. Tak adalah penat sangat kalau macam tu,” Amjad bersetuju.



Set. Iyalah, nasyid-nasyid jugak. Kerjaya enta pun kena dahulukan. Lebih-lebih lagi, enta tu hak masyarakat dalam bernasyid dan dalam kerjaya enta. Kerjaya enta tu bekalan masa depan. Kita nasyid ni tak selamanya di atas. Lumrah artis. Nanti dah berusia sikit, dengan peredaran zaman yang lebih canggih, kita-kita ni tak laku dah. Entah-entah zaman anak cucu kita nanti, tak kenal pun siapa FikrahIman. Sebab tu ana bukak studio ni. At least bila ana dah tak berapa nak laku nanti, ana boleh ambil artis-artis nasyid yang masih segar bugar jadi artis naungan ana.” Hadi Hakim sememangnya bijak mencorak masa depan. Dia sentiasa berfikir ke hadapan kerana dia sedar kehidupan seorang artis tidak selamanya indah. Tiba saatnya, mereka akan dilupakan seiring dengan peredaran zaman.



Betul. Sebab tu ana hanya jadikan nasyid ni hobi utama ana. Sekadar berseronok dan mendapat kepuasan untuk berdakwah. Alhamdulillah, rezeki kita sentiasa ada. Kerjaya ana memang ana tak akan tinggalkan.sebab inilah cita-cita ana sejak kecil. Ingat senang ke nak dapat title doktor. Pecah otak jugaklah. Itu yang rambut makin sikit. Ni dah pergi Yun Nam, nampak lebat sikitlah. Haha.” Amjad.. Amjad.. Lawak sentiasa menjadi hiasan perbualan. Hadi Hakim turut ketawa. Kalau dengan Amjad terasa seperti berada dalam keramaian.



Haha. Enta guna Yun Nam? Kritikal dah tu. Kenapa tak guna shampoo bawang je?” Hadi Hakim mengusik. Hubungan keempat mereka umpama adik beradik. Kalau artis-artis nasyid yang lain memilih untuk bergerak solo setelah lama bersama kumpulan, FikrahIman memilih untuk terus kekal di dalam anggota. Bukan tiada peluang untuk bergerak solo lebih-lebih lagi penasyid muda berbakat seperti Hadi Hakim tetapi dia tidak mahu FikrahIman terabai. Biarlah peminat mengenalinya sebagai Hadi Hakim FikrahIman.





























 

Penasyid Itu Suami Aku (Novel Bersiri-Bab 1-Tajuk Pertama-TERLEWAT)


BAB 1



Terlewat



Huda, cepat bangun. Kita dah lambat ni. Itulah semalam Sara suruh tidur awal, tak mahu.”



Suara itu membantutkan lenaku. Aku terkedip-kedip memandang gadis itu.Hish, kacau jelah. Baru nak mimpi. Kalau tak kerjakan best. Aku mengeliat. Nikmatnya. Aku bangun dan duduk bersila di katil.



Cepatlah Huda. Awak cuba tengok jam tu dah pukul berapa?” Gelisah Sara melihat sikapku. Aku mengambil Blackberry Curve di sisi katil. Ya Allah, dah pukul 8.30 pagi? Kelam kabut aku bangun. Sara yang sudah siap hanya menjeling tingkahku. Sudah masak dengan sikapku yang sememangnya juara punch card merah. Kesian Sara. Tak pasal-pasal dia sekali terjebak.



Dalam masa sepuluh minit, aku keluar dari bilik air. Dah lambat.Tak boleh mandi lama-lama. Aku bersiap-siap sekadarnya. Mencapai blouse yang sudah aku iron dan mencapai shawl tone yang sama. Mengenakan make up nipis dan dah siap! Aku keluar melangkah ke ruang tamu. Sara setia menanti. Melihatkan aku, dia menggeleng kepala.Nasib kaulah Sara.Dapat kawan macam aku. Hehe.



