First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Thursday, 20 June 2013

Di As-Sofa Tarbiyah Bermula

Assalamu'alaikum..

Hampir dua minggu saya bergelar mahasiswi As-Sofa. Bermakna dua minggu itu juga saya telah menjadi sebahagian keluarga As-Sofa. Tidak dapat digambar dengan perasaan bagaimana rasa keterujaan yang Allah kurniakan kepada saya. Indahnya nikmat mahabbah yang saya perolehi di sini. Terlalu banyak precious moment sejak dari mula saya menjejakkan kaki di bumi bertuah ini. 

Siapa kata. bumi serambi mekah itu hanya ada di Kelantan? Siapa kata Universiti Al-Azhar itu hanya terdapat di Mesir?

Dulu, saya pernah berfikir sedemikian. Tetapi. sejak saya melangkah masuk ke gerbang As-Sofa, satu persatu sejarah, misi dan visi As-Sofa saya ketahui. Rasanya tidak terlalu melampau jika saya mengatakan, As-Sofa juga layak digelar Bumi Serambi Mekah. Ini kerana, kami terdidik dengan adab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Terdidik dengan mujahadah dan mehnah. Sedikit demi sedikit peradaban tersebut diterap dan diserap ke dalam diri dan hati kami.

Di As-Sofa. kami juga belajar apa yang dipelajari oleh pelajar-pelajar Al-Azhar, Mesir. Sanad. tarikat dan sebagainya. Saya yakin. IPTA mahupun IPTS lain di Malaysia ini tidak menekankan peri pentingnya hubungan bersama ulama' terutama ulama' dunia. Sedangkan, perhubungan inilah yang sebenarnya lebih mendekatkan diri kita kepada Rasulullah.

Percaya atau tidak, As-Sofa adalah satu-satunya kolej yang kerap memperdengarkan alunan qasidah. Berbeza dengan IPTA/IPTS lain, lagu-lagu lagha menjadi pilihan. Alhamdulillah, saya dipilih Allah untuk bersama-sama ahli ilmu menuju satu matlamat dan cita-cita demi ukhrawi.

Pernah terlintas di fikiran saya sewaktu saya sedang membuat pemilihan sama ada mahu ke As-Sofa ataupun KIAS. Istikharah cinta menjadi pilihan. Allah telah membantu saya membuat keputusan walaupun hati saya lebih terarah kepada KIAS. Pelbagai persoalan bermain di benak saya. 

"Betulkah keputusan yang saya buat?"

"Baguskah kolej As-Sofa ni."

"Betulkah pembawakan mereka?"

Terlalu banyak. Mungkin juga ianya hanya mainan syaitan untuk membuat hati saya berbelah bagi. Namun, saya ikut aliran takdir apabila dalam istikharah, Allah menunjukkan saya seharusnya berada di As-Sofa. Apa yang jadi selepas saya membuat keputusan itu, tawakkaltu 'alallah saja. Allah tahu mana yang terbaik untuk hambaNya. 

Tetapi, selepas saya masuk ke As-Sofa, bermulanya sebuah episod cinta saya. Walaupun tidak saya nafikan, sepanjang Minggu Haluan Siswa saya berasa teramat penat dan letih, bahkan terkadang timbul rungutan dengan layanan super kids yang kami terima, lama kelamaan, saya sudah terbiasa. Ini adalah cara terbaik untuk bermujahadah dalam menuntut ilmu Allah. Makanya, timbul rasa redha. 

Dan saat yang paling membahagiakan saya, bahkan saya tidak pernah termimpi dan terimpi untuk bertemu dengan ulama'-ulama' dunia. Bukan bertemu sekadar dalam kaca video tetapi bertemu di depan mata. subhanallah. Inilah kemanisan apabila berada di bumi As-Sofa. Tidak semua pelajar dan manusia yang Allah beri peluang seperti ini. Bertemu PEWARIS NABI.

