First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Friday 25 October 2013

SAYA AHLI SUNNAH, BUKAN AHLI PUNNAH

Rasanya dah lama jari tak menari di papan kekunci untuk latest post. Terlalu sibuk dengan urusan sebagai seorang pelajar menyebabkan masa saya terbatas dari aktiviti penulisan. Untuk post yang kali ini, saya ingin menerangkan duduk asal tentang saya yang dikatakan beraqidah WAHABI.

Mengucap panjang saya apabila mendapat berita ini. Tak saya sangka, ada yang sanggup melabel dan mempertikai aqidah dan tauhid saya. Marah? Ya, saya sangat marah. Kecewa lebih lagi. Dan sampai ke saat saya menulis blog ini post, rasa kecewa tak pernah surut. Siapa yang tidak marah, tidak kecewa apabila dilabel sebegitu rupa? Ini tentang aqidah beb! AQIDAH!!

Berjurai-jurai airmata menahan sakitnya tuduhan. Betapa hinanya diri dipandangan yang menuduh apabila dengan sewenangnya tuduhan sebegitu dilemparkan. Alasan? Cukup konkrit bagi mereka tapi agak ‘bodoh’ bagi saya. Kenapa tak selidik, tak tanya dan tak jumpa saya sendiri tentang isu ni? Kenapa terus melabel saya tanpa kenal apa yang ada dalam hati saya? Susah sangat ke untuk bertanya?

Biarlah hanya Allah, saya dan mereka saja tahu apa alasan mereka menuduh saya sebegitu. Biarlah. Saya tidak menyalahkan mereka. Manusia, memang tak lepas dari melalukan salah. Mungkin ini bahagian  kesalahan mereka. Sedangkan kesalahan dan maksiat yang saya lakukan setiap hari. Cuma, rasa terkilan. 
Mereka kenal saya. Bertegur sapa. Bergelak ketawa. Bergurau senda ada kalanya. Namun  saya tertanya, apakah serendah itu aqidah saya pada pandangan dan mata mereka?

Jujur, tak pernah terlintas sekalipun untuk saya bersama wahabi. Malah, saya sentiasa cuba untuk menjadi sunni yang baik. Yang cuba untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai hingga akhir hayat. 
Yang cuba mendokong hadith Nabi Muhammad sebagai panji hati. Sentiasa saya meminta agar Allah tidak membolak balikkan hati saya setelah DIA menitipkan taufiq dan hidayahNya.

Terubat hati dengan ayat Allah. Ini hanya ujian kecil dariNya. Sedangkan Allah, Nabi dan ulama’ juga difitnah. Inikan saya, manusia pendosa. Allahu Allah.

Tersentuh hati dengan kata-kata naqibah tercinta, ‘KITA TERANG, BUKAN SERANG. KITA RAMAH, BUKAN MARAH-MARAH.” Indahnya aturan Allah. Biarlah apa pun mereka mahu perkata, Allah tahu aqidah dan pegangan saya. Allah tahu siapa saya. Allah tahu kelebihan dan kelemahan saya. Walaupun tuduhan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan karier saya sebagai novelis, namun saya yakin, Allah sentiasa ada di sisi hambaNYA. Datangkan 70 bukti kenapa saya dikatakan wahabi. Cukup 70 bukti, datang jumpa saya.


SAYA AHLI SUNNAH, BUKAN AHLI PUNNAH J

Thursday 17 October 2013

As-Sofa Di Persada Dakwah

MENGENALI KOLEJ ISLAM AS-SOFA

Kolej Islam As-Sofa merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang bersistemkan pondok moden. Kolej ini adalah kolej yang diasaskan oleh seorang ulama’ muda iaitu’ Al-Musnid Dato’ Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki As-Sanusi. Kolej ini mempunyai keunikan dan daya tarikan yang tersendiri antaranya adalah sistem pembelajaran merangkumi semua aspek keagamaan dan kuliah pengajian kitab secara bertalaqqi pada setiap malam serta penerapan terhadap mahabbah dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

Kolej Islam As-Sofa yang terletak di Ampang, Selangor Darul Ehsan merupakan satu-satunya kolej yang menekankan dan mengutamakan pelajaran tentang ADAB. Berbeza dengan institusi-institusi lain, kolej ini sangat menitik beratkan tentang adab kepada para pelajar agar adab dan ilmu dapat diseiringkan.



Berkata Ibnu al-Mubarak :

"Adab walaupun sedikit, lebih kami perlukan daripada ilmu yang banyak."
-Sumber : Kitab Adab & Doa Penuntut Ilmu karangan Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki (Muka surat 3)

Kata-kata hikmat itulah yang menunjukkan betapa ketinggian adab yang cuba diterapkan dalam diri setiap pelajar yang bernaung di bawah Kumpulan Pendidikan Sofa lebih diperlukan daripada ilmu yang banyak. Kerana ilmu tanpa adab, adalah kosong. Seseorang yang tidak berilmu tetapi beradab lebih disenangi daripada seseorang yang mempunya ilmu yang tinggi tetapi ‘zero’ adab.

                 "Aku telah berkhidmat bersama Imam Malik RA selama 20 tahun; 2 tahun daripadanya untuk mempelajari ilmu dan 18 tahun untuk mempelajari adab. Alangkah baiknya sekiranya aku dapat menjadikan seluruh masa tersebut mempelajari adab."

Disini kita lihat betapa pentingnya adab dalam hidup kita. Kita dapat lihat ulama' yang terdahulu mengutamakan adab dalam kehidupan seharian mereka.

Kolej Islam As-Sofa mempunyai matlamat yang tinggi dalam melahirkan insan kamil dan bersahsiah. Oleh kerana itu, Kolej Islam As-Sofa menerapkan sistem pembelajaran yang mengandungi elemen akademik dan diniyyah. Aspek akademik diterapkan kepada pelajar dengan cara pembelajaran yang moden dan teratur mengikut sistem yang telah diwajibkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Manakala bagi elemen diniyyah pula, setiap pelajar akan diwajibkan untuk menghadiri kelas keagamaan secara bertalaqqi (berguru) untuk mendalami ilmu-ilmu agama, mereka akan mengkaji sumber asal kitab dan ilmu tersebut dan akan diberikan penjelasan dan penerangan oleh guru yang berpengalaman dengan menggunakan sistem pembelajaran yang moden dan sistematik.

Kolej Islam As-Sofa menawarkan beberapa program Diploma Islam antaranya Diploma Syariah Islam, Diploma Usuluddin dan Diploma Kewangan Islam. Program Diploma di Kolej Islam As-Sofa dijalankan selama 2 tahun.

MENGENALI PENGASAS TARBIYAH KOLEJ ISLAM AS-SOFA

Al-Musnid Dato' Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki As-Sanusi


Al-Musnid Dato’ Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin Al-Maliki As-Sanusi

Beliau merupakan anak jati Negeri Sembilan yang berasal dari Kampung Chenong Chengkau Rembau Negeri Sembilan Darul Khusus. Dilahirkan pada 16 September 1974 dan merupakan anak kelahiran pertama di kampungnya. Oleh itu, gelaran al Rembawi dinisbahkan kepada daerah kampungnya Rembau. Gelaran Ahmadi pula dianugerahkan oleh gurunya Sayyid Idris ibn Sayyid Mustafa al Hasani. Manakala gelaran al Maliki pula dianugerahkan oleh gurunya Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al Maliki al Hasani RA yang menisbahkan beliau kepada nama keluarganya al Maliki setelah menganggap beliau sebagai anaknya.

Di dalam bidang feqah, beliau bermazhab Syafi'i. Manakala di dalam bidang tauhid beliau berpegang dengan methodologi Imam Abu Hasan al Asy’ari RA dan Imam Abu Mansur al Maturidi RA. Manakala di dalam bidang tasawwuf beliau berpegang dengan manhaj tasawwuf Imam Junaid al Baghdadi RA.