Malam ni mainlah game lagi. Awak ni kan. Macam budak lelaki. Suka sangat main game.Lepas tu bangun lambat nak pergi kerja. Kejap lagi membebel lagilah Encik Nasir tu. Awak bukan tak tahu bos kesayangan waktu.” Sara Nur sudah membebel. Aku hanya berdiam kerana sememangnya itu kesalahanku.



Lupa nak cerita tentang sahabat sejati hidup mati aku ni. Chewah. Ok, nama dia Sara Nur bt Syamsul Arif. Aku kenal dia masa belajar di Universiti Malaya lagi. Dia ni memang solehah. Perwatakan dia yang lembut dan penyabar menjadikan kami rapat. Dia sangat faham tentang aku. Sara Nur memang wanita yang menjaga auratnya. Tudung labuh, berstoking lengan dan berstoking kaki. Memang cukup lengkaplah kalau nak dijadikan calon isteri. Tapi dia ni bukan layan pun cintan cintun ni. Dosa katanya. Aku pun ia kan je sebab aku pun tak berminat bermain cinta. Bukan takut kecewa tapi buang masa.



Apa yang aku tahu, si Sara Nur ni minat sangat pada kumpulan nasyid. Salah satunya Kumpulan FikrahIman. Setiap hari dia asyik repeat je lagu-lagu kumpulan tu. Paling dia suka, si Hadi Hakim. Aku tak tahulah pulak siapa. Almaklumlah, aku tak berapa minat nasyid. Sara Nur pernahlah tunjuk aku gambar Hadi Hakim tu tapi aku tengok tak tengok je. Muka dia bolehlah. Muka orang ‘suci’ habis. Tapi kalau untuk aku, not my taste la. Aku tak berapa minat dengan lelaki yang sopan santun gitu.



Kereta yang dipandu Sara sampai di bangunan pejabat tempat kami bekerja yang terletak di Prima Sri Gombak. Hanya sepuluh minit perjalanan dari rumah yang terletak di fasa 3 Sri Gombak.



Sara takutlah. Kita dah terlewat lima minit tau. Nanti mesti Encik Nasir bising,” Sara Nur resah.Itu pun nak takut. Encik Nasir pun manusia jugak. Alahai Sara.



Relakslah Sara. Lima minit je pun. Bukan lima jam pun. Ala, bos tu bising camtu je. Bukan dia telan kita pun,” Wah mudahnya aku berkata-kata padahal dalam hati cuak gila!



Huda cakap senanglah. Malam ni Huda jangan main game lagi. Natijahnya inilah. Lambat sampai office,” Sara Nur membebel. Kesiannya. Tapi apakan daya, aku sememangnya begini. Aku hanya mengangkat bahu. Mana boleh tak main game. Tak adillah. Aku dan Sara Nur melangkah perlahan-perlahan menaiki tangga. Fuhh… nasib bos tak sampai lagi. Aku pun terlupa yang bos ada meeting dengan client pagi ni. Lepas lunch baru masuk office.



Nasib baik bos tak masuk lagi,” Aku berbisik perlahan pada Sara Nur. Sara Nur menepuk lembut lenganku. Lembut-lembut pun bertukar warna ke warna merah jugaklah. Beralas baju tu. Kalau tak ada, alas mahu lebam. Boleh tahan jugak penangan si Sara ni.



Tidak sampai sepuluh minit aku duduk di work stationku yang dipenuhi dengan perlatan berwarna pink, intercom berbunyi. 210. Ehhh, bukan ni intercom bilik Encik Nasir ke? Alamak… ni mesti Haiza si receptionist bohong kitaorang. Siap kau Haiza! Lambat-lambat aku mengangkat punggung. Ala, nak cakap apa ni? Bangun lambat? Sebab apa? Main game? Hadoiii. Habislah berdarah telinga dengar tazkirah Encik Nasir tu. Aku memandang Sara Nur. Dia senyum. Grrrr. Calm Huda. Calm…. Encik Nasir je pun.



