First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Wednesday 2 January 2013

Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati

Assalamu'alaikum WBT Wa Maghfirah

Alhamdulillah, sekali lagi telah dipilih Allah untuk bersama-sama mengikuti program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati pd 31 Disember 2012 - 1 Januari 2013 yg diadakan di Masjid Negeri, Shah Alam.. 

Sy sampai di KTM Shah Alam tepat pada pukul 3..setibanya di sana, sudah ada bas yang menunggu kehadiran peserta untuk dibawa ke Masjid Negeri..syukur..dalam pukul 4 pm baru rombongan kami sampai di Masjid.. 

Sesampainya di masjid, terus ke meja registration dan dibahagikan kumpulan..sy diletakkan di bawah group 74 yang dipimpin oleh seorang fasi iaitu Sis Atiqah Ma'min..group sy mempunyai 12 orang ahli Mona, Zira, Kak Anna, Ashalia, Shima, Huda, Fera, Hasanah, Azizah, Mimi & Azreen..semua2 mereka sgt sporting dan memang osem.. 

Setelah itu, kami dibawa oleh sis fasi untuk taaruf dan di briefing..selepas briefing, pada jam 6pm kami dipelawa untuk makan..pertama kalinya kami makan dengan sahabat2 baru dan ternyata ukhuwwah tetap ada diantara kami.. 

Selepas makan, kami bersiap-siap untuk solat maghrib, solat isya' dan program malam iaitu persembahan dan bual bicara remaja.. 

Seperti tahun lepas, saudara Fedtri Yahya yang menjadi MC pada program kami..kemudian majlis kami dimulakan dengan alunan Zikir Astaghfirullah oleh Hafiz Hamidun dan lagu Laukana Bainana menutup persembahannya..alunan zikir itu menjadi penenang jiwa seperti yamng disebutkan 'Ala Bizikrillahi Tatmainnal Quloob..

Kemudian, rohani kami dihiburkan pula dengan persembahan mantap dari kumpulan Inteam..mereka mengingatkan kami kpd rasul tercinta apabila mereka mendendangan lagu Dia Muhammad sebagai lagu pertama dan diiringi dengan lagu baru Jatuh Bangun yang sangat memberi kesan pada hati kami.. 

Slot seterusnya adalah slot Bicara Cinta Remaja yang menjemput panelis hebat seperti Wardina Safiyyah, Sham Kamikaze dan Ustaz Md Nor Mamat Fedtri Yahya sebagai pengantara.. 

Untuk topik yang pertama, tajuk CINTA dan MINAT berbeza yang disampaikan oleh Ustaz Md Nor Mamat..seperti yang diketahui, cinta adalah perasaan atau fitrah yang tak boleh untuk ditolak atau dipaksa..Ustaz Md Nor Mamat memberi kami satu perumpamaan yang berbunyi,'Cinta bila ada, orang gagap pun boleh bercakap.' Seperti isu zaman kini, perkataan couple sudah menjadi trend dalam kehidupan remaja..couple dan cinta adalah dua perkara yang tiada masalah..tetapi yang menjadi masalah apabila coupling bak kata Ustaz Md Nor bertukar menjadi 'baringing' dan 'rabing'..untuk berjumpa Cinta Yang Sebenar, penghijrahan adalah perlu pada diri.. 

'Cinta Itu Tak Dapat Dirasa, Tapi Bergetar Di Dalam Jiwa' - Fedtri Yahya.. 

Topik seterusnya adalah 'Wujud Atau Tak Cinta Islamik?' Oleh Wardina Safiyyah..pada masa kini, fenomena Cinta Islamik sudah menjadi sebagai suatu isu besar apabila filem2 dan drama2 suka untuk memaparkan jalan cerita cinta islamik sebagai tatapan penonton..bercinta tetapi ayat-ayat islamik menjadi senjata..wajarkah? Apa yang kita cinta dan bagaimana kita melambangkan siapa kita yang sebenar.. 

'Sindrom Lemah Iman Adalah Lelaki' ~ Fedtri Yahya 

Topik yang seterusnya adalah dari Sham Kamikaze iaitu Mahu Menasihati Tetapi Ada Pendekatan Serang Balik..Menurut Sham, kesilapan yang berlaku adalah dari diri sendiri yang lemah dan berhentilah dari menyalahkan orang lain..If ada problem, let face the problem.. 