Beliau paling sukar menolak permintaan atau pertolongan yang diadukan kepadanya. Semasa masih menuntut, beliau sering memberikan pinjaman wang kepada sahabat-sahabatnya yang memerlukan dan menyara perbelanjaan harian rakan serumahnya.

Begitu juga sekiranya diundang untuk mengajar atau mengadakan ceramah di mana-mana, beliau merasa bersalah sekiranya menolak permintaan jemputan ahli jawatan kuasa surau atau masjid atau pihak tertentu yang mengundangnya. Justeru, sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan yang menyebabkan beliau terpaksa menolak sesuatu undangan, beliau hanya menyuruh wakilnya sahaja memberitahu hal tersebut.

Seorang yang berjiwa lemah lembut. Beliau tidak suka berdebat sekiranya ada orang yang mempertikainya atau mengada-ngadakan cerita di belakangnya. Malah beliau lebih suka mengambil sikap berdiam diri sehingga orang tersebut berhenti daripada perbuatannya.

Atas rasa tanggungjawab, beliau banyak menghabiskan masanya untuk mengisi dada anak-anak muridnya dengan ilmu dan kekuatan rohani. Seringkali beliau mengorbankan masa bersama isteri dan anak-anak untuk bersama-sama anak-anak muridnya mencurahkan ilmu dan berbincang tentang permasalahan mereka. Beliau juga sering mengorbankan masa rehatnya demi manfaat orang-orang yang memerlukan untuk berjalan menuju kepada Allah.

Beliau tidak akan menyembunyikan kebenaran tentang sesuatu ilmu sekalipun kebenaran itu tidak secocok dengan kehendak nafsunya kerana amanah ilmu yang wajib dijaga sebagaimana yang sering diwasiatkan oleh guru-gurunya.

Sering merendahkan diri dan tidak suka menonjolkan diri dan diberikan jawatan. Oleh itu, beliau menolak jawatan dan kedudukan yang diberikan kepadanya kerana menganggap dirinya tidak layak.

Walaupun pelbagai fitnah dan tohmahan yang dilalui oleh beliau, namun semua itu tidak sedikit pun menggugah sabar dan semangat beliau untuk meneruskan dakwah islamiyyah. Kata-kata beliau merupakan nikmat bagi anak-anak murid beliau. Beliau tidak pernah mengeluh walau satu keluhan pun dalam menyampaikan ilmu Allah.


PEMBELA AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

Al-Musnid Dato’ Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki as-Sanusi dipilih oleh Allah untuk menjadi salah seorang pewaris Rasulullah SAW dalam meneruskan usaha dakwah. Beliau menyambung usaha dakwah Rasulullah dalam menyelesaikan kemaslahatan ummat. Beliau juga merupakan pembela kepada firqah ahli sunnah wal jamaah. Dalam setiap usaha beliau, beliau sentiasa menegakkan dan mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dalam keramaian manusia yang masih leka dengan Syiah, Wahabi dan sebagainya, beliau masih cekal dan tabah menjadi pembela agama Allah. Beliau mahu ahli sunni berada di lapangan dan landasan agama Allah yang telah diwariskan oleh Rasulullah SAW.

SEGALANYA DI KOLEJ ISLAM AS-SOFA

Kolej Islam As-Sofa merupakan satu-satunya kolej yang mengamalkan puji-pujian kepada Allah dan Rasulullah melalui qasidah. Sebelum memulakan sesuatu majlis, pelajar-pelajar Kolej Islam As-Sofa akan mengalunkan qasidah bagi menambahkan keberkahan majlis. Semoga majlis ilmu yang diadakan akan lebih berkah.

Kolej Islam As-Sofa juga mewujudkan integrasi pengajian turath. Apa dia kitab turath? Kitab turath merupakan kitab-kitab ulama’ lampau yang masih menjadi rujukan ilmuan-ilmuan Islam kepada umat sepanjang zaman. Di antara kitab-kitab yang digunakan dalam sesi bertalaqqi ialah Minhajul Abidin, taalim muta’allim dan sebagainya. Dalam sesi bertalaqqi, pelajar di minta membacakan kitab tersebut di hadapan Al-Musnid Dato’ Sheikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki as-Sanusi dan seterusnya akan dikupas satu persatu oleh beliau sendiri. Selain itu, di Kolej Islam As-Sofa, kitab Sahih Bukhari juga akan dibacakan pada setiap Bulan Rejab. Pelajar Kolej Islam As-Sofa menghidupkan hadith-hadith Rasulullah di saat ada puak yang mengaku dirinya sebagai anti hadith. Yang lebih menariknya, pelajar-pelajar Kolej Islam As-Sofa akan menghabiskan satu juzuk al-Quran setiap hari secara berjemaah selepas solat maghrib.

Selain itu, pelajar-pelajar di Kolej Islam As-Sofa juga mengamalkan Ratib Pagi  Petang Al-Imam Al-Sayyid Abdul ‘Aali Ibn Ahmad Ibn Idris. Ratib ini akan dibacakan secara berjemaah selepas solat subuh dan maghrib. Semoga amalan pelajar-pelajar Koleh Islam As-Sofa ini mampu diikuti oleh orang awam khususnya bagi menambahkan kecintaan kepada Allah dan kekasihNya Rasulullah.

Kolej Islam As-Sofa Ampang




AS-SOFA BUMI TARBIYAH

Berdiri megah bumi tarbiyah,
Menjadi pusat pendidikan penuh barakah,
Kolej Islam As-Sofa namanya indah,
Terus bersinar di persada dakwah.

As-Sofa Bumi Tarbiyah,
Melakar cinta buat Rasulullah,
Tak terhitung cinta kepada Allah,
Untuk membentuk peribadi islamiyyah.

As-Sofa Bumi Tarbiyah,
Tegakmu atas cintaNya,
Untuk mendidik insan yang dahaga,
Untuk membentuk seorang manusia,
Yang berguna kepada agama dan negara.

As-Sofa Bumi Tarbiyah,
Andai dulu langkah kami pincang,
Namun kini kami bukanlah si tempang,
Yang terlalu seronok dengan nikmat malang,
Tetapi kamilah bakal pejuang terbilang,
Yang akan meneruskan dakwah Islam gemilang.

Andai dulu kami leka mengejar indahnya cita-cita,
Tetapi kini kami seronok mengejar satu cinta,
Cinta adab dan ilmu warisan Nabi kita,
Al-Quran dan hadith menjadi rujukan utama.

As-Sofa Bumi Tarbiyah,
Di sini terlalu bererti buat kami,
Di sini bermula titik hijrah kami,
Di sini bermula usaha dakwah kami,
Di sini bermula lapangan mujahadah kami,
Ya di sini segalanya pasti,
Di Bumi Tarbiyah ini,
Menjadi saksi cinta kami demi Ilahi.

Pelajar Kuliyyah Usuluddin KIS batch 4/13

-AIMUNI MARJONO-


Saturday 12 October 2013

1A Memory. Big Thanks. Big Sorry.

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Indah terlakar sebuah memori,
Bersama merentas cerita hati,
Walau hanya seketika ini,
Kan ku pahat selamanya di hati.

Coretan untuk kalian,
Agar selamanya jadi kenangan.

Alhamdulillah, selepas beberapa kali tunda untuk diadakan jamuan kelas 1A, akhirnya hari ini, memori kami tercipta di KLCC. Syukur, Allah indahkan memori kami dalam jamuan ini. Keriangan dan keceriaan adik-adik 'ribena' memberi impak kegembiraan yang tak mampu saya luahkan dengan kata-kata. 