Dengan rasa penuh kredibiliti sebagai pekerja, ahakss, aku mengetuk pintu bilik Encik Nasir. Dalam hati berdebar bagai nak pecah. Bulan ni je dah lima kali punch card aku merah. Dulu ustaz aku pernah cakap, kalau takut orang marah, selawat banyak-banyak. InsyaAllah, lembut hati dia nanti. Aku cuba mempraktikkan. Aku berselawat dan membaca ayatul qursi. Harap-harap lembut hati Encik Nasir.



Aku memulas tombol pintu, aku masuk dan berdiri di hadapan Encik Nasir. Mulut aku masih terkumat-kamit berselawat.



“Baca mantera ke?” Perli Encik Nasir. Alamak, malunya. Mantera jadahnya bos oii, selawatlah. Hanya mampu aku ktakan dalam hati. Depan-depan? Cari penyakit namanya.



“Awak baca mantera apa?” Hish tak habis-habis dengan mantera dia. Percaya bomoh ke apa Encik Nasir ni.



“Taklah bos. Baca selawat. Bukan ke pahala berganda kalau setiap saat baca selawat?” Bantai jelah. Ecehhh, kononlah aku ni. Padahal nak elak dari kena marah.



“Alhamdulillah. Bagus staff saya ni. Tapi kenapa awak masuk office lambat lately ni? Ada anak ke nak kena jaga di rumah? Atau anak kucing awak meragam tengah-tengah malam?” Sadis betul perlian bos aku ni. Sudah. Apa aku nak jawab ni?



Maaf bos. Next time, saya tak datang lewat lagi.” Aku memasak janji. Dah berjanji ni kena tunaikan. Kalau tak, digelar ‘munafiq’ pulak nanti.



Awak ni kan Huda, kalau ikut record attendant awak memang merah memanjang. Nasib baik, awak pekerja cemerlang. Kalau tak, memang saya dah buang awak. Cubalah disiplin sikit. Datang office awal. Bukan susah pun. Saya tau Sara tu pun lambat sebab tunggu awak kan?” Mula dah. Bengkaklah telinga aku ni kejap lagi. Aku hanya tunduk. Memang salah aku.



Maaf bos. Terima Kasih. Saya keluar dulu ye.” Belum sempat Encik Nasir menjawab, aku cepat-cepat meninggalkan biliknya. Kesian bos. Maaf bos.



Aku melangkah menuju ke work stationku. Benarkah aku tidak berdisiplin? Iya. Benar. Ya Allah, bagaimana nak ubah sifat burukku ini? Intercom berbunyi lagi. Kali ini 206. Sara! Pantas aku mengangkat gagang.



Huda kena marah?” Lembut pertanyaan Sara Nur. Terpujuk hati.



Tak kena marah tapi kena lecturer. Bos kata saya tak ada disiplin,” Aku berterus terang.



Sabar je lah. Bos kan memang macam tu. Tapi memang salah kita kan?” Sara Nur masih berbicara. Hatiku sedikit terpujuk. Benar, salah aku.



Macam manalah Huda nak buang tabiat bangun lambat?” Tanpa sedar, aku mengeluh.



Huda, semua tu atas diri kita. Kalau kita mahu, pasti Allah bantu. Yang penting nawaitu. Bukan tak boleh main game, boleh. Tapi kurangkan. Janganlah layan game sampai pukul 2, 3 pagi. Kalau weekend Huda nak main sampai subuh pun, tak ada masalah. Tapi kalau hari bekerja, tak perlulah. Akibatnya, bangun lambat dan lambat ke office. Kita ni ada tanggungjawab yang lebih penting bila pagi menjelma. Rezeki Allah ni tak boleh buat endah tak endah.” Sara Nur setia menasihati. Kadang-kadang aku rasa beruntung menjadi teman dia. Walaupun kami berbeza karakter tapi kami cukup memahami antara satu sama lain. Dia dengan kelembutan dan aku dengan ke‘brutal’an. Tapi ini yang membuat kami serasi.



