Assalamu'alaikum WBT..
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk berkogsi rasa dan cerita yang mungkin berguna kepada semua pembaca. Sebelum saya meneruskan penulisan dan cerita hati saya, suka rasanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ukhti Nasyidfm kerana telah menganjurkan satu program ilmiah yang sangat mnemberi kesan dan impak positif kepada para peserta. Syukran Lillah.
Pada hari Ahad bersamaan 30 September 2012, saya telah mengikuti satu program ilmiah yang dianjurkan oleh Ukhti nasyidFm dan program tersebut telah diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC. Alhamdulillah kerana saya dipilih oleh Allah SWT untuk bersama-sama sahabat yang lain berkongsi dalam Rehlah Wardah ini. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.
Pertama kali bertemu, dalam hati saya terdetik, ramahnya mereka. Mudah untuk peserta-peserta mesra dengan exco-exco Ukhti Nasyidfm kerana sifat positif yang mereka tunjukkan. Mesra, ramah tamah dan ceria. Program bermula dengan bacaan doa kemudian diteruskan dengan sesi taaruf exco-exco kepada peserta-peserta. Kemudian, kami memulakan program Rehlah Wardah dengan satu game 'KAU DAN AKU BERBEZA'. Kami para peserta diminta melukis salah satu bentu yang kami suka sama ada bentuk Segi Tiga, Segi Empat, Bulat atau Ombak. Selepas kami melukis bentuk tersebut, kami diminta mencari 'partner' yang sama citarasa bentuk tanpa mengeluarkan satu suara pun. Setelah kami berjaya mengumpul geng yang sama cita rasa, kami diminta pula menulis satu daripada karakter yang ada dalam diri kami. Kemudia, sekali lagi kami diminta mencari group yang sama karakter dan diminta duduk di dalam group karakter. Setelah itu, MC membacakan sifat-sifat bentuk yang kami pilih. Sangat seronok!
Program kedua 'SAMA TAPI TAK SERUPA' juga tak kurang hebatnya. Kami diminta mencari group yang sama bulan kelahiran dan diminta menulis karakter kami dan boleh dibincangkan sesama ahli kumpulan. Setelah itu, kami diminta membacakan sifat-sifat yang ada dlam diri masing-masing. Pelbagai karakter yang wujud antara kami tapi kami still happy.
Waktu makan tiba! Alhamdulillah, dapat breakfirst ramai-ramai. Seronok sangat. Bercerita dengan santai dari hal biasa-biasa sampailah kepada topik rumahtangga. Perghhhhhh, hot topic. Pengalaman jumpa bakal suami dikongsi. Jangan tak tau, ada tauladan dalam cerita pengalaman tersebut. Bukan sekadar bercerita tapi ada input unuk kami juga. Tak kurang hebatnya yang bertanya tentang ISTIKHARAH. Specialnya bab munakahat ni. Hihi.
Selesai makan, kami sambung semula aktiviti dengan santai usrah. Tajuk menjadi pilihan exco adalah TAHARAH dan HATI-HATI DENGAN HATI. Dalam TAHARAH kami berbincang mengenai bersuci yang mana bersuci adalah satu perkara yang tersangat penting lebih-lebih lagi ketika mahu beribadat. Alhamdulillah, banyak ilmu yang dikongsikan. Sharing is Caring kan?
Topik inilah yang paling best sekali. HATI-HATI DENGAN HATI. Rasanya semua pun tahu masalah belia remaja kini. Bercinta dah jadi perkara rasmi. Dengan usrah santai macam ni, dapatlah kami lebih berhati-hati dalam memberi hati. Fikiran dan minda turut sama terbuka. Mungkin selepas ini antara kami akan lebih menjaga ikhtilat dengan lelaki yang bukan mahram. InsyaAllah.
Apa pun, program ini sangat memotivasikan diri kami. Perkenalan, persahabatan seperti inilah yang akan menjadi tunjang untuk lebih mencintai Allah. Sahabat Teman Syurgawi. InsyaAllah.
PUISI UNTUK MEREKA
Sejenak Pertemuan..
Sebuah Perkenalan..
Seikhlas Kemesraan..
Sejujur Persahabatan..
Bertemu dalam halaqah,
Bersatu dalam usrah,
Berkongsi dalam Rehlah Wardah,
Berpaut kasih kerana Allah..
