First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Friday 16 March 2012

Tiada Lagi Ayah..

Jika ditanya apa yang aku mahu putarkan andai masa boleh berputar dan aku akan menjawab,aku ingin saat-saat bersama Arwah Ayah dulu..saat-saat ayah masih bersama...masih sihat dan masih kuat..aku mahu ayah hantar dan ambil aku pergi sekolah..aku nak ayah marah kalau aku degil..aku nak ayah nasihatkan aku..aku nak ayah imamkan kami..aku nak ayah..tapi semua tu x mungkin kembali..yang ada hanya kenangan..sebelum ni,aku tak pernah rasa sebenar-benarnya kehilangan sampailah aku kehilangan ayah..satu-satunya lelaki yang sentiasa menjadi tulang belakang aku..menjadi tempat rujukan aku..menjadi tempat aku berteduh kasih selain dari kasih ibu..ya!aku rindukan ayah..sangat2 rindu dia..masih terbayang-bayang saat-saat terakhir ayah..dulu,time malam2 kat rumah,mesti aku dengar ayah mengalunkan ayat suci al-quran..masa ayah masih sihat,dia jarang tidur malam kerana saat itu dia menemui penciptaNya..bangganya aku punya ayah seperti dia..dia bukan seorang ustaz apatah lagi ahli ulama' tapi dia adalah suami dan ayah yang sangat sempurna..susahnya hidup tanpa ayah..sebelum ni,semua benda ayah yang buat tapi sekarang dah kena belajar buat sendiri..dulu kalau lampu rosak,gtau je kat ayah..dengan pantas ayah baiki..dulu kalau motor rosak,ngadu je kat ayah,ayah akan buat dengan teliti..tapi kini semuanya dah berubah..nak x nak kena buat sendiri..yaAllah,rindunya pada ayah..aku mohon KAU tempatkan satu-satunya ayahku di syurgaMu..sayang & cinta ayah sangat2..:'(

No comments:

Post a Comment