Martabat
kau tinggi,
Di
sisi Tuhan termaktub hakiki,
Pelihara
maruahmu agar tak terkandas,
Hanya
kerana kau terlebih batas.
Bukan
ini cara ‘berani’mu,
Meluah
perasaan hanya berbekalkan nafsu,
Bukan
kerana DIA yang satu,
Hilangnya
nilai harga diri,
Bila
kau sewenangnya menyerahkan hati,
Untuk
dicintai seorang lelaki.
Kau
tahu wanita itu hiasan dunia,
Nabi
Muhammad jua pernah berkata,
Kau
juga fitnah paling utama,
Kerana
aurat dan peribadi tak kau jaga,
Maka
terlontarlah kau mendapat murkaNYA.
Sedarkah
kau,
Akhlak
yang indah terbias di wajah,
Bijak
kau menjaga,
Kau
akan mendapat pahala,
Pandai
kau hias,
Kau
akan terima ganjaran,
Hiasannya
adalah solat dan kalimah Tuhan,
Tak
perlu kau datang kepada ikhwan,
Kerana
si soleh itu akan kau tawan,
Hanya
dengan keimanan.
Hanya Wanita : Aimuni Marjono
No comments:
Post a Comment