Selepas memori Kalam Jamaie, inilah memori yang tercipta dalam kelas 1A. Even tak ramai yang berpeluang untuk hadir dalam jamuan ni tapi still rasa keriuhan. Kalau semua ada mesti lagi gempak. Mesti terasa lagi sempurna jamuan kelas ni. Yelah, nama pun jamuan kelas kan. Mesti nak buat yang terbaik.

Bukan mudah untuk sama berkongsi idea. Tapi mereka dapat berikan kerjasama. Walaupun ada yang mungkin pernah terkecil hati, terasa tapi percayalah, pahit manis inilah yang akan menjadi ingatan antara satu sama lain. Masing-masing punya ragam masing-masing. Semua sudah ter'set' dalam minda saya. Siapa yang garang, siapa yang tawadhuk, siapa yang menjaga pandangan, siapa yang kelakar, siapa yang sopan santun, siapa yang bagus masa presentation, siapa yang terbaik masa jawab persoalan asatizah, siapa yang suka ketawa, siapa yang pendiam, dan bla bla bla. Dan semua itulah menjadi rencah kepada sebuah proses taaruf.

Thanks to Allah sebab indahkan ukhuwwah kami dengan kepelbagaian seni. 

Saya bukanlah seorang sahabat yang terbaik. Bukan juga seorang yang mampu memimpin dengan baik. Kadang-kadang saya emo dalam menyelesaikan sesuatu yang terjadi. Namun, saya banyak belajar indahnya sabar apabila berhadapan dengan mereka yang kerap mencabar hati. Syukur, Allah beri kekuatan walaupun saat diuji.

Thanks kepada yang sudi hadir memeriahkan jamuan tadi. Semoga 'Sahabat Selamanya" yang ditulis atas cake tadi tu bukanlah sekadar tulisan bisu tapi tulisan yang penuh erti. SAHABAT SELAMANYA. InsyaAllah. Next sem kalau dah tak belajar dalam kelas yang sama, jangan diam seribu bahasa pulak ye. Tegur-tegur tau :)

Kepada yang tak hadir atau akak terlepas pandang dari inform, akak mintak maaf banyak-banyak. InsyaAllah, nanti kita buat lagi. Bukan sengaja nak melupakan atau mengabaikan. Akak tak sempurna. Kadang-kadang sifat lupa ni melampau batas. Sorry ye. Tak pernah terniat nak pinggirkan korang. Seriusly :'(

Fi Hifzillah sayang. Jaga Diri, Jaga Hati, Jaga Iman.

P/S : Lupa nak say thanks pada SYUK sebab sudi mengjoinkan diri dalam jamuan kitorang yang tak seberapa tu. Sorry kalau terkurang apa-apa. Sorry. Asif jiddan. Maaf.


Cake Sahabat Selamanya. Terima kasih kepada pakcik yang sponser

Potong kuehnya, potong kuehnya, potong kuehnya sekarang juga :p



2ND time Makan. Cake pulak. Alhamdulillah :)
Banat yang join. Syukran Jazilan. Sayang Korang.

Thanks to my classmate (1A) :-

-Chepah
-Ima
-Najla
-Wani
-Wani Isa
-Fatin
-Kak Leni
-Aimi
-Sarah
-Ashykin
-Hannan
-Mawaddah
-Ain

*Paan
*Hizar
*Taufiq
*Adzdzin
*Muazzin
*Izmer
*Akmal
*Akmil
*Muqri
*Helmi
*Sayyid
*Tenang
*Shahir


Friday 13 September 2013

Tenang Dalam Garang

بسم الله الرحمن الرحيم

 السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menulis dan meluah serta mencoret rasa di kalam bisu ini. Hanya di sini tempat saya curhat. Medan dakwah serta medan saya untuk bermuhasabah. 

Mungkin tajuk entri saya kali ini agak berbeza. Tenang Dalam Garang. Apakah?

Jujur saya katakan, saya dah bosan dengan pandangan orang terhadap saya. Sampaikan saya dah tak kisah apa yang mereka mahu perkatakan. Biarlah Allah yang menghakimi saya. Perkataan yang saya akan dengar apabila orang judging saya adalah GARANG. 

Sometimes, saya tertanya pada diri salahkah kalau saya garang?

Sahabat, saya garang bukan sebab saya sememangnya suka untuk menjadi garang. Cuma, saya dalam proses unuk mendidik hati. Saya belum sepenuhnya mempercayai diri saya. Dan kerana itu, saya berusaha untuk lebih mengenali. Ketahuilah sahabat, proses penghijrahan ini bukan sesuatu yang mudah. Saya penat hidup berperibadikan jahiliyyah. Saya perlu lebih bermujahadah. Siapa yang suka dirinya menjadi bahan hinaan? ejekan? makian? Orang gila sekalipun tidak suka menjadi bahan bualan orang. Penat. Sangat penat.

Terkadang, menitis-nitis airmata ni menahan peritnya dugaan. Menahan sakitnya pandangan buruk orang terhadap saya. Namun, saya kuat kerana Allah mahu saya untuk terus kuat. Saya tahu saya tak berseorangan. Allah tahu kenapa saya begini. Ya, Allah tahu dan cukup tahu.

Segarang apa pun saya, saya masih benalurikan wanita. Mudah terasa dengan apa yang orang perkatakan kepada saya. Pernah saya di 'sound', enti tahu tak ramai banin tak suka cara enti dengan diaorang. Enti terlalu garang dan terlalu mengikut emosi'. Masa itu, Allah jer yang tahu bagaimana perasaan saya. Saya sedar, tak semua orang boleh memahami cara dan prinsip saya. Biarlah. Saya hanya mampu memekakkan telinga. Katalah apa pun. Saya tidak akan berubah hanya kerana satu kritikan.

Saya yakin, sampai saatnya, orang akan faham kenapa saya begini. Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan lelaki. Sehinggakan, tiada satu pun yang tersisa di hati saya melainkan kesan kelukaan yang entah bila akan sembuh sepenuhnya. Cukuplah saya dan Allah saja yang tahu. Mereka punya hak untuk meletakkan pandangan mereka terhadap saya. Saya tak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyukai saya. Dan saya tak pernah menghalang sesiapa pun untuk membenci saya. Silakan untuk berbuat demikian. Saya tenang dalam garang. Sekurang-kurangnya saya tahu saya masih mendapat penghormatan sebagai seorang muslimah. 

Muslimah itu perlu garang. Agar lelaki yang bukam mahram tidak mudah untuk menakluki dan mempermainkan hati. Ini juga salah satu method untuk menjaga diri dan peribadi. 

Duhai Ukhti,

Biarlah MANJA kita esklusif hanya untuk lelaki bergelar suami. Bukan untuk semua lelaki yang ajnabi.

CURHAT : AIMUNI MARJONO

Sunday 11 August 2013

Buatmu Sahabat

Ya Allah..

Sungguh hambaMU ini tidak mampu untuk terus berdiam. Saat cinta yang Kau hadirkan setelah sekian lama dipendam. Tanpa suara. Tanpa kata. Sungguh Tuhan, hambaMU ini tidak kuat untuk menanggung beban perasaan. Walau ada cinta lain yang menjengah namun, apabila dia kembali di depan mata, terungkai semula rasa yang pernah cuba untuk dipadamkan dulu.

Ya Allah..

Lewat istikharah, aku memohon Kau berikan petunjuk. Agar aku bisa membuat keputusan hati. Aku tidak mahu terburu-buru dalam mentaklik diri. Kadang aku terasa penat. Terasa rapuhnya aku apabila berdepan dengan soal hati. Namun, aku terus bangkit kerana aku yakin Kau akan memberikan jodoh yang terbaik buatku. Aku lemah Ya Rabb. Sangat lemah.

Ya Allah..

