Fateh merenung di kejauhan. Sejadah di hadapannya masih
setia terhampar. Ada airmata yang tidak jemu menemaninya. Sungguh saat ini dia
lemah. Berkali-kali nama Allah membasahi bibirnya. Tiada lain yang dia harapkan
selain sebuah pengampunan dan keredhaan. Dia sujud kembali. Untuk kesekian
kalinya, ada esakan kecil yang kedengaran.
‘Ya Allah, sungguh ujian ini berat untukku. Engkau
ampunkanlah aku. Redhakan aku dengan semua ketentuan dan ketetapanMU.’
Fateh bangun dari sujud. Duduk kembali. Terimbau kejadian
yang menjadi asbab dia menjadi terlalu lemah. Dia tidak menyangka, tunangnya
yang selama ini dirasakan setia, ditangkap kerana disyaki terlibat dengan kes
khalwat. Luluh hatinya apabila dia menerima panggilan daripada pejabat JAIS
petang tadi.
*Mengimbau Kejadian*
Selepas mendapat panggilan daripada Jabatan Agama Islam
Selangor, Fateh bergegas keluar. Dalam hatinya pelbagai perasaan. Sedih,
kecewa, marah silih berganti. Malu tidak usah diperkatakan. Malu kepada Khaliq
lebih lagi. Fateh meraup mukanya. Sesekali dia menanggalkan kopiah putih yang
tersarung kemas di ata kepalanya. Memang sebegitulah imejnya sebagai seorang
ustaz.
Dari kejauhan, dia sudah Nampak sesusuk tubuh Nadia,
gadis yang telah menghancurkan hatinya. Kelihatan juga mama dan papa Nadia.
Fateh terus mendapatkan bakal keluarga mentuanya. Bakal? Dia tidak pasti samada
harus atau tidak dia meneruskan hubungan pertunangan mereka. Sampai hati Nadia.
“Uncle,”
Fateh menghulurkan tangannya untuk bersalam. Papa Nadia memeluk tubuhnya kuat
sehingga dia terasa kelemasan. Ada air jernih di kelopak redup mata tua itu.
Mama Nadia juga. Fateh yakin, mereka juga kesal dengan perbuatan anak mereka
yang telah menconteng arang ke muka keduanya. Fateh menghampiri Nadia. Nadia
yang masih dengan jeans dan tshirt pendeknya hanya menunduk. Malu untuk
mengangkat muka.
“Nadia,
cerita pada Fateh apa yang telah berlaku?” Tutur Fateh lembut. Walau dia kesal
dengan berita yang akan menggoyahkan hubungan pertunangan mereka namun, Fateh
masih ada Iman. Dia masih punya sabar.
Hanya
kedengaran tangis kecil Nadia. Dia sedar, dia telah melukakan hati lelaki di
hadapannya ini. Yang sekian lama setia kepadanya. Nadia malu untuk bertentang
mata.
“Apa
yang Fateh dengar tu tak betulkan?” Sekali lagi Fateh bertanya. Sabar menunggu
reaksi Nadia.
“Say
something please. Nadia tak buat semua tu kan?” Fateh masih berusaha untuk
tahu. Hatinya kini bagaikan digoncang hebat. Kenapa Nadia enggan menjawab.
Apakah dalam kes ini pun, diam tanda setuju?
“Maafkan
Nadia Fateh. Maafkan Nadia.” Ucapan maaf itu saja sudah cukup untuk memberi
jawapan kepada kerisauannya. Fateh meraup mukanya. Puas ditahan airmata agar
tidak mengalir di hadapan wanita itu tetapi dia gagal. Hatinya rapuh saat ini.
Hanya untuk beberapa bulan saja lagi mereka bakal disatuka. Beberapa bulan
saja.
“Tapi
kenapa Nadia?” Fateh bersuara lemah. Terasa berat dadanya.
“Nadia
minta maaf.” Itu saja yang mampu Nadia ungkapkan. Hanya ungkapan maaf.
“Nadia,
bukan semua benda boleh selesai dengan ucapan maaf. Kemaafan still tak mampu
ubah apa yang telah jadi. Sekadar boleh menyejukkan hati. Kenapa Nadia sanggup
malukan mama dan papa Nadia? Kenapa Nadia? Fateh kesal dengan sikap Nadia.
Sekalipun Nadia tidak pernah menganggap Fateh seperti tunangan Nadia, Nadia
kena ingat, Nadia masih ada orang tua yang wajib dijaga aib mereka,” Fateh
meluahkan kekesalan. Dia sedar selama ini, pertunangan mereka tidak memberi
apa-apa erti buat seorang Nadia namun dia akui, dia sudah mula belajar untuk mencintai
Nadia. Walaupun pertunangan mereka hanyalah sekadar untuk membalas budi
keluarga Nadia tetapi dia akur dengan kehendak takdir.
“Nadia
tahu Nadia salah. Nadia sanggup kalau Fateh mahu leraikan pertunangan ini.”
Nadia mengalah. Inilah yang pernah dia harapkan. Memutuskan hubungan
pertunangan dengan seorang lelaki warak yang tidak pernah dia cintai. Selama
ini sekalipun dia tidak pernah menghormati Fateh sebagai tunangannya. Malah dia
terus-terusan menyakiti hati Fateh. Sekalipun lelaki itu tidak pernah kalah
dengan semua helahnya.
“Mudahnya.
Hubungan pertunangan kita memang boleh putus Nadia. Tapi majlis kita hanya
tinggal beberapa bulan saja. Persiapan hampir siap. Nadia sanggup memalukan
orang tua Nadia dengan pernikahan tak jadi kita?” Fateh mahu menguji tahap
kesanggupan Nadia. Malahan tahap pengornbanannya turut diuji.
