First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Friday 11 January 2013

PURDAH..Trend Atau Sunnah?

'Aku tengok, dia berniqab cantikla..' 

'Sekang ni trend org berpurdah..mcm2 bentuk purdah org jual..kalau aku pakai,orite jugak.' 

'Aku nak pakai purdah sebab aku x cantik..malu kalau org tgk muka aku dalam gambar.' 

Macam-macam alasan yg sering sy dengar bila seseorang tu nak berniqab..ada tu sebab nak ikut orang..ada tu pulak sebab nak ikut trend..yang malu nak tunjuk muka pun ada..apa pun alasan korang, kalau nak berniqab, biarlah kerana Allah..

Niqab tu bukan mainan..walau hanya secebis kainan, tapi impaknya pada si pemakai sgt besar..bila korang yang si niqabis palsu ni mempermainkan niqab, bila korang tak jaga ikhtilat, tak jaga akhlak, kesannya pada siapa?tempiasnya, pada semua niqabis..SEMUA!

Saya bukan seorang niqabis..pernah ada niat untuk memakainya, tapi apabila sy bertanya pada ibu sy yang juga dulunya seorang niqabis, ibu sy memberi nasihat untuk tidak memakainya sekarang..mungkin apabila sy berumahtangga nanti, bila diberi keizinan pada suami, baru sy akan memakainya..mungkin krn beliau risau kiranya sy tidak betul2 istiqomah..

Juga pernah meminta pendapat seorang sahabat, dan dia turut menasihati agar tidak memakainya sekarang kerana dia juga risau andainya sy tidak istiqomah dan tak tahan ujian dan dugaan apabila berniqab..alhamdulillah, sy terima semua nasihat mereka dan at least sy tak memalukan golongan2 berniqab..

Tetapkan nawaitu..bila berniat untuk berniqab dan sudah punya kekuatan untuk meneruskan sunnah tersebut, cekalkan pulak hati dengan istiqomah..bukan berniqab hanya ketika mahu bergambar dan sebagainya..pulak tu, mata kemain bercelak, berlens warna warninya..tu belum lagi dengan eyeshadow pelbagai kaler..maskara melentikkan bulu mata..Allahurabbi..

Sometimes, sy tertanya2, apa niat seseorang tu berniqab kalau ikhtilat dan akhlak stil ditahap yang lama?bertepuk tampar dgn yang bukan muhrim..bergambar menggoda..bila bercakap dgn lelaki, masyaAllah, punyalah lembut tak terkata..

Jangan jadikan niqab sebagai batu loncatan utk menyembunyikan wajah dari dikenali..niatkan dalam hati, aku berniqab kerana Allah..walau apa pun makian, hinaan dan cacian orang terhadap aku selepas aku berniqab, aku mohon ya Allah, diberi aku kesabaran, ketabahan dan kecekalan hati untuk aku terus istiqomah dalam berniqab..insyaAllah, bila selalu doa macam tu, Allah akan pinjamkan kekuatan, ketabahan dan kecekalan dalam menempuh hidup sebagai niqabis..

Sy ambil dari kata-kata seorang rakan fb, 'Mungkin dengan berniqab, Malu mereka akan terbentuk'..mudah-mudahan niqab tersebut akan membentuk malu sahabat2..

*Berniqablah kerana Allah*


Di atas adalah sedikit perkongsian saya berkenaan wanita berniqab. Saya tidak hairan dan tidak kisah langsung kalaupun mereka berniqab. Saya tiada hak untuk judge mereka. Apa yang saya mampu adalah menasihati. Bukan menitip nasihat buat mereka yag benar-benar beniqab kerana Allah tetpi titipan nasihat ini saya khaskan untuk golongan-golongan niqabis celop.


"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."- Imam Hasan al-Basri


PENGERTIAN PURDAH

Di dalam kamus Arab, purdah disebut sebagai niqab ataupun secebis kain yang menutup sebahagian muka wanita melainkan matanya sahaja. 

HUKUM BERPURDAH

Berdasarkan dalil al-Quran al-Karim dari surah al-Nur ayat 31 yang saya kemukakan di atas, sebilangan ulama berpendapat muka dan kedua-dua tangan adalah aurat iaitu dengan maksud mudahnya setiap perempuan Islam mesti memakai purdah. Sebilangan ulama lagi berpendapat muka dan kedua-dua tangan bukan dikategorikan sebagai aurat dan memakai purdah bukanlah suatu yang wajib. Di sini saya bentangkan pandangan mazhab-mazhab secara ringkas sahaja berkenaan aurat perempuan di hadapan bukan mahram bagi memudahkan kita memahami isu ini dengan sempurna. Saya tidak bercadang untuk meletakkan dalil-dalil yang digunapakai oleh mazhab-mazhab melainkan jika difikirkan perlu sahaja serta tidak saya nyatakan juga munaqasyah dalil-dalil bagi tidak memanjangkan perbahasan ini.

Jumhur Ulama:
Tidak wajib purdah dan mengharuskan pendedahan muka dan kedua-dua tangan di hadapan lelaki asing yang bukan mahram sekiranya aman dari fitnah.

