First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Wednesday 26 September 2012

Penasyid Itu Suami Aku (Novel Bersiri-Bab 1-Tajuk Pertama-TERLEWAT)


BAB 1



Terlewat



Huda, cepat bangun. Kita dah lambat ni. Itulah semalam Sara suruh tidur awal, tak mahu.”



Suara itu membantutkan lenaku. Aku terkedip-kedip memandang gadis itu.Hish, kacau jelah. Baru nak mimpi. Kalau tak kerjakan best. Aku mengeliat. Nikmatnya. Aku bangun dan duduk bersila di katil.



Cepatlah Huda. Awak cuba tengok jam tu dah pukul berapa?” Gelisah Sara melihat sikapku. Aku mengambil Blackberry Curve di sisi katil. Ya Allah, dah pukul 8.30 pagi? Kelam kabut aku bangun. Sara yang sudah siap hanya menjeling tingkahku. Sudah masak dengan sikapku yang sememangnya juara punch card merah. Kesian Sara. Tak pasal-pasal dia sekali terjebak.



Dalam masa sepuluh minit, aku keluar dari bilik air. Dah lambat.Tak boleh mandi lama-lama. Aku bersiap-siap sekadarnya. Mencapai blouse yang sudah aku iron dan mencapai shawl tone yang sama. Mengenakan make up nipis dan dah siap! Aku keluar melangkah ke ruang tamu. Sara setia menanti. Melihatkan aku, dia menggeleng kepala.Nasib kaulah Sara.Dapat kawan macam aku. Hehe.



Malam ni mainlah game lagi. Awak ni kan. Macam budak lelaki. Suka sangat main game.Lepas tu bangun lambat nak pergi kerja. Kejap lagi membebel lagilah Encik Nasir tu. Awak bukan tak tahu bos kesayangan waktu.” Sara Nur sudah membebel. Aku hanya berdiam kerana sememangnya itu kesalahanku.



Lupa nak cerita tentang sahabat sejati hidup mati aku ni. Chewah. Ok, nama dia Sara Nur bt Syamsul Arif. Aku kenal dia masa belajar di Universiti Malaya lagi. Dia ni memang solehah. Perwatakan dia yang lembut dan penyabar menjadikan kami rapat. Dia sangat faham tentang aku. Sara Nur memang wanita yang menjaga auratnya. Tudung labuh, berstoking lengan dan berstoking kaki. Memang cukup lengkaplah kalau nak dijadikan calon isteri. Tapi dia ni bukan layan pun cintan cintun ni. Dosa katanya. Aku pun ia kan je sebab aku pun tak berminat bermain cinta. Bukan takut kecewa tapi buang masa.



Apa yang aku tahu, si Sara Nur ni minat sangat pada kumpulan nasyid. Salah satunya Kumpulan FikrahIman. Setiap hari dia asyik repeat je lagu-lagu kumpulan tu. Paling dia suka, si Hadi Hakim. Aku tak tahulah pulak siapa. Almaklumlah, aku tak berapa minat nasyid. Sara Nur pernahlah tunjuk aku gambar Hadi Hakim tu tapi aku tengok tak tengok je. Muka dia bolehlah. Muka orang ‘suci’ habis. Tapi kalau untuk aku, not my taste la. Aku tak berapa minat dengan lelaki yang sopan santun gitu.



Kereta yang dipandu Sara sampai di bangunan pejabat tempat kami bekerja yang terletak di Prima Sri Gombak. Hanya sepuluh minit perjalanan dari rumah yang terletak di fasa 3 Sri Gombak.



Sara takutlah. Kita dah terlewat lima minit tau. Nanti mesti Encik Nasir bising,” Sara Nur resah.Itu pun nak takut. Encik Nasir pun manusia jugak. Alahai Sara.



Relakslah Sara. Lima minit je pun. Bukan lima jam pun. Ala, bos tu bising camtu je. Bukan dia telan kita pun,” Wah mudahnya aku berkata-kata padahal dalam hati cuak gila!



Huda cakap senanglah. Malam ni Huda jangan main game lagi. Natijahnya inilah. Lambat sampai office,” Sara Nur membebel. Kesiannya. Tapi apakan daya, aku sememangnya begini. Aku hanya mengangkat bahu. Mana boleh tak main game. Tak adillah. Aku dan Sara Nur melangkah perlahan-perlahan menaiki tangga. Fuhh… nasib bos tak sampai lagi. Aku pun terlupa yang bos ada meeting dengan client pagi ni. Lepas lunch baru masuk office.



Nasib baik bos tak masuk lagi,” Aku berbisik perlahan pada Sara Nur. Sara Nur menepuk lembut lenganku. Lembut-lembut pun bertukar warna ke warna merah jugaklah. Beralas baju tu. Kalau tak ada, alas mahu lebam. Boleh tahan jugak penangan si Sara ni.



