First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Wednesday 2 January 2013

Impian 2013

Assalamu'alaikum. Hari ini sudah 2 Januari 2013. Terasa masa berlalu dengan begitu cepat. Saya percaya, setiap individu pasti punya impian yang ,ahu dicapai pada 2013 Masihi ini. Musah-mudahan Allah memberi peluang dan ruang untuk kita gapai impian kita. Apa yang penting, berimpianlah untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benarnya hamba.

Beberapa minggu lepas, saya mendapat tahu bahawa novel saya dalam pembikinan. Cover novel telah pun disiapkan. Syukur alhamdulillah. Titik permulaan sebuah kejayaan. Mungkin biasa pada insan lain tetapi terlalu istimewa pada saya. Inilah yang saya harapkan untuk beberapa tahun lepas. Semoga usaha saya untuk menjadi penulis novel islamik diredhai Allah.

Mujahadah Cinta. Itulah tajuk novel pertama saya yang insyaAllah akan keluar tak lama lagi. Saya sendiri tidak sabar untuk melihat sendiri hasil tangan dan fikiran saya menmbusi pasaran Malaysia. Semoga 2013 ini memberi suatu impak terbesar dalam hidup saya dan keluarga dalam merai pencapaian saya. InsyaAllah.

Tahun ini juga, umur saya meningkat ke satu angka lagi. 25 Tahun. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang dan ruang saya bernafas di ata bumiNYA. Kematian juga semkain menghampiri. Semoga tahun ini, saya benar-benar mampu mendidik diri saya ke arah solehah. Bila meningkat ke angka 25, pastinya persoalan tentang perkahwinan menjadi soalan wajib. Pada saya, perkahwinan dan pernikahan memerlukan persediaan dari segala aspek. Saya juga berimpian untuk membina rumah tangga tetapi saya perlu tanay pada diri, apakah saya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ummi? Saya yakin, apabila saya sudah bersedia, Allah akan hantar seseorang yang telah DIA tetapkan untuk saya bagi membina sebuah keluarga. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA :)

InsyaAllah, tahun ini juga, anak buah pertama saya akan dilahirkan. Pelbagai perasaan yang terbit dalam hati saya saat menunggu kelahiran ahli baru dalam keluarga. Doakan semoga kakak sulung saya selamat melahirkan nanti sulungnya yang dijangka lahir pada Februari 2013. 




Impian Saya : Aimuni Marjono

1 comment:

  1. Assalamualaikum kak.. Sy bru bca novel akak. Allah bri impak yg bsar dlm hdup sy. Dlu sy slalu fkir soal cinta, tp skqg yg sy nk kjar cma cinta kpda Pencipta. Syukran jiddan kak. <3

    ReplyDelete