Ok Sara. Terima kasih sebab selalu nasihat Huda. InsyaAllah, Huda akan cuba. Nanti di rumah bagi tips ye,” Dari jauh, aku nampak Sara Nur mengangguk dan tersenyum. Untunglah ada sahabat seperti Sara Nur.


Monday 24 September 2012

Dalam Sujud Cintaku

           Nasyid sebagai medium dakwah di mana sesuatu hasil karya yang diangkat sebagai cabang seni dan ianya mestilah diterbitkan dari panduan jalan hidup yang sebenar. Berpandukan konsep ketuhanan, juga sesuatu yang boleh memberi kesan dan impak yang mendalam pada jiwa-jiwa yang meminati lagu-lagu nasyid, pasti ianya menjadi dakwah yang paling mudah untuk diterima. Bukan saja golongan-golongan yang terlalu meminati seni nasyid bahkan juga nasyid merupakan satu bentuk promosi di mana dalam setiap lirik lagu-lagu nasyid lebih mempromosikan cinta Allah, Rasulullah, Islam malahan ada juga lirik-lirik nasyid yang menekankan batasan pergaulan dan percintaan bagi mereka yang belum halal dari sisi Allah dan Islam.

Sebagaimana seorang pendakwah yang menjadikan penulisan islamik sebagai medium untuk menyampaikan dakwah, begitu jugalah pendakwah yang berdakwah melalui nasyid iaitu dengan menulis lirik kemudian disampaikan pula dalam bentuk hiburan yang tidak melalaikan. Dengan cara begini, ramai lagi masyarakat di luar sana akan menyedari peri pentingnya sesuatu hiburan jika disampaikan melalui cara yang betul iaitu dengan cara bernasyid.

         Saya amat tertarik dengan sebuah lagu bertajuk Dalam Sujud Cintaku yang disampaikan oleh penasyid muda Abd Halim Ahmad dari kumpulan Devotees. Di mana dari penulisan lirik sehinggalah kepada penyampaian lagu, ia memberikan kesan yang sangat mendalam kepada para pendengar. Statistik yang saya ikuti dari laman sosial Youtube, jumlah penonton video ini adalah sebanyak 53,305 dan ini merupakan satu bukti di mana bermula dari lirik sehingga kepada muzik, ianya dapat diterima umum. Lirik yang sangat menyentuh hati sekaligus menebakkan rasa keinsafan inilah yang diperlukan untuk mendamaikan hati yang mungkin dilanda kegundahan. Ia juga boleh dijadikan santapan nurani agar kita menyedari tentang kenikmatan yang Allah anugerahkan. Kita sebagai manusia yang sering lupa dan leka akibat dek keseronokan dunia sebenarnya terlalu menginginkan sebuah rasa yang mana dalam perasaan itu, kita terlalu merindui Tuhan yang menjadikan. Tetapi, kita sering kali menolak rasa itu hanya kerana sikap kita yang terlebih batas.

         Untuk pertama kalinya saya mendengar dan menghayati lirik lagu Dalam Sujud Cintaku, saya akui merasa terlalu sedih kerana liriknya menyentuh dan menginsafkan. Kadang kala, untuk mencari sinar kehidupan, beginilah caranya. Kerana itu, dakwah melalui nasyid juga penting untuk mengharmonikan hati si pendengar. Daripada apa yang saya fahami, lirik lagu Dalam Sujud Cintaku ia berkisar tentang betapa nikmat kesenangan dunia ini terlalu banyak melekakan manusia dari mencintai yang selayaknya dicintai. Allah menganugerahkan segala-galanya termasuk nikmat cinta sesama manusia itu sendiri tetapi apabila Dia telah mencampakkan rasa cinta itu di hati manusia, manusia mudah terhibur dan melena daripada si Pemberi Cinta. Keasyikan melayari bahtera cinta manusia menjadikan kita manusia yang sanggup menafikan betapa cemburunya Allah kepada kita kerana Dialah sebenar-benarnya yang layak menjadi carta cinta pertama di hati kita si manusia.

