Muhammad merenung
buku Biografi Agung Rasulullah. Umurnya baru saja mencecah angka enam
tetapi sifatnya terlalu matang. Agak pendiam dan lebih suka membaca
terutama bahan-bahan bacaan yang menceritakan sejarah-sejarah zaman
Rasulullah S.A.W dan para sahabat termasuk zaman Khulafa’
Ar-Rasyidin.
“Adik, mana adik
dapat buku ni?” Puan Hasnida, ibu kepada Muhammad bertanya. Hairan
melihat anak tunggalnya itu memeluk buku itu. Puan Hasnida mengambil
buku itu lembut dari pelukan anaknya.
“Cikgu adik
hadiahkan. Adik kan dapat nombor satu masa periksa hari tu.”
Ringkas jawapan Muhammad. Puan Hasnida menarik Muhammad ke dalam
pelukannya. Anaknya itu sememangnya tidak banyak bicara. Nakalnya
juga tiada. Sikapnya agak matang berbanding usianya.
“Ibu, adik rindu
Nabi Muhammad.” Dalam kesunyian, Muhammad meluah kerinduan. Puan
Hasnida sebak. Bersyukur kerana anak yang lahir dari rahimnya itu
tahu erti merindui Muhammad.
“Kalau adik
rindukan Nabi Muhammad, adik mesti sentiasa berselawat untuk baginda
dan ikut semua sunnah baginda.” Puan Hasnida senyum. Dia faham
kerinduan seorang anak kecil kepada kekasih Allah itu.
“Boleh adik tanya
ibu sesuatu tak?” Muhammad merenung kedua mata wanita yang
melahirkan dirinya. Puan Hasnida mengangguk.
“Kenapa ibu dan
ayah namakan adik dengan nama Muhammad? Apa maksud Muhammad ya ibu?”
Petah pertanyaan Muhammad.
“Muhammad tu
maksudnya Yang Terpuji. Ibu dan ayah mahu adik mencontohi semua sifat
Nabi Muhammad. Sebab tu ibu dan ayah beri nama Muhammad pada adik.
Sifat Muhammad itu sangat terpuji sayang. Ibu dan ayah juga merindui
Nabi Muhammad dan kami memknakan kerinduan kami dengan memberi
permata hati kami nama seindah nama Muhammad.” Ada titis jernih
yang mengalir dari tubir mata Puan Hasnida. Rasa kerinduan kepada
pesuruh Allah itu terlalu mendalam. Puan Hasnida turut memeluk buku
Biografi Agung Rasulullah itu erat ke dadanya.
“Terima kasih
ibu.” Muhammad menyapu air mata ibunya. Puan Hasnida mengusap
lembut rambut anak kesayangannya.
Puan Hasnida
meninggalkan anaknya sendirian. Biarlah anaknya itu menghabiskan masa
senggangnya dengan membaca sirah Nabi Muhammad. Anaknya itu sudah
terlalu matang. Matang dalam berfikir dan matang dalam membuat
penilaian tentang sesuatu. Semoga akhlak anaknya mencontohi akhlak
acuan Nabi Muhammad.
Setelah susuk tubuh
ibunya hilang di celahan pintu, Muhammad kembali membelek buku
pemberian gurunya itu. Dia membuka helaian demi helaian buku
tersebut. Bab satu yang menceritakan salasilah keturunan Nabi
Muhammad dibacanya. Kini, dia mengetahui Nabi Muhammad juga dinamakan
Ahmad juga yang membawa maksud Yang Terpuji.
Muhammad tertarik
dengan sejarah bagaimana ibu Nabi Muhammad, Aminah mendapat mimpi
yang meminta Aminah memberi nama anak di dalam kandungannya dengan
nama Muhammad pada bulan pertama. Aminah juga didatangi oleh Nabi
Adam sehinggalah bulan kesembilan yang juga turut meminta Aminah
memberi nama Muhammad kepada bayi di dalam kandungannya apabila bayi
iu dilahirkan kelak.
‘Ibu dapat mimpi
juga ke macam ibu Nabi Muhammad dapat mimpi?’Muhammad berbisik
halus.
