First Novel

First Novel
Mujahadah Cinta

Saturday, 7 July 2012

BUMI TARBIYAH DEMI CITA


 Ketika tiba di bumi itu,
Demi mencari sisipan ilmu,
Yang dituntutNya dan kekasih agungNya,
Walau payah tetap melangkah,
Walau rebah tidakkan goyah,
Walau kalah tidakkan menyerah,
Walau pahit takkan ku terhimpit,
Kerana agamaku mengajarkan erti kesabaran,
Kerana addinku mengajarkan erti ketabahan,
Kerana Tuhanku mengajarkan erti kesakitan,
Kerana nabiku mengajarkan erti perjuangan.

Ya…inilah perjuangan,
Mengorak langkah menuju wawasan,
Mencari, mencari dan terus mencari rahmat Tuhan,
Dengan berbekalkan ilmu pengetahuan,
Takkan terobek sedikitpun maruah demi mencari redha Ar-Rahman.

Lantas ku galas mukallaf Al-Muhaimin,
Menjadikan aku muslimah terbimbing,
Bersama merentas cita penuh doa,
Agar aku mampu menjadi da’e untuk si permata,
Menjadi bidadari di hati suami tercinta,
Menjadi permaisuri permata keluarga,
Dan turut menjadi nisa’ di jannah Yang Esa,
Bersama serikandi-serikandi kesayanganNya.

TULUS KASIH : AIMUNI MARJONO

AKU YANG TERLEKA


Tika aku diulit lena dunia,
Tinggalkan akhirat yang lebih bermakna,
Tika aku tidak menghargai cintaNya,
Tinggalkan segala suruhan DIA,
Tika aku seronok mencipta murkaNya,
Tinggalkan maaruf yang dituntut DIA,
Tika aku bersama mereka yang turut melupakan DIA,
Tinggalkan keluarga yang sentiasa mencintaiNya,
Dan tika aku diuji dugaan menghimpit jiwa,
Tika itulah aku meminta-minta padaNya.

Dia menyedarkan aku hikmah bercinta,
Bukan cinta dunia tetapi mencintai DIA,
Mengenalkan aku pada sajadah cintaNya,
Lalu aku tertunduk malu di hadapanNya,
Kerana pernah terlena dek diulik cinta palsu sementara.

Oh Tuhan…
Kau menerima diriku yang berdosa,
Kau menginsafkan daku yang penuh noda,
Kau gantikan hati matiku dengan keajaiban hati baru rahmatMU,
Lalu bersujudlah daku mencari cinta AgungMU,
Terlekaplah dahiku di sepertiga malam menemuiMU,
Menangis dan meratapi hinanya diriku.

HAMBA HINA : AIMUNI MARJONO

SAHABAT FILLAH


Kita berkenalan kerana Allah,
Ukhuwah ini juga ukhuwah fillah,
Bersama di bawah satu bumbung,
Mencurahkan secebis ilmu,
Untuk santapan rohani si anak kecil.

Sukar untukku terjemah,
Satu ikatan tulus hati kita,
Bersama melakar suka duka,
Mencoret sebuah rentetan cerita,
Terlukis indah di setiap hari-hari tercipta..

Alhamdulillah..
Allah hadiahkan kita mereka,
Allah anugerahkan kita satu rasa,
Untuk bersama menerka olahan perasaan dariNYA,
Bersama dan bersatu menggapai redhaNYA..

Sahabat Fillah..
Di setiap perjuangan juga pengorbanan,
Allah janjikan keberkatan,
Kerana kesucian itu akan kekal di kamar hati,
Bersama titipan kasih kita,
Juga cinta Agung dari Yang Esa.

Pertemuan ini adalah yang teristimewa,
Aku dan kau juga mereka,
Di setiap saat kita akan mencipta sejarah kehidupan,
Sampai satu saat nanti, kita akan terpisah jasad,
Namun percayalah teman, hati kita tetap bersama.

Perpisahan itu nanti juga kerana Allah,
Kau dan aku punya cita dan impian,
Walaupun memori bersama hanya untuk seketika,
Namun aku tetap menadah tangan melafazkan syukur,
Kerana kita pernah mencoret semua kisah kita,
Dan kita tinggalkannya dengan penuh rasa gembira.

~BELONG TO : AIMUNI MARJONO