First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Sunday 23 June 2013

Woman Is Not Braille

"A Woman Is Not Written In Braille, You Dont Have To Touch Her To Know Her.."

Ya, wanita bukanlah mesin braille. Yang selalu disentuh oleh tangan-tangan pelbagai jenis. Wanita itu terlalu mahal untuk di sentuh. Hanya eksklusif untuk YANG HALAL iaitu seorang lelaki bergelar SUAMI. Bukan untuk semua lelaki. Bukan untuk tangan-tangan murah lelaki ajnabi.

Tanya pada hati, apakah kamu sanggup sekiranya isteri kamu nanti sudah pun disentuh oleh jemari lelaki lain? Sanggup? Atau pun kamu sanggup jika melihat adik perempuan atau kakak kamu menjadi mangsa pencerobohan oleh tangan lelaki yang tidak bertanggungjawab? Jawapan ada pada kamu.

SEKADAR MAHU BERKENALAN..

Berkenalan? Dengan cara bersentuhan? Kamu yakin itu akan menjadi pemula kepada sebuah kebahagiaan?

Teruskan jika kamu rasa ianya tunas kebahagiaan! Tetapi jangan complain kalau Allah tarik semula rasa yang kononnya bahagia tu.

Islam dah gariskan panduan dan cara kalau mahu bertaaruf. Hendak atau tidak jer. Bukan susah pun. Pergi jumpa family si gadis. Lebih berkah. Lebih indah. Tak mahu sesuatu yang indah? Allah sukakan keindahan. Membatasi pergaulan juga adalah keindahan. Malah keindahan yang sukar untuk dirasai di usia dunia sudah semakin tua.

Bukan dengan cara menyentuh kalau mahu berkenalan.

Bukan dengan cara berpegangan tangan..

Bukan dengan cara meluah cinta murahan..

Jijik..

Hari ini sayang, esok lusa melayang..

Hari ini cinta, esok lusa derita..

Hari ini rindu, esok lusa? mati dulu..

Kenapa tak mahu letak semua pengharapan pada Allah? Ragu? Lambat? Sabarlah sikit. Allah bukan tak dengar. Cuma Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih tersusun indah. Allah nak bagi kamu rasa nikmat cinta selepas nikah.

Yakin pada Allah.

Tak mengapa kalau tidak bersentuhan tangan, tetapi yakin hati tetap tersentuh jika Allah izinkan.

Kadang-kadang sedih. Tengok anak remaja sekarang seperti tiada nilai sensitiviti terhadap agama. Berbangga berpelukan, berpegangan tangan. Malah ada yang tidak segan silu menghadiahkan kucupan cinta kononnya di hadapan khalayak. Apakah semakin rendah maruah dan harga diri kalian wahai anak muda?

WANITA JUGA TERLALU MURAH..

Tidak saya sangkal, wanita juga terlalu murah menyerah. Pantang kena ayat sikit, mulalah cair macam ais.
Tak mahu selidik dulu si lelaki. Sayang katanya. Terima apa adanya. Terima siapa pun dia. Terima dan terima walaupun sikap tak bertamadun si boyfriend tu.

Hello..

Jangan mudah memberi dan menerima. Jangan terlalu murah dalam memberi cinta sis. Kelak nanti merana, sendiri yang rasa. Usah nak berharap cinta boyfriend tu sampai ke mati. Selagi tak ada lafaz taklik, lafaz ijab dan qabul, jangan nak bermimpi. Mimpilah pergi bulan ke, bintang ke, waima ke angkasa raya sekalipun, ia tetap sekadar mimpi. Jaga maruah. Jaga harga diri. Martabat wanita tu tinggi. Allah dan Rasulullah sayang pada wanita. Jangan ambil mudah.

Tolonglah mahalkan cinta.

Mahalkan..

Mahalkan..

Mahalkan..

Baru lelaki rasa kita ni susah untuk didekati, disentuhi dan dimiliki. Bukan sewenangnya boleh dekat. Bukan dengan mudahnya boleh sentuh dan bukan dengan senang-senangnya boleh dimiliki. Kita akan lenbih dihormati dengan cara begitu. Trust me and put your trust to HIM.

"Lelaki yang baik itu hanya untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik itu hanya untuk lelaki yang baik.."

Koreksi diri.

Audit diri..

Biar suami kita menjadi insan pertama dan yang terakhir mendekati, menyentuhi dan memiliki. Itu lebih indah terarah. InsyaAllah :)


Written By : Aimuni Marjono

No comments:

Post a Comment