Kini saya sedar, apa yang dibawa oleh As-Sofa merupakan satu tarbiyyah untuk menjadikan kami seorang ulama'. Kami bukan datang dari background yang sama. Bahkan berbeza-beza. Tetapi di sinilah mahabbah kami terjalin. Di sinilah ukhuwwah kami terpatri atas ikatan aqidah. Di sinilah!

Ya Allah, terima kasih kerana KAU telah mempertemukan aku dengan pusat tarbiyyah ilmu yang dikelilingi beratus jiwa ummat yang turut berpadu dan bersatu untuk menggapai redhaMU.


Bumi As-Sofa..

Seindah nama,
Pusat tarbiyyah jiwa,
Mendekatkan kepada Allah dan rasulNya,
Kolej Islam As-sofa,
Di sini bermula sebuah rentetan cinta.

Di tanah itu kami berpijak,
Mencari sisipan ilmu Tuhan,
Bergurukan seorang ulama',
Para murabbi pilihan Tuhan,
Menyebarkan dakwah,
Demi melahirkan kecintaan ummah,
Kepada Allah dan Rasulullah.

Di sini..
Kami dididik dengan adab,
Kami dididik dengan akhlak,
Kami dididik dengan khidmat,
Agar kami mampu menjadi muslim terhebat.

Ukhuwwah kami,
Cukup indah,
Hati kami terpaut dengan mahabbah,
Kasih kami tertaut atas mardhatillah,
Cinta kami kerana cintaNya,
Lalu kami duduk membentuk halaqah,
Agar kami tetap bersama di Jannah.

Alunan qasidah, bacaan kitab menjadi makanan ruhaniah,
Tausiyyah menjadi santapan jiwa ummah,
Syukur, kami insan pilihan Allah,
Untuk bersama mengorak langkah,
Menjadi seorang mukmin mukminah.




Pelajar KIS : Aimuni Marjono

Thursday, 30 May 2013

FIKRAH PERTUNANGAN

FIKRAH PERTUNANGAN

Assalamu'alaikum sedara sedari cikebom cikebom..

Dah lama rasanya tak mengupdate blog ni. Dah naik bersawang. 

Untuk post kali ni saya nak menghujah, mengteori dan memberi pendapat dan sedikit tausiyah pena berkenaan pertunangan. Memandangkan sekarang ni ramai yang sudah mengikat tali pertunangan, suka untuk saya memberi sedikit pandangan agar dapat di praktikkan dan diguna pakai untuk menjaga ikhtilat sepanjang proses pertunangan.

DEFINISI PERTUNANGAN..

Pertunangan dalam Islam bererti kesepakatan peribadi dengan maksud untuk menikah antara lelaki muslim yang sesuai dengan perempuan muslim melalui walinya.

APAKAH YANG DIFAHAMI TENTANG PERTUNANGAN?

Pertunangan ini bukanlah seperti nikah di mana kita perlu beritahu semua orang tentang pertunangan ini. Bila berlakunya pertunangan, ia bukannya berlaku perubahan yg besar dalam hidup kita. Aktiviti seharian masih berjalan seperti biasa, cuma dah bertunang. Pasangan tunang masih lagi bukan mahram. Masih ada batas yang perlu dijaga. Masih ada aurat yang perlu dipelihara. So tak perlu nak hebohkan pertunangan. Sepatutnya, majlis pertunangan dibuat secara kecil-kecilan, bukan besar-besaran sampai mewajibkan ada pelamin tunang, mak andam, make up tebal-tebal,dan paling sedih sekali bila orang lelaki yang bertunang diwajibkan datang lepas majlis berpakaian baju melayu untuk bergambar bersama pasangan tunang.

Itu bukan garis dan panduan dalam Islam.

Cukuplah majlis pertunangan berlangsung secara sederhana. Tanpa pelamin, baju-baju bertunang, make up la bagai, hantaran berdulang-dulang. TAK PERLU. Cukuplah sekadar majlis antara dua keluarga. Keluarga kita dan keluarga dia. Sarung cincin tanda oleh ibu sidia. Cukup. Dia pun tidak perlu datang. Tak perlu tunjuk muka pun. Cukuplah dia tahu dari keluarganya yang lamarannya diterima dan cincin juga telah pun disarungkan. 

