First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Thursday 23 June 2011

LAFAZ YANG TERSIMPAN...


Hari ini genap dua tahun Rania Raisya menuntut ilmu di SEGi University College Kota Damansara. Hanya ada setahun saja lagi untuk dia menamatkan pelajarannya dalam bidang kejururawatan di IPTS tersebut. Ini juga bererti dia akan berpisah dengan teman-teman seperjuangan yang sama-sama mencari ilmu untuk mendapatkan segulung diploma sekaligus meneruskan cita-cita sebagai seorang staff nurse.

"Oi minah!! dok termenung je kenapa? Merenung masa depan ke? Ke teringat ehem-ehem?" Sergah Farhana tiba-tiba. Kus semangat. Nasib aku tak ada heart attack. kalau tak, dah lama mampos aku ni. Rania merungut dalam hati.

"Apa oi-oi? Kau ni dah tak tau nak bagi salam ke? Dah lupa? Kalau lupa aku boleh tolong ingatkan kau." Rania merenung Farhana yang masih berdiri di sisi katil milik mereka berdua.

"Hehehe. yang kau tu ralit sangat termenung kenapa? Aku dah bagi salam tapi kau yang buat bodoh, so aku tak salah lah..." Farhana membela diri.

"Kot ye pun cakap la slow-slow. Nasib aku tak ada heart attack. Kalau tak, mesti aku dah mati terkejut. kalau aku jadi hantu, aku porak perandakan hidup kau dulu." Rania menjeling Farhana.

"Sorry la babe. Kalau kau ada heart attack, aku buatkan CPR untuk kau. Kan kita dah belajar pasal CPR. Meh aku buatkan. Hahaha..." Farhana berpura-pura untuk melakukan CPR kepada Rania.

"Kau jangan nak mengada-ngada. Geli aku. Tak kuasa aku nak layan kau. Yang kau ni kenapa cari aku?" Rania bertanya.

"Tak ada apa-apa. Kau menungkan apa tadi Nia? Macam serius je aku tengok.." Farhana pula menyoal. Pasti ada sesuatu yang bermain di fikiran temannya itu. Kalau tidak, masakan Rania begitu khusyuk termenung. sahabatnya itu bukanlah seorang yang suka menghabiskan masa dengan termenung dan memikirkan benda-benda yang tak berfaedah.

"Emm, aku cuma terfikir macam mana lah kita kalau dah habis belajar nanti kan. Mesti berpisah kan?"

"Itu ke yang kau fikirkan? Biasalah Nia. Adat berjumpa mesti berpisah. Itukan lumrah alam. Kita kenalah terima dengan hati terbuka. Qada' dan Qadar Tuhan.."

"Betul tu Fana. Tapi mesti aku rindu kat kau nanti." 

"Yeke rindu kat aku atau pun rindu dekat Tamai?Ops... hehehe..."

"Kau ni ada-ada je tau." Ujar Rania berpura-pura merajuk.

"Aku gurau je la. Kau sayang lagi ke pada Tamai?" Farhana menyoal. Rania menarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba berlagak tenang walaupun hatinya begitu sayu apabila mendengar saja nama lelaki yang sehingga kini terpahat utuh di dalam hatinya.

"Aku pun tak tau nak cakap macam mana Fana. Aku mengaku yang aku masih sayang dan cintakan dia lagi. Dia lelaki pertama yang bertakhta kat hati aku ni. Tapi aku tak faham kenapa dia buat aku macam ni. Aku tak tau kenapa dia minta aku jauhkan diri dari dia." Luah Rania. Seribu kedukaan jelas terpancar di wajah mulusnya.

"Tadi aku nampak dia dengan Batrisya kat cafe. Diaorang couple ke?" Farhana inginkan kepastian.

"Entahlah Fana. Aku pun ada dengar diaorang couple. Tapi aku tak nak pandai-pandai buat conclusion sendiri. Aku pernah jugak nampak diaorang kat cafe tapi aku buat-buat tak nampak walaupun hati aku ni Tuhan je yang tau.." Keluh Rania. Dia juga tidak mengerti kenapa Ariel menjauhkan diri darinya.

"Kau ada lukakan hati dia ke?"

"Tak Fana. Sebelum tu dia ada tanya aku. siapa dia pada aku. Aku jawab best friend. Dia pun cakap benda yang sama tapi malam tu dia massage aku, dia minta aku jangan rapat sanagt dengan dia lagi. Aku tak sangka dia sanggup cakap macam tu pada aku." 

"Sabarlah Nia. Mestia da sebab dia buat macam tu. Kita je tak tau kenapa. Mungkin baik untuk kau dan baik untuk diri dia. Dia berhak pilih sesiapa pun untuk dia jadikan kawan. Kau kena terima hakikat tu. dia bukan hak kau. Sorry Nia. Aku hanya mahu kau sedar hakikat tu." Mengalir titis jernih di pipi Rania. Pantas disekanya. Farhana memeluk sahabatnya itu. Semoga Rania tidak kalah pada perasaannya pada lelaki bernama Ariel Akmal.

                                                               ***************

"Tamai!! Tamai!!" Farhana berlari-lari mencari Ariel Akmal. Air matanya tidak mahu berhenti dari mengalir. Dia sedar ada yang memandang pelik ke arahnya tapi tidak dihiraukan. Ariel Akmal lebih penting sekarang. Hampir seluruh pelusuk college dicarinya akhirnya dia menjumpai lelaki itu di Library.