          Sedar atau tidak, Allah memberikan manusia segala-galanya. Dalam setiap pemberianNya itu, terselit ujian untuk Dia mengukur tahap keimanan kita. Dalam kekayaan dan kesenangan, Dia menguji kita dengan manusia bernama cinta. Yang lelaki diujinya dengan kehadiran wanita di sisi. Yang perempuan pula, diujinya dengan kehadiran lelaki sebagai pendamping diri. Dia mahu melihat sama ada kita ikut atau tidak sunnah nabi dalam meniti kehidupan mencintai dan dicintai. Dia juga sering menguji manusia dengan kedudukan iaitu pangkat dan darjat dan ternyata, kedudukan itulah yang membuat kita berpaling dariNya. Lupa kepada Dia dan meninggalkan apa yang diperintahNya.

         Sudah cukupkah kita mengucapkan kesyukuran dan bersyukur dengan segala kurniaan yang telah Dia berikan? Selagi kita bergelar manusia, kita tidak pernah puas dengan apa yang kita peroleh. Masih mahu mencari dan menggali segala sesuatu walau telah jelas itulah yang terbaik untuk kita. Tetapi bagi seseorang yang sentiasa menjaga nilaian Imannya, dalam dia menikmati kurniaan Allah, tidak mampu untuk dia mengucap lafaz terima kasih atas apa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya. Apatah lagi dia masih belum mampu untuk menjadi hambaNya yang terbaik. Seseorang yang beriman akan cuba dan sentiasa bermuhasabah diri untuk menjadikan dirinya terbaik di pandangan Tuhannya. Sentiasa melakukan sesuatu untuk meningkatkan keimanan agar hatinya sentiasa dipeluk dengan pelukan rahmat Allah.

         Fikirkan sejenak, apakah erti sujud? Apakah cukup sujud yang kita lakukan dalam kehidupan harian kita? Apakah kita dapat merasakan kehadiran Allah yang semakin dekat dengan hati kita? Seperti mana yang disebut dalam hadith Rasulullah SAW, “Hendaklah engkau banyak bersujud kepada ALLAH kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya ALLAH mengangkatmu satu derajat dan menghapuskan satu dosa darimu." Hadith ini juga telah membuktikan kesahihan di mana saat paling dekat kedudukan seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud. Lalu, apakah kita rela menangguhkan sujud kita sekaligus menjarakkan waktu untuk kita berada dekat dengan Sang Pencipta? Dalam sujud cinta kita, sering kali kita diulit kerinduan kepadaNya. Bahkan mengharapkan pintu untuk bertemu dengan Allah dalam kefanaan. Seperti yang sering diperkatakan oleh Sayyidina Ali “Di dalam fanaku, leburlah kefanaanku, tetapi di dalam kefanaan itulah bahkan aku mendapatkan Engkau Tuhan”.Letaklah Allah selalu di hati agar kita bisa merasakan pertemuan denganNya dalam setiap sajadah cinta kita.

         Yakinlah dengan kalimah Inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, Lillahirabbil 'alamin. Hanya kerana Allah kita hidup dan kembali juga padaNya. Hanya pada Dia Tuhan sekalian alam. Teguhkan keyakinan dengan keimanan dan ketaqwaan. Malahan gandakannya dalam sujud menyembah Tuhan. Tiada cinta di hati kita melainkan cinta kepada Pemilik Segala Cinta.

Inilah rungkaian dari lirik Dalam Sujud Cintaku pada saya. Betapa bermaknanya lagu ini andai kita menghayati dengan penuh rasa kecintaan kepada Ilahi. Tanya pada hati, apakah mampu kita menjadi manusia yang berbudi? Apakah diri kita telah kita serahkan sepenuhnya kepada Dia? Apakah jiwa kita masih berpaksi cinta dan rindu hanya untuk Tuhan kita? Olah hati kita dengan rasa keinsafan kerana apa yang Allah anugerahkan sama ada penghidupan, harta kekayaan, rasa kecintaan, pasangan hidup, pangkat dan darjat serta anggota badan adalah pinjaman sementara dariNya. Jangan tunggu sehingga tertariknya nikmat ini, baru kita tertunduk dan terngadah menadah tangan memohon dikembalikan kehidupan.