Tidak sampai sepuluh minit aku duduk di work stationku yang dipenuhi dengan perlatan berwarna pink, intercom berbunyi. 210. Ehhh, bukan ni intercom bilik Encik Nasir ke? Alamak… ni mesti Haiza si receptionist bohong kitaorang. Siap kau Haiza! Lambat-lambat aku mengangkat punggung. Ala, nak cakap apa ni? Bangun lambat? Sebab apa? Main game? Hadoiii. Habislah berdarah telinga dengar tazkirah Encik Nasir tu. Aku memandang Sara Nur. Dia senyum. Grrrr. Calm Huda. Calm…. Encik Nasir je pun.



Dengan rasa penuh kredibiliti sebagai pekerja, ahakss, aku mengetuk pintu bilik Encik Nasir. Dalam hati berdebar bagai nak pecah. Bulan ni je dah lima kali punch card aku merah. Dulu ustaz aku pernah cakap, kalau takut orang marah, selawat banyak-banyak. InsyaAllah, lembut hati dia nanti. Aku cuba mempraktikkan. Aku berselawat dan membaca ayatul qursi. Harap-harap lembut hati Encik Nasir.



Aku memulas tombol pintu, aku masuk dan berdiri di hadapan Encik Nasir. Mulut aku masih terkumat-kamit berselawat.



“Baca mantera ke?” Perli Encik Nasir. Alamak, malunya. Mantera jadahnya bos oii, selawatlah. Hanya mampu aku ktakan dalam hati. Depan-depan? Cari penyakit namanya.



“Awak baca mantera apa?” Hish tak habis-habis dengan mantera dia. Percaya bomoh ke apa Encik Nasir ni.



“Taklah bos. Baca selawat. Bukan ke pahala berganda kalau setiap saat baca selawat?” Bantai jelah. Ecehhh, kononlah aku ni. Padahal nak elak dari kena marah.



“Alhamdulillah. Bagus staff saya ni. Tapi kenapa awak masuk office lambat lately ni? Ada anak ke nak kena jaga di rumah? Atau anak kucing awak meragam tengah-tengah malam?” Sadis betul perlian bos aku ni. Sudah. Apa aku nak jawab ni?



Maaf bos. Next time, saya tak datang lewat lagi.” Aku memasak janji. Dah berjanji ni kena tunaikan. Kalau tak, digelar ‘munafiq’ pulak nanti.



Awak ni kan Huda, kalau ikut record attendant awak memang merah memanjang. Nasib baik, awak pekerja cemerlang. Kalau tak, memang saya dah buang awak. Cubalah disiplin sikit. Datang office awal. Bukan susah pun. Saya tau Sara tu pun lambat sebab tunggu awak kan?” Mula dah. Bengkaklah telinga aku ni kejap lagi. Aku hanya tunduk. Memang salah aku.



Maaf bos. Terima Kasih. Saya keluar dulu ye.” Belum sempat Encik Nasir menjawab, aku cepat-cepat meninggalkan biliknya. Kesian bos. Maaf bos.



Aku melangkah menuju ke work stationku. Benarkah aku tidak berdisiplin? Iya. Benar. Ya Allah, bagaimana nak ubah sifat burukku ini? Intercom berbunyi lagi. Kali ini 206. Sara! Pantas aku mengangkat gagang.



Huda kena marah?” Lembut pertanyaan Sara Nur. Terpujuk hati.



Tak kena marah tapi kena lecturer. Bos kata saya tak ada disiplin,” Aku berterus terang.



Sabar je lah. Bos kan memang macam tu. Tapi memang salah kita kan?” Sara Nur masih berbicara. Hatiku sedikit terpujuk. Benar, salah aku.



Macam manalah Huda nak buang tabiat bangun lambat?” Tanpa sedar, aku mengeluh.



Huda, semua tu atas diri kita. Kalau kita mahu, pasti Allah bantu. Yang penting nawaitu. Bukan tak boleh main game, boleh. Tapi kurangkan. Janganlah layan game sampai pukul 2, 3 pagi. Kalau weekend Huda nak main sampai subuh pun, tak ada masalah. Tapi kalau hari bekerja, tak perlulah. Akibatnya, bangun lambat dan lambat ke office. Kita ni ada tanggungjawab yang lebih penting bila pagi menjelma. Rezeki Allah ni tak boleh buat endah tak endah.” Sara Nur setia menasihati. Kadang-kadang aku rasa beruntung menjadi teman dia. Walaupun kami berbeza karakter tapi kami cukup memahami antara satu sama lain. Dia dengan kelembutan dan aku dengan ke‘brutal’an. Tapi ini yang membuat kami serasi.



Ok Sara. Terima kasih sebab selalu nasihat Huda. InsyaAllah, Huda akan cuba. Nanti di rumah bagi tips ye,” Dari jauh, aku nampak Sara Nur mengangguk dan tersenyum. Untunglah ada sahabat seperti Sara Nur.


No comments:

Post a Comment