First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Sunday 23 June 2013

Woman Is Not Braille

"A Woman Is Not Written In Braille, You Dont Have To Touch Her To Know Her.."

Ya, wanita bukanlah mesin braille. Yang selalu disentuh oleh tangan-tangan pelbagai jenis. Wanita itu terlalu mahal untuk di sentuh. Hanya eksklusif untuk YANG HALAL iaitu seorang lelaki bergelar SUAMI. Bukan untuk semua lelaki. Bukan untuk tangan-tangan murah lelaki ajnabi.

Tanya pada hati, apakah kamu sanggup sekiranya isteri kamu nanti sudah pun disentuh oleh jemari lelaki lain? Sanggup? Atau pun kamu sanggup jika melihat adik perempuan atau kakak kamu menjadi mangsa pencerobohan oleh tangan lelaki yang tidak bertanggungjawab? Jawapan ada pada kamu.

SEKADAR MAHU BERKENALAN..

Berkenalan? Dengan cara bersentuhan? Kamu yakin itu akan menjadi pemula kepada sebuah kebahagiaan?

Teruskan jika kamu rasa ianya tunas kebahagiaan! Tetapi jangan complain kalau Allah tarik semula rasa yang kononnya bahagia tu.

Islam dah gariskan panduan dan cara kalau mahu bertaaruf. Hendak atau tidak jer. Bukan susah pun. Pergi jumpa family si gadis. Lebih berkah. Lebih indah. Tak mahu sesuatu yang indah? Allah sukakan keindahan. Membatasi pergaulan juga adalah keindahan. Malah keindahan yang sukar untuk dirasai di usia dunia sudah semakin tua.

Bukan dengan cara menyentuh kalau mahu berkenalan.

Bukan dengan cara berpegangan tangan..

Bukan dengan cara meluah cinta murahan..

Jijik..

Hari ini sayang, esok lusa melayang..

Hari ini cinta, esok lusa derita..

Hari ini rindu, esok lusa? mati dulu..

Kenapa tak mahu letak semua pengharapan pada Allah? Ragu? Lambat? Sabarlah sikit. Allah bukan tak dengar. Cuma Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih tersusun indah. Allah nak bagi kamu rasa nikmat cinta selepas nikah.

Yakin pada Allah.

Tak mengapa kalau tidak bersentuhan tangan, tetapi yakin hati tetap tersentuh jika Allah izinkan.

Kadang-kadang sedih. Tengok anak remaja sekarang seperti tiada nilai sensitiviti terhadap agama. Berbangga berpelukan, berpegangan tangan. Malah ada yang tidak segan silu menghadiahkan kucupan cinta kononnya di hadapan khalayak. Apakah semakin rendah maruah dan harga diri kalian wahai anak muda?

WANITA JUGA TERLALU MURAH..

Tidak saya sangkal, wanita juga terlalu murah menyerah. Pantang kena ayat sikit, mulalah cair macam ais.
Tak mahu selidik dulu si lelaki. Sayang katanya. Terima apa adanya. Terima siapa pun dia. Terima dan terima walaupun sikap tak bertamadun si boyfriend tu.

Hello..

Jangan mudah memberi dan menerima. Jangan terlalu murah dalam memberi cinta sis. Kelak nanti merana, sendiri yang rasa. Usah nak berharap cinta boyfriend tu sampai ke mati. Selagi tak ada lafaz taklik, lafaz ijab dan qabul, jangan nak bermimpi. Mimpilah pergi bulan ke, bintang ke, waima ke angkasa raya sekalipun, ia tetap sekadar mimpi. Jaga maruah. Jaga harga diri. Martabat wanita tu tinggi. Allah dan Rasulullah sayang pada wanita. Jangan ambil mudah.

Tolonglah mahalkan cinta.

Mahalkan..

Mahalkan..

Mahalkan..

Baru lelaki rasa kita ni susah untuk didekati, disentuhi dan dimiliki. Bukan sewenangnya boleh dekat. Bukan dengan mudahnya boleh sentuh dan bukan dengan senang-senangnya boleh dimiliki. Kita akan lenbih dihormati dengan cara begitu. Trust me and put your trust to HIM.

"Lelaki yang baik itu hanya untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik.."

Koreksi diri.

Audit diri..

Biar suami kita menjadi insan pertama dan yang terakhir mendekati, menyentuhi dan memiliki. Itu lebih indah terarah. InsyaAllah :)


Written By : Aimuni Marjono

Thursday 20 June 2013

Di As-Sofa Tarbiyah Bermula

Assalamu'alaikum..

Hampir dua minggu saya bergelar mahasiswi As-Sofa. Bermakna dua minggu itu juga saya telah menjadi sebahagian keluarga As-Sofa. Tidak dapat digambar dengan perasaan bagaimana rasa keterujaan yang Allah kurniakan kepada saya. Indahnya nikmat mahabbah yang saya perolehi di sini. Terlalu banyak precious moment sejak dari mula saya menjejakkan kaki di bumi bertuah ini. 

Siapa kata. bumi serambi mekah itu hanya ada di Kelantan? Siapa kata Universiti Al-Azhar itu hanya terdapat di Mesir?

