First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Wednesday 14 September 2011

PERGINYA SEORANG WALI

Kenangan yang paling pahit dalam hidup aku bila ayah pergi menghadap Illahi. Tinggalkan aku, adik beradik dan ibu bersendiri. Pergi yang takkan kembali. Saat kitowang masih perlukan kasih seorang ayah, Allah ambil dia kembali. Mana mungkin aku boleh lupakan satu-satunya lelaki yang aku cintai. Patutlah ayah nak macam-macam. Pelik bila ayah minta ibu sediakan berbagai juadah raya pada bulan puasa. Masih aku ingat lagi ayah minta aku belikan kuih akok sedangkan ayah paling x suka makanan tersebut. Aku ingat lagi ayah minta adik aku yang bongsu belikan mercun cz dia nak main sedangkan dia sangat marah kalau kami adik beradik main bende alah tu. Mungkin juga itu tanda-tanda yang dia akan 'pergi'..

Saat semua orang bergembira menyambut hari raya, ayah aku terlantar di wad pada raya ketiga. Masih ku ingat lagi betapa kedegilan ayah tidak mahu ke hospital. 'Ayah, kitowang hantar ayah ke hospital sebab kitowang sayang ayh dan mahukan ayah sihat dan kuat macam dulu.' Luluh hati aku melihat keadaan ayah. Mujur ada ibu yang sentiasa bersama ayah. Terima kasih ibu kerana banyak berkorban untuk suami dan ayah kepada anak-anakmu. Pada hari Jumaat, aku dan kakak ku menjaga ayah di hospital. Berborak dan bergelak dengan ayah. Menyuapkan ayah makan. Memandikan ayah. yaAllah, aku rindu saat bersama ayah.

Pada raya kelima, sekali lagi ayah terlantar. Tetapi kali ini ayah sudah tidak sedarkan diri. Mujur dia sempat berjumap kakak sulung dan abang iparku yang mengikut perancangan beraya di Kluang selama seminggu. Aku tahu ayah bahagia apabila semua ahli keluarganya ada bersama di saat-saat akhir hidupnya. Saat ayah terlantar di wad CCU, kami sekeluarga tak putus-putus mengajar ayah mengucap dan turut membacakan yasin untuk ayah. Saat kitowang meminta kemaafan darinya, aku lihat ada air yang mengalir di sebalik mata ayah yang tertutup. Ya, ayah dengar apa yang kami perkatakan.

Pada raya keenam, sekali lagi doktor menelefon agar kami segera ke hospital kerana ada perkara yang hendak dibincangkan. Hancur luluh hati apabila doktor mengatakan ayah sudah tiada harapan untuk hidup. Kami sekeluarga memutuskan agar ayah dibawa pulang ke rumah. Pada pukul 10.40 PM, ayah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kehilangan ayah berat untuk aku terima. Namun aku redha kerana aku tahu ayah pergi menemui Penciptanya. Masih terngiang-ngiang di telingaku saat ayah mengatakan tidak sempat untuk menjadi wali untuk aku dan kakak keduaku apabila kami hendak mendirikan rumah tangga nanti. Ayah. ayah tetap wali kitowang walaupun kini ayah sudah tidak bersama lagi. Segala kenangna dengan ayah akan sentiasa terpahat kukuh. SAYANG AYAH. Al-Fatihah untuk MARJONO BIN TASMIN (1956-2011)... 



my luvly ayah...

No comments:

Post a Comment