Dalam setiap sujud cintaku, aku tidak pernah meninggalkan nama dia dari meniti di bibirku. Nama dia sentiasa menjengah pintu hatiku. Bahagiakan dia Tuhan walau bukan bersama aku. Bahagiakan dia Tuhan meski aku bukan pilihannya. Sungguh, aku mencintai dia kerana agamaNya. Dia terlalu baik untuk aku terus bermimpi menjadi pendamping hidupnya. 

Ya Allah..

Dari kejauhan, ada doa yang aku titipkan buat dirinya. Dari kejauhan, ada rindu yang tercipta untuk dia. Dari kejauhan, ada rasa yang aku rahsiakan dari pengetahuan dia. Bukan tidak mahu untuk berterus terang tentang hakikat perasaan, tetapi aku takut jika ianya melemahkan persahabatan. Dia sahabat dan mungkin selamanya akan kekal sahabat.

Ya Allah..

Saat ini, hatiku bukan lagi untuk dia. Benar, dahulu dialah yang menjuarai carta hatiku selepas Allah dan Rasul namun, apabila aku terlalu akrab dengannya, aku yakin dan semakin yakin, Allah takdirkan aku dan dia hanya sebagai sahabat. Mungkin dia memerlukan aku seperti mana aku perlukan dia dalam hidupku. Hanya sahabat. Sampai bila-bila pun dia tetap sahabat.

Sahabat..

Hanya aku pohon sekalung doa buat aku dan dia agar dapat bersama bercinta di atas cintaNYA. Aku mohon titipan doa darimu agar aku tetap berdiri saat ada yang menguji sabar. Aku mohon jangan pernah tinggalkan nama aku dalam setiap tadahan tanganMU kepadaNYA. Aku mohon sahabat. Sungguh aku mohon.

Biar cinta itu terkubur kerana aku yakin kau pasti temui cinta yang telah DIA tetapkan buatmu sahabatku.

p/s : InsyaAllah, nanti aku kenalkan kau pada dia. Lelaki yang berjaya membuka kunci hati sahabatmu ini ^___^


SahabatMu : Aimuni Marjono

Friday 9 August 2013

Al-Fatihah rantaian Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته


Alhamdulillah, masih diberi keizinan oleh Allah untuk melakar cinta melalui kalam bisu ini. Dengan nikmat Iman dan Islam. Dengan nikmat kasih dan sayang. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.

Raya tahun ini merupakan raya kedua tanpa seorang wali bergelar AYAH. Tidak mampu untuk saya tipu diri apabila saya mengatakan raya ini menggembirakan. Mungkin pada insan lain ya, tetapi tidak pada diri ini. Saya terlalu rindu kehadirannya di hari-hari saya. 

Cemburu melihat sahabat-sahabat yang masih punya ayah. Beraya bersama. Masih berpeluang menyalami tangan seorang lelaki kuat. Masih berpeluang mencium pipinya. Masih berpeluang memeluknya. Allah. Rindu. Hanya Dia yang Maha Tahu. Saya tidak lagi berpeluang untuk melakukan sedemikian. Ayah saya sudah dipanggil Tuhan. Hanya Al-Fatihah yang saya mampu kirimkan. Hanya untaian doa buat pengubat kerinduan.

Ambillah peluang selagi ada waktu untuk menghargai seorang ayah. Setiap titis peluh yang mengalir dari tubuh seorang ayah adalah bukti kasih dan sayangnya dia kepada kita. Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah. Saya lihat sendiri bagaimana susahnya ayah sewaktu mahu menafkahi kami. Bersengkang mata, berpenat lelah. Sekali pun saya tidak pernah dengar keluhan dari mulutnya. Dia kuat. Sangat kuat. Dia tabah. Sangat tabah. Ayah saya bukanlah seorang yang berharta. Tetapi dia sentiasa cuba untuk memberi yang terbaik buat kami adik beradik. Juga buat isteri tercinta. Dia sentiasa ajar kami tentang Tuhan. Dia seorang yang sangat rajin mengkaji tentang Islam. Selepas itu, dia akan bercerita kepada kami. Dia akan terapkan mesej-mesej penting kepada kami.

Masih saya ingat, saya akan buat-buat tidur di ruang tamu semasa saya kecil semata-mata mahu didukung oleh si ayah. Sukanya apabila ayah mendukung saya ke bilik tidur. Hanya ayah satu-satunya insan yang memanggil saya dengan gelaran Dek 'A'. Ketika saya menginjak ke sekolah menengah, saya tidak izinkan ayah memanggil saya sebegitu. Namun kini saya amat merindui panggilan itu dari seorang ayah. 

Ayah tidak pernah menunjukkan kesakitan yang dia tanggung sehingga kami menyedari bahawa dia sedang menanggung kesakitan. Dia sebolehnya menyorokkan dari pengetahuan kami. Ketika dia tenat dulu, terasa tak berdaya untuk saya lihat keadaannya. Setiap hari saya mohon agar Allah memindahkan rasa sakit ayah itu kepada saya. Biar saya yang menanggungnya. Biar saya yang rasa sakitnya. Biar saya. Namun saya tak mampu untuk menidakkan Takdir apabila pada raya kelapan tahun 2011, ayah menghembuskan nafas terakhir dipangkuan kami sekeluarga. Ayah sangat kuat walaupun ketika dicabut nyawanya. Sedikitpun saya tak dengar erangan sakit ayah. Dia pergi dengan tenang dan dalam keadaan senyum. Alhamdulillah.

Jujurnya, susah untuk saya terima pemergian ayah. Namun kerana takdir, saya relakan sepenuh hati saya. Masih saya ingat kata-kata seorang sahabat saya, Khidir Hassan saat saya menangisi pemergian ayah saya. Dia kuatkan saya dengan kata-kata yang membuat saya berfikir : 'Ayah kau pergi jumpa Pencipta Dia. Dia dah rindu pada Allah tu. Sepatutnya kau tumpang gembira sebab dia pergi dengan senyuman.' Kata-kata itulah yang menjadi penguat saya apabila saja saya menangis kerana rindukan ayah.

Sesusuk tubuh ayah masih segar dalam ingatan saya. Sampai bila-bila. Pengorbanannya akan menjadi saksinya di sana. Walaupun ayah tidak sempat melihat saya berjaya sebagai seorang penulis novel, at least saya bersyukur kerana ayah sempat melihat saya berubah menjadi muslimah. Semangat ayah yang saya bawa ke mana pun saya pergi. 

Ayah..

Tak mungkin dapat orang hitung kasih sayang ayah kepada kami. Tak mungkin orang dapat balas semua jasa dan pengorbanan ayah yang terlalu banyak. Orang tak tahu apakah suami orang nanti hebat seperti ayah dalam mendidik anak-anak. Dalam menafkahi keluarga. Orang rindu ayah. Sangat rindu. Tapi orang hanya mampu luahkan dengan bait-bait tulisan, melalui doa dan melalui kenangan. Walau jasad ayah tak lagi bersama tapi ayah tetap hidup dalam jiwa. Ayah, bersemadilah dengan aman di sana. Orang yakin, ayah sedang bahagia. Orang titipkan al-fatihah buat ayah disepanjang masa dan usia. 

Ayah, kami ada khalifah kecil. Syabil Aiman nama dia. Wajah ayah menjadi sinar kepada wajah dia. Serupa. Bila tengok muka dia, pasti akan terbayang wajah bersih ayah. InsyaAllah, kami akan ingatkan dia tentang ayah. Hero kami dunia akhirat. 

Ya Allah, Kau cucurilah rahmat ke atas roh ayahku dan tempatkanlah dia di syurga yang selayaknya untuk seorang ayah yang mithali dan suami yang soleh. Aku merindui tiap alunan al-Quran dari bibirnya. Aku rindu untuk menjadi makmumnya dalam solat. Aku rindu bacaan al-ma'thurat darinya. Aku rindu untuk menyalami dan mengucupi tangannya. Semoga Kau himpunkan aku, keluargaku dan dia di jannahMu kelak.