‘Mungkin ibu pun
dapat mimpi agaknya sebab tu ibu bagi adik nama Muhammad.’ Masih
lagi cuba berteka teki denga dirinya sendiri. Ada senyuman yang
melirik di bibir Muhammad. Lumrah anak kecil yang sentiasa berfikir
walaupun jelas fikirannya itu tidak bertepatan dengan logik akal.
****************************************
Puan Hasnida dan Encik Muaz masuk ke bilik Muhammad. Ketika itu, Muhammad ralit membaca buku yang menjadi sahabatnya itu. Puan Hasnida dan Encik Muaz pelik melihat air mata dari mata comel anak mereka. Mereka mendekati Muhammad.
“Kenapa anak ayah
menangis ni?” Encik Muaz bertanya. Muhammad memeluk ayahnya. Erat
seeratnya. Puan Muaz melontar pandangan ke arah isterinya dan
menghadiahkan sebuah senyuman.
“Adik rindukan
Nabi Muhammad. Bila adik baca buku ni, adik teringin nak berjumpa
dengan nabi. Adik rindu sangat pada Nabi Muhammad.” Begitu sekali
kerinduan seorang anak kecil kepada Habiballah itu. Pelukan Encik
Muaz semakin erat.
“Sayang, siapa
yang tak mahu berjumpa dengan Nabi Muhammad? Ayah, ibu dan semua
orang Islam mesti teringin nak berjumpa nabi. Kalau adik betul-betul
mahu jumpa dan bertemu Nabi Muhammad, adik banyakkan berdoa.
InsyaAllah, kalau adik berdoa dengan seikhlas hati, Allah akan beri
adik peluang untuk bertemu Nabi Muhammad.” Enci Muaz bijak memberi
jawapan. Siapa yang tidak mahu bertemu dengan kekasih Allah itu?
“Allah akan beri
adik peluang jumpa Nabi Muhammad? Betulkah ayah?” Muhammad teruja.
Benarkah? Tapi bagaimana? Encik Muaz mengangguk.
“Betul sayang.
Allah tidak akan menghampakan hamba-hambaNya. Mungkin Allah akan beri
adik peluang bertemu Nabi Muhammad dalam mimpi.” Muhammad
mengerutkan dahinya. Dalam mimpi?
“Tapi ayah, mimpi
itukan mainan syaitan. Ibu selalu pesan pada adik macam tu,”
Muhammad masih belum berpuas hati dengan jawapan si ayah. Puan
Hasnida senyum. Bijak sungguh anaknya itu berfikir dan berkata-kata.
“Memang mimpi
yang buruk itu mainan syaitan tetapi siapa-siapa yang bermimpikan
Nabi Muhammad, itu adalah mimpi yang benar. Syaitan tak boleh
menyerupai Nabi Muhammad. Bukan semua orang bertuah dapat bertemu
Rasulullah dalam mimpi. Hanya yang dipilih Allah saja sayang.”
Encik Muaz menerangkan.
“Ohhh, baru adik
faham. Ayah dan ibu pernah mimpi Rasulullah?”
“Tak sayang. Tapi
kami juga teringin mahu mimpikan Rasulullah.” Puan Hasnida
menjawab. Lembut tutur katanya. Dia mendepangkan tangan dan anaknya
itu masuk ke dalam pelukannya. Terasa bertuah kerana dihadiahkan oleh
Allah cahaya mata yang soleh walaupun umurnya baru enam tahun.
“Ibu dengan ayah
pun kenalah doa. Nanti adik doakan untuk ibu dan ayah sekali tau.
Cikgu adik cakap, doa anak soleh Allah makbulkan. Adik anak soleh kan
ibu?” Mulut comel itu menutur kata.
“Iya sayang. Adik
anak soleh ibu dan ayah.” Puan Hasnida sebak. Harapannya pada
Muhammad cukup tinggi. Biarlah anaknya itu tidak cemerlang di dunia
tetapi cemerlang di akhirat. Itu lebih diimpikan.
“Ayah, ibu, boleh
tak kalau ibu dan ayah panggil adik dengan nama Muhammad?”
Permintaan Muhammad itu mencetuskan tawa kecil keduanya. Puan Hasnida
dan Encik Muaz memeluk Muhammad dengan pelukan kasih sayang.
“Boleh sayang.”
