First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Wednesday 1 August 2012

Muhammad Nabi Allah...

Ya Rasulullah...
Aku merinduimu...
Aku mencintamu...
Aku mengasihimu...

Muhammad,
Dikau tokoh dunia,
Lahirmu membawa rahmat,
Namamu mekar sepanjang umat,
Sedari kecil kami diasuh mengenalmu,
Lantas dititipkan rindu hanya buatmu...

Ya Nabi Allah,
Hadirmu menerangi saujana dunia,
Cahaya hadirmu mencipta suasana,
Dikau tidak pernah jemu,
Apatah lagi bosan berdakwah,
Demi menyampaikan amanah Allah,
Kekasih sejatimu.

Ya Muhammad,
Dikau tunggak awal penyelamat manusia,
Dikau titip cinta pada Yang Esa,
Walau penuh mujahadah,
Namun dikau tetapkan melangkah,
Tetap teruskan usahamu membina ummah.

Walau...
Mendapat tentangan si bapa saudara,
Namun dikau tak pernah mengalah,
Kerana di sisimu Allah letakkan suri cinta,
Siti Khadijah peneman setia.

Juga sahabat yang bersama,
Berjihad menentang si penderhaka,
Abu Bakar itu sahabat sejatimu,
Membenarkan lisanmu dengan tegasnya,
Umar Al-Khattab Amirul Mukminin,
Berjiwa hamba dan sangat setia,
Sukar menerima kewafatanmu,
Namun kerana iman dia merelakan..

Insan dermawan agama,
Sentiasa bersamamu menentang mereka,
Menegakkan agama Allah dalam perjanjian Hudaibiyah,
Usman Bin Affan khalifah ketiga,
Juga sepupu yang sentiasa bersatu,
Mengahwini puterimu Fatimah Az-Zahra,
Ali Bin Abi Talib khalifah mulia.

Ya Rasul..
Walau kini dikau tidak bersama lagi,
Namun sunnahmu tetap diikuti,
Pengorbananmu termaktub dalam quran Ilahi,
Kerana cintamu pada kami,
Ummati..ummati..ummati,
Masih meniti dibibirmu saat dikau dijemput Ilahi.

Umatmu Yang Merindui : Aimuni Marjono







No comments:

Post a Comment