Arwah Ayah (Marjono Tasmin) - AlFatihah

Dikejauhan Rindu : Aimuni Marjono

Thursday 8 August 2013

Takdir Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah SWT menulis dan berkongsi di laman sesawang ini. Syukur kerana dengan nikmat nafas yang berpanjangan sehingga selesai bulan Ramadhan untuk tahun 1434 Hijrah ini. Esok 8 Ogos 2013 bersamaan 1 Syawal 1434 Hijrah, ummat Islam akan meraikan hari kemenangan iaitu Eid Fitri. Semoga raya kali ini kita raikan dengan penuh keImanan dan ketaqwaan. InsyaAllah.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya hanya beraya di Gombak Selangor kerana ibu dan arwah ayah sememangnya berasal dari sini. Tidak pernah merasai nikmat pulang ke kampung. InsyaAllah, kalau dipanjangkan umur dan diberi keizinan oleh Allah, mana tahu Allah kurniakan kepada saya seorang pendamping yang sememangnya punya kampung halaman. Siapa tahu kan? Mohon doa.

Okaylah, stop topik raya. Kita berbalik kepada tajuk sebenar penulisan saya kali ini. Takdir Cinta. Kenapa Cinta ya? Okay, begini. Cinta itu fitrah dan anugerah. Setiap makhluk, Allah akan titipkan rasa untuk mencintai dan dicintai. Tetapi sejauh mana kita memahami maksud cinta itu terpulang pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanya Iman bukan? So, kita akan ketemu jawapan. Mudah dan simple. InsyaAllah.

MENCINTAI ITU PENAT...

Tidak saya nafikan, mencintai makhluk itu sangat penat. Tambah lagi jikalau kita mencintai dalam diam. Hanya kita dan Allah yang tahu. Saya sudah merasainya. Terkadang kita rasa mengalah. Rasa macam nak berhenti berharap. Tapi dari sudut lain kata, kita harus berjuang. Berjalan tanpa henti (pinjam tagline Devotees). Kadang-kadang tertanya pada diri sendiri, layakkah aku untuk dia. Plus yang wanita. Kita sememangnya dikurniakan Allah sifat malu. Apabila menyukai dan menyintai, sehabis baik kita cuba untuk menutupi perasaan itu. Biarlah dia tidak tahu. Biarlah. Sakit perit kita yang tanggung. Hanya tembak doa. Moga-moga Allah makbulkan doa kita.

Saya juga sebegitu. Saya bukanlah seorang yang suka tayang cinta saya. Sangat susah untuk saya jatuh cinta. Pada saya, biarlah saya mencintai lelaki yang selayaknya untuk bergelar SUAMI. Bukan sekadar boyfie yang tidak nampak hala tuju sesebuah hubungan. Tidak saya nafikan, mencintai ini terlalu penat. Saya sendiri kadang-kadang rasa give up. Lebih-lebih lagi bila kita tak sedar diri mencintai lelaki yang ilmunya tinggi. Lelaki soleh. Allah, terasa tidak layaknya kita untuk berdampingan dengan dia. Dalam anganan mungkin Realiti? Allahurabbi.

TAQDIM..

Pernah saya terfikir untuk taqdim dia. Tetapi memandangkan kami masih terikat dengan pelajaran, saya akur dengan kehendak takdir. Saya teringat satu hadith Rasulullah SAW berkenaan dengan wanita melamar lelaki untuk di jadikan suami.

Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan”. (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah)

Hadith ini bukanlah merujuk kepada Nabi Muhammad sahaja bahkan ianya menjadi contoh untuk kaum hawa seandainya ada lelaki yang dia redhai agamanya, maka sunat untuk kita memulakan lamaran. 

Bukankah Siti Khadijah dulu yang melamar Rasulullah? Tidak menjadi kesalahan untuk kita mencontohi cara Siti Khadijah. Mungkin lamaran itulah yang akan membawa kebahagiaan sehingga ke syurgawi. Siapa tahu?

Tapi kita tak sehebat Siti Khadijah..

Ya, saya akui, kita bukanlah sehebat Saidatina Khadijah. Terlalu jauh untuk menjadi seperti dia. Seorang isteri kesayangan Rasul tercinta. Tetapi tidak salah sekiranya kita mencontohi caranya. Meminang seorang lelaki bagi tujuan untuk mendirikan masjid. Tak salah kan?



HADIRNYA TANPA DISEDARI..

Betul. Cinta tu hadir tanpa kita sedar sebenarnya. Ada yang bermula dari pandang pertama. Ada yang dari rasa benci. Apa pun semua tu aturan Allah. Lain orang lain citarasa dia. Tetapi yakinlah, cinta dari Allah itulah cinta yang sebenarnya. 

Saya teringat lirik lagu Dhearthy - Permata Yang Dicari

'Hadirnya tanpa ku sedari,
Menggamit kasih cinta bersemi,
Hadir cinta insan padaku ini,
Anugerah kurniaan Ilahi.'

Nah. Betulkan? Tapi ingat, bagaimana pun cinta itu hadir, cinta Allah kita raih dulu. Takkan kita nak bercinta tapi mendapat murka kan? Kalau benar cinta, bawa dia ke Syurga.

Jangan bercinta atas tiket nafsu. Sebab tu dalam Islam, bercinta selepas nikah itu lebih indah. Lihat saja qudwah hasanah kita. Bukankah baginda merasai cinta Saidatina Khadijah selepas bernikah? Ali dan Fatimah juga. Ayuh, kejar pahala dalam cinta.

Allah dah rangka takdir kita. Kalau betul kita suka pada seseorang itu, tembak doa. Allah tidak akan menghampakan hambaNYA yang tak pernah berhenti berdoa. Yakin takdir dan janji Allah. InsyaAllah, bahagia akan kita peroleh jua.

Sisipan Rasa : Aimuni Marjono

Tuesday 6 August 2013

Cerpen - Qasidah Buat Kekasih

Rusydi bingung. Bukan dia tidak mahu untuk turut serta dalam Pertandingan Qasidah Peringkat Universiti tetapi ibubapanya tidak mengizinkan. Sebaik sahaja dia memberitu keduanya bahawa dia mahu dan melibatkan diri di dalam pertandingan tersebut, ibu dan ayahnya membantah keras. Rusydi faham. Ibu dan ayahnya tidak menggemari qasidah kerana bagi mereka itu hanyalah bidaah.

                “Ibu tidak suka Rusydi libatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Tidak ada manfaat semua tu. Qasidah pula dah sekarang ni. Lebih baik Rusydi tumpukan pada pelajaran.” Ibunya bertegas. Seperti tiada kompromi.

                “Tapi bu, Rusydi orang penting dalam kelab qasidah bu. Kali ni je bu. Please,” Rusydi terusan merayu. Semoga hati ibunya cair dengan rayuannya.

                “Ayah rasa, kamu tak perlulah nak melibatkan diri dalam qasidah tu. Ayah pernah tengok di TV. Teruk sangat. Sampai berjoget-joget. Macam sesat dah ayah tengok. Ayah tak mahu kamu jadi seperti itu.” Ayah Rusydi, Encik Ramlan pula bersuara. Menyokong kuat tentangan ibunya, Puan Zaima.

                “Tapi ibu, ayah, qasidah tu bukan bidaah. Bukan sesat. Qasidah tu puji pujian buat Allah dan rasul. Syair.” Rusydi cuba untuk menerangkan. Moga-moga ibu dan ayahnya faham.

                “Sudah. Keputusan kami muktamad. Pergi masuk bilik, tidur.” Encik Ramlan menggunakan kuasa vetonya. Rusydi melangkah longlai menuju ke kamar bujangnya. Susahnya mahu membuka hati orang untuk menerima qasidah.