Dalam menghayati keindahan dunia dan alam, jangan sesekali kita terleka dan dibuai keasyikan sehingga terlupa siapa yang menjadikan. Sentiasalah mengadu dan meminta agar Dia memberikan kekuatan saat kita merasa kehilangan. Percayalah pada setiap hikmah yang Dia berikan. Teruslah berusaha untuk menjadi seorang manusia yang menjadikan Allah sebagai tujuan hidup, Rasulullah sebagai tauladan, al-Quran sebagai pedoman, jihad sebagai jalan juang dan mati di jalan Allah sebagai cita-cita tertinggi kita.

Akhir kalam, jelas lagi nyata peranan nasyid juga tidak kurang pentingnya dalam kehidupan seorang muslim dalam mengolah diri menjadi manusia mengikut acuan nabi. Apa yang penting, usaha dakwah melalui medan nasyid ini usahlah terlalu melekakan dengan alunan irama yang membuai rasa dan melenakan sehingga si pendengar tanpa sedar sudah melalui fasa kelalaian. Biarlah dakwah ini menjadi ibadah dan jangan biarkan ia menjadi musibah. Bersama-samalah mendidik diri dalam mencari perbezaan duniawi dan ukhrawi agar terbentuk manusia yang mendapat cinta sejati dari Ilahi.

**Artikel ni sy pertaruhkan dalam pertandingan menulis esei pada 10 Sept 2012**

 







 

Wednesday 19 September 2012

Jangan Persenda Rasulullah ku...

Rasulullah..
Seindah akhlak dan pekerti,
Sehalus santun dan budi,
Selembut bicara dan cara,
Setegas dikau pertahankan agama tercinta..

Rasulullah..
Selayaknya dikau bergelar Nabi,
Tetap teguh perjuangkan ad-deen Ilahi,
Walau tertumpah darah merahmu di hamparan pepasir,
Namun dikau tetap gagah mencabar si kafir..

Rasulullah..
Saat dikau dihina dek kafir durjana,
Aku hanya mampu mencoret bicara,
Buat tatapan semua,
Agar mereka turut mempertahankan dikau dari fitnah si laknatullah,
Agar saat tibanya waktu aku bertemu dikau ya Rasul,
Aku mampu mengatakan aku turut mempertahankanmu..

Rasulullah..
Tersayat hati apabila filem penghinaan di tonton,
Lantas ku tutup kerana tidak sanggup aku melihat dikau dipersenda,
Dijadikan bahan cerca,
Zalimnya mereka si durjana,
Kejamnya mereka menghina kekasih mulia..

Rasulullah..
Sejarahmu ku baca dalam al-Quran,
Sirahmu ku renungi buat pedoman diri,
Sunnahmu ku ikuti tanda aku 'ummati' yg dikau pernah sebutkan,
Kerana dikaulah ya habibi kami..

Rasulullah..
Walau dikau sudah tidak bersama,
Dikaulah contoh hero pahlawan,
Perjuanganmu menjadi ikutan,
Akhlakmu menjadi sumber kekuatan insan,
Peribadimu indah seindah al-Quran,
Akan ku pertahankanmu walau aku hanya umat akhir zaman..
 
Hanya Umat Akhir Zaman : Aimuni Marjono

Tuesday 4 September 2012

Nilaian Solatku Di sisiNya...


SubuhNya...
Saat azan dilaungkan,
Aku masih lena dihamparan tilam,
Mengerekot sejuk angkara si embun malam,
Assolatukhairumminannaum langsung tak ku peduli,
Selimut ku tarik tanda protesku pada alam,
Teruskan melena sehingga terbitnya fajar,
Terlepas lagi subuhku,
Inikah nilaian seorang hamba?