Dulu, saya pernah berfikir sedemikian. Tetapi. sejak saya melangkah masuk ke gerbang As-Sofa, satu persatu sejarah, misi dan visi As-Sofa saya ketahui. Rasanya tidak terlalu melampau jika saya mengatakan, As-Sofa juga layak digelar Bumi Serambi Mekah. Ini kerana, kami terdidik dengan adab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Terdidik dengan mujahadah dan mehnah. Sedikit demi sedikit peradaban tersebut diterap dan diserap ke dalam diri dan hati kami.

Di As-Sofa. kami juga belajar apa yang dipelajari oleh pelajar-pelajar Al-Azhar, Mesir. Sanad. tarikat dan sebagainya. Saya yakin. IPTA mahupun IPTS lain di Malaysia ini tidak menekankan peri pentingnya hubungan bersama ulama' terutama ulama' dunia. Sedangkan, perhubungan inilah yang sebenarnya lebih mendekatkan diri kita kepada Rasulullah.

Percaya atau tidak, As-Sofa adalah satu-satunya kolej yang kerap memperdengarkan alunan qasidah. Berbeza dengan IPTA/IPTS lain, lagu-lagu lagha menjadi pilihan. Alhamdulillah, saya dipilih Allah untuk bersama-sama ahli ilmu menuju satu matlamat dan cita-cita demi ukhrawi.

Pernah terlintas di fikiran saya sewaktu saya sedang membuat pemilihan sama ada mahu ke As-Sofa ataupun KIAS. Istikharah cinta menjadi pilihan. Allah telah membantu saya membuat keputusan walaupun hati saya lebih terarah kepada KIAS. Pelbagai persoalan bermain di benak saya. 

"Betulkah keputusan yang saya buat?"

"Baguskah kolej As-Sofa ni."

"Betulkah pembawakan mereka?"

Terlalu banyak. Mungkin juga ianya hanya mainan syaitan untuk membuat hati saya berbelah bagi. Namun, saya ikut aliran takdir apabila dalam istikharah, Allah menunjukkan saya seharusnya berada di As-Sofa. Apa yang jadi selepas saya membuat keputusan itu, tawakkaltu 'alallah saja. Allah tahu mana yang terbaik untuk hambaNya. 

Tetapi, selepas saya masuk ke As-Sofa, bermulanya sebuah episod cinta saya. Walaupun tidak saya nafikan, sepanjang Minggu Haluan Siswa saya berasa teramat penat dan letih, bahkan terkadang timbul rungutan dengan layanan super kids yang kami terima, lama kelamaan, saya sudah terbiasa. Ini adalah cara terbaik untuk bermujahadah dalam menuntut ilmu Allah. Makanya, timbul rasa redha. 

Dan saat yang paling membahagiakan saya, bahkan saya tidak pernah termimpi dan terimpi untuk bertemu dengan ulama'-ulama' dunia. Bukan bertemu sekadar dalam kaca video tetapi bertemu di depan mata. subhanallah. Inilah kemanisan apabila berada di bumi As-Sofa. Tidak semua pelajar dan manusia yang Allah beri peluang seperti ini. Bertemu PEWARIS NABI.

Kini saya sedar, apa yang dibawa oleh As-Sofa merupakan satu tarbiyyah untuk menjadikan kami seorang ulama'. Kami bukan datang dari background yang sama. Bahkan berbeza-beza. Tetapi di sinilah mahabbah kami terjalin. Di sinilah ukhuwwah kami terpatri atas ikatan aqidah. Di sinilah!

Ya Allah, terima kasih kerana KAU telah mempertemukan aku dengan pusat tarbiyyah ilmu yang dikelilingi beratus jiwa ummat yang turut berpadu dan bersatu untuk menggapai redhaMU.


Bumi As-Sofa..

Seindah nama,
Pusat tarbiyyah jiwa,
Mendekatkan kepada Allah dan rasulNya,
Kolej Islam As-sofa,
Di sini bermula sebuah rentetan cinta.

Di tanah itu kami berpijak,
Mencari sisipan ilmu Tuhan,
Bergurukan seorang ulama',
Para murabbi pilihan Tuhan,
Menyebarkan dakwah,
Demi melahirkan kecintaan ummah,
Kepada Allah dan Rasulullah.

Di sini..
Kami dididik dengan adab,
Kami dididik dengan akhlak,
Kami dididik dengan khidmat,
Agar kami mampu menjadi muslim terhebat.

Ukhuwwah kami,
Cukup indah,
Hati kami terpaut dengan mahabbah,
Kasih kami tertaut atas mardhatillah,
Cinta kami kerana cintaNya,
Lalu kami duduk membentuk halaqah,
Agar kami tetap bersama di Jannah.

Alunan qasidah, bacaan kitab menjadi makanan ruhaniah,
Tausiyyah menjadi santapan jiwa ummah,
Syukur, kami insan pilihan Allah,
Untuk bersama mengorak langkah,
Menjadi seorang mukmin mukminah.




Pelajar KIS : Aimuni Marjono