                Dalam kebingungan, Rusydi meneruskan latihan qasidahnya secara perseorangan. Dia tahu, sahabat-sahabat qasidahnya pasti sedang ternanti-nanti jawapan daripadanya. Dia merupakan orang penting dalam kelab qasidah universiti. Sebelum ini, ibu dan ayahnya tiada masalah jika dia terus bergiat aktif dalam qasidah tetapi selepas mereka menonton qasidah secara live di TV, mereka terus menfatwakan yang qasidah itu bidaah. Allahu.

                Alunan qasidah Ya Badrotim bermain di bibirnya. Semakin kuat dan kuat. Dalam diam dia memprotes keputusan dan tindakan kedua orang tuanya. Tanpa sedar, matanya mula basah dengan titisan jernih. Dia sangat merindui suasana qasidah. Terlalu rindu.

*Sewaktu Di Asrama*

                “Ayah dan ibu ana tak izinkan ana untuk turut serta dalam pertandingan tu.” Rusydi berterus terang. Dia serba salah. Keputusannya sekaligus telah menghancurkan harapan sahabat-sahabatnya. Seorang demi seorang mata sahabatnya dipandang. Dia tahu mereka kecewa.

                “Tak mengapalah Di. Kami faham. Tak semua orang boleh terima qasidah. Mungkin ianya terlalu baru bagi mereka yang tidak pernah dengar tentang qasidah. Minat macam mana pun, kalau tidak mendapat restu ibu ayah pun, Allah tak redha Di. Cuma kami mohon, enta ada time pertandingan nanti. Beri semangat pada kami. Boleh?” Tutur Halim. Dia terharu dengan pengertian sahabat-sahabatnya.

                “InsyaAllah. Ana akan hadir. Syukran. Tapi kalau ana nak join untuk sesi latihan boleh? Ana dah rindu nak berqasidah ramai-ramai macam dulu.” Rusydi meminta izin. Sahabat-sahabatnya mengukir senyuman. Tangan Rusydi diraih.

Walau dalam hati mengharap Rusydi untuk turut serta dalam pertandingan tersebut, namun Halim sebagai sahabat yang paling akrab dengannya memahami keadaan Rusydi. Antara ibu bapa dan qasidah buat Kekasih tercinta. Dia cukup mengenali Rusydi. Malah keluarga Rusydi juga. Pertama kali dia membawa Rusydi bersama-sama dalam Majlis Ta’lim Darul Murtadza yang dipimpin oleh Habib Ali Zaenal Abidin, dia sudah menjangkakan penerimaan Rusydi. Kini, dia dan Rusydi masih berkongsi minat yang sama.

*Di Rumah*

                “Ayah, ibu, Rusydi tidak akan membantah keputusan ayah dan ibu untuk tidak mengizinkan Rusydi turut serta dalam pertandingan. Cuma Rusydi minta, ayah dan ibu sama-sama ikut Rusydi beri semangat kepada sahabat-sahabat Rusydi.” Tutur Rusydi. Dia berharap ibu dan ayahnya akan mempertimbangkan permintaannya.

                “Bila pertandingan tu?” Encik Ramlan bertanya.

                “Sabtu ni ayah. Di Universiti Rusydi. Kami jadi tuan rumah.” Ada bunga harapan.

                “Okey. Sabtu ni kita pergi sama-sama.” Rusydi senyum. Dia mengucapkan terima kasih kepada ayah dan ibunya. Terima kasih Allah.

Walaupun dia tidak dapat turut serta dalam pertandingan qasidah itu namun dia masih boleh bersama-sama dalam Majlis Qasidah Buat Kekasih itu. Betapa dia bersyukur atas nikmatNya.


Seperti yang dirancang, Pertandingan Qasidah Peringkat Universiti berlangsung pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Pada saat terakhir, Izzul, merupakan suara penting dalam Kumpulan Qasidah Saff tidak dapat hadir atas faktor kesihatan. Halim buntu. Perlukah dia memujuk Rusydi?

                “Di, Izzul tak sihat. Kita kekurangan suara. Tolong Di.” Halim merayu. Rusydi serba salah.

                “Ibu, ayah, Rusydi mohon untuk kali ini, izinkan Rusydi untuk bersama mereka di atas pentas ayah. Kali ini je.” Rusydi merayu. Encik Ramlan dan Puan Zaima saling berpandangan. Encik Ramlan menganggukkan kepalanya. Rusydi memeluk ayah dan ibunya persis anak kecil yang baru mendapat alatan mainan.

Rusydi terus ke bilik persalinan untuk menukar seragam qasidah. Bibirnya sentiasa mengukir senyum. Pertandingan bermula. Kini tiba kumpulan Qasidah Saff mengalunkan qasidah. Semua seperti terpana mendengar alunan qasidah dari Rusydi sebagai vokal utama. Encik Ramlan dan Puan Zaima turut terpegun. Tidak pernah mereka menyangka aura suara anak mereka begitu asyik. Allahuakhbar.

Pertandingan ditamatkan dengan alunan qasidah terakhir dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini, mereka hanya menunggu keputusan penobatan juara qasidah. Dalam debaran, Rusydi berharap mereka menjadi juara dalam pertandingan ini. Ketika MC menobatkan juara Pertandingan Qasidah Peringkat Universiti, Rusydi dan sahabat-sahabatnya jelas terkejut. Mereka berpelukan. Tidak sia-sia usaha mereka. Syukur.

Encik Ramlan dan Puan Zaima sedar. Mereka tidak boleh menghalang Rusydi dari minatnya. Anak mereka berbakat. Sepatutnya mereka memberi sokongan bukan halangan.


Rusydi melakukan sujud syukur. Terima Kasih Allah. Qasidah Buat Kekasih ini terlalu bererti padanya. Dia yakin ibu dan ayahnya akan mengizinkan dia untuk terus memartabatkan qasidah di mata dunia. Senyuman Rusydi semakin melebar.

Gambar hanya hiasan. Qasidah Kolej Islam As-Sofa yang dipimpin oleh Ustaz Najib.

Tinta Pena : Aimuni Marjono

Monday 5 August 2013

Cerpen - Terhijab Cinta Sebelum Masa

Fateh merenung di kejauhan. Sejadah di hadapannya masih setia terhampar. Ada airmata yang tidak jemu menemaninya. Sungguh saat ini dia lemah. Berkali-kali nama Allah membasahi bibirnya. Tiada lain yang dia harapkan selain sebuah pengampunan dan keredhaan. Dia sujud kembali. Untuk kesekian kalinya, ada esakan kecil yang kedengaran.

‘Ya Allah, sungguh ujian ini berat untukku. Engkau ampunkanlah aku. Redhakan aku dengan semua ketentuan dan ketetapanMU.’

Fateh bangun dari sujud. Duduk kembali. Terimbau kejadian yang menjadi asbab dia menjadi terlalu lemah. Dia tidak menyangka, tunangnya yang selama ini dirasakan setia, ditangkap kerana disyaki terlibat dengan kes khalwat. Luluh hatinya apabila dia menerima panggilan daripada pejabat JAIS petang tadi.

*Mengimbau Kejadian*

Selepas mendapat panggilan daripada Jabatan Agama Islam Selangor, Fateh bergegas keluar. Dalam hatinya pelbagai perasaan. Sedih, kecewa, marah silih berganti. Malu tidak usah diperkatakan. Malu kepada Khaliq lebih lagi. Fateh meraup mukanya. Sesekali dia menanggalkan kopiah putih yang tersarung kemas di ata kepalanya. Memang sebegitulah imejnya sebagai seorang ustaz.

Dari kejauhan, dia sudah Nampak sesusuk tubuh Nadia, gadis yang telah menghancurkan hatinya. Kelihatan juga mama dan papa Nadia. Fateh terus mendapatkan bakal keluarga mentuanya. Bakal? Dia tidak pasti samada harus atau tidak dia meneruskan hubungan pertunangan mereka. Sampai hati Nadia.

                “Uncle,” Fateh menghulurkan tangannya untuk bersalam. Papa Nadia memeluk tubuhnya kuat sehingga dia terasa kelemasan. Ada air jernih di kelopak redup mata tua itu. Mama Nadia juga. Fateh yakin, mereka juga kesal dengan perbuatan anak mereka yang telah menconteng arang ke muka keduanya. Fateh menghampiri Nadia. Nadia yang masih dengan jeans dan tshirt pendeknya hanya menunduk. Malu untuk mengangkat muka.

                “Nadia, cerita pada Fateh apa yang telah berlaku?” Tutur Fateh lembut. Walau dia kesal dengan berita yang akan menggoyahkan hubungan pertunangan mereka namun, Fateh masih ada Iman. Dia masih punya sabar.

                Hanya kedengaran tangis kecil Nadia. Dia sedar, dia telah melukakan hati lelaki di hadapannya ini. Yang sekian lama setia kepadanya. Nadia malu untuk bertentang mata.

                “Apa yang Fateh dengar tu tak betulkan?” Sekali lagi Fateh bertanya. Sabar menunggu reaksi Nadia.

                “Say something please. Nadia tak buat semua tu kan?” Fateh masih berusaha untuk tahu. Hatinya kini bagaikan digoncang hebat. Kenapa Nadia enggan menjawab. Apakah dalam kes ini pun, diam tanda setuju?

                “Maafkan Nadia Fateh. Maafkan Nadia.” Ucapan maaf itu saja sudah cukup untuk memberi jawapan kepada kerisauannya. Fateh meraup mukanya. Puas ditahan airmata agar tidak mengalir di hadapan wanita itu tetapi dia gagal. Hatinya rapuh saat ini. Hanya untuk beberapa bulan saja lagi mereka bakal disatuka. Beberapa bulan saja.
                “Tapi kenapa Nadia?” Fateh bersuara lemah. Terasa berat dadanya.

                “Nadia minta maaf.” Itu saja yang mampu Nadia ungkapkan. Hanya ungkapan maaf.

                “Nadia, bukan semua benda boleh selesai dengan ucapan maaf. Kemaafan still tak mampu ubah apa yang telah jadi. Sekadar boleh menyejukkan hati. Kenapa Nadia sanggup malukan mama dan papa Nadia? Kenapa Nadia? Fateh kesal dengan sikap Nadia. Sekalipun Nadia tidak pernah menganggap Fateh seperti tunangan Nadia, Nadia kena ingat, Nadia masih ada orang tua yang wajib dijaga aib mereka,” Fateh meluahkan kekesalan. Dia sedar selama ini, pertunangan mereka tidak memberi apa-apa erti buat seorang Nadia namun dia akui, dia sudah mula belajar untuk mencintai Nadia. Walaupun pertunangan mereka hanyalah sekadar untuk membalas budi keluarga Nadia tetapi dia akur dengan kehendak takdir.

                “Nadia tahu Nadia salah. Nadia sanggup kalau Fateh mahu leraikan pertunangan ini.” Nadia mengalah. Inilah yang pernah dia harapkan. Memutuskan hubungan pertunangan dengan seorang lelaki warak yang tidak pernah dia cintai. Selama ini sekalipun dia tidak pernah menghormati Fateh sebagai tunangannya. Malah dia terus-terusan menyakiti hati Fateh. Sekalipun lelaki itu tidak pernah kalah dengan semua helahnya.

                “Mudahnya. Hubungan pertunangan kita memang boleh putus Nadia. Tapi majlis kita hanya tinggal beberapa bulan saja. Persiapan hampir siap. Nadia sanggup memalukan orang tua Nadia dengan pernikahan tak jadi kita?” Fateh mahu menguji tahap kesanggupan Nadia. Malahan tahap pengornbanannya turut diuji.

                “Nadia sanggup.” Tegas Nadia. Fateh bungkam mendengar jawapan dari Nadia. Hatinya seperti dicarik-carik. Dia meninggalkan Nadia dengan sejuta rasa kecewa.

Fateh menuju ke sebuah masjid. Dia situlah dia mencari ketenangan. Usai maghrib dan isya’ secara berjemaah, Fateh masih tidak berganjak. Apakah ini adalah kaffarah dosanya kerana meninggalkan Ustazah Hannah kerana dia bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dengan Nadia atas alasan balas budi?

Masih terbayang di kotak minda ketenangan wajah Ustazah Hannah saat dia terpaksa membatalkan niat untuk menikahi gadis borneo itu. Bukan dia tidak sayang, Usazah Hannah punya semua kriteria isteri yang dia inginkan. Namun tiada siapa boleh menduga takdir Tuhan. Dia akur dengan pertunangan yang asasnya bukan dari kerelaan. Hanya sebuah paksaan hati atas nama budi.

Kini, hampir 2 tahun dia tidak mendengar khabar gadis borneo itu. Apakah kelukaan hatinya sudah sembuh dimakan waktu?

Fateh membetulkan silanya. Terasa lenguh kaki kerana terlalu lama duduk. Namun lenguh kaki itu tidak mampu untuk menandingi rasa sakit kerana ulah seorang tunang. Di atas hamparan sejadah itu, dia mengadu pada Yang Satu. Dia benar-benar buntu. Apakah seharusnya dia meneruskan pertunangan mereka atau melepaskan saja Nadia untuk bersama dengan lelaki yang dicintainya. Ada hati yang perlu dijaga. Allahu Allah.

*Majlis Pernikahan*

Fateh nekad. Selepas dari peristiwa yang merobek hatinya itu, demi maruah keluarga, dia rela meneruskan majlis pernikahan antara dia dengan Nadia.

Fateh tidak mampu melelapkan matanya sehinggalah kedengaran sayupan azan subuh. Hari ini, dia bakal disatukan dengan Nadia. Baik buruk Nadia selepas dari ijab dan qabul nanti adalah atas didikan dan bimbingannya. Dia mahu jadi imam yang baik buat Nadia. Walaupun dia tahu, Nadia masih belum mampu untuk menerima dirinya, dia akan berusaha untuk memberi kebahagiaan kepada bakal isterinya itu. Tuhan itu Maha Mengerti. Dia yakin janji Allah.

                Nadia lari.

Itulah antara SMS yang diterima Fateh ketika dia sedang bersiap-siap untuk ke majlis akad nikahnya. Sekali lagi Nadia membuat onar. Allah. Apakah tidak layak untuk aku merasa tenang dan bahagia? Fateh cuba untuk tenang. Dari awal lagi sudah dia jangkakan akan berlaku sebegini. Apakah salah dia kerana tidak meleraikan saja pertunangan mereka dulu?

Fateh beristighfar. Cuba untuk menahan rasa. Terasa sesak di dada. Nadia .. Nadia.. Fateh terus ke rumah Nadia tanpa pamitan.

Sesampainya di rumah Nadia..

                “Fateh, uncle minta maaf. Uncle sendiri tak sangka Nadia sanggup lakukan begini pada kami.”

                “Bukan salah uncle dan auntie. Salah Fateh. Kita batalkan saja majlis ni uncle.” Fateh membuat keputusan. Dia malu.

                “Tidak Fateh. Majlis tetap akan dilangsungkan.” Papa Nadia memutuskan.

Fateh bingung. Diteruskan? Allahuakhbar. Tanpa pengantin perempuan?

Seakan mengerti apa yang bermain di minda anak muda itu, Papa Nadia menyambung kata.