ZuhurNya...
Masih menghadap komputer,
Tik tak tik tak bunyi keyboard ku tekan,
Menunjukkan kerajinan,
Mana tahu bos lalu nampak ketekunan,
Bulan depan boleh naik gaji tambah pendapatan,
Panggilan Allah langsung tak ku hairan,
Bangga bila dipuji rakan,
Sampai lupa zuhur menghilang,
Pergi dianjak masa menanti Asar,
Inikah nilaian seorang hamba?

AsarNya...
Fail ku belek mencari maklumat,
Detik waktu rasa tak sempat,
Menyudahkan kerja yang berlambak di pejabat,
Rasa terlalu masa begitu pantas,
Bukan untuk menyahut panggilannya,
Tetapi untuk ke meeting pula,
Pantas waktu berlalu,
Sepantas Asar menjauh,
Inikah nilaian seorang hamba?

MaghribNya...
Malam kian menunjukkan wajah,
Ku lihat jam,
Waktuku di pejabat tertitik sudah,
Lalu keretaku membelah senja,
Masjid di sebelah, ku toleh cuma,
Tanpa ada rasa mahu menerpa,
Rumah Allah untukku sambut syariatNya,
Maghrib ku berlalu begitu saja,
Inikah nilaian seorang hamba?

Isya'Nya...
Aku lebih mengtuhankan televisyen,
Terbaring menonton drama kegemaran,
Setelah seharian letih bekerja,
Tertidurku tanpa sempat menyembahNya,
Inikah nilaian seorang hamba?

Terfikirku saat ditebak keinsafan,
Apakah akan terjadi kiranya,

Subuhku...
Aku dipanggil tanpa sempat bertemuNya,
Pasti terkujur kaku tubuhku penuh dosa,
Tanpa sempat melafaz rasa syukur,
Ditarik nyawaku tanpa belas kasihan,
Kerana di waktu SubuhNya,
Aku masih lena dengan nikmat sementara,
Siapa aku dipandanganNya?

Zohorku...
Dihadapan komputer Dia menimpakan musibah,
Nikmat yang diberi ditarik semula,
Ketekunanku tiada lagi makna,
Lantas aku menjadi si cacat durjana,
Kerana di waktu ZuhurNya,
Aku sengaja mencipta leka,
Siapa aku dipandanganNya?

Asarku...
Tersadong jatuh menyembam bumi,
Tanpa sempat menyahut azan,
Dia beri kesakitan,
Untuk mengingatkan,
Dating denganNya lebih penting dari meetingnya,
Kerana di waktu AsarNya,
Aku sibuk mengejar dunia,
Siapa aku dipandanganNya?

Maghribku...
Keretaku bertemu lori besar,
Nyawaku seakan di hujung pernafasan,
Antara hidup atau mati,
Ataukah ini pengakhir segala?
Kerana di waktu MaghribNya,
Aku lena di ufuk fana dunia,
Siapa aku dipandanganNya?

Isya'ku...
Izrail datang menjemputku,
Tanpa sempat aku mengucap syahadah,
Tanpa sempat aku bertaubat nasuha,
Tiada peluang untukku meminta,
Moga dipanjangkan umurku barang seketika,
Kerana di waktu Isya'Nya,
Aku alpa dihanyut arus semasa,
Siapa aku dipandanganNya?

Kini aku sedar,
Tertangguh sujudku padaNya,
Tertangguh jua doaku untuk mereka,
Aku tidak akan biarkan Subuhku sunyi,
Aku tidak akan biarku Zohorku sepi,
Aku tidak akan membiarkan Asarku berlalu pergi,
Dan membiarkan Maghribku meninggalkanku,
Serta tidakku biarkan Isya'ku berganti di pagi hari.


Aku Hanya HAMBA : Aimuni Marjono