First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Monday 3 September 2012

Sebelum Engkau Halal...

Sebuah cinta andai terukir di hati, ia mampu melemahkan. Juga turut menguatkan jika ia berperanan. Kerana apa? Kerana cinta adalah sebuah perasaan yang tertitip di hati lantas menusuk ke jiwa dan berubah menjadi sebuah rasa. Indahnya cinta bukan ketika kamu 'bercouple', bukan ketika kamu 'bersama', bukan ketika mata kamu dan dia bersatu temu, bukan ketika tanganmu dan tangannya bersentuhan juga bukan ketika kamu dan dia seronok berbicara soal cinta sehidup semati. Hari ini kamu dan dia bertemu, jatuh cinta, melafaz kata sayang, jiwang-jiwang karat yang pada akhirnya membawa kepada dosa, kemurkaan dan padah. Seronok kamu hari ini bukan keseronokan untuk selamanya. Apatah lagi kesoronokan yang hanya menuntut untuk kepuasan nafsu semata. Yang perempuan layu saat si lelaki memujuk rayu. Sanggup menyerahkan apa saja yang punya. Hingga tergadai mahkota. Apakah itu kebahagiaan yang dicari? Si lelaki lemah serba serbi apabila mendapat luahan si penggoda. Tahukah kamu, kamu dilahirkan untuk mebela kaum Hawa? Bukan untuk merosakkan mereka?

Di mana nilai harga diri apabila kamu dengan 'slumber' memberi? Di mana letak maruah yang sepatutnya kau jagai jika dengan mudahnya kau gadaikan hanya kerana sikapmu sendiri? Seharusnya kau pelihara untuk sidia yang Allah cipta untukmu. Seperlunya kau jaga buat sidia yang Allah akan kirimkan kepadamu.

Sebelum Engkau Halal...

Pasakkan dalam hati Allah akan memberi kamu lelaki yang mampu mengimami. Bukan sekadar suami tapi sebagai SUAMI MITHALI. Yang akan menjagamu sehingga kamu tak mampu lagi berjalan. Yang mampu menghulurkan bantuan saat kamu tak mampu lagi bertutur. Yang setia kepadamu saat kamu tak mampu lagi berhias-hias. Apakah ertinya kamu membiarkan dirimu mencintai dan dicintai oleh lelaki yang belum tentu menjadi milikmu. Kerana jodoh itu Allah yang tentukan. Bukan kamu, bukan dia dan bukan siapa-siapa. Kerana itu, dalam Islam, Allah cipta garis panduan. Bukan sewenangnya kamu berpelukan dan bermesraan. Itu bukan budaya kita! Jangan sesekali kamu mencuba! Allah sentiasa memerhati walau kemana kamu pergi, walau di mana kamu jejak kaki.

Jodoh itu rahsiaNya. Telah Dia siapkan seseorang untuk kamu lengkapi jiwa. Lambat atau cepat, kamu dan dia pasti akan bertemu muka. Usah gusar dan usah merasa kalah jika kamu masih sendiri. Akan Dia hadirkan sidia belahan jiwa untuk melengkapkan kekurangan, menjadi penasihat terbaik saat kamu ditimpa keguindahan. Menjadi pendengar yang baik tika kamu memerlukan teman. Tugasmu hanya memperbanyakkan doa dan penyerahan diri kepada Yang Esa.

Allah berfirman bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang yang keji dan suatu jalan yang buruk." [Surah Al-Israk: ayat 32]

Seperti maksud ayat di atas, betapa tegasnya Allah dalam membataskan pergaulan. Ikhtilat antara lelaki dan perempuan harus dijaga kerana pergaulan itulah pintu zina. Sedarkah kamu bagaimana zina terjadi? Allah teramat membenci ZINA kerana perbuatan ini boleh merosakkan hati dan membawa kepada keruntuhan Iman. Mahukan kamu digelar muslim yang tidak beriman? Naudzubillah. Dan kerana itu, pergaulan 'wajib' dijaga dan dipelihara. Syaitan itu sentiasa ada bersama untuk merosakkan dirimu juga dia. Sekali dah tersilap langkah, menyesal juga tiada guna. Keluarlah air mata darah sekalipun, tidak akan mampu mengembalikan kembali maruah yang ternoda.
 
Couple Is Not Nikah!
 
Ya! Bercinta bukan bermakna kamu sudah dihalalkan dalam perhubungan. Jangan silap! Tiada mahar, tiada akad, tiada qabul, tiada taklik, tiada wali dan tiada saksi, itu bukan nikah. Itu hanya sekadar kiasan percintaan yang sengaja mahu menghalalkan apa yang haram di sisi Allah. Masih ada batas yang perlu kamu jaga. Bercinta sebelum nikah itu BUKAN SUNNAH! Jangan melakukan apa yang bukan sunnah. Kelak kau akan merasa punah.
 
"Tapi kami memang dah plan untuk bernikah"
 
~Apakah perancangan untuk bernikah itu sudah cukup untuk kamu bergelar pasangan suami isteri? Manusia hanya merancang tetapi Allah yang menetukan. Dia berhak mengambil semula rasa cinta dari hati kamu berdua jika Dia berkehendakkan. Plan saja tidak cukup untuk kamu terus-terusan berlagak seperti pasangan suami isteri. Hentikan lagak kamu itu! Jelik pada pandangan manusia, pandangan Allah apatah lagi. Jaga tingkah, jaga langkah agar kamu tak rebah. Jaga perasaan, jaga Iman agar kamu tak mendapat kemurkaan~
 
Sahabat, sebelum engkau halal, elakkan berduaan, elakkan bermesraan, elakkan berpegang-pegangan kerana semua itu yang akan mengundang kepada kerosakan. Jangan biarkan dirimu diratah mata mereka sehingga membawa kau ke lembah derita. Jangan relakan mereka menyentuhmu kerana kau bakal rasa menyesal. Kerana aku sayang maka aku berpesan-pesan.
 
Sahabat, sebelum engkau halal baginya, seeloknya kau serahkan kepada DIA untuk memelihara. Ya, mungkin sekarang, kau dan dia ada jarak. Tetapi yakinlah, Allah akan hapus jarak itu apabila kamu dan dia sudah sah menjadi yang halal. Bukankah jarak itu indah sebagai langkah untuk kau dan dia menjaga hati. Sebagai persiapan kau dan dia merasa indahnya bertemu mata sewaktu dinikahi.
 
Sahabat, sebelum engkau halal, tetapkan dalam hati cinta Allah melebihi cinta dia yang kau cintai. Allah akan beri kau ruang dan peluang untuk merasa bahagia sebagai isteri. Jangan pernah menyalahi takdir andai cinta yang kau bina kecundang di pertengahan jalan. Pasti ada kesilapan yang kau sendiri tidak perasan. Yakinlah sahabat, sebelum engkau halal sememangnya kau perit berjauhan tetapi setelah engkau halal, pasti kehidupan kau penuh dengan sinaran dari Tuhan.

Sebelum Aku Halal : Aimuni Marjono
 
 
 

No comments:

Post a Comment