Kau dan Aku Berbeza,
Membuka tirai ceria,
Tanpa suara kita mencari 'partner',
Yang sama berkongsi bentuk citarasa,
Subhanallah indahnya ukhuwah kita,
Bersama berkenalan mencipta cereka..
Juga Sama Tapi Tak Serupa,
Membentuk kumpulan bulan kelahiran,
Mencari identiti diri bersama kawan,
Bergelak ketawa merencah suasana,
MasyaAllah, pelbagai karakter rupanya kita..
Usrah bermula menambah pengetahuan,
Tajuk TAHARAH mula dibincangkan,
Pendapat dikongsi ilmu dipraktikkan,
Serius, ketawa, gurau senda penguat ikatan..
Hati-Hati Dengan Hati,
Topik hangat belia remaja masa kini,
Semakin hebat usrah ukhti,
Diskusi zina mata dan hati,
Juga tentang ikhtilat bersama ajnabi,
Semoga terhindar dari murka Ilahi..
Rehlah Wardah..
Mencoret kenangan, menyimpan impian,
Untuk menjadi muslimah impian,
Bukan pilihan manusia,
Tapi pilihan Yang Esa,
Bersama menuju mercu kasihNya,
InsyaAllah kita tetap bersahabat hingga ke JannahNya.
Sahabat Fillah Abadan Abada : Aimuni Marjono
Apabila jemari menari, Tercipta bait indah dari nurani, Bakal ditinggali apabila aku mati Dan ku pasti titipan ini akan ditatapi, Buat mereka yang terlalu bererti..
First Novel
Mujahadah Cinta
Monday, 1 October 2012
Wednesday, 26 September 2012
Tentang Penasyid Itu Suami Aku...
Assalamu'alaikum WBT...
Alhamdulillah Wa Syukurillah. Terima kasih Ya Allah atas ilham yang diberikan. Saya baru saja memuat turun novel bersiri pertama saya yang juga merupakan novel kedua dari saya. Novel pertama, Mujahadah Cinta, InsyaAllah akan bertemu anda selewat-lewatnya pada tahun ini. Doakan :)..
Tentang Penasyid Itu Suami Aku pula, sebenarnya saya mahu merahsiakan jalan cerita novel ini sehinggalah siap untuk sebuah novel. Tetapi atas nasihat dan dorongan dari adik-beradik dan sahabat-sahabat, saya jadikan novel ini sebagai novel bersiri dan memuat turunnya di dalam blog saya. Sebenarnya sudah agak lama juga saya mendapat ilham untuk tajuk ini kira-kira dua tahun lalu tetapi waktu itu, saya agak sibuk dengan kerjaya dan rutin harian. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk saya meneruskan usaha saya sebagai penulis. Syukur..Syukur..Syukur...
Agak sukar sebenarnya untuk saya menghayati dan menghidupkan watak dan perwatakan dalam Penasyid Itu Suami Aku. Berbeza dengan novel Mujahadah Cinta, saya jadikan perwatakan sahabat-sahabat saya dan insan sekeliling sebagai watak dan saya olah mengikut citarasa saya tetapi dalam Penasyid Itu Suami Aku, terus terang saya tiada pengalaman mencintai dan bercinta dengan lelaki bergelar penasyid. makanya, saya cuba mereka cipta sendiri perwatakan dalam novel ini.
Saya akan mengupdate novel ini dari masa ke semasa. InsyaAllah. Segala kekurangan tatabahasa, gaya bahasa atau terkurangnya jalan cerita, harap dimaafkan. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Sekian. Assalamu'alaikum.
Tinta Pena : Aimuni Marjono
Alhamdulillah Wa Syukurillah. Terima kasih Ya Allah atas ilham yang diberikan. Saya baru saja memuat turun novel bersiri pertama saya yang juga merupakan novel kedua dari saya. Novel pertama, Mujahadah Cinta, InsyaAllah akan bertemu anda selewat-lewatnya pada tahun ini. Doakan :)..
Tentang Penasyid Itu Suami Aku pula, sebenarnya saya mahu merahsiakan jalan cerita novel ini sehinggalah siap untuk sebuah novel. Tetapi atas nasihat dan dorongan dari adik-beradik dan sahabat-sahabat, saya jadikan novel ini sebagai novel bersiri dan memuat turunnya di dalam blog saya. Sebenarnya sudah agak lama juga saya mendapat ilham untuk tajuk ini kira-kira dua tahun lalu tetapi waktu itu, saya agak sibuk dengan kerjaya dan rutin harian. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk saya meneruskan usaha saya sebagai penulis. Syukur..Syukur..Syukur...
