First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Thursday, 30 May 2013

FIKRAH PERTUNANGAN

FIKRAH PERTUNANGAN

Assalamu'alaikum sedara sedari cikebom cikebom..

Dah lama rasanya tak mengupdate blog ni. Dah naik bersawang. 

Untuk post kali ni saya nak menghujah, mengteori dan memberi pendapat dan sedikit tausiyah pena berkenaan pertunangan. Memandangkan sekarang ni ramai yang sudah mengikat tali pertunangan, suka untuk saya memberi sedikit pandangan agar dapat di praktikkan dan diguna pakai untuk menjaga ikhtilat sepanjang proses pertunangan.

DEFINISI PERTUNANGAN..

Pertunangan dalam Islam bererti kesepakatan peribadi dengan maksud untuk menikah antara lelaki muslim yang sesuai dengan perempuan muslim melalui walinya.

APAKAH YANG DIFAHAMI TENTANG PERTUNANGAN?

Pertunangan ini bukanlah seperti nikah di mana kita perlu beritahu semua orang tentang pertunangan ini. Bila berlakunya pertunangan, ia bukannya berlaku perubahan yg besar dalam hidup kita. Aktiviti seharian masih berjalan seperti biasa, cuma dah bertunang. Pasangan tunang masih lagi bukan mahram. Masih ada batas yang perlu dijaga. Masih ada aurat yang perlu dipelihara. So tak perlu nak hebohkan pertunangan. Sepatutnya, majlis pertunangan dibuat secara kecil-kecilan, bukan besar-besaran sampai mewajibkan ada pelamin tunang, mak andam, make up tebal-tebal,dan paling sedih sekali bila orang lelaki yang bertunang diwajibkan datang lepas majlis berpakaian baju melayu untuk bergambar bersama pasangan tunang.

Itu bukan garis dan panduan dalam Islam.

Cukuplah majlis pertunangan berlangsung secara sederhana. Tanpa pelamin, baju-baju bertunang, make up la bagai, hantaran berdulang-dulang. TAK PERLU. Cukuplah sekadar majlis antara dua keluarga. Keluarga kita dan keluarga dia. Sarung cincin tanda oleh ibu sidia. Cukup. Dia pun tidak perlu datang. Tak perlu tunjuk muka pun. Cukuplah dia tahu dari keluarganya yang lamarannya diterima dan cincin juga telah pun disarungkan. 

Apakah yang perlu dibanggakan dengan ikatan pertunangan? Masih belum boleh berkongsi kasih. Masih belum boleh tinggal sebumbung. Masih belum boleh bersentuhan kulit. Masih belum boleh! Semuanya masih perlu dijaga. 

HUKUM BERTUNANG

Hukum bertunang menurut Mazhab Syafie adalah SUNAT.
 
Pada kaca mata saya sendiri, ibadah sunat tidak perlu dihebohkan. Ianya perlu dirahsiakan untuk memperoleh keberkatan.


KENAPA DIRAHSIAKAN PERTUNANGAN?

"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan."

(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."

Tidak saya nafikan, apabila masuk saja ke alam pertunangan, harapan setiap pasangan adalah biarlah pertunangan berakhir dengan pernikahan. Akan tetapi, kita jangan lupa Takdir Allah. Mana tahu Allah menguji dengan menarik kembali rasa cinta dari hati pasangan yang bertunang, lalu terputuslah ikatan yang telah pun dihebahkan dulu. Pasti waktu itu, tekanan yang dihadapi sangat tinggi. Malu apatah lagi. Sudahlah semu orang tahu, terpaksa pula mengembalikan cincin yang telah tersarung dijari. Keluarga apatah lagi. 

Sebab itu, Islam menggariskan panduan untuk merahsiakan pertunangan. Apa saja yang Islam gariskan adalah hikmah untuk menjaga keaiban. Usahlah terlalu berbangga dengan yang namanya pertunangan.

Maaf andai ada yang terasa. Sekadar picisan insan biasa. Agar tiada aib yang terbuka. Agar kemuliaan Islam tetap terpelihara. Walau sekadar isu pertunangan semata.

Tulusly,
Aimuni Marjono

1 comment: