First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Wednesday 26 September 2012

Penasyid Itu Suami Aku (Novel Bersiri-Bab 1-Tajuk Keempat-TRAINING SESSION)


Training Session



Azriq, Syuaib, lagu dah siap. Tinggal nak praktis je. Ade rapp sikit untuk lagu pertama,” Hadi Hakim menerangkan. Mereka sedang menunggu kehadiran Amjad.



Rapp? Betul ke? Alhamdulillah. Sukanya ana.” Benar telahan mereka. Syuaib pasti teruja. Azriq senyum melihat gelagat Syuaib. Ikatan mereka sudah seperti adik-beradik. Apa yang berlaku, dikongsi bersama. Walaupun jarang bersua muka, melainkan mereka perlu mengadakan sesi latihan untuk setiap lagu-lagu baru dan aktiviti FikrahIman namun mereka selalu bertanya khabar.



Amjad tak balik kerja lagi?” Azriq bertanya.



Belum. Tadi dia BBM ana. Ada emergency case waktu dia nak balik tadi. Terpaksa ambil case tu. Patient ramai. Firdaus tak boleh nak handle.” Hadi Hakim menerangkan. Dalam empat mereka, Amjad yang paling bijak dan paling sibuk. Kerjayanya sebagai seorang doktor menjadikan dia milik masyarakat sepenuhnya. Namun begitu, dia tidak pernah mengabaikan mukallafnya pada FikrahIman.



Kesian ana tengok Amjad tu. Setiap kali sesi latihan je mesti dia macam tak bermaya. Tapi ana memang tabiklah pada dia. Bersungguh-sungguh bagi komitmen pada FikrahIman. Kalau ana, pengsan dah tu. Alhamdulillah, kerjaya ana hanya memerlukan khidmat ana sehingga jam 5 petang je,” Syuaib meluahkan simpatinya. Kadang-kadang dia rasa kasihan pada Amjad tapi, itulah mukallaf yang harus dipikulnya. Demi satu nyawa.



Betul. Ana pun memang respect pada Amjad tu. Bukan sikit komitmen yang dia beri pada FikrahIman. Ana pun belum tentu dapat buat macam yang Amjad buat,” Azriq pula meluahkan rasa kagumnya. Hadi Hakim membenarkan kata-kata sahabatnya.



Antara hobi dan kerjaya. Keduanya penting pada Amjad.” Hadi Hakim menoktahkan. Sedang mereka asyik melihat note lagu, Amjad tiba. Salam Amjad bersambut. Kelihatan wajah lesu sahabat mereka. Hadi Hakim menuju ke ruang dapur dan mengambilkan segelas air untuk Amjad. Amjad menyambut huluran itu dan mengucapkan terima kasih.



Enta rehatlah dulu. Dua jam lagi kita start.” Azriq memutuskan. Tidak sanggup rasanya melihat keletihan yang terpancar pada wajah sahabatnya itu. Hadi Hakim dan Syuaib mengangguk setuju. Jasa Amjad pada mereka juga cukup banyak. Kalau tidak kerana kepakaran Amjad dalam bidang medic, sudah tentu Syuaib sudah tidak bersama mereka lantaran kemalangan ngeri yang menimpa Syuaib dua tahun lalu selain bantuan Allah.



Eh, tak apalah. Kesian antum dah tunggu ana. Nak delay lagi dua jam memang melampau ana ni.” Begitulah sikap Amjad. Terlalu memikirkan kawan-kawan sehingga penat sendiri diabaikan. Kami hanya mampu menggeleng. Bertegas dengan cadangan kami.



Mana boleh. Ana yang lambat. Ni pun dah lewat tiga jam. Ana cuti esok. Ana boleh je nak praktis,” Amjad masih berdegil. Dia tetap mahu memulakan sesi latihan.



No no no. Enta rest dulu. Kami pergi belikan makanan untuk enta. Titik.” Azriq bertegas. Mereka bertiga pantas keluar dari FikrahAkhi Studio bagi memberi ruang untuk Amjad berehat. Sudahnya Amjad hanya mengalah.



SELEPAS DUA JAM…



Boleh kita mulakan sekarang?” Amjad yang sudah siap mandi, mengemaskan diri, makan dan kelihatan segar tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi latihan. Mereka semua tersengih. Semangat seorang Amjad sememangnya luar biasa.



Semangat betul Dr. Amjad kita.” Hadi Hakim berseloroh. Mereka ketawa.



Mestilah semangat. Lagu baru ni. Hahaha. Kalau lagu lama, lemau sikit.” Amjad membalas. Tawa mereka memecah keheningan malam. Mereka memulakan sesi latihan dengan bersungguh-sungguh. Sesekali diselangi dengan gelak tawa.



Agung CintaMU



Jauhku melangkah pergi,

Saat terasa tak lagi bererti,

Kelamnya hati bersulam gelita,

Kerana ditinggal hina..



Aku terlena dalam duka,

Bertemankan titis mutiara,

Lupa aku mahu meminta,

Mengadu pada Yang Esa...



(Chorus)

Agung CintaMu Tuhan,

Menyuluh sinar kehidupan,

Kudus cintaMu Allah,

Memberiku satu pengharapan...



(Rapp)

Teruslah melangkah...

Menuju Ilahi..

Teruslah berjalan...

Mencari Agung CintaNya...

Agung CintaMu..

Allah Yang Satu..



Lirik/Lagu : Hadi Hakim Abd Aziz



Penuh penghayatan mereka bernasyid. Tiada masalah bagi mereka kerana Hadi Hakim sendiri merupakan composer untuk lagu itu. Hadi Hakim yang sememangnya dianugerahkan Allah bakat dalam muzik yang sememangnya menjadi minatnya sejak dulu walaupun dia merupakan graduate jurusan Bachelor of Mechanical Engineering.



Alhamdulillah, best muzik lagu ni. Ana suka.” Syuaib benar-banar teruja. Sentuhan Hadi Hakim untuk lagu kali ini memang berbeza. Mereka semua berpuas hati dan meneruskan sesi latihan sehingga masing-masing terasa kantuk.



Ana rasa, muzik lagu ni dah bagus. Tahniah Hadi. Enta memang selalu memuaskan hati kami dengan sentuhan muzik enta. Ana rasa muzik dalam lagu ni tak berat dan mudah untuk diterima.” Amjad juga bersetuju. Mereka sememangnya berpuas hati dengan alunan muzik lagu baru mereka.



Alhamdulillah. Terlalu awal untuk ana berpuas hati. Apa pun ana bersyukur kerana antum boleh terima lagu ni. Hmmm, ada apa-apa penambahan tak untuk mempersedapkan lagi lagu ni?” Hadi Hakim meminta pendapat ahli FikrahIman yang lain.



Apa kata kita slowkan sikit rapp. Pernah dengar lagu Ku Damba RedhaMu tak?” Syuaib mula memberi cadangan. Begitulah mereka. Sering berkongsi idea dan pendapat.



Yang mana eh?” Azriq bertanya.



Lagu kumpulan Devotees tu ke?” Azriq bertanya kembali sebelum sempat Syuaib menjawab.



Bagus betul Azriq ni. Dia tanya, dia jawab. Haha.” Amjad bergurau. Azriq tersengih-sengih. Memang dia terkenal dengan sikap sendiri tanya, sendiri jawab.



Sebab tu kadang-kadang ana malas nak jawab soalan dia. Jawapan dia lebih pantas dari kita.” Hadi Hakim mencelah. Mereka semua menghamburkan tawa.


No comments:

Post a Comment