Apakah yang perlu dibanggakan dengan ikatan pertunangan? Masih belum boleh berkongsi kasih. Masih belum boleh tinggal sebumbung. Masih belum boleh bersentuhan kulit. Masih belum boleh! Semuanya masih perlu dijaga. 

HUKUM BERTUNANG

Hukum bertunang menurut Mazhab Syafie adalah SUNAT.
 
Pada kaca mata saya sendiri, ibadah sunat tidak perlu dihebohkan. Ianya perlu dirahsiakan untuk memperoleh keberkatan.


KENAPA DIRAHSIAKAN PERTUNANGAN?

"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan."

(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."

Tidak saya nafikan, apabila masuk saja ke alam pertunangan, harapan setiap pasangan adalah biarlah pertunangan berakhir dengan pernikahan. Akan tetapi, kita jangan lupa Takdir Allah. Mana tahu Allah menguji dengan menarik kembali rasa cinta dari hati pasangan yang bertunang, lalu terputuslah ikatan yang telah pun dihebahkan dulu. Pasti waktu itu, tekanan yang dihadapi sangat tinggi. Malu apatah lagi. Sudahlah semu orang tahu, terpaksa pula mengembalikan cincin yang telah tersarung dijari. Keluarga apatah lagi. 

Sebab itu, Islam menggariskan panduan untuk merahsiakan pertunangan. Apa saja yang Islam gariskan adalah hikmah untuk menjaga keaiban. Usahlah terlalu berbangga dengan yang namanya pertunangan.

Maaf andai ada yang terasa. Sekadar picisan insan biasa. Agar tiada aib yang terbuka. Agar kemuliaan Islam tetap terpelihara. Walau sekadar isu pertunangan semata.

Tulusly,
Aimuni Marjono

Thursday, 14 February 2013

Muhammad Syabil Aiman - My Beloved

Alhamdulillah, syukur. Pada 11 Mac 2013 yang baru berlalu, saya telah mendapat seorang anak buah yang diberi nama Muhammad Syabil Aiman b Mohd Irwan. Anak ini adalah hasil perkongsian hidup kakak sulung saya, Siti Aminah Marjono dan suaminya Mohd Irwan Ishak setelah setahun menanti. Syabil Aiman merupakan anak buah sulung dalam family saya dan merupakan cucu sulung buat ibu dan arwah ayah saya.

Kehadiran Syabil Aiman sememangnya di nanti oleh seisi keluarga. Dialah yang pertama dan akan menjadi kesayangan. Syabil Aiman dilahirkan secara normal dengan berat 2.4 kg, pada waktu Dhuha dan hari isnin sama seperti hari kelahiran Nabi Muhammad. Kalau tak silap, Syabil Aiman dilahirkan di Hospital Kluang, Johor.

Muhammad Syabil Aiman b Mohd Irwan

Semoga kehadiran Muhammad Syabil Aiman mampu menggantikan kesunyian setelah pemergian arwah ayah. Ummi Mun doakan Syabil Aiman membesar menjadi pejuang agama dan pembela kepada agama Allah. Jadi anak yang soleh dan insan berguna kepada AddenNYA.

Puisi Buat Syabil..

Kehadiranmu sentiasa di nanti, 
Apabila berita kewujudanmu di dalam rahim, 
Seluruh keluarga merasa bahagia, 
Kerana kau kan menjadi yang pertama.. 

Muhammad Syabil Aiman, 
Nama diberi seindah rupa, 
Wajahmu persis arwah atuk tercinta, 
Kaulah kesayangan ayah bonda, 
Juga seisi famili turut mencinta.. 

Sayang..
Membesarlah sebagai perwira,
Membesarlah sebagai pejuang agama,
Membesarlah sebagai pencinta deenNya,
Membesarlah sebagai permata berharga,
Membesarlah sebagai anak yang berjasa,
Dan membesarlah sebagai insan berguna.. 

Rindu Syabil - Aimuni Marjono a.k.a Ummi Mun :)