Apakah motif dan tujuan kita berkahwin awal seperti ketika masih bergelar pelajar? Surrounding.. Ya, surrounding merupakan faktor utama seperti Social Media Network..kalau kita mahu menasihati dan memberi nasihat, kita tak boleh attack dengan keras, tak boleh attack dengan lembut tapi cara terbaik adalah attack dengan al-Quran dan sunnah..Akhi Sham sempat bertanya kepada kami, tanya pada diri betulkah kita cinta Allah dan Rasul lebih dari kami mencintai Iphone, Blackberry, samsung dan sebagainya? Akhi Sham juga bijak untuk menguji kami apabila dia dengan slumbernya meminta telefon bimbit kami dikutip jika benar kami cintakan Allah dan Rasul melebihi segalanya..jelas, cinta kami belum lagi kami letakkan sepenuhnya pada Allah dan Rasul..Allahu.. 

Berbalik kepada Ustaz Md Nor Mamat dalam round ke2 Bicara Cinta Remaja, topik yang dibincangkan adalah Ragam Anak Muda Bercinta..Eksperesi cinta muda, cara bercinta akan berubah mengikut zaman..cara cinta zaman sekarang dah terlampau advance dan kerana itu kita harus pandai meletakkan cinta pada tempatnya..letakkan cinta Agung Pada Allah..ambil langkah2 yang Allah dan rasul tak larang dan jadikan ianya cinta positif.. 

'Cinta perasaan semulajadi..ditentang jangan, ditatang pun jangan' ~ Ustaz Ismail Kamus 

Topik seterusnya, Tiada Tempat Mahu Bercerita Kalau Putus Cinta oleh Wardina Safiyyah..putus cinta merupakan lumrah dalam kehidupan cinta yang sia-sia..Kak Dina ada kongsikan juga cerita yang mana seorang gadis yang terkenal dengan kesolehahannya bunuh diri hanya kerana putus cinta..kita tak dapat meneka takdir Allah..tak tahu bagaimana Iman diduga Allah..bunuh diri bukan penyumbang kepada penyelesaian masalah..manusia sememangnya ada perasaan cinta..akui perasaan cinta dengan bersifat realistik..drama2 atau movie2 yang ditayangkan di kaca TV bukanlah cinta tetapi hanya rekaan manusia.. 

'You Cannot Love, If You Don't Know The Source Of Love' 

Dalam teori Islam, penentu tingkah laku manusia adalah hati dan Iman..kita boleh rasa apabila Iman lemah..jika tiada tempat mengadu, adulah pada Allah..kalau rasa Iman mula low, topup semula.. 

'Syaitan boleh memanjangkan fantasi.' ~ Fedtri Yahya 

Bila Timbulkan Cinta Islamik, Remaja Ambil Mudah Kahwin Muda merupakan next topic dari Sham Kamikaze..remaja zaman sekarang sering memandang mudah perihal perkahwinan..nak kahwin sebab nak elak maksiat jer tapi tak tahu apa-apa..malah ramai remaja yang menyalahguna pakai hadith nabi yang berbunyi 'Carilah Rezeki Dengan Pernikahan'..sedangkah untuk bernikah, ilmu juga perlu bagi melahirkan keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah.. 

Zaman sekarang pula, trend meletakkan mahar tinggi2 mengikut tahap akademik..seperti hadith nabi 'Sebaik-baik wanita itu adalah yang rendah maharnya.' 

'Kalau tak mampu, hendaklah kamu berpuasa.' Tanya pada diri apakah kita benar-benar mampu untuk memikul tanggungjawab? 

'Mujahadah Yang Tinggi Iaitu Puasa Bagi mengelak Zina' ~ Fedtri Yahya 

Kemudian kami disajikan dengan persembahan sekali lagi oleh kumpulan Inteam..kali ini, lagu Nur kasih menjadi pilihan..sesuai sangat dengan topik yang dibincangkan..dan lagu Ya Hanana (Beruntunglah kami) menceriakan suasana.. 

'Anta ma'aman, ahbabta yang bermaksud, kamu akan bersama orang yang kamu cintai (hadith).' 
Topik seterusnya dari Ustaz Md Nor Mamat, Ibu Bapa Bekerja Untuk Tampung Keluarga..jelas, parent yang bermasalah akan turun kepada anak2 dan kerana itu perkahwinan memerlukan ilmu yang tinggi agar tak mudharat di hari kemudian.. 

Bagaimana Cara Memahalkan Diri dari Wardina Safiyyah mengajar bagaimana caranya seorang wanita memahalkan diri..kalau suka jangan tunjuk sangat..kena jual mahal agar tak nampak murah.. 

Dan topik yang terakhir dari Sham Kamikaze adalah Sejauhmana Kita Nak Selesa Dengan Kejahilan?..kita tak punya banyak pilihan, maka pilihlah sesuatu yang bertepatan dengan Iman.. 

