First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Monday 30 July 2012

Sakit Itu Nikmat...

Sakit itu Nikmat,
Kerana dalamnya ada berkat,
Kerana bersamanya kita ingat,
Bahawa Allah yang memberi kita sihat...

Assalamu'alaikum..

Agak lama juga tak update apa2 dalam blog ni. Asiffah. Kerana kesihatan tidak mengizinkan untuk saya menarikan jari jemari pada papan kekunci. Kenapa erk tajuk entri saya agak berlainan hari ni? Sebenarnya saya sedang diuji dengan kesakitan oleh Allah pada bulan Ramadhan yang mulia ni. Mungkin Allah ada rencanaNya sendiri kenapa Dia menurunkan rasa sakit pada setiap hambaNya. Saya juga manusia yang tak lepas dari ujian sakit.

Sakit itu kafarah dosa. Cara untuk Allah tingkatklan darjat kita di sisiNya. Bersabarkah kita atau ada keluhan dalam kesakitan. Itu juga tahap keimanan kita. Meningkatkah atau merudumkah? Ya Allah, jauhkan aku dari kekurangan iman. Amin..

Keperitan sakit yang ditanggung hanya Tuhan yang tahu bagaimana. Memang luaran nampak seperti sihat tapi dalaman hanya saya yang boleh rasa. Sakit kepala yang teramat sangat. Bagaikan mahu saja dihentakkan ke dinding untuk mengurangkan kesakitan. Tapi bila difikirkan semula, mungkin sakit ini kafarah dosa saya. Makanya, saya redha. Allah SWT mahu menghapuskan dosa2 saya dan mengapa saya harus bersedih dengan kesakitan yang dikurniakanNya?

Allah SWT berfirman:

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” - Surah Asy-Syura, ayat 30.


Walaupun kerjaya saya agak terganggu kerana migrain yang saya tanggung tetapi, saya akur kerana ini kehendak Yang Esa. Saya tahu Dia mahu uji saya. Mahu duga saya. Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.

Renteten sejarah Nabi Allah Ayub Alaihi Salam, Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb. Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya. Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?

Alhamdulillah, sepanjang saya sakit, sahabat saya Nurul Syafinaz tidak jemu2 membantu sehingga saat saya jatuh pengsan di sisinya. Syukur kerana Allah hadiahkan dia pada saya sebagai teman susah senang. Sehinggakan saya menabur janji pada diri sendiri, dia akan tetap dalam hati, jiwa dan ingatan saya walaupun saat kami tak lagi bersama.

Akhir kalam, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda.

HambaNya : Aimuni Marjono

No comments:

Post a Comment