Mazhab Hanafi:
Tidak harus lelaki melihat perempuan asing dan merdeka melainkan muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak dibimbangi mendatangkan syahwat. Adapun kedua-dua kaki juga bukan aurat.

Mazhab Maliki:
Aurat perempuan merdeka ketika bersama lelaki asing ialah seluruh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan syahwat.

Mazhab Shafie:
Aurat perempuan yang merdeka adalah seluruh badannya melainkan muka dan kedua-dua tapak tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah. Pendapat lain mengatakan seluruh tubuh perempuan adalah aurat termasuk muka dan kedua-dua tangan.

Mazhab Hanbali:
Seluruh tubuh perempuan Islam adalah aurat. Pendapat lain mengatakan aurat perempuan di hadapan lelaki asing adalah suluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangan sekiranya tidak menimbulkan fitnah.

Kesimpulan
Pendapat jumhur ulama yang mengatakan aurat perempuan Islam adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua tangan selagimana tidak membawa kepada syahwat dan fitnah adalah lebih bertepatan berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan. Pendapat ini ditarjih oleh Syeikh Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi sepertimana yang telah dinyatakan di dalam kitabnya bertajuk al-Niqab Limaraah dengan mengatakan juga memakai purdah tidak diwajibkan.


Untuk mengetahui penjelasan lebih lanjut mengenai aurat perempuan Islam samada aurat ketika solat ataupun di luar solat silalah meneliti dan merujuk kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab karangan Imam Nawawi. Pada saya, kitab ini adalah kitab paling baik di dalam membincangkan masalah fiqh kerana di sana dibentangkan pelbagai pandangan dan dalil-dalil secara teperinci dan jelas. Sebagai penuntut ilmu agama, kita hendaklah sentiasa melazimi pembacaan kitab-kitab karangan para ulama muktabar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang sesuatu perkara itu.

Isu niqab ni sememamgnya nampak remeh tapi inilah yang akan terjadi sekiranya satu daripada syiar Islam dipegang secara tak konsisten. On off mengenakan niqab. Ataupun hanya berniqab apabila perlu. Ya, niqab bukanlah satu tuntutan kewajipan. Kalau tidak pakai pun tidak berdosa. Kita punya pilihan untuk memakai ataupun tidak. Di mana letaknya pemahaman tentang 'istiqamah' apabila satu syiar Islam tidak cuba disempurnakan dengan istiqamah?

Melainkan seseorang wanita itu sememangnya berniat untuk berniqab tetapi terpaksa tidak memakainya ketika mahu ke kelas kerana tidak dibenarkan berniqab oleh sesebuah institusi. 

Perlu diingat, purdah bukanlah trend masa kini tetapi niqab adalah salah satu sunnah (dianjurkan) dan menjadi WAJIB apabila raut wajah seseorang wanita boleh membawa kepada fitnah.


Saya sendiri pernah melihat sekumpulan remaja berjalan di Masjid India dengan berniqab tetapi hijab atau tudung yang dipakai langsung tidak menepati syariat dalam Islam. Bertudung sehingga apabila menoleh saja pasti menampakkan batang leher. Astaghfirullah, sampai begitu sekali mereka mempermainkan niqab yang sepatutnya dimuliakan. Apakah nilaian niqab pada golongan seperti itu. Inilah akibatnya apabila ibadat dianggap sebagai adat.

Secara tak langsung sikap sebegini akan menimbulkan sikap pesimis di kalangan masyarakat. Hilangnya sikap menghormati kepada niqabis yang berniqab lillahita'ala terutamanya bagi golongan kaum lelaki. 

Jika tidak mahu berniqab, usahlah berniqab kerana sifat kepura-puraan anda itu akan menyebabkan golongan yang berniqab terkena tempiasnya. Kasihanilah mereka si niqabis. Jangan mempersendakan cebisan kain kecil yang menutupi wajah mereka.


Tulus : Aimuni Marjono


6 comments:

  1. Berpurdah bukan untuk trend semata,tetapi hanya kepada ALLAH,mata hati kita akan benar benar dinilai..

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt dgn info n pandangan ni...sy br tadi terpandang status seseorg yg berniqab...terkedu sbnrnya baca statusnya..tp juz bersangka baik mungkin niatnya baik utk cari jodoh..then bila baca komen2 dia n komen2 lelaki lain dlm status 2 sy brtambah rs mcm malu even sy bukan seorg yg berniqab krna pd sy xpatut seseorg yg berniqab sebegitu akhlaknya..xpe la...ambil pengajaran..moga sy dijauhkan Allah dr sifat2 tercela..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    ReplyDelete
  4. saya minta izin untuk copy sebahagian dari isi artikel ini untuk di jadikan isi di dalam flyers, minta admin blog untuk menghubungi saya di whatsapp kerana kesukaran saya untuk selalu online melalui laptop. (0172954639) barakallahufik :)

    ReplyDelete
  5. Minta izin utk copy boleh?

    ReplyDelete
  6. sy mntak izin utk copy sebahagian dari ayt2 dlam artikel akak ni utk dijdkan sbgai bahan usrah sy..tq :)

    ReplyDelete