First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Wednesday 26 September 2012

Penasyid Itu Suami Aku (Novel Bersiri-Bab 1-Tajuk Kedua-KEMENANGAN BUKAN PRIORITY)


Kemenangan bukan priority



“Hadi, enta dah siapkan lirik lagu untuk pertandingan cipta lirik di PWTC nanti?” Amjad bertanya. Hadi Hakim, seorang penasyid dan seorang penulis lirik lagu nasyid islam yang berbakat. Hampir kesemuanya lagu dalam album pertama dan kedua mereka, dicipta oleh Hadi Hakim sendiri.



“Alhamdulillah. Sudah. Ana dah compose semua sekali. Tinggal practice je,”



“Alhamdulillah. Syukur ya Allah. Apa tajuknya?” Amjad excited. Dia yakin dengan kebolehan sahabatnya itu. Sememangnya, itu anugerah yang Allah kurniakan kepada dia.



“Tajuknya Duhai Pemberi Cinta dan Agung CintaMu. Bila kita nak mula latihan?” Hadi Hakim pula bertanya. Dia sudah bersedia untuk memulakan sesi latihan. Lagipun, mereka hanya ada dua bulan saja lagi untuk berlatih sebelum bermulanya pertandingan.



“Molek dah tajuk dia. Syuaib dan Azriq mana?” Sejak dari tadi dia tak nampak kelibat kedua-dua sahabatnya itu di studio milik Hadi Hakim. FikrahAkhi Studio.



“Entah. Tak ada pulak diaorang datang sini. Eh, bukan ke diaorang ada kursus hari ni?” Hadi Hakim teringat tiba-tiba.



Kursus? Kursus kahwin ke? Biar betul.” Amjad sempat berseloroh.



Kursus bekam anjuran HPA. Habis pukul 5 PM kalau tak silap ana. Semalam Azriq ada BBM ana,” Hadi Hakim menekan-nekan piano yang sememangnya dia sediakan di studio miliknya. Segala peralatan muzik, serba lengkap. Muzik sememangnya minat dia sejak dulu. Tetapi kerana kedua orang tuanya mahu melihat masa depannya cerah, dia mengambil engineering sewaktu belajar di UKM dulu. Alhamdulillah, dia berjaya dengan cemerlang menamatkan pengajian. Kini, tumpuannya sepenuhnya pada muzik nasyid.



Loh, nak jadi tukang bekam pulak ke?” Amjad hairan. Pelik-pelik je Syuaib dan Azriq ni.



Haha. Iyalah tu. Enta cuti ke ni?” Hadi Hakim mengaju pertanyaan.



Yup. Semalam ana on call. Ana cuti 3 hari ni. Bolehlah kita practice. Ana risau jugak dengan pertandingan nanti. Ramai kot kita nak bertanding nanti. Dengan bermacam-macam kumpulan nasyid di Malaysia ni. Inteam, Unic, FarEast, Devotees, Feelhoney, Dhearthy. Semua tu orang lama. Berpengalaman. Kita ni terlalu hijau lagi nak bertanding dengan mereka.” Amjad meluahkan kerisauan. Benar, kumpulan mereka masih baru bertapak di persada nasyid negara dan ini merupakan pertandingan ketiga buat mereka tetapi merupakan pertandingan pertama yang mengharuskan mereka bertanding dengan kumpulan nasyid yang sudah mencipta nama.



Kalah menang tu adat pertandingan. Biasalah tu. Yang penting priority kita bukan untuk menang tapi untuk menghiburkan. Itu lebih baik. Dari kita asyik terfikir nak menang, nanti bila kalah, kita frust menonggeng. Sebab tu ana letak keutamaan kita dalam pertandingan ni untuk menghiburkan dan menyampaikan intipati dalam lirik nasyid yang akan kita sampaikan,” Tenang Hadi Hakim berbicara. Siapa yang tidak mahu pada kemenangan? Mereka juga mahukan kemenangan tetapi andai kemenangan dijadikan keutamaan, apabila melalui detik kegagalan dan kekalahan, pasti mereka rasa kecundang. Sebaiknya jangan jadikan kemenangan sebagai keutamaan. Tidaklah mereka rasa kecewa.



Memang priority kita bukan pada kemenangan tapi at least kita buat yang terbaik. Ana pun tak mengharap menang sebab saingan kita pun memang hebat-hebat belaka. InsyaAllah, kita buat yang terbaik.” Amjad menyuntik semangat.



Betul tu Jad. Kita cuba yang terbaik. Lagipun saingan kita pun confirm tulis lirik sendiri. Sekarang ni kebanyakan artis nasyid semua tulis lirik sendiri. Macam Hafiz Hamidun. Lagu beliau memang meletup-letup di IKIM.FM. Lagu ciptaan sendiri. Inteam pun ana percaya memang hasil ciptaan mereka sendiri. Halim Devotees pun sekarang ni dah berjinak-jinak menulis lirik lagu. Lagu dia yang meletup tu, Dalam Sujud Cintaku. Memang the best lah.” Benar, zaman sekarang ni, artis nasyid dah semakin kreatif. Cipta lagu sendiri dan alunan muzik pun disusun oleh mereka sendiri.



Ana setuju. Nasyid sekarang ni dah tak macam dulu. Orang dah boleh bukak mata. Iyalah, rentak nasyid sekarang pun berbagai genre. Pop, balada, Jazz, akustik. Macam-macam ada,” Amjad menyokong. Sempat dia bergurau menggayakan tone suara arwah Pak Abbas dalam iklan astro.



Haha. Macam-macam enta ni. Ana pun tak sabar dah nak practice lagu ni. Harap antum sukalah,” Hadi Hakim berharap. Semua hasil karya liriknya ini nanti boleh diterima oleh semua golongan.



Kitaorang kalau enta yang cipta lirik lagu, tak ada bantahan. Semua tentang ketuhanan ke?” Amjad kembali menyoal. Hadi Hakim mengangguk.



Yup. Masih berkonsepkan ketuhanan. Dah selalu sangat cinta-cinta ni. So, kali ni cinta jugak tapi cinta Allah. Bukanlah tak ada lagu kita berkonsepkan ketuhanan sebelum ni tapi kali ni ana buat genre jazz. Lepas tu ada rapp sikit.” Hadi Hakim menerangkan. Amjad mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami.



Really? Wahh, bestnya. Mesti Syuaib suka. Dia kan memang rapp je memanjang. Kalau lagu yang tak ada rapp pun dia rappkan.”



Itu yang ana buat tu. Nak bagi dia tunjuk bakat rapping dia tu. Dia tak tahu lagi ni. Kang bila tahu confirm melompat.” Hadi Hakim memahami minat semua anggota FikrahIman. Mereka sudah boleh membaca minat masing-masing.



Tau tak apa. Beria sikit pakcik tu. Haha.” Tawa mereka meletus. Walaupun mereka artis nasyid dan membawa imej seorang penasyid tetapi mereka tetap berstyle. Tidak terlalu skema dalam meniti kehidupan harian. Sepertimana mereka sewaktu bersama keluarga, bersama teman-teman, begitu jugalah mereka bersama fans. Tiada perkataan ‘cover’ dalam kamus hidup mereka. Mereka tidak hipokrit dalam meniti arus kehidupan sebagai public figure. Walaupun setelah bergelar artis, mereka tetap mereka seperti sebelum bergelar artis. Itulah yang menyebabkan fans mereka meminati dan setia menyokong perkembangan karya nasyid mereka.



Enta tak busy ke kalau kita nak practice nanti? Tak ada on call?”



Ana boleh je practice tapi start pukul 8 PM ok? Ana on call Selasa dan Jumaat je. Hari lain ana balik office hour melainkan ada emergency case.” Amjad merupakan seorang Doktor pesakit luar di klinik perkongsian milik dia dan seorang lagi kawan baiknya. Dr. Firdaus.

Kalau macam tu, kita start practice lepas isya’ ok? Tak adalah enta rushing sangat nak ke sini. Lagipun Azriq dan Syuaib pun balik kerja pukul 5 PM. Sempatlah untuk antum buat preparation. Rest dulu ke.” Hadi Hakim memberi cadangan.



Boleh jugak. Tak adalah penat sangat kalau macam tu,” Amjad bersetuju.



Set. Iyalah, nasyid-nasyid jugak. Kerjaya enta pun kena dahulukan. Lebih-lebih lagi, enta tu hak masyarakat dalam bernasyid dan dalam kerjaya enta. Kerjaya enta tu bekalan masa depan. Kita nasyid ni tak selamanya di atas. Lumrah artis. Nanti dah berusia sikit, dengan peredaran zaman yang lebih canggih, kita-kita ni tak laku dah. Entah-entah zaman anak cucu kita nanti, tak kenal pun siapa FikrahIman. Sebab tu ana bukak studio ni. At least bila ana dah tak berapa nak laku nanti, ana boleh ambil artis-artis nasyid yang masih segar bugar jadi artis naungan ana.” Hadi Hakim sememangnya bijak mencorak masa depan. Dia sentiasa berfikir ke hadapan kerana dia sedar kehidupan seorang artis tidak selamanya indah. Tiba saatnya, mereka akan dilupakan seiring dengan peredaran zaman.



Betul. Sebab tu ana hanya jadikan nasyid ni hobi utama ana. Sekadar berseronok dan mendapat kepuasan untuk berdakwah. Alhamdulillah, rezeki kita sentiasa ada. Kerjaya ana memang ana tak akan tinggalkan.sebab inilah cita-cita ana sejak kecil. Ingat senang ke nak dapat title doktor. Pecah otak jugaklah. Itu yang rambut makin sikit. Ni dah pergi Yun Nam, nampak lebat sikitlah. Haha.” Amjad.. Amjad.. Lawak sentiasa menjadi hiasan perbualan. Hadi Hakim turut ketawa. Kalau dengan Amjad terasa seperti berada dalam keramaian.



Haha. Enta guna Yun Nam? Kritikal dah tu. Kenapa tak guna shampoo bawang je?” Hadi Hakim mengusik. Hubungan keempat mereka umpama adik beradik. Kalau artis-artis nasyid yang lain memilih untuk bergerak solo setelah lama bersama kumpulan, FikrahIman memilih untuk terus kekal di dalam anggota. Bukan tiada peluang untuk bergerak solo lebih-lebih lagi penasyid muda berbakat seperti Hadi Hakim tetapi dia tidak mahu FikrahIman terabai. Biarlah peminat mengenalinya sebagai Hadi Hakim FikrahIman.





























 

No comments:

Post a Comment