Farhana terus menarik tangan Ariel Akmal mengikuti tiap langkahnya. Soalan Ariel Akmal tidak mampu dijawab. Biarlah Ariel Akmal tahu sendiri apa yang telah terjadi. Farhana terus memandu walaupun dia tahu Ariel Akmal bengang dengan sikapnya. Dia rela andai lelaki itu mahu memaki hamunnya. Dia tidak kisah. Yang penting mereka cepat sampai ke destinasi.

Kancil merah milik Farhana berhenti betul-betul di hadapan Subang Jaya Medical Centre. Ariel Akmal semakin tidak mengerti. Dituruti juga derap langkah Farhana yang semakin laju. Apabila mereka sampai di depan pintu sebuah wad, Ariel Akmal turut terkaku. Tidak percaya apa yang dilihatnya.

"Fana, cakap pada aku yang itu bukan Rania." Ujar Ariel Akmal lemah.

"Pergilah Tamai. Aku yakin dia perlukan kau. Mungkin banyak yang kau nak katakan pada dia. Dia critical. Inilah peluang kau Tamai. Aku izinkan. Pergilah."

Ariel Akmal melangkah lesu. Sukar untuk dia percaya apa yang sedang dilihatnya. Gadis yang periang suatu masa dulu kini kaku. Dia mendekati Rania yang masih tidak sedarkan diri. Pilu hatinya melihat keadaan gadis yang amat dicintainya berselirat dengan wayar-wayar bantuan pernafasan. Digenggam tangan Rania dan dikucupnya. Dingin. Air mata lelaki yang cuba ditahan sedari tadi jatuh jua. Direnung wajah pucat Rania. Disentuh satu persatu dengan jemari kasarnya. Mata, hidung dan bibir. Diusap pipi kaku itu lembut. Bermacam-macam kenangan antara dia dan Rania terlayar di ingatannya. Dia menyesal melukai gadis itu. 

"Rania sayang. Bangunlah. Tamai datang ni. Buka mata sayang." Ujar Ariel Akmal sekan merayu.

"Nia, Tamai minta maaf. Tamai tau Tamai dah buat salah pada Nia. Tamai dah banyak lukakan hati Nia. Tamai cintakan Nia. Tamai tau Nia juga cintakan Tamai. Bangunlah sayang. Sedarlah. Tamai janji Tamai akan hargai Nia. Tamai tak akan lukakan hati Nia lagi." Ariel Akmal terus-terusan merayu dan berjanji.

                                                              ******************

Sudah berminggu-minggu Rania dirawat tetapi masih tiada perubahan positif. Ariel Akmal tidak putus-putus berdoa. Dia jugalah yang menjaga dan menemani Rania. Dia tidak mahu terlepas walau sesaat pun masa bersama gadis itu walaupun dia tahu Rania tidak sedar yang dia menemani.

"Macam mana? Ada perubahan positif tak?" Farhana menyoal. Dia juga sudah tidak sanggup melihat keadaan Rania.

Ariel Akmal hanya menggeleng. Lemah dirasakannya. Moga-moga Allah memanjangkan usia Rania. Akan dijaga gadis itu andai gadis itu sihat semula.

"Sabarlah Tamai. Ini ujian dari NYA. Aku lagi sayangkan Nia. Tapi aku redha. Kau pun mesti redha andai usia Nia tak panjang. Kita hanya merancang. Segala-galanya ketentuan Dia. Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Itu perjanjian Allah. Yang hidup pasti akan menemui ajal. Aku dan kau juga akan mati tapi kita tak tau bila ajal kita sampai." Kata-kata Farhana meresap jauh ke lubuk hati lelaki itu. Benar kata-kata Farhana. Dia wajib redhai ketentuan Tuhan.

"Kalau benar umur Nia tak panjang, aku redha jika Allah ambil balik Rania. aku tak sanggup tengok dia tersiksa macam ni Fana. Sedih hati aku ni. Aku terkilan sebab aku tak sempat bagitau pada dia yang aku cintakan dia. Dia gadis pertama dalam hati aku Fana." Ariel Akmal mengalirkan air mata. Dikucup jari kaku Rania berulang kali. Farhana memegang bahu Ariel Akmal memahami kesedihan temannya itu. farhana keluar untuk memberi ruang pada Ariel Akmal. Selebihnya, dia masih tidak kuat melihat keadaan Rania. Dia turut rasa tersiksa. Nia, aku rindukan kau. Rintih Farhana.

                                                            *********************

Setelah hampir tiga bulan Rania berperang dengan maut, akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ramai yang meghadiri pengkebumian Rania. Nisan batu tertulis nama Rania Raisya bt Rahim Arfan tegak berdiri di pusara. Ariel Akmal menyiram air mawar pada pusara gadis kecintaanya. Tiada lagi gelak tawa, gurau mesra dan kata-kata menghiburkan dari Rania selepas ini. Yang ada hanyalah kenangan. Sebak hatinya mengingati kelincahan gadis itu. Mengingati detik-detik perkenalan mereka sehinggalah Rania berada di ambang maut. Kini, tiada erti lagi dia mengatakan cintanya pada Rania kerana Rania telah tiada. 

Tiada lagi ertinya pengucapan,
Andai akhir nafas di hujung helaan,
Sebelum mata rapat terpejam,
Usah biar kehilangan menggantikan,
Lafaz yang tersimpan.


Untaian Cinta : Aimuni Marjono

No comments:

Post a Comment