Serentak jawapan dari Puan Hasnida dan Encik Muaz.
“Baiknya ibu dan
ayah Muhammad.” Comel pujian Muhammad.
“Muhammad kami
lagi baik dan bijak.” Encik Muaz bahagia. Kehadiran Muhammad adalah
cahaya yang menyuluh kehidupan dia dan isterinya. Cahaya Muhammad.
Muhammad menghadiahkan kucupan kepada keduanya.
***************************************
Sewaktu di sekolah, Muhammad lebih gemar membaca dari bermain. Dia mahu mengkhatamkan pembacaannya. Dia mahu menghabiskan buku Bioografi Agung Rasulullah. Cikgu Ainin turut duduk di sisinya. Anak muridnya yang seorang ini sememangnya tidak banyak karenah. Dalam pelajaran juga dia yang paling kedepan. Fikiran dan akalnya juga seperti orang dewasa. Membaca juga sungguh fasih. Tidak hairanlah dia menjadi juara ketika Pertandingan Alam Ria Pasti Malaysia tahun lalu dalam acara bercerita. Muhammad seindah nama dan pekerti Rasulullah. Semoga anak kecil ini akal menjadi dai'e suatu hari nanti.
“Muhammad dah baca sampai
mana?” Cikgu Ainan bertanya. Muhammad mengalihkan pandangannya
kepada guru kesayangannya dan melemparkan senyuman. Jelas kelihatan
kedua lesung pipit di pipi kiri kananannya.
“Sampai Pemergian
Rasulullah.” Ringkas jawapan Muhammad. Cikgu Ainan memeluk anak
murid kesayangannya. Sikap dan sifat Muhammad yang berbeza dari
kanak-kanak seusianya.
“Cepatnya Muhammad baca.”
Timbul kekaguman pada Muhammad. Sungguh, cepat benar Muhammad mahu
menghabiskan sebuah buku yang pada perkiraan kanak-kanak sepertinya
agak tebal juga buku tersebut.
“Muhammad suka buku ni
cikgu. Cikgu, apa maksud ummati?” Petah pertanyaan Muhammad.
Lagaknya seperti seorang dewasa.
“Ummati itu bermaksud
umatku. Nabi Muhammad sebutkan ummati..ummati..ummati sebanyak tiga
kali sewaktu Nabi Muhammad nak wafat.” Cikgu Ainin memberi
penerangan ringkas. Muhammad mengerut dahinya. Wafat? Apa wafat tu?
“Wafat tu apa cikgu?”
Cikgu Ainan tergelak kecil. Lupa pula dia yang Muhammad juga masih
kecil. Banyak lagi yang tidak difahaminya.
“Wafat tu meninggal
dunia. Tetapi perkataan wafat hanya boleh digunakan untuk para
anbiya'.”
“Anbiya' tu nabi kan
cikgu? Sebab minggu lepas kan cikgu baru ajar hadth ulama'. Ada
perkataan anbiya' dalam hadith tu.” Cikgu Ainan geram dengan
kepetahan dan kebijaksanaan anak muridnya itu. Lantas dikucup kedua
pipi anak kecil itu. Muhammad ketawa. Terasa sangat dimanjakan.
“Pandai sayang cikgu ni.”
“Cikgu pun pandai. Sebab
tu cikgu ajar Muhammad.” Pujian Muhammad sangat mencuit hati.
Cikgu Ainan mencucuk pinggang Muhammad. Terkekek kekek Muhammad
ketawa.
“Muhammad sayang cikgu.”
“Cikgu pun sayang
Muhammad. Semoga jadi anak yang soleh ye sayang. Tempat anak soleh di
syurga. Muhammad nak masuk syurga?” Cikgu Ainin bertanya. Lembut
bak seorang ibu. Tubuh kecil Muhammad masih di dalam pelukannya.
“Nak!!” Teruja benar
Muhammad mendengar perkataan syurga.
“Kalau nak, Muhammad kena
ikut semua perintah Allah. Ikut sunnah Rasulullah. Allah sayang orang
yang taat tau.” Kata-kata semangat dititipkan. Bersinar-sinar mata
galak anak kecil itu. Besar impiannya untuk menuju ke syurga Allah.