“Nadia
sanggup.” Tegas Nadia. Fateh bungkam mendengar jawapan dari Nadia. Hatinya
seperti dicarik-carik. Dia meninggalkan Nadia dengan sejuta rasa kecewa.
Fateh menuju ke sebuah masjid. Dia situlah dia mencari
ketenangan. Usai maghrib dan isya’ secara berjemaah, Fateh masih tidak
berganjak. Apakah ini adalah kaffarah dosanya kerana meninggalkan Ustazah
Hannah kerana dia bersetuju untuk mengikat tali pertunangan dengan Nadia atas
alasan balas budi?
Masih terbayang di kotak minda ketenangan wajah Ustazah
Hannah saat dia terpaksa membatalkan niat untuk menikahi gadis borneo itu.
Bukan dia tidak sayang, Usazah Hannah punya semua kriteria isteri yang dia
inginkan. Namun tiada siapa boleh menduga takdir Tuhan. Dia akur dengan
pertunangan yang asasnya bukan dari kerelaan. Hanya sebuah paksaan hati atas
nama budi.
Kini, hampir 2 tahun dia tidak mendengar khabar gadis
borneo itu. Apakah kelukaan hatinya sudah sembuh dimakan waktu?
Fateh membetulkan silanya. Terasa lenguh kaki kerana
terlalu lama duduk. Namun lenguh kaki itu tidak mampu untuk menandingi rasa
sakit kerana ulah seorang tunang. Di atas hamparan sejadah itu, dia mengadu
pada Yang Satu. Dia benar-benar buntu. Apakah seharusnya dia meneruskan
pertunangan mereka atau melepaskan saja Nadia untuk bersama dengan lelaki yang
dicintainya. Ada hati yang perlu dijaga. Allahu Allah.
*Majlis Pernikahan*
Fateh nekad. Selepas dari peristiwa yang merobek hatinya
itu, demi maruah keluarga, dia rela meneruskan majlis pernikahan antara dia
dengan Nadia.
Fateh tidak mampu melelapkan matanya sehinggalah
kedengaran sayupan azan subuh. Hari ini, dia bakal disatukan dengan Nadia. Baik
buruk Nadia selepas dari ijab dan qabul nanti adalah atas didikan dan
bimbingannya. Dia mahu jadi imam yang baik buat Nadia. Walaupun dia tahu, Nadia
masih belum mampu untuk menerima dirinya, dia akan berusaha untuk memberi
kebahagiaan kepada bakal isterinya itu. Tuhan itu Maha Mengerti. Dia yakin
janji Allah.
Nadia lari.
Itulah antara SMS yang diterima Fateh ketika dia sedang
bersiap-siap untuk ke majlis akad nikahnya. Sekali lagi Nadia membuat onar.
Allah. Apakah tidak layak untuk aku merasa tenang dan bahagia? Fateh cuba untuk
tenang. Dari awal lagi sudah dia jangkakan akan berlaku sebegini. Apakah salah
dia kerana tidak meleraikan saja pertunangan mereka dulu?
Fateh beristighfar. Cuba untuk menahan rasa. Terasa sesak
di dada. Nadia .. Nadia.. Fateh terus ke rumah Nadia tanpa pamitan.
Sesampainya di rumah Nadia..
“Fateh,
uncle minta maaf. Uncle sendiri tak sangka Nadia sanggup lakukan begini pada
kami.”
“Bukan
salah uncle dan auntie. Salah Fateh. Kita batalkan saja majlis ni uncle.” Fateh
membuat keputusan. Dia malu.
“Tidak
Fateh. Majlis tetap akan dilangsungkan.” Papa Nadia memutuskan.
Fateh bingung. Diteruskan? Allahuakhbar. Tanpa pengantin
perempuan?
Seakan mengerti apa yang bermain di minda anak muda itu,
Papa Nadia menyambung kata.
“Ya,
majlis tetap dilangsungkan. Uncle dan semua sudah sebulat suara untuk menyatukan
Fateh dengan anak uncle tapi anak tiri auntie. Sebenarnya uncle pernah
berkahwin sebelum uncle berkahwin dengan auntie dulu. Tetapi jodoh kami tak
panjang. Allah telah menjemput Auntie Lina untuk bertemuNya.” Drama apakah ini?
Fateh masih tidak mengerti. Dia cuba untuk mencerna setiap satu kata yang
keluar dari mulut Papa Nadia tetapi dia gagal. Dia culas kali ini.
Dia akur untuk kali yang ketiganya. Dia letakkan semuanya
kepada Allah. Apa pun, dia berharap gadis yang bakal dinikahinya ini adalah
jodoh yang terbaik buatnya.
Nurul Hannah bt Ahmad?
Fateh kaget. Benarkah nama yang ditulis di dalam borang
nikah ini adalah Hannah yang pernah dia cintai suatu masa dulu?
Dalam kegugupan melafazkan ijab dan Kabul, Fateh kini
menjadi seorang suami buat seorang suri. Dia merapati isterinya. Dengan lafaz
bismillah, niqab isterinya dibuka. Benar sangkaannya. Fateh menyarungkan cincin
pada jari isterinya. Dia gembira. Inilah nikmat Allah setelah pelbagai ujian
dihadiahkan kepadanya.
Kini Hannah adalah pendamping hidupnya. Fateh memanjatkan
rasa syukur. Benarlah, cinta yang suci akan terhijab sebelum tiba masa yang
dijanjikan DIA. Fateh dan Hannah bersatu dalam dakapan cintaNya.
Idea Cerita - Aimuni Marjono
No comments:
Post a Comment