Agak sukar sebenarnya untuk saya menghayati dan menghidupkan watak dan perwatakan dalam Penasyid Itu Suami Aku. Berbeza dengan novel Mujahadah Cinta, saya jadikan perwatakan sahabat-sahabat saya dan insan sekeliling sebagai watak dan saya olah mengikut citarasa saya tetapi dalam Penasyid Itu Suami Aku, terus terang saya tiada pengalaman mencintai dan bercinta dengan lelaki bergelar penasyid. makanya, saya cuba mereka cipta sendiri perwatakan dalam novel ini.
Saya akan mengupdate novel ini dari masa ke semasa. InsyaAllah. Segala kekurangan tatabahasa, gaya bahasa atau terkurangnya jalan cerita, harap dimaafkan. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Sekian. Assalamu'alaikum.
Tinta Pena : Aimuni Marjono
Penasyid Itu Suami Aku (Novel Bersiri-Bab 1-Tajuk Keempat-TRAINING SESSION)
Training
Session
“Azriq,
Syuaib, lagu dah siap. Tinggal nak praktis je. Ade rapp sikit untuk
lagu pertama,” Hadi Hakim menerangkan. Mereka sedang menunggu
kehadiran Amjad.
“Rapp?
Betul ke? Alhamdulillah. Sukanya ana.” Benar telahan mereka. Syuaib
pasti teruja. Azriq senyum melihat gelagat Syuaib. Ikatan mereka
sudah seperti adik-beradik. Apa yang berlaku, dikongsi bersama.
Walaupun jarang bersua muka, melainkan mereka perlu mengadakan sesi
latihan untuk setiap lagu-lagu baru dan aktiviti FikrahIman namun
mereka selalu bertanya khabar.
“Amjad
tak balik kerja lagi?” Azriq bertanya.
“Belum.
Tadi dia BBM ana. Ada emergency case waktu dia nak balik tadi.
Terpaksa ambil case tu. Patient ramai. Firdaus tak boleh nak handle.”
Hadi Hakim menerangkan. Dalam empat mereka, Amjad yang paling bijak
dan paling sibuk. Kerjayanya sebagai seorang doktor menjadikan dia
milik masyarakat sepenuhnya. Namun begitu, dia tidak pernah
mengabaikan mukallafnya pada FikrahIman.
“Kesian
ana tengok Amjad tu. Setiap kali sesi latihan je mesti dia macam tak
bermaya. Tapi ana memang tabiklah pada dia. Bersungguh-sungguh bagi
komitmen pada FikrahIman. Kalau ana, pengsan dah tu. Alhamdulillah,
kerjaya ana hanya memerlukan khidmat ana sehingga jam 5 petang je,”
Syuaib meluahkan simpatinya. Kadang-kadang dia rasa kasihan pada
Amjad tapi, itulah mukallaf yang harus dipikulnya. Demi satu nyawa.
“Betul.
Ana pun memang respect pada Amjad tu. Bukan sikit komitmen yang dia
beri pada FikrahIman. Ana pun belum tentu dapat buat macam yang Amjad
buat,” Azriq pula meluahkan rasa kagumnya. Hadi Hakim membenarkan
kata-kata sahabatnya.
“Antara
hobi dan kerjaya. Keduanya penting pada Amjad.” Hadi Hakim
menoktahkan. Sedang mereka asyik melihat note lagu, Amjad tiba. Salam
Amjad bersambut. Kelihatan wajah lesu sahabat mereka. Hadi Hakim
menuju ke ruang dapur dan mengambilkan segelas air untuk Amjad. Amjad
menyambut huluran itu dan mengucapkan terima kasih.
“Enta
rehatlah dulu. Dua jam lagi kita start.” Azriq memutuskan. Tidak
sanggup rasanya melihat keletihan yang terpancar pada wajah
sahabatnya itu. Hadi Hakim dan Syuaib mengangguk setuju. Jasa Amjad
pada mereka juga cukup banyak. Kalau tidak kerana kepakaran Amjad
dalam bidang medic, sudah tentu Syuaib sudah tidak bersama mereka
lantaran kemalangan ngeri yang menimpa Syuaib dua tahun lalu selain
bantuan Allah.
“Eh,
tak apalah. Kesian antum dah tunggu ana. Nak delay lagi dua jam
memang melampau ana ni.” Begitulah sikap Amjad. Terlalu memikirkan
kawan-kawan sehingga penat sendiri diabaikan. Kami hanya mampu
menggeleng. Bertegas dengan cadangan kami.
“Mana
boleh. Ana yang lambat. Ni pun dah lewat tiga jam. Ana cuti esok. Ana
boleh je nak praktis,” Amjad masih berdegil. Dia tetap mahu
memulakan sesi latihan.
“No
no no. Enta rest dulu. Kami pergi belikan makanan untuk enta. Titik.”
Azriq bertegas. Mereka bertiga pantas keluar dari FikrahAkhi
Studio bagi memberi
ruang untuk Amjad berehat. Sudahnya Amjad hanya mengalah.
SELEPAS
DUA JAM…
“Boleh
kita mulakan sekarang?” Amjad yang sudah siap mandi, mengemaskan
diri, makan dan kelihatan segar tidak sabar-sabar untuk memulakan
sesi latihan. Mereka semua tersengih. Semangat seorang Amjad
sememangnya luar biasa.
“Semangat
betul Dr. Amjad kita.” Hadi Hakim berseloroh. Mereka ketawa.
“Mestilah
semangat. Lagu baru ni. Hahaha. Kalau lagu lama, lemau sikit.”
Amjad membalas. Tawa mereka memecah keheningan malam. Mereka
memulakan sesi latihan dengan bersungguh-sungguh. Sesekali diselangi
dengan gelak tawa.
Agung
CintaMU
Jauhku
melangkah pergi,
Saat
terasa tak lagi bererti,
Kelamnya
hati bersulam gelita,
Kerana
ditinggal hina..
Aku
terlena dalam duka,
Bertemankan
titis mutiara,
Lupa
aku mahu meminta,
Mengadu
pada Yang Esa...
(Chorus)
Agung
CintaMu Tuhan,
Menyuluh
sinar kehidupan,
Kudus
cintaMu Allah,
Memberiku
satu pengharapan...
(Rapp)
Teruslah
melangkah...
Menuju
Ilahi..
Teruslah
berjalan...
Mencari
Agung CintaNya...
Agung
CintaMu..
Allah
Yang Satu..
Lirik/Lagu
: Hadi Hakim Abd Aziz
Penuh
penghayatan mereka bernasyid. Tiada masalah bagi mereka kerana Hadi
Hakim sendiri merupakan composer untuk lagu itu. Hadi Hakim yang
sememangnya dianugerahkan Allah bakat dalam muzik yang sememangnya
menjadi minatnya sejak dulu walaupun dia merupakan graduate
jurusan Bachelor of
Mechanical Engineering.
“Alhamdulillah,
best muzik lagu ni. Ana suka.” Syuaib benar-banar teruja. Sentuhan
Hadi Hakim untuk lagu kali ini memang berbeza. Mereka semua berpuas
hati dan meneruskan sesi latihan sehingga masing-masing terasa
kantuk.
“Ana
rasa, muzik lagu ni dah bagus. Tahniah Hadi. Enta memang selalu
memuaskan hati kami dengan sentuhan muzik enta. Ana rasa muzik dalam
lagu ni tak berat dan mudah untuk diterima.” Amjad juga bersetuju.
Mereka sememangnya berpuas hati dengan alunan muzik lagu baru mereka.
“Alhamdulillah.
Terlalu awal untuk ana berpuas hati. Apa pun ana bersyukur kerana
antum boleh terima lagu ni. Hmmm, ada apa-apa penambahan tak untuk
mempersedapkan lagi lagu ni?” Hadi Hakim meminta pendapat ahli
FikrahIman
yang lain.
“Apa
kata kita slowkan sikit rapp.
Pernah dengar lagu Ku Damba RedhaMu tak?” Syuaib mula memberi
cadangan. Begitulah mereka. Sering berkongsi idea dan pendapat.
“Yang
mana eh?” Azriq bertanya.
“Lagu
kumpulan Devotees tu ke?” Azriq bertanya kembali sebelum sempat
Syuaib menjawab.
“Bagus
betul Azriq ni. Dia tanya, dia jawab. Haha.” Amjad bergurau. Azriq
tersengih-sengih. Memang dia terkenal dengan sikap sendiri tanya,
sendiri jawab.
“Sebab
tu kadang-kadang ana malas nak jawab soalan dia. Jawapan dia lebih
pantas dari kita.” Hadi Hakim mencelah. Mereka semua menghamburkan
tawa.
Subscribe to:
Posts (Atom)