                “Ya, majlis tetap dilangsungkan. Uncle dan semua sudah sebulat suara untuk menyatukan Fateh dengan anak uncle tapi anak tiri auntie. Sebenarnya uncle pernah berkahwin sebelum uncle berkahwin dengan auntie dulu. Tetapi jodoh kami tak panjang. Allah telah menjemput Auntie Lina untuk bertemuNya.” Drama apakah ini? Fateh masih tidak mengerti. Dia cuba untuk mencerna setiap satu kata yang keluar dari mulut Papa Nadia tetapi dia gagal. Dia culas kali ini.

Dia akur untuk kali yang ketiganya. Dia letakkan semuanya kepada Allah. Apa pun, dia berharap gadis yang bakal dinikahinya ini adalah jodoh yang terbaik buatnya.

Nurul Hannah bt Ahmad?

Fateh kaget. Benarkah nama yang ditulis di dalam borang nikah ini adalah Hannah yang pernah dia cintai suatu masa dulu?

Dalam kegugupan melafazkan ijab dan Kabul, Fateh kini menjadi seorang suami buat seorang suri. Dia merapati isterinya. Dengan lafaz bismillah, niqab isterinya dibuka. Benar sangkaannya. Fateh menyarungkan cincin pada jari isterinya. Dia gembira. Inilah nikmat Allah setelah pelbagai ujian dihadiahkan kepadanya.


Kini Hannah adalah pendamping hidupnya. Fateh memanjatkan rasa syukur. Benarlah, cinta yang suci akan terhijab sebelum tiba masa yang dijanjikan DIA. Fateh dan Hannah bersatu dalam dakapan cintaNya.

Idea Cerita - Aimuni Marjono

Friday 5 July 2013

Ikhtilat, Harus Atau Haram?

بسم الله الرحمن الرحيم

   السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Memandangkan saya diminta oleh senior untuk memberi tazkirah subuh bertajuk IKHTILAT, hari ini, saya ingin mengetengahkan isu ikhtilat yang semakin dipandang sepi oleh remaja dan belia masa kini. Mungkin kerana kepesatan dan arus pemodenan menjadikan kita lupa bahawa pergaulan dan percampuran antara lelaki dan perempuan perlulah dititik beratkan. 

Saya bukanlah orangnya untuk bercakap mengenai ikhtilat. Terkadang, saya juga terlanggar batasan perasaan.  Lebih-lebih lagi soal hati. Terkadang soal hati ni kita tak jemput pun dia datang. Tapi pandai-pandailah kawal. Pandai-pandai jaga. Pandai-pandai..

Saya faham, masih ramai yang tidak menyedari peri pentingnya menjaga ikhtilat. Tetapi kita cuba fikir ke hadapan, apakah akan berlaku pada dunia khususnya dunia Islam andainya Ikhtilat tidak dijaga? Fikir dengan tenang dan matang.

TAARIF IKHTILAT..

Apa ikhtilat tu? Kenapa orang sibuk bercakap tentang ikhtilat? Meh nak habaq mai.

Ikhtilat adalah PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA AJNABI.

AJNABI!

AJNABI!

AJNABI!

Faham tak apa AJNABI tu?

AJNABI tu seseorang yang langsung tiada hubungan darah dengan kita. Dalam erti kata lain, yang jauh kekerabatannya. Yang kita boleh bernikah dengan dia. Itu ajnabi. Itulah yang kita kena jaga.

Bukan dengan semua orang kita boleh bermanja-manja. Bukan dengan semua orang kita bersayang-sayang. Bukan! Dengan keluarga dan adik-beradik dipersilakan. Tiada batasan. 

Okay, jom kita serius lagi. Sebab isu ini memang isu SERIUS. SANGAT SERIUS.

SEMPADAN IKHTILAT..

Apa yang saya perhatikan hari ini, tidak kira pelajar agama ataupun tidak, masing-masing tidak pandai menjaga ikhtilat. Bukanlah semua. Tapi majoriti. Manusia lelaki dan perempuan seolah-olah telah bolos dari pegangan agama. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan sangat jauh tertinggal di belakang. 

Sifat yang bagaimana saya maksudkan?

Sifat kita banyak cabang. Tapi dalam erti kata ikhtilat, sifat yang saya maksud dan tekankan adalah sifat MALU. Kenapa sifat malu? Sebabnya sifat malu itulah yang akan membentuk peribadi kita. Dengan sifat malu itulah akhlak kita dicorak. Dengan sifat malu itulah, kita akan berusaha untuk menjaga ikhtilat. 

Sikap yang bagaimana pula?

Sikap kita terhadap ajnabi. Terjagakah? Terkawalkah? Ataupun kita main langgar saja batasan pergaulan?
Sikap kita adalah cerminan peribadi kita. Sikap kita terhadap lelaki lebih-lebih lagi. Jangan kita fikir, lelaki suka dengan suara menggoda kita. Dok berabang-abang bagai. Tak perlulah nak berabang-abang. Saya sendiri geli dan jijik dengan panggilan yang konon-kononnya sweet sangat tu. Meluat pun ya juga.

Adab? Adab yang macam mana?

Adablah. Adab. Bila berhadapan dengan ajnabi. Adab bercakap. Adab bergaul. Adab bergurau. Adab ketawa. Adab memandang. Semualah. Kalau na cerita bab adab ni memang takkan habislah. Kalau nak dengar banyak lagi pasal adab, jom masuk KOLEJ ISLAM AS-SOFA. Adalah tausiyah mengenai adab. Memang penekanan adab sangat tinggi di As-Sofa.

Disiplin tu macam mana pula?

Disiplin pergaulan dalam Islam. Perlu dijaga dan dititik beratkan. Islam ini mudah tapi tolong faham. Dalam pergaulan tiada rukhsah (keringanan). TIADA! Kena faham konteks apa yang boleh dan tidak dalam Islam.

Dalam fenomena pergaulan yang semakin serius seperti sekarang, ianya seolah-olah menggugat keutuhan dan kesucian agama. Dan kerana itulah, ulama-ulama terdahulu secara tegasnya menghukumkan ikhtilah di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita Islam pula dididik untuk melakukan pekerjaan di rumah berbanding di luar. Oleh kerana itu, isu wanita bekerja dan berpolitik adalah ditegah pada waktu dahulu sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud 

"Dan tetaplah kamu di rumah-rumah kamu.."

IKHTILAT HARUS ATAU HARAM?

Tidak ada seorang pun yang akan bersetuju jika ditetapkan pergaulan lelaki dan perempuan sama dengan pergaulan lelaki dan lelaki dan perempuan dengan perempuan. Kerana pada asasnya pergaulan dengan kaun sejantina adalah HARUS. Adapun pergaulan lelaki dan perempuan adalah HARAM. Setelah kita mengetahui dengan jelas hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ianya adalah satu perkara yang WAJIB dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa.

KEHARUSAN BERIKHTILAT..

HARUS berikhtilat hanya dalam dua konteks iaitu BELAJAR dan BEKERJA.

Tetapi masih ada guidelines yang perlu kita follow. Bukan secara membabi buta.

1) Pertemuan dan kerjasama itu mestilah dalam keadaan serius.
2) Menahan dan menundukkan pandangaan.
3) Menghindari berjabat tangan.
4) Memakai pakaian yang menepati syara'.
5) Tidak bersesakan dan seeloknya ada jarak pemisah.
6) Hindari khulwah (berdua-duaan)
7) Tidak terlalu lama dan berulang.
8) Menghindari tempat yang mencurigakan.
9) Menjauhi perbuatan maksiat dan dosa.

"You're what you're saying.

You're what you're doing.

So, please behave & be yourself because sometimes they need to judge you from your appearance.."

Penuhilah semua syarat yang ditetapkan Allah ini. Ianya bukan untuk menyusahkan tetapi ianya tanda Allah sayang dan cinta. Bersangka baiklah terhadap Allah kerana Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA. Jaga batasan syariat. Jaga pergaulan dan jaga IKHTILAT.



INSAN HINA : AIMUNI MARJONO