First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Sunday 8 July 2012

Kerana Kalian....

~Dedikasikan puisi ini untuk sahabat2 di SEK. REN. ISLAM AL-ABQARI KB6 2000~



*Walau tak selalu bersua, aku tetap bersama,dalam hati mungkin jiwa, kerana kalian belahan jiwa*



Seusia kita bersama,
Berteman, berkawan, bersahabat,
Mencari satu arah kiblat,
Ke arah Tuhan Yang Esa,
Menuju ke puncak jaya,
Walau terkadang tersalah bicara,
Namun kita masih bersama..



Ya Allah..
Mereka telah bersama menempuh suka duka,
Dalam meladeni satu cita,
Mencari redhaMU dalam sama rasa,
Kerana KAU kami masih bersama...



Sahabat...
Di pentas dunia kita dicipta,
Bertemu, berkenalan dan bersahabat,
Seusia tujuh tahun sebagai angka,
Mencari ilmu untuk tuju bahagia..



Teman...
Kita masih bersama,
Kau dan aku masih dipandu cerita,
Tiap hari yang dilalui mengukir cinta,
Agar ikatan ini sentiasa mendapar berkahNya..



Kawan...
Walau kini kita sudah punya kerjaya,
Namun keakraban yang terjalin suatu masa tak ku lupa,
Kerana kalian aku bangkit menjejak cita,
Kerana kalian aku menuju cintaNya...



Tulus Cinta DariNYA : Aimuni Marjono

No comments:

Post a Comment