“Ayah Muhammad pun cakap
macam tu. Ayah kata, kalau Muhammad nak jumpa Nabi Muhammad, Muhammad
kena rajin doa. Nanti Allah bagi Muhammad jumpa Nabi Muhammad dalam
mimpi. Betul kan cikgu?”
“Iya sayang. Siapa yang
mimpikan Rasulullah, mimpi dia adalah mimpi benar. Syaitan tak boleh
menyerupai Rasulullah.”
“Ibu Muhammad pun cakap
macam tu. Ibu dan ayah pun teringin nak jumpa Rasulullah. Muhammad
lagi rindu. Cikgu, kalau Muhammad mati masa kecil, Muhammad boleh
jumpa Nabi Muhammad tak?” Cikgu Ainin tersentak mendengar
pertanyaan anak muridnya itu. Semakin erat pelukannya kepada
Muhammad. Ada titis mutiara dari tubir matanya.
“Kenapa cikgu menangis?”
Muhammad yang tidak mengerti bahawa soalan dia tadi telah membuat
hati seorang guru turut sebak.
“Cikgu tak jawab pun
soalan Muhammad tadi. Cikgu, kalau Muhammad mati masa Muhammad masih
kecil, Muhammad boleh jumpa Nabi Muhammad tak? Muhammad rindukan Nabi
Muhammad. Boleh tak cikgu?” Muhammad mengulang pertanyaan.
“InsyaAllah sayang. Yakin
dengan Allah. Allah tidak akan menghampakan permintaan hambaNya yang
baik.” Dalam sedu Cikgu Ainin menjawab.
“Kalau macam tu, boleh
tak Muhammad nak doa, nak mati awal?”
“Muhammad tak sayang ibu
dan ayah? Tak sayang cikgu?” Cikgu Ainin semakin sedih.
“Sayang. Sebab tu
Muhammad nak mati awal. Nanti kalau Muhammad dah besar, Muhammad buat
jahat, ibu dan ayah yang kena tanggung dosa Muhammad kan cikgu?
Kesian ibu dan ayah. Mesti sakit kalau ibu dan ayah kena siksa sebab
Muhammad.” Ya Allah, sampai begini sekali kasih sayang seorang anak
kecil kepada kedua orang tuanya.
“Cikgu janganlah
menangis. Muhammad tanya je.” Muhammad menyapu titisan jernih yang
mengalir di pipi Cikgu Ainin. Mengerti kesedihan gurunya itu
barangkali.
****************************************
Muhammad sedang leka bermain basikal di depan rumahnya. Buku Biografi Agung Rasulullah diletakkan di bakul hadapan basikalnya. Sambil mengayuh, mulutnya tidak henti-henti berselawat. Buku Biografi Agung Rasulullah sudah habis dibacanya. Semakin kuat kerinduannya untuk bertemu dengan junjungan besar Allah itu. Tiba-tiba...
Tubuh
kecil Muhammad tercampak di tepi jalan. Puan Hasnida dan Encik Muaz
kaget melihat tubuh anak kesayangan mereka dipenuhi darah merah.
Mereka mendapatkan Muhammad yang sedang nazak. Puan Hasnida mengambil buku kesayangan anaknya itu dan meletakkannya di sisi Muhammad. Mulut anaknya itu
masih kedengaran sedang berselawat. Sempat dia berkata-kata walaupun
ternyata ungkapan dia sangat lemah. Orang ramai sudah mengerumuni
anak kecil itu.
“Ayah,
ibu, maafkan Muhammad. Muhammad pergi dulu. Muhammad rindu Allah dan
Rasulullah. Daoakan Muhammad dapat bertemu Nabi Muhammad.” Dalam
kepayahan, Muhammad menghabiskan juga tuturnya. Puan Hasnida meraung
sekuat hati apabila tubuh kecil itu sudah tidak bergerak lagi.
Muhammad telah pergi menemui Penciptanya.
Kini,
dua tahun sudah pemergian Muhammad. Namun semua kenangan ketika
anaknya itu masih ada, tersemat kukuh di kotak ingatan. Muhammad,
seindah nama Rasulullah. Semoga Allah mempertemukanmu dengan Nabi
Muhammad mu wahai anakku. Muhammad..Aku rindu...
^_^
ReplyDeletemaceh ^_^
Delete