Cinta Pertama...
"Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama.."
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama.."
Sememangnya fitrah kejadian manusia yang telah Allah tetapkan lelaki pasangannya wanita dan wanita pasangannya lelaki. Tiada siapa yang boleh mengubah hakikat kejadian yang Allah aturkan. Seadil-adilnya Allah meletakkan hak masing-masing dalam mengurus hati. Pandai kita mengolah hati, terdidiklah sifat mencintai kerana Si Pencinta Hakiki. Tapi andai kita hanya pandai mengulah hati, maka terbinalah cinta berpaksikan cinta duniawi.
Hakikatnya, sy juga sedang mengalami cinta pertama. Kerana Allah yang menggerakkan hati sy untuk memilih dia maka sy kuatkan rasa cinta ini atas cinta sy kepada Yang Hakiki. Itu lebih utama. Sy yakin, DIA mendengar setiap luahan dan isi hati sy. Bukankah Allah itu sifatnya Maha Mendengar? Sy tidak mahu tertipu hanya kerana sy melihat karakternya yg sgt2 dekat pada jiwa sy. Dia juga manusia seperti sy. Biarlah Allah yang mengatur segalanya. Andai sudah tertulis sememangnya dia untuk sy, pasti dia tetap juga untuk sy. Tetapi andai ini hanya mainan hati dan dia bukan tercipta bersama sy, redhalah yg sy perlukan. Sy yakin pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Saya Memilih Jadi Yang Terakhir...
Realitinya, sy sedar siapa sy untuk berdampingan dengan dia. Hanya luahan rasa tanpa bicara. Hanya laman twitter untuk sy melihat apa aktiviti dan luahan hariannya. Sy mahu jadi yg terakhir untuknya kerana sudah terlewat untuk sy jadi yang pertama. Mungkin dia juga pernah lalui kisah sedih dan berhadapan dengan kegagalan cinta dan kerana itu, cukuplah kiranya sy berjaya jadi yang terakhir untuknya. Bukan mudah untuk mencintai dalam hati kerana cinta itu terkadang sifatnya harus berterus terang. Tetapi, sy suka cara ini. Sy yakin dengan Allah. Jika sy terus berdoa dan mengharap, DIA tidak akan pernah mengecewakan. Pasti Allah juga akan turut menggerakkan hatinya seperti hati sy tergerak untuknya. Bukankan Allah itu pemegang hati kita? Kuncinya iman kita.
Apabila Hati Rindu Menikah...
Kerana nikah yang akan menyempurnakan, maka rindulah untuk bernikah. Tanyalah pada semua wanita, siapa yang tidak mahu disambungkan dgn ikatan pernikahan? Tentu semuanya mahukan ikatan pernikahan. Sy juga mahukan. Tetapi untuk bernikah, bukan semudah ABC. Masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Mental, fizikal dan segala aspek. Belum masanya lagi untuk Allah izinkan sy melalui pengalaman pernikahan. Dalam meniti hidup berumah tangga, sy memilih untuk mencari dia yang beragama. Ini kerana sy belum cukup ilmu agama untuk mendidik 'permata hati' andai Allah kurniakan rezeki. Sy mahu dia bersama-sama sy membentuk sahsiah si bintang hati. Dan kerana itu sy pilih dia untuk terus sy pinta padaNya dalam bait doa sy. Dia milik Allah dan sy harus memintanya juga dari Allah. :)
Hati Merindu : Aimuni Marjono
No comments:
Post a Comment