Setelah slot Bicara Cinta Remaja tamat, kami dihiburkan oleh band nasyid dari Indonesia iaitu Edcoustic dengan lagu Ketika Cinta Bertasbih dan Sebiru Hari Ini..dan lagu Keamanan dari Jes Ibrahim pula menyusul.. 

'Terasa begitu indah syiar menjulang ke angkasa.' ~ Fedtri Yahya.. 
Detik jam 12 Malam semakin menghampiri..kami bersama countdown masa..tepat saja pukul 12.00 kami diminta berdiri dan melaungkan Ikrar Anda Bijak Jauhi Zina yang diketuai oleh Akhi Aiman Hakimi dan disempurnakan dengan selawat dan asmaul husna yang diketuai oleh Imam Muda Najdi.. 

Untuk penutupan ambang 2013, sekali lagi edcoustic menghiburkan kami dengan lagu Pemuda Palestina dan Muhasabah Cinta..


Pada keesokan harinya, kami diminta bangun untuk Qiamulail bersama-sama. Solat subuh, tazkirah subuh dan sebagainya. Alhamdulillah.


Pada jam 8 pagi semua peserta diminta berada di dewan masjid untuk slot games and fun. Seperti tahun lepas, Bro Firdaus mengajar kami games brain gym. Gelak tawa peserta dan fasi benar-benar menghiburkan. Setahun hanya sekali saja kami dapat merasai aktiviti sebegini. 


Selepas itu, semua peserta diminta untuk solat dhuha berjemaah dan diikuti tazkirah dhuha oleh Imam Muda Hassan. Pelbagai perkongsian yang IM Hassan kongsikan berkenaan dengan kepentingan solat dhuha. Kami juga diminta menyanyikan secara beramai-ramai doa dhuha yang dipopularkan oleh Kumpulan UNIC. 


Kini tibalah majlis penutup Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati. Terlalu sedih rasanya untuk berpisah dengan sahabat- sahabat yang baru saja mahu bermesra. Tetapi nilah realitinya. Pertemuan akan berakhir dengan perpisahan. MC pada pagi ini adalah saudara Ally Iskandar. Terhibur dengan kelatah beliau. Seterusnya kami dihiburkan oleh Kumpulan UNIC dengan lagu Doa Dhuha, selawat dan Doa Rabitah. Memang terbaiklah persembahan mereka kerana saya merupakan peminat UNIC. Dan sesi fotografi menjadi penutup untuk sebuah program yang sangat memberi impak positif pada hato-hati yang merindui Allah dan Rasulullah.

Sesungguhnya, pengalaman mengikuti program Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati adalah pengalaman paling manis kerana saat sebahagian remaja lain memilih untuk berK-Pop di Dataran Merdeka, sy dan sahabat2 pula dipilih Allah untuk menajamkan minda dengan program ilmiah yang membina jiwa.



Puisi Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati


Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati..

Melabuhkan beribu-ribu hati,
Terhimpun kerana rindukan jalan Rabbi,
Yang berjihad menghidupkan hati yang mati,
Yang berjuang merebut cinta Ilahi.

Ikhwah dan Akhowat,
Akhi dan Ukhti,
Sama tujuan, sama harapan,
Satu impian, satu genggaman,
Demi merebut cinta satu Tuhan,
Demi bergelar insan yang ihsan,
Untuk mendidik jiwa hamba,
Untuk bergelar si Perindu Syurga.

Himpunan ini bukan himpunan biasa,
Bukan himpunan 'kosong' tanpa jiwa,
Atas nama Tuhan beribu hati dihimpunkan,
Bermatlamat bergelar pemimpin ad-DeenNya,
Bersatu hala menuju Pencipta.

Kami bukan syadid,
Kami bukan kolot,
Kami hanya takut,
Takut siksaan Allah yang Maha Hebat,
Sekiranya kami turut terpaut,
Dengan konsert penuh maksiat,
Yang hadirnya sekadar untuk duniawi,
Lalu bagaimana dengan ukhrawi?
Sungguh...
Kami tak hairan dengan tanggapan mereka,
Kerana kami lebih berjiwa,
Jiwa kami jiwa yang dahagakan cinta,
Bukan cinta manusia leka,
Bahkan cinta Allah yang sentiasa Ada.

Kami juga ada hiburan rohani,
Walaupun bukan Oppa Gangnam Style yang digilai belia remaja masa kini,
Kami punya hiburan lebih berstyle dengan zikir terapi,
Disempurnakan dengan selawat ke atas nabi,
Ditambah rencah asmaul Husna Khaliq Hakiki,
Juga hiburan nasyid yang sentiasa menemani,
Forum bicara agama bersama selebriti,
Untuk mendidik jiwa yang kadang terlalu berani,
Dalam tipu daya kehidupan duniawi.

Merindui : Aimuni Marjono






4 comments: