First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Saturday 7 July 2012

PERGINYA WALI KERAMAT




Perginya seorang wali menghadap Ilahi,
Saat aku masih memerlukan kasihnya,
Tika aku masih mengharap pelukannya,
Masih jua berharap sayangnya.

Ayah…
Pergimu saat aku belum puas mengecap kejayaan,
Pergimu ketika aku baru menjejak langkah menjadi muslimah,
Pergimu tika aku masih perlukan nasihat bermakna,
Pergimu disaat aku perlukan belaian manja.

Ayah
Hilanglah sebutir permata hidupku,
Kerana aku kehilanganmu,
Kau tulang belakangku mencorak hidup bersahsiah,
Kau menjadikan aku anak solehah,
Kerana didikan agamamu padaku terindah,
Itulah kenanganku bersamamu duhai ayah.

Ayah
Aku merindui wajahmu,
Aku merindui berimamkanmu,
Aku merindui alunan bacaan al-Quran dari bibirmu,
Aku merindui kekar tanganmu mengusapku,
Aku merindui gurauanmu,
Aku merindui bingkisan rindumu saat aku jauh,
Aku merindui semua tentangmu,
Aku merinduimu ayahku.

Rindu Bertamu : Aimuni Marjono

No comments:

Post a Comment