First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Friday 16 March 2012

Seuntai Kasih Buat AYAH...

Panggilan keramat AYAH pada lelaki yang banyak berjasa pada keluarga..Hadir kami kerana cintamu pada isteri juga ibu kepada kami..saat coretan ini dilakar, aku amat merinduimu ayahku..Ayah baru pergi meninggalkan kami..Hanya membawa segala amalan semasa hidupnya ayah di dunia..Kami redha ayah pergi menemui Pencipta..DaripadaNya ayah datang kepadaNya ayah kembali..Sukar untuk meneruskan hari-hari mendatang tanpa ayah di sisi namun kami tahu ayah sentiasa ada bersama kami..

Teringat kenangan bersama ayah sewaktu kami masih kecil. Baru mengenal kehidupan. Ayah ajar kami mengaji dan juga sibuk mencari rezeki. Berhabis duit mengahantar kami ke sekolah swasta, menghantar dan menjemput kami. Jasa ayah tidak dapat kami balasi. Terbayang-bayang di ruang mata ketawa dan senda ayah. walaupun ayah seorang yang tegas tapi adakalanya ayah seorang yang pandai menghiburkan. Saat sebulan lagi usia ayah menginjak ke 55, ayah telah dijemput Illahi. 

Rentetan peristiwa sejak ayah sakit, ayah semakin banyak ragam. Namun aku lihat ibu tenang melayan pelbagai karenah ayah. Bulan Ramadhan 2011, Ramadhan terakhir kami bersama ayah. Bersahur dan berbuka. Walaupun sakit, ayah gagahkan juga diri untuk berpuasa walaupun hanya dapat berpuasa selama 23 hari. Pada akhir Ramadhan, ayah sudah tiada kudrat untuk meneruskan rukun islam ketiga itu. Kami faham ayah. Amat faham. Pada bulan ramadhan, ayah seperti sudah tahu dia akan meninggalkan kami. Dia meminta ibu memasakkan juadah raya untuk dimakan waktu berbuka puasa. Aku lihat ayah gembira dapat makan juadah2 itu. Banyak sangat ayah makan. Kami juga gembira ayah...

Pada hari raya pertama, aku meminta ayah untuk memakai baju raya yang telah dibeli untuknya. Ayah kata ayah dah x larat. Bagi je baju tu kat abang. Sedih hatiku namun aku kuatkan hati. Aku beri duit raya pada ayah. Ayah tanya kenapa bagi. Seperti dia sudah tau dia tak sempat menggunakan duit itu. Kami adik beradik sempat bersalam dan meminta maaf pada ayah dan ibu. Rupanya itu raya terakhir kami dengan ayah.

Pada raya ketiga 1 Sept 2011, kami menghantar ayah ke Hospital Selayang. Aku menguruskan ayah dari pendaftran hinggalah dia dimasukkan ke observation ward sebelum bertukar dengan ibu dan adik lelakiku. Sewaktu ayah ditukarkan ke wad 5D, aku sempat menjaga ayah walaupun hanya untuk satu malam bersama kakakku. Ku cium dahi ayah tanda kasihnya aku kepada dirinya. 

Pada raya keenam 4 Sept 2011, ayah telah ditukarkan pula ke CCU ward kerana keadaan ayah yang semakin kritikal. Sayu hati bila melihat badan ayah penuh berseliirat wayar-wayar bantun pernafasan. Luluh hati apabila ayah yang dulunya gagah kini terbaring kaku di katil. Hanya airmata yang mampu mengalir. 

Pada 6 Sept 2011, pukul 10.40 malam, ayah menghembuskan nafas yang terakhir di sisi kami serta ibu. Senang sungguh malaikat mengambil kembali nyawanya. Jenazah ayah seperti sedang tersenyum. Syukur ayah sempat mengucap berkali-kali. Jenazah ayah sangat wangi. Ramai kawan-kawannya yang hadir untuk sembahyangkan jenazah ayah. Ayah, kerinduan kami pada ayah tak pernah berkurang. Kehilangan ayah berat bagi kami namun kami redha. Ayah, tenanglah ayah di alam sana. Anak-anak dan isterimu sentiasa mendoakan kebahagiaan ayah menemui Pencipta. Pergilah ayah ke alam abadi. 

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh ayah..MARJONO BIN TASMIN (1956-2011)...

Aku merinduimu...


No comments:

Post a Comment