First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Wednesday 26 September 2012

Tentang Penasyid Itu Suami Aku...

Assalamu'alaikum WBT...

Alhamdulillah Wa Syukurillah. Terima kasih Ya Allah atas ilham yang diberikan. Saya baru saja memuat turun novel bersiri pertama saya yang juga merupakan novel kedua dari saya. Novel pertama, Mujahadah Cinta, InsyaAllah akan bertemu anda selewat-lewatnya pada tahun ini. Doakan :)..

Tentang Penasyid Itu Suami Aku pula, sebenarnya saya mahu merahsiakan jalan cerita novel ini sehinggalah siap untuk sebuah novel. Tetapi atas nasihat dan dorongan dari adik-beradik dan sahabat-sahabat, saya jadikan novel ini sebagai novel bersiri dan memuat turunnya di dalam blog saya. Sebenarnya sudah agak lama juga saya mendapat ilham untuk tajuk ini kira-kira dua tahun lalu tetapi waktu itu, saya agak sibuk dengan kerjaya dan rutin harian. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk saya meneruskan usaha saya sebagai penulis. Syukur..Syukur..Syukur...

Agak sukar sebenarnya untuk saya menghayati dan menghidupkan watak dan perwatakan dalam Penasyid Itu Suami Aku. Berbeza dengan novel Mujahadah Cinta, saya jadikan perwatakan sahabat-sahabat saya dan insan sekeliling sebagai watak dan saya olah mengikut citarasa saya tetapi dalam Penasyid Itu Suami Aku, terus terang saya tiada pengalaman mencintai dan bercinta dengan lelaki bergelar penasyid. makanya, saya cuba mereka cipta sendiri perwatakan dalam novel ini.

Saya akan mengupdate novel ini dari masa ke semasa. InsyaAllah. Segala kekurangan tatabahasa, gaya bahasa atau terkurangnya jalan cerita, harap dimaafkan. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Sekian. Assalamu'alaikum.


Tinta Pena : Aimuni Marjono

No comments:

Post a Comment